You are on page 1of 3

Fitur makna

Terdapat tiga aspek dalam fitur makna iaitu sifat makna, kelas makna dan lewah dalam
makna.
Sifat makna
Sifat makna adalah dinamis dan evolusi. Dinamis bermaksud boleh berubah-ubah
manakala evolusi bermaksud boleh berkembang. Oleh sebab bahasa bersifat dinamis,
maka perkataan yang menjadi unit asas kepada bahasa sentiasa mengalami
perubahan. Hal ini sudah diamati oleh pengkaji bahasa sejak dahulu lagi. Menurut
mereka , terdapat banyak faktor yang mendorong perubahan itu . Ullman (1962)
memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Perubahan
tersebut adalah:
1) Sebab linguistik
2) Sebab sejarah
3) Sebab sosial
4) Sebab psikologi
5) Pengaruh luar
6) Keperluan untuk kata baharu.
Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam
bahasa. Menurutnya makna kata boleh disempitkan dan diperluas. Selain itu, ada
metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga
menandakan perubahan-perubahan dalam sesuatu bahasa. Makna kata berubah
kerana perkembangan bahasa itu sendiri . Misalnya, kata belayar, pada suatu ketika
dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana
kapal sekarang tidak berlayar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Begitu juga dengan
kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan.Tetapi makna itu
diubah untuk mencakupi makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti
Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah
menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Contohnya, ayat atau
ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna Bahasa Melayu .
Kata gejala dalam contoh tersebut bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi
sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana
sebab-sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri.
Kemajuan sains dan teknologi juga telah menyebabkan banyak perkataan mengalami
perubahan makna contohnya perkataan taman pada masa dahulu hanya digunakan
untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang diperluas untuk
mencakupi makna tambahan seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian,
dan kawasan alam semulajadi seperti Taman Kinabalu. Begitu juga kata datuk, kini
bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada bapa kepada ayah seseorang atau
bapa kepada ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi
orang-orang tertentu kerana jasa mereka
Bahasa juga berubah makna keana sebab-sebab sosial. Peredaran masa
menyebabkan munculnya beberapa bidang baharu dalam satu satu budaya
masyarakat bahasa. Faktor-faktor seperti emosi,tabu menjadi punca perubahan makna
dalam bahasa. Misalnya, ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah,
budak pejabat bertukar menjadi pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja.
Perubahan-perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa
konotasi negatif dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak
membawa unsur negatif.
Selain itu, unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan perkataan.
Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan saya hendak kencing di khalayak ramai,
tetapi ungkapan buang air atau saya hendak ke tandas lebih sesuai digunakan. Kini,
kata tandas pula membawa makna yang tidak begitu sopan, maka sudah ungkapan
bilik air yang digunakan untuk tujuan yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil.
Terdapat juga ungkapan bilik selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep
tandas.Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama ini sebenarnya merujuk kepada
gejala yang disebut sebagai eufemisme, iaitu penggunaan bahasa secara halus dan
sopan. Kata daging dalam bahasa Melayu disempitkan makna untuk merujuk kepada
daging lembu sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut sebagai daging kambing,
daging ayam, atau daging arnab sedangkan makna kata itu dalam kamus ialah isi pada
manusia atau binatang antara kulit dan tulang. Terdapat juga makna yang diperluas,
seperti kata tangan yang menjadi menangani, taman yang merujuk kepada kawasan
perumahan atau kawasan perindustrian seperti yang dijelaskan sebelum ini.
Demikianlah serba sedikit tentang perubahan makna yang berlaku dalam Bahasa
Melayu yang menunjukkan fitur makna itu yang bersifat dinamis dan berevolusi.

You might also like