You are on page 1of 53

USL 4112 PERBANDINGAN AGAMA G3

SEMESTER I SESI 2023/2024

TUGASAN KUMPULAN:
“KRISTIAN DAN ISLAM:
SUATU ANALISIS KOMPARATIF”

NAMA PENSYARAH:
MUHAMMAD SYAHID BIN AHMAD

DISEDIAKAN OLEH:
HAWANI BINTI HALIM (D21314118)
NUR ADRIANA SYAFIAH BINTI MOHD ALI (D22315331)
NURJASLINDA BINTI JAMALUDDIN (D22315383)
NURHAZIQAH BINTI NORHALIMI (D21314051)
NURHAFIZAH BINTI SAIDIN (D21313997)
NUR SHAFIQAH BINTI ALIAS (D21313977)
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN
- Definisi Istilah/ Bahasa

2.0 SEJARAH KEMUNCULAN

3.0 DOKTRIN (KEPERCAYAAN)


- The Gospels
- The Trinity
- The Original Sin
- Penyaliban Jesus

4.0 KITAB
- Perjanjian Lama
- Perjanjian Baru
- Injil Markus
- Injil Matius
- Injil Lukas
- Injil Yohanes

5.0 RITUAL DAN PERAYAAN

6.0 ANALISIS PERBANDINGAN KRISTIAN VS ISLAM

7.0 KESIMPULAN

8.0 RUJUKAN

9.0 LAMPIRAN
1

1.0 PENGENALAN

Agama Kristian adalah agama monothesis yang berdasarkan kehidupan serta ajaran-

ajaran Yesus dari Nazaret. Manakala, penganut agama Kristian menganggap bahawa

Yesus merupakan anak Tuhan Bapa. Penganut agama Kristian juga mepercayai

bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum dunia tercipta. Selai itu, mereka juga

percaya bahawa Yesus telah dilahirkan oleh ibunya iaitu Maria, Yesus telah

dibangkitkan semula selepas hari ketiga kematiannya

Agama Kristian berasal daripada Palestin dan berteraskan ajaran Jesus atau Nabi Isa.

Pegasas bagi agama Kristian adalah Nabi Isa. Jesus dilahirkan di Baitul Laham dalam

likungan 4 S.M. Sewaktu berusia 30 Tahun. Tuhan telah turunkan Kitab Injl melalui

Nabi Isa sebagai panduan kepada umatnya.

Menurut orang Kristian juga, tumpuan Agama Kristian telah diberikan tumpuan

kepada kesucian Jesus yang dipanggil sebagai Tuhan (Jesus is Lord). Selain itu,

agama Kristian menekankan konsep kesatuan Tuhan iaitu merangkumi tiga unsur

utama iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Agama Kristian ini

berkembang dari semasa ke semasa dan telah tersebar ke pelusuk dunia. Kesan dari

perkembangan ini penganut agama Kristian menajadi agam kedua terbesar selepas

agama Islam. Terdapat beberapa mazhab dalam agama Kristian ini iaitu Katolik,

Protesian dan Ortodoks. Oleh disebkan agama Kristian telah menerapkan nilai-nilai
murni dan faktor-faktor yang lain dalam agama ini menyebabkan agama Kristian

mula tersebar dan diterma ramai 1

Merujuk kepada “The Christian and Discipleship” dalam aritkel yang bertajuk The

Bible’s Definition of Christian, perktaan Christian dikaitkan dengan perkataan

disciple yang bermaksud murid. Perkataan Kristian dengan bukti nyata mengenai

kekuasaan Tuhan itu Jesus Christ.2

Secara umum ramai dari kalangan masyarakat Islam pada masa kini mengetahu

bahawa agama Kristian telah dibawa dan disebarkan oleh Jesus Christ, ajaran yang

dibawa oleh Jesus Christ merupakan lanjutan dariapa sayariat yang telah dibawa oleh

Moses kepada bangsa Yahudi. Hal ini begitu jelas seperti dikatan oleh Jesus Christ

kepada pengikutnya seperti yang dicatatkan dalam Matthew 5:17: “Do not think I

have come abolish The Low or The Prophet; I did not come to abolish then but to

fulfill them.”

Berdasarkan maksud ayat di atas dapatlah difahami juga bahawa agama Kristian

hanya dikhuskan pada bangsa Yahudi. Manakala Jesus Christ bukan merupakan

seorang yang mebawa syariat yang Baharu pada bangsa Yahudi. Apa yang cuba

dilakukan oleh Jesus Christ adalah untuk melengkapkan hukum dan ajaran Taurat

serta memperbetulkan segala bentuk penyelewegan yang dilakuan oleh para pandita

Yahudi terhadap ajaran yang dibawa oleh Moses.

Penyebaran dakwah yang dilakukan Jesus Christ telah berjaya menarik ramai

golongan bawahan yang miskin akan tetapi mendapat tentangan yang hebat dari

1
Article Universiti Pendidikan Sultan Idris “Moral dari perspektif agama Kristan” (2015)
2
Article The Bible’s Definiton of “Christian” the Christian and Discipleship (Dennis Hinks,2003)
golongan pertengahan dan atasan terutamanya golongan pherarisess dan sadducess.

Pharisess dan Saddusess merupakan dua pertubuhan yang dipandang muila di dalam

agama Kristian.Saddusess merupakan golongan aristocrat yang berpengaruh di dalam

bangsa Yahudi dan mempunyai kedudukan yang baik di dalam Empayer Rom.

Manakala golongan Pharisess pula merupakan golongan yang kuat berpegang kepada

tradisi dan menolak kemasukan budaya dan pemikiran Greek ke dalam bangsa Yahudi

yang dikenali juga sebagai budaya Hellenistik. Pharisess merupakan golongan yang

menentang dikenali juga sebagai budaya Hellenistik.Pharisess merupakan golongan

yang menentang dan menolak kerasulan Jesus Christ.Caroline Large (1981The Three

Great Semitic Religions.(T.T); Times Books International,hal,203.

Pada permulaan Jesus Christ merupakan utusan Tuhan yang beri tanggungjawab

untuk mebawa agama Nasrani yang telah dilahirkan oleh Mary tanpa yang dianggap

sebagai kelahiran yang menakjubkan. Bagi kepercayaan orang Kristian Mary ini juga

telah diberi tanggungjawab untuk memikul tugas yang berat keran melahirkab Jesus

Chrisrt tanpa bapa. Dengan itu, agama Kristian mempercayai Jesus Christ ini adalah

anak epada Tuhan. Kepercayaan ini menjadi lebih kukuh disebabkan penyelewengan

daripada St.Paul yang merubahkan ajaran sebenar Nabi Isa melalui kenalkan doktrin

yang baru diciptanya. Beliau menyebarkan isi kandungan yang ada dalam Bible

tentang kaitkan Jesus Christ ini sebagai anak Tuhan dan Tuhan Anak.

Terdapat juga kepercayaan kepada Holy Spirit yang merupakan pembimbing Jesus

sebagai Tuhan. Bagi perbuatan mereka yang mempertuhankan dua makhluk ini iaitu

3
Journal Sejarah dan Perkembangan Agama Kristian kini (B Malek 1999)
Jesus Christ dan jgua Holy Spirit/Holy Ghost yang menyatukan mereka berdua

dengan Tuhan ini telah menyebakan telah melahirkan doktrin Triniti4.

Selain itu, secara umumnya ada Kristian atau agama Nasarani adalah agama Samawi

yang dibawa oleh Nabi Isa A.S kepada Israel dengan berpandukan kepada ajaran Nabi

Musa A.S yang bersumberkan ajaran dari kitab Taurat. Walaubagaimanapun, dakwah

nabi Isa A.S kepada bani Israel ini kurang mendapat sambutan, tetapi ramai daripada

meraka melakukan penentangan. Ramai dari kalangan mereka membuat tuduhan

kepada nabi Isa dan mereka juga mempunyai niat untuk membunuh nabi Isa. Nabi Isa

ini telah diutuskan kepada bani Israel selepas mengetahui ramai dari pihak mereka

telah banyak yang sesat dan seleweng.

Walaupun nabi Isa dihina beliau dan pengikut-pengikutnya tetap menjalakan tugas

dakwah tersebut tanpa menghiraukan tentangan daripada bani Israel. Bani Israel juga

berpakat untuk menangkap nabi isa untuk menyalib yang diketuai oleh Yahuza,

Eschariot tetapi nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah SWT dan diangkat ke langit.

Peristiwa ini berlaku pada baginda berumur 33 tahun dan beliau hanya berdakwah

selama 3 tahun.

Setelah nabi Isa diangkat ke langit agam Kristian yang ini telah diselewengkan dan

telah ditokok tambah oleh musuhnya , sehingga agama ini bertukar menjadi agama

Kristian ciptaan manusia dan keasliannya iaitu Samawi telah dinodai. Tokoh yang

betanggungjawab yang melakukan perubahan dan penyelewengan ini ialah St. Paul

4
Jurnal Triniti menurut Agama Kristian ( Khadijah bt Mohd.Khambali @ Hambali)
atau Saul seoarang Yahudi yang pada asalnya menjadi musuh ketat kepada agama

Kristian. 5

Seterusnya, untuk pengetahuan Aliran Roman katolik merupakan aliran mazhab

Kritian yang terbesar di dunia terdiri daripada mereka yang menguasai kuasa paderi

Rom iaitu digelar ‘Pope’ iaitu Paus dalam perkara yang berkaitan denga Kristian.

Gereja Roman Katolik menganggap mewariskan kuasa yabg diturunkan oleh Jesus

Christ kepada 12 orang pengikut mubaligh. Pada tahun 1990 jumlah penganut mazhab

ini telah cecah jumalh satu billion. Kebanyakan penganut agama ini adalah daripada

tetumpu di benua Eropah dan Merika Latin. Selepas agama Kristian Roman Katolik

terdapat lagi satu agama Kristian yang kedua terbesar di dunia iaitu Gereja Kristian

Ortodoks Timur atau Kristian Ortodoks, terdapat 300 juta penganut Kristian Ortodoks

di seluruh dunia dan kebanyakan mereka ini tinggal di Rusia, Grece, Eropah tTimur

dan Timur Tengah. Pada awalnya, penganut agama Kristian ini merujuk kepada

Gereja (agama) sebagai “ Satu, Suci, Katolik dan Gereja Mubaligh” akan tetapi

berlakunya perpecahan Timur-Barat pada abad ke-11 yang menyaksikan Gereja

Ortodoks Timur berpisah daripada Gereja Katolik. Bagi penganut agama Kritian

Ortodoks mereka melakukan ibadat harian mereka dengan pengaruh daipada Gereja

Byzantine.6

Tambahan pula, bagi simbol salib yng digunakan bagi agama Kristian merupakan

simbol yang penting dan signifikan dalam agama Kristian. Bagi kepercayaan mereka

di sebalik simbol salib tersirat makna teologi yang dapat memberi kesan kepada

5
Journal Agama Kristian kini dan Pegasasnya (Zakaria @ Mahmod bin Daud)
6
Journal Sejarah kemunculan dan kepercayaan Gereja Ortodoks dan Roman Katolik : Satu Analisis Perbandingan
(Nur Azira Raihana binti Azmi dan Ros Aiza binti Mhd Mokhtar 2022)
spiritual serta kehidupan mereka. Simbol ini memiliki rahsia serta makna tersirat yang

dapat menyetuh dimensi kerohanian serta jiwa manusia

Jika diteliti, dalam agama Kristian simbol salib bukan sahaja merujuk kepada simbol

atau lambing bagi gereja semata tetapi ia turut digunakan dalam aktiviti peribadatan

dan ia juga menajdi sebahagian dariapada perbahasan yang melibatkan teologi,

psikologi, falsafah dan kajian agama. Malah penelitan terhadap tanda salib ini juga

perlu diperhalusinasi. Sekaligus dapat dapat memberi kefahaman serta maklumat

tmabahan kepada penganut agama yang lain tentang salib dari pandangan agama

Kristian.

Salib bermaksud cross dalam bahasa Inggeris atau crux dalam bahasa Latin adalah

simbol yang terbentuk daripada pertembungan dua garis yang bersilang pada pusatnya

yang terdiri darpada empat arah lengan atau bahagian. Ia merupakan simbol yang

tertua dan mempunyai pelbagai jenis atau bentuk. Tidak kurang daripada 385 jenis

salib yang terdapat di dunia ini.

2.0 SEJARAH KEMUNCULAN AGAMA KRISTIAN

Menjelang era perpaduan kaum dan agama kini, terdapat pelbagai persoalan berkaitan

asal-usul sebuah agama. Di mana secara umumnya kita mengetahui bahawa agama

yang tiada keraguan padanya. Seperti mana firman Allah SWT dalam Al-quran pada

surah Ali-Imran ayat 19 iaitu:

‫ِإَّن ٱلِّد يَن ِع نَد ٱِهَّلل ٱِإْل ْس َلٰـ ُم ۗ َو َم ا ٱْخ َتَلَف ٱَّلِذ يَن ُأوُتو۟ا ٱْلِكَتٰـَب ِإاَّل ِم ۢن َبْع ِد َم ا َج ٓاَء ُهُم ٱْلِع ْلُم َبْغ ًۢي ا َبْيَنُهْم ۗ َو َم ن َيْكُفْر ِبَٔـاَيٰـِت ٱِهَّلل‬

١٩ ‫َفِإَّن ٱَهَّلل َس ِر يُع ٱْلِحَس اِب‬


Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-

orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai

ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka

pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata

kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang

kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera

hitungan hisabNya. 7

Dapat dilihat dengan terperinci bahawa potongan ayat Al-quran di atas

mempunyai kaitan dengan tajuk di atas. Seringkali menjadi tanda tanya seperti

“Bagaimana wujudnya agama kristian ini jika ianya agama yang tidak diredhai?”

Dalam menjawab dan merungkai pertanyaan ini dapat kita menghubungkan dengan

kemunculan agama kristian.

Berdasarkan pembacaan umum mengetahui bahawa agama Kristian atau agama

Nasrani adalah agama Samawi yang dibawa oleh Nabi Isa a.s kepada Bani Israil

dengan berpandukan kepada ajaran Nabi Musa a.s yang bersumberkan ajaran dari

kitab Taurat. Secara ringkasnya permulaan kewujudan agama kristian itu, bermula

pada zaman Nabi Isa a.s. Lain pula dari sudut pandangan agama kristian itu sendiri

dimana mereka menganggap bahawa Nabi Isa a.s itu diturunkan sebagai Jesus yang

bermakna jelmaan tuhan iaitu tuhan yang mengambil rupa manusia yang mempunyai

sifat-sifat manusia. Selain itu juga, penganut kristian percaya bahawa selepas

berakhirnya kehidupan Jesus Christ di dunia wujud tuhan kekal di dunia dalam bentuk

7
Ali-imran 3:19
Roh Suci atau Roh Kudus yang terdiri daripada tiga makhluk iaitu Bapa, Anak dan

Roh Suci.8

KELAHIRAN JESUS TANPA BAPA

Seperti pembacaan daripada Bible ( kitab kristian ),

4 So Joseph also went up from the town of Nazareth in Galilee to Judea, to

Bethlehem the town of David, because he belonged to the house and line of David. 5

He went there to register with Mary, who was pledged to be married to him and was

expecting a child. 6 While they were there, the time came for the baby to be born, 7

and she gave birth to her firstborn, a son. She wrapped him in cloths and placed him

in a manger, because there was no guest room available for them. 9

Dapat dilihat bahawa kepercayaan agama kristian berdasarkan tuhan mereka iaitu

Jesus mempunyai jalur penceritaan yang sama dengan Nabi Isa a.s. Dimana, dari

keratan ayat di atas yang di petik daripada kitab mereka sendiri iaitu Bible

menceritakan bahawa kelahiran Jesus tanpa bapa adalah suatu keistimewaan dan satu

kurniaan Tuhan. Mereka berpendapat bahawa ibunya Mary (Maryam) yang

mengandung dan melahirkan Jesus merupakan seorang ibu yang istimewa, kerana

beliau telah terpilih untuk memikul tanggungjawab yang besar dan unik dengan

melahirkan anak tanpa bapanya.i

8
NABI ISA ATAU JESUS CHRIST MENGIKUT KRISTIAN DAN PENJELASAN AL-QURAN MENGENAINYA –
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA – KIAS

9
Luke 2:4-7
Selain itu menurut kepercayaan mereka Jesus ini dilahirkan pada 25 Desember di

Bethelhem, Judea. Namun begitu tarikh yang diberikan hanyalah kepercayaan

daripada orang kristian, tarikh yang sebenarnya tidak tertulis pada mana-mana sumber

mahupun di dalam Bible.

PENYALIBAN JESUS

Perselisihan pendapat yang bercanggah antara orang islam dan kristian dalam

peristiwa penyaliban ini dapat dilihat perbezaaanya dari pembacaan kitab di mana

ianya menyatakan bahawa:

‫َو َقْو ِلِه ْم ِإَّنا َقَتْلَنا ٱْلَم ِس يَح ِع يَس ى ٱْبَن َم ْر َيَم َر ُسوَل ٱِهَّلل َو َم ا َقَتُلوُه َو َم ا َص َلُبوُه َو َلٰـِك ن ُش ِّبَه َلُهْم ۚ َو ِإَّن ٱَّلِذ يَن ٱْخ َتَلُفو۟ا ِفيِه َلِفى‬

١٥٨ ‫ َبل َّر َفَع ُه ٱُهَّلل ِإَلْيِهۚ َو َك اَن ٱُهَّلل َع ِزيًز ا َحِكيًۭم ا‬١٥٧ ‫َش ٍّۢك ِّم ْنُهۚ َم ا َلُهم ِبِهۦ ِم ْن ِع ْلٍم ِإاَّل ٱِّتَباَع ٱلَّظِّن ۚ َو َم ا َقَتُلوُه َيِقيًۢن ا‬

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami

telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak

membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan

bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya

orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka

berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada

sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut

sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah

telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha

Bijaksana.10

Lain pula dengan pandangan orang kristian di mana Jesus (Nabi Isa) itu dibunuh oleh

mereka. Pelbagai kajian literatur yang dibuat oleh mereka untuk merungkai kebenaran
10
An-nisa 4:157-158
di sebalik isu penyaliban ini. Berdasarkan kitab mereka iaitu The Newstatement

menyatakan Jesus adalah penebus dosa mereka,di sebabkan itu,bagi mereka Jesus

(anak tuhan) adalah kurniaan Tuhan sebagai tanda kasihan kepada umatnya. Kisah

penyaliban ini bermula dengan,pengkhianatan dan penangkapan Jesus, pengkhianatan

oleh salah satu muridnya, Yudas Iskariot. Yudas menyebarkan tentang keberadaan

Jesus kepada orang kristian. Jesus kemudianya ditangkap oleh orang Yahudi

Setelah penangkapan, Jesus dihadapkan kepada beberapa pengadilan, setelah

mengetahui Jesus tidak bersalah, Namun begitu akibat desakan orang ramai ianya

membawa Jesus kepada penyaliban. Proses penyaliban adalah suatu bentuk hukuman

yang kejam, melibatkan paku pada tangan dan kakinya. Jesus meninggal di salib, dan

tubuh-Nya diturunkan dan dikuburkan. Namun menurut orang kristian Jesus bangkit

dari kematianya tiga hari selepas disalib. Dari pandangan orang kristian penyaliban

Jesus adalah peringatan yang kuat tentang kasihnya dan pengorbananya untuk dosa-

dosa mereka. Ia juga merupakan kisah harapan dan kemenangan. Melalui kematian

dan kebangkitan, Jesus mengalahkan maut dan membuka jalan bagi kita untuk

memperoleh hidup yang kekal.11

MUKJIZAT DAN KEAJAIBAN JESUS

Selain daripada kisah penyaliban Jesus, terdapat juga kepercayaan di mana mukjizat

atau keajaiban yang telah dilakukan olehnya. Keajaiban dan mukjizat yang dilakukan

oleh Jesus adalah elemen penting dalam kepercayaan orang kristian. Ini dianggap

sebagai bukti dari sifat ketuhanannya. Antaranya ialah menyembuhkan orang yang

sakit. Jesus melakukan banyak mukjizat penyembuhan, seperti menyembuhkan orang

buta, pekak, dan lumpuh. Beberapa contoh termasuk kesembuhan seorang perempuan

11
s.ag m.a, Dian nur anna. 2006. PENYALIBAN YESUS DEBAT TEOLOGI ANTARA KRISTEN DAN ISLAM
yang menderita pendarahan selama dua belas tahun seperti mana di dalam kitab

mereka (markus 5:25)

25 And a woman was there who had been subject to bleeding for twelve years. 26 She

had suffered a great deal under the care of many doctors and had spent all she had,

yet instead of getting better she grew worse. 27 When she heard about Jesus, she

came up behind him in the crowd and touched his cloak, 28 because she thought, “If I

just touch his clothes, I will be healed.” 29 Immediately her bleeding stopped and she

felt in her body that she was freed from her sufferingii

Bermaksud: 25 Di situ ada seorang perempuan yang mengalami pendarahan selama

dua belas tahun. 26 Dia telah mengalami banyak penderitaan di bawah jagaan ramai

doktor dan telah menghabiskan semua yang dia ada, tetapi bukannya sembuh dia

bertambah teruk. 27 Apabila dia mendengar tentang Yesus, dia datang ke belakang-

Nya di tengah-tengah orang ramai dan menjamah jubah-Nya, 28 kerana dia berfikir,

"Jika saya hanya menyentuh pakaian-Nya, saya akan sembuh." 29 Serta-merta

pendarahannya berhenti dan dia merasakan dalam tubuhnya bahawa dia telah bebas

daripada penderitaannya.

Salah satu mukjizat atau keajaiban seterusnya yang dilakukan oleh Jesus adalah

kebangkitan orang telah yang mati, menukarkan air menjadi anggur, memberi makan

kepada orang ramai, menenangkan kilat dan berjalan di atas air. Setiap peristiwa

berkaitan keajaiban dan mukjizat ini di ceritakan oleh orang kristian dalam kitab

mereka. Ini hanyalah sebahagian daripada banyak mukjizat yang Jesus lakukan.

Mukjizat dan keajaiban Jesus terus memberi inspirasi kepada orang kristian hari ini.
Akhir kata, jelas bahawa orang-orang kristian percaya Nabi Isa atau Jesus adalah anak

tuhan. Terdapat perbezaan pandangan antara Islam dan keyakinan Kristian mengenai

Nabi Isa (Jesus). Dalam Islam, Nabi Isa dianggap sebagai seorang manusia dan rasul

Allah yang diutus kepada Bani Israil. Baginda diangkat ke langit oleh Allah dan tidak

mati disalib.

Al-Quran menjelaskan dengan jelas mengenai status Nabi Isa sebagai manusia dan

rasul. Pandangan Islam menentang keyakinan Kristian yang menganggap Nabi Isa

sebagai Tuhan atau Anak Tuhan. Islam juga menolak konsep keabadian Jesus dan

mengakui bahawa yang mati disalib adalah seseorang yang diserupakan dengan Isa.

Dalam menanggapi perbezaan kepercayaan ini, Al-Quran menegaskan kebenaran

ajaran Islam dan menolak pandangan Kristian sebagai sesuatu yang salah. Oleh itu,

bagi orang Islam, pandangan dan kepercayaan Islam mengenai Nabi Isa adalah yang

benar dan sesuai dengan wahyu yang diterima melalui Al-Quran.

3.0 DOKTRIN

Kristian merupakan satu agama yang mempunyai pengikut yang ramai, malahan

Kristian ialah agama yang menjadi agama terbesar selain agama Islam dan agama

agama lain. Apabila Kristian cuba dikaji dan difahami, nama ‘Jesus Christ’ tidak lari

dari topik ini sama sekali. Namun begitu, Jesus tidak meninggalkan sebarang bentuk

penulisan, autobiografi dan hanya sedikit sahaja perkara yang diucapkan oleh Jesus

boleh didapatkan dengan sedikit tinggalan sejarah yang masih ada kini.
THE GOSPELS

Namun begitu, penganut agama Kristian mempunyai empat biografi mengenai Jesus

yang digelar “ The Gospels,” ditulis selepas kematiam Jesus. Penulisan ini terbahagi

kepada empat iaitu The Gospel of Mark, The Gospel of Matthew, The Gospel of Luke

dan akhirnya, The Gospel of John. Dalam penulisan yang pertama, iaitu penulisan

Mark, Jesus dikatakan memaklumkan kesakitan dan kematiannya yang semakin

hampir sebanyak tiga kali.12 Dia akan melalui rasa sakit, rasa malu dan akhirnya

kematian. Pengikut Jesus tidak sedia untuk ambil tahu tentang pengorbanan yang

Jesus bakal lakukan, apatah lagi untuk ikut bersama-sama dengan Jesus. Pengikut

Jesus, Diciples, tidak dan belum sedia untuk mendengar dan mengikut Jesus, jadi

mereka meninggalkan Jesus apabila dia ditangkap. Hanya para wanita yang

dahulunya mengikut Jesus yang hadir apabila Jesus disalibkan, tetapi mereka hanya

memerhatikan perkara tersebut dari jauh. Dalam penulisan Mark juga ada mengatakan

bahawa wanita-wanita yang sama mendapati bahawa pada pagi Ahad berikutnya,

makam Jesus telah kosong dan mereka lari dalam ketakutan.13

Penulisan yang seterusnya ialah Matthew dan Luke, kedua dua penulisan ini

dikatakan mengambil inspirasi daripada penulisan yang pertama iaitu “The Gospel of

Mark.” Kedua-dua penulisan ini, Jesus dilahirkan oleh seorang wanita, bernama

Mary. Mary dikatakan masih seorang dara ketika itu dan Jesus itu ialah anak hasil

daripada roh suci (Holy Spirit). Tarikh lahir dan tarikh kematian Jesus tidak

dinyatakan dengan jelas, namun dalam penulisan Matthew, dia menulis bahawa Jesus

lahir apabila Herod menjadi Raja Judaea. Dalam The Gospel of Matthew juga
12
Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004),
30

13
Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 32
mengatakan bahawa Jesus adalah seorang yang sangat taat kepada perintah. Dia

sering berdoa agar sesuatu perintah tuhan itu dapat diselesaikan walaupun itu

bermaksud yang itu akan melawan apa yang dia sendiri mampu lakukan. Semasa

Jesus disalibkan, beberapa orang mengatakan bahawa jika dia benar anak kepada

tuhan, dia patut turun dan menyelamatkan dirinya, namun dia tidak melakukan

sedemikian. Namun, mengikut kepercayaan Kristian, Jesus boleh melakukan perkara

itu, namun dia pilih untuk tidak melakukannya kerana dia patut kepada perintah

Tuhan.

Dalam penulisan Luke, Luke menyatakan bahawa Jesus berdoa dan melakukan

ibadah lebih daripada orang lain. Hubungan Jesus dengan tuhan, sama sekali tidak

terputus kerana penyaliban itu. Walaupun telah berada di tempat penyaliban, Jesus

tetap berdoa kepada tuhan agar mengampunkan segala dosa orang yang sedang

melakukan keburukan dan menyeksa dirinya.14 Jesus juga mengatakan yang dia akan

berada disyurga dan apabila menjelang saat kematiannya, dia meletakkan roh nya di

tangan ayahnya. Hubungannya yang rapat dengan tuhan bapa (God the Father)

membenarkan Jesus melihat keperluan segala seksa yang dia perlu tanggung

sepanjang dia hidup. Penyaliban Jesus bukan satu tragedi, namun satu perkara yang

mesti dilakukan untuk menyelamatkan manusia.15

Dalam penulisan yang terakhir iaitu The Gospel of John, menyatakan bahawa

kematian Jesus adalah satu saat yang gemilang. Segala yang ada dalam penulisan

John merujuk kepada kefahaman yang lebih mendalam bahawa Jesus adalah utusan

14
Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 32

15
Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 32
Tuhan, diturunkan kepada manusia dan tidak akan pulang kepada Tuhan dengan

tangan yang kosong. Dalam bahagian pertama penulisan ini, Jesus menunjukkan yang

dia boleh menukarkan air kepada arak (2:1-11), menyembuhkan yang lumpuh (5:2-9),

menambahkan bilangan roti, ikan, dan menawarkan air yang mengalir dari hatinya

(7:37-38) serta membangkitkan Lazarus daripada mati. Sepanjang kematian dan

kebangkitan semula Jesus, arak dan segala bentuk kegembiraan bagi kerajaan Tuhan

dilepaskan serta dibebaskan. Dalam penulisan John juga ada mengatakan, “Spiritually

paralyzed will be empowered, and the spiritual blind will see.”16

THE TRINITY

Konsep Trinity bukan satu konsep yang asing bagi penganut agama Kristian. Apabila

penganut agama ini mengatakan bahawa Jesus adalah tuhan, mereka tidak bermaksud

yang tuhan telah meninggalkan syurga untuk bersama-sama dengan mereka di muka

bumi. Jesus itu sendiri berdoa kepada tuhan dengan menyebut, “Our Father who art

in heaven…,”17 jadi ini jelas bahawa Jesus dan Tuhan itu adalah entiti yang berbeza.

Apa yang diucapkan oleh Jesus ketika berdoa ini dapat diandaikan bahawa Jesus tidak

akan melakukan sedemikian, sekiranya Tuhan tidak lagi berada di syurga, apabila

Jesus itu adalah sebagai orangnya sendiri di bumi.

Dalam agama Kristian, tuhan itu konsepnya satu tetapi mempunyai tiga identiti,

iaitu Tuhan Bapa (God the Father), Tuhan Anak (God the Son), dan Roh Suci (God

the Holy Spirit). Konsep Trinity ialah cara mereka ceritakan pengalaman mereka

dengan Tuhan. Pertama mereka menggagap tuhan sebagai sesuatu dan seseorang yang
16
Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 44

17
Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 50
walaupun bukan sebahagian daripada dunia, Tuhan tetap menjadi asas kepada segala

sesuatu yang berada di atas muka bumi ini.

Penganut agama Kristian percaya bahawa Jesus adalah anak Tuhan, iaitu Tuhan

anak yang dimaksudkan dalam konsep Trinity. Berbanding dengan anak Tuhan yang

lain, Jesus tak pernah sesekali mengingkari perintah ayahnya. Jesus seorang anak

yang baik walapun tidak bersama dengan “ibu-bapanya” sekaligus membawa imej

sempurna keluarganya. Seterusnya, penganut agama Kristian dapat merasakan

kekuasaan tuhan ada bersama-sama dengan mereka dengan wujudnya semangat dan

kekuasaan roh suci, God the Holy Spirit. Mereka percaya bahawa roh suci ini ialah

satu rahmat yang diberikan kepada mereka, kerana apa yang Jesus pernah lakukan dan

capai di atas muka bumi ini. 18 Roh suci ini juga dipercayai berada di gereja bersama-

sama dengan mereka, sebagai lambang yang mengatakan tuhan ada bersama mereka,

terutamanya ketika upacara pembaptisan.

Ritual ini dikenali sebagai upacara istimewa untuk mendapatkan rahmat Tuhan dan

ada juga yang melakukan upacara pembaptisan untuk menandakan mereka berpindah

dari satu aras kehidupan ke aras kehidupan yang lain. 19 Penganut agama Kristian

melakukan upacara pembaptisan hanya sekali sahaja, dan pada zaman dahulu, ada

penganut agama Kristian yang menunggu sehingga mereka betul-betul nazak,

sebelum melakukan pembaptisan. Mereka percaya bahawa mereka akan dapat

melangkah ke syurga tanpa dosa dan benar-benar suci apabila melakukan

pembaptisan pada saat saat hampir menjelang kematian. Pembaptisan diungkapkan

18
Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 51

19
Robert S. Ellwood, The Encyclopedia of World Religions, Revised Edition (California:University of Southern California), 45
sebagai satu ritual yang dipercayai dapat menyucikan hati seseorang yang

melakukannya.

THE ORIGINAL SIN

Orang yang menganut agama Kristian percaya dengan konsep dosa warisan. Dosa

pada umumnya ialah sesuatu balasan apabila manusia melakukan perkara yang

dilarang oleh Tuhan, atau gagal melakukan apa yang Tuhan perintahkan. Sesetengah

manusia melakukan dosa dengan sengaja, namun ada juga manusia yang melakukan

dosa tanpa mereka sedari. Dalam konsep tradisional Kristian, mereka menyatakan

dosa itu menyebabkan setiap manusia itu perlu diselamatkan. Jadi, Tuhan

mengutuskan Jesus untuk mati disalibkan.

Apabila Jesus mati disalibkan, Jesus telah menebus segala dosa yang pernah

dilakukan oleh manusia. Penganut agama Kristian menjelaskan dosa warisan sebagai

dosa yang diwarisi daripada segala kesalahan yang dilakukan oleh moyang mereka,

kemudian mereka dilahirkan dengan dosa, serta ianya perlu ditebus. Mereka juga

percaya bahawa dosa warisan ini ialah sikap pentingkan diri yang wujud dalam diri

setiap insan.

Ini bermula apabila manusia pertama iaitu Adam dan Eve mengingkari perintah

Tuhan, dengan memakan buah yang diharamkan di syurga. Dosa yang dilakukan oleh

mereka, dipercayai telah diwarisi semua manusia, yang seterusnya mengukuhkan lagi

sifat semula jadi manusia yang akan sentiasa melakukan kesalahan dan dosa. Untuk
mengelakkan manusia mendapat akibat daripada dosa warisan ini, Jesus

mengorbankan dirinya, apabila disalibkan untuk menyelamatkan manusia.

PENYALIBAN JESUS

Jesus dipercayai oleh pengikutnya mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti

penyakit Kusta (Leprosy), Kelumpuhan, Buta, Masalah Pendengaran, Demam, dan

malahan mampu menyembuhkan orang yang kerasukan syaitan. Namun demikian,

walaupun ‘Jesus Christ’ menyembuhkan ramai orang, berkhutbah tentang kasih

sayang tuhan dan belas kasihan yang menakjubkan, dia disalibkan sebagai seorang

penjenayah.20

Ketika Jesus disalib, orang yang lalu-lalang di kawasan itu mengucapkan kata-kata

seperti mencabarnya untuk menyelamatkan dirinya sekiranya Jesus itu benar anak

kepada Tuhan. Ada yang mengatakan perkara seperti dia hanya boleh menyelamatkan

orang lain tetapi tidak menyelamatkan dirinya sendiri, mereka juga mengatakan

biarkan Tuhan sahaja yang menyelamatkan Jesus, sekiranya tuhan benar-benar

mahukan Jesus.

Namun begitu, Jesus terus juga disalibkan, sekitar tiga petang, Jesus menangis

dengan suara yang kuat, mengatakan, “My God, my God, why have you forsaken

20
Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 26
me?,” dan apabila orang disekitar Jesus mendengar keluhan Jesus, mereka

mengatakan yang dia sedang memanggil Elijah. Tanpa membuang masa, salah

seorang daripada mereka mengambil span yang mempunyai arak putih kepada Jesus.

Kemudian, mereka membiarkan Jesus terus disalibkan dan mengatakan bahawa

mereka ingin lihat sekiranya Elijah benar benar datang menyelamatkan Jesus. Jesus

menangis semula dengan suara yang kuat dan telah putus asa. Apabila Jesus

menghembuskan nafas terakhir, langsir untuk kuil terbelah dua dari atas sehingga

bawah langsir. Bumi bergegar, batu terbelah dua dan makam terbuka. Mayat orang-

orang baik hidup semula.21 Apabila orang ramai melihat kejadian ini, mereka menjadi

gerun dan terus mengatakan bahawa benarlah Jesus itu ialah anak Tuhan.

Apabila petang menjelang, datang seorang individu kaya dari Arimathea, bernama

Joseph meminta mayat Jesus. Pilate memberikan mayat Jesus kepada Joseph. Mayat

itu dimakamkan dengan sempurna. Joseph meletakkan satu batu besar di hadapan

makam Jesus dan berlalu pergi. Pengawal diarahkan untuk mengawal makam tersebut

selama tiga hari agar tidak dicerobohi oleh masyarakat, terutamanya pengikut Jesus.

Namun setelah Sabbath, Mary Magdalene dan Mary yang lain datang melawat

makam Jesus. Terdapat gempa bunyi yang kuat, yang dipercayai bahawa malaikat

dari syurga turun ke bumi dan berada dekat dengan makam Jesus. Mereka

mengatakan rupa malaikat itu ialah seperti petir, dengan baju yang putih seperti salji.

Pengawal yang menjaga makam itu sangat gerun tetapi malaikat itu menenangkan

pengawal tersebut dan mengatakan Jesus tidak lagi berada dimakam tersebut, malahan

sudah bangkit semula daripada kematiannya dan sedang menuju ke Galilee. Maka,

wanita-wanita tadi terus berlari ke makam Jesus untuk memberitahu khabar berita
21
International Bible Society, Holy Bible, (United States:Colorado Springs, 2001), 682
tersebut, dan tiba-tiba Jesus datang menyapa mereka. Mereka semua terus

menyembah Jesus. 22

Setelah itu, ‘Acts of the Apostles’ merekodkan yang ‘Jesus’ dibawa naik ke syurga

4o hari selepas dia bangkit semula dari kematiannya. Masyarakat terkejut dengan

kejadian tersebut dan apa yang telah disampaikan oleh ‘Jesus,’ namun ada juga yang

menyuarakan tanda tanya sama ada kuasanya adalah daripada syaitan ataupun tuhan

itu sendiri. Ramai yang percaya bahawa dia dibawa naik atau lebih tepat naik sendiri

ke syurga untuk membuatkan perubahan dalam konsep ketuhanan. Ianya di mana

Tuhan boleh memberikan kehidupan baru kepada penganut iaitu orang yang percaya

kepada Kristian, dan bukannya hukuman mati kepada orang yang mempunyai dosa.

Setelah lama, penganut agama Kristian percaya bahawa tiada manusia biasa yang

boleh ulang semula apa yang ‘Jesus Christ’ telah lakukan.

Penganut agama Krisian percaya bahawa Jesus adalah Messiah iatu penyelamat

rohani dan seorang pemimpin yang akan memimpin Israel dan mengembalikan

kerajaan Israel tetapi tehenti seketika apabila Jesus disalibkan. Mereka berpendapat

bahawa tidak mungkin Jesus disalibkan sekiranya dia benar-benar Messiah.

22
International Bible Society, Holy Bible, (United States:Colorado Springs, 2001), 683
4.0 KITAB AGAMA KRISTIAN

Setiap agama mempunyai kitab dan pegangan masing-masing dan berbeza setiap

agama. Antara kitab yang dipegang dalam agama Kristian ialah Bible. Perkataan

Bible berasal daripada perkataan “Biblos” yang diambil daripada Bahasa Greek yang

bermaksud himpunan buku. Kitab ini mempunyai dua bahagian iaitu Old Testament

atau dikenali sebagai “Perjanjian Lama” dan New Testament sebagai “Perjanjian

Baru” yang wajib bagi orang Kristian percaya dan menggunakannya. Perjanjian lama

dan perjanjian baru mempunyai perbezaan iaitu perjanjian lama mempunyai dua

pengiktirafan iaitu 46 Kitab oleh Katolik dan 39 Kitab oleh Prostesen. Dan ia lebih

kepada manusia dan Tuhan bermulanya dari Adam dan Hawa. Perjanjian Baru

terbahagi kepada empat kitab utama iaitu Mantius, Markus, Lukas dan Yohanes.

Keempat-empat kitab ini dipanggil sebagai gospel Kanolik atau injil Kanolik. Ia

menceritakan tentang situasi yang sama tetapi pentaksiran yang berbeza disebabkan

penulis yang berbeza.

Perjanjian Lama

Penganut Kristian terawal ialah Bible Hebrew. The Bible Ibrani ialah set tulisan yang

orang Yahudi panggil sbagai “Alkitab” dan orang Kristian peanggil sebagai perjanjian

lama23. Perjanjian lama mengandungi tiga teks teras yang juga terdiri daripada Tanakh

(Alkitab Ibrani), Taurat (Pentateuch). Nevi’im (Nabi) dan Ketuvim (tulisan) dengan

susunan ini ada beberapa yang diubah suai sedikit pada beberapa bahagian. Orang

Kristian pada asalnya menerima pakai Septuaginta iaitu Tanakh dalam terjemahan
23
Ann Marie B. Bahr, Religions Of The World (University Of Chicacgo Divinity School, 2004) 35
Yunani yang dimulakan oleh orang Yahudi iaitu di Alexandria, Mesir pada abad

ketiga. Apabila mereka mengkanonisasikan Alkitab Ibrani mereka, orang Kristian

terus menggunakan terjemahan itu selama kira-kira 1500 tahun sehingga reformasi

protestan di Eropah. Semasa pencerahan Eropah, Martin Luther mula berminat untuk

kembali kepada teks Ibrani Alkitab dan menghentikan penggunaan terjemahan

Yunani awal itu.

Kitab-kitab perjanjian lama dikenali dengan nama Yunani bermula dengan kejadian

Taurat iaitu keluaran dan seterusnya. Orang Kristian menganggap bahawa teks suci

Yahudi ini menetapkan pentas untuk kedatangan Yesus, Mesias.

PERJANJIAN BARU

Perjanjian Baru adalah bahagian kedua dalam Alkitab Kristian adalah bahagian yang

paling penting dalam Alkitab orang Kristian. Perjanjian baru memulakan proses

pembentukan sebaik sahaja orang mula menyampaikan cerita tentang apa yang

mereka telah lihat Yesus lakukan atau dengar dia katakan. Ini berlaku walaupun

semasa hayatnya. Proses menyampaikan perkataan dan perbuatan seseorang melalui

mulut ke mulut dipanggil sebagai “sejarah lisan”.24

Menjelang 150 CE, orang Kristian mempunyai bahan untuk perjanjian baru yang

mereka menambahkan keoada Septua Gint. Tulisan baru ini jauh beza dengan tulisan

yang dilakukan oleh orang Yahudi, semasa tempoh yang sama. Tetapi kedua – dua

berhasrat untuk memelihara ajaran mereka pada tahun 70 CE selepas Yerussalem

diserakkan dan mereka terpaksa bersurai tanpa kuil. Walaupun Yesus mungkin

mengajar dalam Bahasa Aram.25

24
Ann Marie B. Bahr, Religions Of The World (University Of Chicacgo Divinity School, 2004) 39
25
Victoria Kennick Urubshurow, Introducing World Religions (Circleville Road State College, 2009) 176
Kebanyakkan daripada 27 Kitab. Perjanjian baru muncul dalam bentuk bertulis pada

separuh keduan abad pertama, anatara 50 dan 100 Masihi. Surat Paulus adalah

pertama muncul dan 2 petrus dan wahyu Antara yang terakhir.

Bahasa asal kitab suci Yahudi pada bahagian pertama adalah Bahasa Ibrani dan

perjanjian baru adalah Bahasa Yunani.

INJIL

Perjanjian baru mengandungi empat injil iaitu Martius, Markus, Lukas dan Yohanes.

Perjanjian baru yang diiktiraf secara rasmi. Sarjana Alkitab menyebut tiga injil

pertama asebagai “sinoptik” kerana mereka “melihat bersama”. Bahan umum injil

sinoptik mungkin diambil dari sumber yang hilang yang disebut oleh para sarjana

Alkitab sebagai “Q”.26

Martius, Markus, Lukas dan Yohanes menceritakan kisah kehidupan, kematian dan

kebangkitan Yesus. Walaupun daripada mereka mempunyai banyak unsur persamaan,

mereka tidak sama. Setiap injil bermula dan berakhir dengan caranya sendiri, dan

masing-masing. Menawarkan pilihan dan susunan cerita yang unik tentang Yesus.

Kisah-kisah itu sendiri telah dihargai dan disampaikan secara lisan untuk satu

generasi atau lebih sebelum dimasukkan ke dalam satu atau lebih injil. Setiap

daripada empat injil melukis potret Yesus yang unik dengan menganyam bahagian-

bahagian tradisi lisan yang berbeza.

INJIL MARKUS

Ayat pertama dalam injil Markus mengumumkan bahawa ia memberitahu ‘berita baik

tentang Yesus Kristus, Anak Tuhan’. Prkataan Yunani untuk ‘berita baik’ digunakan

di euanggellion, sebenarnya bermaksud ‘pengumuman yang baik’ atau

26
Victoria Kennick Urubshurow, Introducing World Religions (Circleville Road State College, 2009) 177
‘penghisytiharan gembira’. Ia digunakan apabila berita kemenangan dibawa pulang

dari medan perang.27

Teks Markus adalah Injil yang paling pendek dengan 551 ayat yang meninjau kisah

hidup Yesus. Ini berdasarkan ingatan rasul Simon Petrus. Naratif Markus bermula

dengan pembaptisan Yesus oleh Yohanes dan berakhir dengan kebangkitan Yesus.

Fokus utama ialah akhir zaman yang diramalkan oleh Yesus Sang Mesias. Markus

ingin menyampaikan kepentingan penderitaan Yesus dan kematian dan bukannya

keajaiban.

INJIL MATIUS

Injil Matius adalah buku pertama perjanjian baru. Ia menggemakan perjanjian lama

iaitu tema mempersembahkan Yesus sebagai berasal dari keluarga Daud. Ia seolah-

olah ditulis untuk khalayak Yahudi supaya tidak meninggalkan kepercayaan baru

mereka. Injil Matius ialah terkenal dengan khutbah di bukit,

Injil Markus mempunyai banyak bahan yang terdapat dalam Markus dan juga

beberapa maklumat tambahan. Khutbah di bukit adalah kebenaran yang lebih besar.

Bahagian Injil Matius ini mencabar pengikut Yesus untuk mengikuti jalan

kesempurnaan yang melebihi tuntutan Hukum.

Menggambarkan kehidupan Yesus sebagai kemuncak sejarah Yahudi. Hanya Matius

yang menyediakan begitu banyak petikan kitabnsuci yang dikatakan telah disenapi

oleh Yesus. Pembaca Injil Matius juga dibimbing untuk melihat Yesus dan

pengikutnya.28

INJIL LUKAS

27
Ann Marie B. Bahr, Religions Of The World (University Of Chicacgo Divinity School, 2004) 38
28
Ann Marie B. Bahr, Religions Of The World (University Of Chicacgo Divinity School, 2004) 41
Injil Matius adalah buku pertama perjanjian baru. Ia menggemakan perjanjian lama

iaitu tema mempersembahkan Yesus sebagai berasal dari keluarga Daud. Ia seolah-

olah ditulis untuk khalayak Yahudi supaya tidak meninggalkan kepercayaan baru

mereka. Injil Matius ialah terkenal dengan khutbah di bukit,

Injil Markus mempunyai banyak bahan yang terdapat dalam Markus dan juga

beberapa maklumat tambahan. Khutbah di bukit adalah kebenaran yang lebih besar.

Bahagian Injil Matius ini mencabar pengikut Yesus untuk mengikuti jalan

kesempurnaan yang melebihi tuntutan Hukum.

Menggambarkan kehidupan Yesus sebagai kemuncak sejarah Yahudi. Hanya Matius

yang menyediakan begitu banyak petikan kitabnsuci yang dikatakan telah disenapi

oleh Yesus. Pembaca Injil Matius juga dibimbing untuk melihat Yesus dan

pengikutnya.

INJIL YOHANES

Injil Yohanes mengandungi ayat terpendek dakam perjanjian baru. Merekodkan

hubungan Yesus dan Yohanes Pembaptis, kerjayanya di Yudea dan Galilea dan

kematian dan kebangkitan. Ia merangkumi lebih banyk perlambangan dan mengatur

peristiwa mengikut mesej yang disampaikan, bukannya mengikut kronologi.

Sumbangan ciri Injil Yohanes ialah Pelabelan Kristus sebagai Firman yang menjelma

dala Bahasa Latin iaitu ‘Logos’. Logos adalah cahaya dan perincian Yesus ini

menjadikan Injil keempat berorientasikan mistik dan mungkin dipengaruhi oleh

Grasticions Ry pada masa terkini. Injil telah ditulis sebagai Jesus ‘ Crucifocion

mengambil makna yang sangat positif.29

Dalam Injil Yohanes, terdapat kurang ketegangan antara mukjizat Yesus dan

kematiannya daripada yang terdapat dalam Markus kerana mukjizat itu mendahului
29
Victoria Kennick Urubshurow, Introducing World Religions (Circleville Road State College, 2009) 178
kematiannya. Penyaliban Yesus adalah ironisnya, kegembiraannya. Nampaknya ia

adalah saat di mana gerakan Yesus gagal, tetapi ia sebenarnya saat di mana Yesus

telah mencapai tujuan dimana ia di utus naik kepada Tuhan bapa.Penulisan perjanjian

baru ini Antara injil, surat Paulus adalah dua bahan terbesar dalam perjanjian baru, ia

juga mempunyai mengandungi sejarah tentang kisah para rasul, surat yakobus, surat

Yudas, dan dua surat Petrus, tiga surat Yohanes dan wahyu.30

Injil Yohanes membentangkan ajaran dam kuasa Yesus dalam kisah-kisah yang

mengagumkan seperti yang dipaparkan, perkataan dan ajaran, Orang Yesus

dipersembahkan sebagai jalan orang percaya kepada Tuhan.31

30
Ann Marie B. Bahr, Religions Of The World (University Of Chicacgo Divinity School, 2004) 44-45
31
Warren Matthew, Seventh Edition World Religions (Old Dominion University Emiritus, 2010) 293
5.0 RITUAL DALAM AGAMA KRISTIAN

Ritual adalah suatu siri aktiviti yang dijalankan oleh sesetengah agama untuk tujuan

simbolik. Ritual boleh dijalankan berdasarkan agama atau boleh juga berdasarkan

tradisi masyarakat tertentu. Aktiviti dalam ritual biasanya dikawal dan ditentukan dan

tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Dalam agama Kristian, terdapat beberapa

ritual yang biasa dijalankan. Antaranya ialah Pembatisan. Orang Kristian secara

rasminya memasuki gereja dengan dibaptiskan. Dalam pembaptisan, air digunakan

sebagai tanda lahir penyucian daripada dosa dan kehidupan baru seseorang dalam

Kristus. Cara air digunakan berbeza-beza. Sesetengah Kristian memercikkan air ke

atas kepala dan ada sesetengah yang merendam penuh kepala ke dalam tangki, sungai,

atau tasik. Dalam Bahasa yang popular, orang Kristian boleh memercik, menuang dan

mencelup. Selain itu, Confirmation (pengukuhan iman) iaitu penegasan semula

pembaptisan pada masa kanak-kanak, dilakukan setelah dewasa dengan meletakkan

tangan imam disertai doa dan diikuti dengan percikan minyak suci. Dalam sakramen

ini, seseorang membuat keputusan yang matang untuk menerima iman dan ajaran

Gereja, dan menerima roh kudus (kebijaksanaan, pemahaman, nasihat, ketabahan,

pengetahuan dan ketakutan akan Tuhan) menyediakan apa yang seseorang perlukan

perlukan untuk mneruskan pekerjaan Kristus. Sakramen ini juga memberi kekuatan

yang diperlukan untuk menjadi saksi yang setia kepada Kristus. Sakramen biasanya
diuruskan oleh seorang uskup. Uskup akan menyoal orang yang ingin disahkan,

menguji pengetahuan mereka tentang iman mereka. Oleh itu, orang muda biasanya

menghabiskan satu atau dua tahun dalam persediaan untuk sakramen ini. Di samping

itu, Confession atau sakramen taubat, pengakuan dosa tidak kira besar atau kecil

kepada seorang imam sahaja dan pengakuannya adalah sulit dan dipanggil “pergi

kepada pengakuan”. Persediaan untuk pengakuan pertama melibatkan pembelajaran

mengenali dosa-dosa sendiri dan membiarkan diri berasa sedih untuknya. Dilakukan

sekurang-kurangnya sekali setahun. Kemudian, seorang imam dengan kebijaksanaan

yang disucikan mengampuni dosa-dosanya dan dilarang sama sekali mengulangi apa-

apa yang didengarnya dalam pengakuan. Orang yang menerima sakramen akan

diminta untuk menyatakan kesedihan atas dosa yang dilaluinya dengan mengucapkan

doa. Imam kemudiannya melafazkan kata-kata pengampunan yang menjamin

seseorang itu mendapat pengampunan dari Tuhan atas dosa-dosanya. Akhirnya, imam

akan menetapkan beberapa doa untuk diucapka, atau mungkin menetapkan cara lain

untuk menebus kesalahan kepada Tuhan.32

PERAYAAN DALAM AGAMA KRISTIAN

Hari Natal (25 Disember)

Hari Krismas dikenali sebagai Hari Natal yang merupakan perayaan terbesar untuk

penganut agama Kristian dan juga mempunyai tempoh pertaubatan yang

mendahuluinya. Tempoh sebelum Krismas dikenali sebagai Advent “Pendekatan”

kerana ia adalah masa di mana kelahiran Mesias semakin hampir. Ianya juga disambut

setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati Jesus dari Nazareth pengasas

ajaran Kristian. Pada mulanya, Krismas disambut dengan perkhidmatan gereja yang

32
Ann Marie B. Bahr, Religions of Worlds, (University of Chicago Divinity School,2004) 97
istimewa dan tidak lebih. Ia mempunyai unsur keseronokan dan perayaan sosial yang

dikaitkan dengannya hari ini.

Hari Paskah

Paskah sentiasa menjadi perhatian Kristian dan yang paling penting. Ia meraikan

kebangkitan Jesus. Kristian terus merayakan peristiwa itu, tetapi juga menggunakan

hari itu untuk mengingati kematian dan kebangkitan Jesus. Ia lazimnya disambut

antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun. Pada mulanya, Paskag

adalah perayaan satu hari untuk memperingati kedua-dua kematian dan kebangkitan

Jesus. Walau bagaimanapun, apabila ziarah ke baitulmaqdis semakin popular dan

Jemaah haji menjejaki semula langkah Jesus semasa minggu terakhir hidupnya, cuti

tambahan pun semakin meningkat. Ahad sebelum PAskah ialah “Palm Sunday”, ia

memperingati kemasukan kemenangan Jesus ke Yerusalam. Manakala Khamis

sebelum Paskah dipanggil “Maundy Thursday”. Ia memperingati perjamuan terakhir

Jesus bersama murid-muridnya sebelum dia dibunuh.

Pesta Our Lady Of Guadalupe

Dalam Gereja Katolik, penghormatan Maria ibu Jesus merangkumi pelbagai devosi

Maria termasuk doa, pebuatan saleh, seni visual puisi, dan muzik yang dikhaskan

kepada Perawan Maria. Kedua-dua orang Kristian Katolik dan Ortodoks telah

mengetepikan hari istimewa untuk menghormatinya. Katolik percaya bahawa Maria

muncul di bumi dari semasa ke semasa dengan arahan untuk orang beriman.

Penampilan sedemikian dikenali sebagai “apparitions” dan setiap penampakkan

mempunyai hari perayaan yang menyertainya.


Perayaan Bapa Suci (27 Mei)

Bapa suci sebenarnya mengajar tentang konsep keimanan dalam agama Kristian.

Bapa suci (dipanggil Bapa Gereja di Barat) hidup pada abad Kristian pertama. Dalam

Kristian Ortodoks, mereka adalah pihak berkuasa utama untuk pemahaman yang betul

tentang Kitab Kristian. Bapa suci ini percaya bahawa dia telah menerima ajaran

Kristian ini daripada pengikut utama Jesus dan oleh yang demikian, dia merasakan

bahawa ia merupakan tanggungjawab untuk menyebarkan konsep keimanan dalam

Kristian ini. Mereka menyambut perayaan ini sebagai tanda penghormatan bagi bapa

suci ini yang telah banyak menyumbang jasa dalam perkembangan Kristian. Bapa

Suci menjamin “kelahiran Rohani” generasi Kristian dengajar iman yang benar. 33

6.0 Analisis Komparatif

6.1 Taubat dalam Islam dan Kristian

PERAYAAN DALAM AGAMA KRISTIAN

Secara umum, terdapat persamaan dalam pendefinisian taubat sebagai kembali,

berpaling dan penyesalan menurut sudut pandangan Islam dan Kristian. Begitu juga

konsep taubat meliputi hukum bertaubat menunjukkan kewajipan mengamalkan

taubat pada kedua-dua agama.

Peranan taubat untuk memulihkan hubungan antara manusia dengan Tuhan

yang telah rosak kerana perlakuan dosa turut diakui oleh Islam dan Kristian. Dari segi

matlamat juga didapati adanya persamaan antara Islam dan Kristian di mana

keampunan menjadi tujuan untuk mendapatkan keselamatan dan syurga sekalipun

33
Ann Marie B. Bahr, Religions of Worlds, (University of Chicago Divinity School,2004) 152
terdapat perbezaan dari sudut pemahaman maksud keselamatan yang akan dibahas di

dalam bahagian selepas ini.34

Analisis Perbezaan Taubat dalam Islam dan Kristian

Analisis terhadap konsep taubat dalam Islam dan Kristian mendapati beberapa perkara

yang menunjukkan wujudnya perbezaan konsep antara dua agama yang akan

dirincikan seperti berikut:

a. Penggunaan Terminologi Taubat

Melihat kepada terminologi taubat dalam Kristian difahami bahawa isu

taubat yang menuntut perubahan hanya menyentuh aspek moral dan

urusan keagamaan yang menjadi simbol kepada keimanan terhadap Jesus

bagi mendapat keselamatan dan keampunan Tuhan. Justeru asas keyakinan

agama Kristian dizahirkan dalam bentuk ritual keagamaan sama ada

melalui pembaptisan dan pengakuan dosa. Hal ini jauh berbeza dengan

terminologi taubat di dalam Islam yang lebih luas mencakup pelbagai

disiplin ilmu.

Sebagai contoh, perbincangan taubat yang menuntut penyesalan dan

berhenti melakukan dosa dalam ilmu Fiqh sering dilihat dari sudut undang-

undang dan hukuman yang mengakibatkan tindakan atau pelepasan dunia

dan akhirat. Manakala perbahasan taubat dalam ilmu Kalam cenderung


34
Sri Rahayu & Khadijah , “Konsep Taubat menurut Islam dan Kristian,” AfkarVol. 18 Issue 1 (2016): 43-90
menekankan soal akidah dan keimanan, kehendak dan ketentuan dalam

diri manusia dan hubungannya dengan Allah.

Sementara bicara taubat dalam ilmu Tasawwuf lebih halus dan

mendalam kerana sinonim dengan kaedah penyucian jiwa dan perjalanan

hati mendekati Allah dan mengenaliNya. Justeru taubat menurut perspektif

Islam adalah menyeluruh dalam semua aspek kehidupan manusia.35

b. Penggunaan Terminologi Taubat

Penelitian terhadap konsep taubat di dalam Islam dan Kristian pula

mendapati terdapat titik perbezaan dalam konsep taubat secara menyeluruh

sama ada dari segi ciriciri, matlamat, autoriti memberi keampunan dan

proses perlaksanaan taubat. Sememangnya diakui bahawa Islam dan

Kristian sama-sama menyuguhkan taubat sebagai sarana untuk

memulihkan hubungan yang tercalar antara manusia dengan Tuhan akibat

dosa. Namun sudut pandang yang berbeza terhadap konsep dosa dan

pelakunya telah membawa kepada penilaian yang berbeza pula terhadap

implikasi dan tuntutan bertaubat daripada dosa. Perbincangan analisis bagi

perkara ini akan dijelaskan dengan menilai sebab taubat diwajibkan dan

bagaimana melaksanakan taubat yang dituntut agama:

i. Dari aspek hukum taubat, seruan bertaubat dalam Kristian ditujukan

kepada semua manusia tanpa mengira agama agar mereka menjadi

orang yang percaya kepada Jesus, mendapat keselamatan dan masuk ke

dalam kerajaan Tuhan. Ajakan bertaubat ini menuntut manusia

35
Sri Rahayu & Khadijah , “Konsep Taubat menurut Islam dan Kristian,” AfkarVol. 18 Issue 1 (2016):

43-90
kembali dan berpaling daripada dosa kepada Tuhan melalui keimanan

kepada Jesus. Namun gereja Kristian meletakkan syarat untuk selamat

dengan mewajibkan taubat daripada dosa yang dilakukan oleh setiap

individu di samping keperluan bertaubat daripada dosa yang tidak

pernah dilakukannya yang merujuk kepada original sin.36

Justeru, setiap individu hanya akan bebas daripada inherited sin dan

actual sin dengan bertaubat melalui kaedah dan proses yang ditetapkan

oleh gereja. Sebaliknya hukum taubat dalam Islam menjadi wajib

disebabkan dosa yang dilakukan sendiri oleh setiap individu tanpa

membebankan dosa orang lain. Hukum ini berlaku kepada semua

Muslim dan juga non-Muslim (yang berkecenderungan menganuti

Islam).

ii. Taubat dalam ajaran Protestan menuntut perubahan dalaman seseorang

melalui tindakan spiritual dengan mengandaikan keimanan kepada

Jesus Christ semata mata mampu untuk meraih keampunan Tuhan dan

menjamin keselamatan individu yang percaya dalam Jesus Christ.

Begitu pula keimanan adalah anugerah Tuhan satu-satunya yang

menjadi dasar keselamatan dan pengampunan di mana perbuatan baik

tidak mempunyai nilai untuk menyelamatkan manusia. Kristian

Katolik melazimkan pengakuan dosa dan penebusan dosa di hadapan

paderi sebagai amalan pertaubatan. Justeru ciri-ciri taubat menurut

aliran Katolik merupakan integrasi antara tindakan spiritual dan

praktikal materi. Hal ini berbeza dengan ciri-ciri taubat di dalam Islam

36
Sri Rahayu & Khadijah , “Konsep Taubat menurut Islam dan Kristian,” AfkarVol. 18 Issue 1 (2016):

43-90
yang menekankan keikhlasan dalam bertaubat semata-mata kerana

Allah serta azam bersungguh sungguh tidak mengulangi semula dosa-

dosa tersebut pada

masa akan datang. Untuk itu, individu bertaubat perlu mengetahui

bahawa perkara yang dilakukan itu adalah dosa kerana dengan ada

elemen intelek tersebut akan menimbulkan perasaan kesal dan azam

berhenti daripada dosa. Namun tidak cukup setakat intelek dan emosi,

bahkan harus dibuktikan pula dengan tindakan berupa amalan

kebaikan sebagai ganti daripada kebiasaan melakukan dosa.

iii. Pada menilai perbezaan proses dan pelaksanaan taubat menurut Islam

dan Kristian, perkataan ampun menjadi sinonim dalam kedua-dua

agama yang mana pengampunan merupakan salah satu matlamat

bertaubat dalam Islam dan Kristian. Justeru Islam memandang taubat

adalah proses untuk mendapatkan keampunan, sementara

pengampunan adalah natijah yang dicapai setelah proses taubat

dilakukan.

Manakala proses dan pelaksanaan taubat dalam Kristian

memperlihatkan suatu perjanjian yang pasti antara manusia dan Tuhan

untuk mendapatkan keselamatan. Manusia akan selamat apabila

bertaubat. Taubat adalah keimanan kepada Jesus sebagai penyelamat

manusia dan penebus dosa. Namun untuk bertaubat atau dengan kata

lain ber‟iman‟ dengan Jesus, maka penganut Kristian harus pula

melaksanakan proses taubat yang terdiri daripada ritual dan sakramen-

sakramen suci yang telah dietapkan oleh Gereja.


Islam mensyaratkan taubat untuk berhenti melakukan dosa bil

quwwah dan bil fi‟l, maka taubat di dalam ajaran Kristian hanya

sampai ke tahap bil fi‟l.37

6.2 Konsep Ketuhanan

Konsep Ketuhanan Dalam Kristian

Konsep ketuhanan Kristian merujuk kepada konsep kritiniti dimana konsep ini hampir

menyemai polytheisme yang menyembah lebih daripada satu Tuhan. Untuk

memahami konsep triniti, beberapa pandangan sarjana Barat yang mewakili

kepercayaan agama Kristian keseluruhannya dikemukakan bagi tujuan melihat

hakikat trinity.

Menurut Dr. Joseph Post, triniti bermaksud tabiat Tuhan yang terdiri daripada

tiga personality yang mempunyai taraf kedudukan yang sama iaitu Tuhan Bapa (God

The Father), Tuhan Anak (God The Son) dan Tuhan Ruhul Qudus (God The Holy

Spirit). Tuhan Bapa adalah Pencipta dan berhubung rapat dengan Tuhan Anak sebagai

penebus dosa dan berhubung dengan Tuhan Ruhul Qudus sebagai pembersih jiwa

(kesucian).38

i. Tuhan Bapa (God The Father)

Menurut kepercayaan agama Kristian, Tuhan Yahweh atau Yahowa iaitu

Tuhan menurut Bible Perjanjian Lama (Old Testament) yang bererti

37
Sri Rahayu & Khadijah , “Konsep Taubat menurut Islam dan Kristian,” AfkarVol. 18 Issue 1 (2016):

43-90

38
‘The Holy Trinity”, The New Bible & Dictionary Bible, The Inter-Varsity Fellowship, London, May 1962, h. 789.
keamanan sebagaimana yang diakui oleh Bangsa Israil inilah yang

dianggap sebagai Tuhan Bapa (God The Father).39

Maksud keamanan itu lebih jelas dengan lahirnya Tuhan Anak

sebagai Penebus Dosa Warisan manusia sejagat. Kematian Tuhan Anak di

tiang salib adalah untuk membebaskan manusia dan menjamin keamanan

dan kesejahteraan mereka. Segalanya ini berlaku kerana sifat Kasih

Sayang dan Adilnya Tuhan Bapa yang cintakan keamanan dan justeru itu

Tuhan Bapa mengutuskan Tuhan Anak untuk membebaskan manusia.

Dengan ini juga kasih sayang terjalin erat di antara Tuhan Bapa, Tuhan

Anak dan manusia (penganut Kristian).40

Menurut kepercayaan agama Kristian, Tuhan Bapa berfungsi

sebagai Pencipta, Penjaga dan Petunjuk kepada Alam. Penganut Kristian

juga percaya penjagaan dan petunjuk daripada Tuhan Bapa adalah bukti

kepada kewujudan-Nya.41

ii. Tuhan Anak (God The Sun)

Menurut kepercayaan agama Kristian, Tuhan Anak merupakan personaliti

kedua di dalam susunan triniti. Tuhan Anak yang dimaksudkan ini ialah

Jesus Christ. Orang-orang Kristian percaya bahawa Tuhan Anak (Jesus

Christ) ini mempunyai hubungan yang rapat dan mendalam dengan Tuhan

Bapa dan mempunyai taraf dan kedudukan kekal seperti Tuhan Bapa.42
39
G.H.C MacGregor And A.C. Purdy, Jew And Greek: Tutors Unto Christ, The Jewish And Hellenistis Background Of
The New Testament, Charles Scribner’s Sons, New York, 1936, h, 366. Clarence H.Benson, The Triune God, cet. 3,
Evangelical Teacher Training Association, Illinois, 1977, h. 34 dan The Holy Bible (New Testament: Epistles Of
Paul): turut mengajar tentang Tuhan dan keamanan: Romans 15: 13, Romans 16: 20

40
The Holy Bible (New Testament) Epistile Paul To: 1 Corinthians 1: 18-2t, 2 Corinthians 3: 14-17; 4:18; 5;11-21,
Galactions 5: 1, 1 John 4: 7-16

41
Clarence H. Benson, op.cit., h. 35.
42
Robin Keeley (Ed), op.cit., h. 159-160. The Holy Bible (New Testament): Epistle Paul to Ephesians 1: 3-14, 2:4-
10, 21-22
Penganut-penganut Kristian mempercayai bahawa setiap umat

manusia di dunia dihubungkan dengan Tuhan melalui kepercayaan mereka

kepada Jesus Christ yang merupakan penyelamat manusia sejagat daripada

terus memikul dosa warisan. Mereka juga turut menjalinkan hubungan

yang erat dengan Tuhan sebagaimana hubungan anak dengan Tuhan Bapa

melalui kepercayaan tersebut.43

Menurut kepercayaan Kristian, Tuhan Anak berfungsi sebagai

penyelamat dan penebus dosa warisan umat Kristian. Jesus Christ telah

mengorbankan dirinya dengan mati disalib sebagai bukti kasih sayang

Tuhan Bapa dan Tuhan Anak kepada manusia yang mempercayai

pengorbanan Tuhan Anak adalah untuk membebaskan mereka daripada

dosa warisan. Melalui pensaliban tersebut juga adalah untuk

mengembalikan ke jalan yang benar dan diredai oleh Tuhan Bapa (Tuhan

yang satu).44 Melalui kepercayaan dengan pensaliban Jesus Christ (Tuhan

Anak), para penganut Kristian akan memperolehi kebebasan untuk

menghadapi Tuhan yang satu iaitu Tuhan Bapa dengan penuh keyakinan di

hari kemudian nanti.45

iii. Tuhan Roh (The Holy Spirit/Holy Ghost)

Menurut kepercayaan agama Kristian, Holy Spirit adalah personaliti yang

ketiga di dalam triniti. Holy Spirit ini merupakan penasihat yang diutuskan

oleh tuhan Bapa kepada Tuhan Anak (Jesus Christ).46

43
Watchower Bible And Tract Society of PennysyIvania, Insight On The Scrptures, Vol.22, Watchower Bible And
Tract Society, New York, 1988, h. 998.

44
Anthony A. Hoekema, op.cit., h. 53, 112, 196, 270, The Holy Bible (New Testament) Epistles Of Paul khususnya;
Galatians: 1-12, Ephesians 1: 6-12, 2: 1-22

45
Anthony A. Hockema, op.cit., The Holy Bible (New Testament): Epistle Paul To Ephesians 3: 1-13

46
Jesus Christ telah menggelarkan Holy Spirit sebagai penasihat beliau. Sila lihat The Holy Bible (New Testament):
Luke 4: 18-19
Sebagaimana yang terdapat di dalam Gospel-gospel, Holy Spirit ini

biasanya digambarkan sebagai seekor burung merpati yang merupakan

lambing keamanan dan kesucian.47 Ini bersesuaian dengan fungsinya

sebagai pembersih jiwa yang menanungi penganut Kristian yang mentaati

triniti.

Holy Spirit juga turut digambarkan sebagai angin puting beliung

sebagai lambang kekuatan.48 Penganut Kristian yang mempercayai trinity

merupakan merupakan umat yang kuat untuk terus berpegang dengan

doktrin ini bagi menghadapi keadilan Tuhan yang satu kelak.

Oleh itu Holy Spirit berfungsi sebagai pembersih jiwa untuk

menjadi pembimbing dan penunjuk kepada gereja dan ahli-ahlinya agar

terus mematuhi ajaran Kristian dan meyakini triniti akidah yang ‘absah’.

Konsep Ketuhanan dalam Islam

Menurut Islam konsep Tuhan adalah zat yang Maha Tinggi Yang Nyata dan Esa. Ia

adalah Pencipta Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Dia abadi yang

menentukan takdir dan mentadbir alam semesta. Menurut kitab Al Quran iaitu

Kalamullah, terdapat 99 nama untuk Allah SWT. Nama yang paling terkenal dan

sering dipakai ialah Maha Pengasih (Ar-Rahman) dan Maha Penyayang (Ar-Rahim).

Orang Islam mempercayai bahawa penciptaan alam semesta dan penguasannya oleh

Allah adalah bukti utama kemurahan Allah, kerana Allah muncul di mana-mana pun,

ia tidak harus menjelma dalam bentuk apa pun. Di dalam Al-Quran, ada tertulis ‘Dia

tidak dapat dicapai penglihatan mata sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan

dan Dialah Yang Maha Halus (lemah lembut) lagi Maha Mengetahui.49

47
The Holy Bible (New Testament): Matthew 3: 16-17 Mark 1: 10, Luke 3: 21-22, John 1: 33 dan lihat juga; Leon L.
Bram (Ed), Fund And Wagnalls New Encyclopedia, vol. 13, Fun & Wagnalls, USA, t.t, h. 166.

48
Leon L. Bram, Ibid dan The Holy Bible (New Testament): Acts: 2: 1-4
49
Kitab Al Quran, Surah Al-An’am; 103
6.3 Konsep Roh Suci Menurut Islam Dan Kristian

Holy Spirit Dalam Bible

Holy Spirit secara literalnya bermaksud roh yang suci. Ianya merupakan salah satu

entiti dalam konsep trinity yang diyakini oleh majoriti penganut

Kristian.50Perkembangan pemahaman konsep Holy Spirit dalam ajaran Kristian boleh

dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama ialah zaman Perjanjian Lama.

Ketika ini Bani Israel tidak membezakan antara tuhan dengan roh tuhan. 51 Mereka

akan menggelar segala kuasa tuhan sebagai ruach dan segala perbuatan tuhan

disandarkan kepada ruach. Perkataan ruach juga kadangkala dimaksudkan sebagai

angin yang menciptakan (Genesis 8:1).

Ruh Al Qudus dalam Al-Quran

Rūh al-Qudus secara literalnya bermaksud roh suci atau holy spirit. Kalimah Rūh al-

Qudus disebutkan dalam alQuran secara spesifik sebanyak 4 kali iaitu dalam surah

alBaqarah, surah al-Nisā’, surah al-Mā’idah dan surah alNahl.52

Imam Fakhr al-Dīn al-Rāzi dalam tafsirnya Tafsīr alKabīr menyatakan terdapat

beberapa pendapat mengenai perkataan Rūh al-Qudus dalam ayat ini. Pertama, ia

dimaksudkan dengan malaikat Jibril ‘alayh al-salām (AS). Kedua, ianya merujuk

50
Jefferey E. Brower, “Understanding the Trinity”, Logos: A Journal of Catholic Thought and Culture, jil. 8, (no. 1,
2005), 145, dicapai 17 November 2017. https://www3.nd.edu/~mrea/papers/Understanding%20the%20Trinit
y.pdf

51
Don Fleming, Bridgeway Bible Dictionary (Australia: Bridgeway Publications, 2004), entri: Holy spirit.

52
Muhammad Fu’ād `Abd al-Bāqī, al-Mu‘jam al-Mufahris li Alfāz alQur’ān al-Karīm (Kaherah: Dār al-Hadith, 1996),
326.
kepada kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS. Ketiga, ianya adalah kalimah

yang digunakan oleh Nabi Isa AS untuk menghidupkan orang yang mati sebagai salah

satu mukjizat baginda. Dan keempat, ianya merujuk kepada roh yang ditiupkan ke

dalam tubuh baginda (Nabi Isa) dan dipadankan dengan kalimah al-quds (suci)

sebagai kemuliaan dan penghormatan kepada baginda. Pendapat terakhir ini menjadi

pilihan beberapa ulama’ seperti al-Baghawi.53 dan al-Burūsawī.54

Adakah Rūh al-Qudus Sama Dengan Holy Spirit?

Setelah diamati konsep Rūh al-Qudus dan Holy Spirit, dapat disimpulkan kedua-

duanya merujuk kepada entiti yang sama sekali berbeza meskipun menggunakan

terma yang serupa. Dalam Islam, Rūh al-Qudus secara jelas merujuk kepada malaikat

Jibril, salah satu makhluk Allah SWT yang secara mutlak terpisah daripada zat Tuhan.

Selaku makhluk, Jibril termasuk dalam kalangan hambaNya dan sama sekali tidak

mempunyai ciri-ciri ketuhanan. Malaikat Jibril juga menjalankan tugas-tugas yang

diamanahkan khususnya menjadi penghubung kepada para nabi dan rasul untuk

menyampaikan wahyu Ilahi. Jibril biasanya datang kepada para rasul dengan

menjelma dalam bentuk manusia atau bentuk yang mudah diterima oleh manusia dan

ada kalanya dalam rupa bentuk sebenar.

Manakala Holy Spirit pula dianggap oleh penganut Kristian sebagai pecahan

dari zat Tuhan yang membentuk trinity. Berlainan dengan Rūh al-Qudus, Holy Spirit

bukanlah malaikat meskipun ia menjalankan beberapa fungsi yang seakan sama

dengan malaikat dalam Islam. Antara perbezaan yang penting untuk digariskan ialah

Holy Spirit menempati diri penganut Kristian untuk menjalankan fungsinya ke atas

manusia. Ini amat berbeza dengan Rūh alQudus yang tidak menempati diri mana-

mana manusia hatta para nabi dan rasul sekali pun. Rūh al-Qudus adalah satu entiti
53
Abū Muhammad al-Ḥusayn bin Mas‘ūd al-Baghawī, Ma‘ālim al-Tanzīl (Riyadh: Dār Tayyibah, 1988), 120.

54
Ismā‘īl Ḥaqqī al-Burūsawī, Tafsīr Rūh al-Bayān (Dār ‘Uthmaniyyah, t.t), 177
yang berasingan daripada Tuhan dan manusia. Oleh itu jelaslah bahawa Rūh al-Qudus

dan Holy Spirit membawa pengertian yang amat berbeza.

7.0 RUMUSAN

Bagi menyimpulkan hal ini, agama Kristian dapat dijelaskan bahawa apa yang wujud

dalam agama Kristian sekarang bukanlah lagi ajaran asal daripada nabi Isa a.s yang

datang daripada Allah SWT, malah ia merupakan ajaran dari Paul merupakan agama

Yahudi yang memeluk agama Kristian untuk membuat rekaan dan penyelewengan

bagi menyesatkan pengikut-pengikut nabi Isa a.s.

Agama Kristian merupakan sebuah adama yang telah memberi wajah yang baru

dengan pengisian yang serba baru. Identiti asal agama ini telah jauh berubah daripada

ajaran asal Jesus Chirst. Apa yang dapat dilihat adalah kebanyakkan ajaran Jesus

Chirst dan doktrin-doktrin yang terdapat di dalam agama Kristian adalah hasil

adaptasi peristiwa-peristiwa dan kepercayaan-kepercayaan yang dapat di dalam

agama Iniyan boleh pengaruhi kehidupan orang bukan Yahudi. Malah agama Kristian

juga telah diterima luas oleh orang bukan agama Yahudi. Perkara-perkara yang tidak

elok dapat ditutup daripada dibahaskan secara umum apabila panderi mereka tkela

meletakkan pelbagai peraturan dan undang-undang untuk menghalangi mereka

melakukan sedemikian. Perkara ini juga tidak lansung dapat meletekan agama

Kristian sebagai agama yang boleh diterima ramai yang boleh diteriama pakai oleh

orang yang bukan penganut agama Yahudi.


Ditambah pula dengan usaha yang telah dilakuan oleh Paul yang telah berusaha

memperkenalkan refomasi ke dalam dotrin agama Kristian dengan meletakan

agamaini sebagai agama yang sejagat ataupu universal. Usaha yang dilakukan oleh

Paul St. ini ada tuuan yang tersendiri kerana beliau tidak menerima pengajaran Jesu

Chirst sebalinya memebina asas baru kepada agama Kristian sehinggs jadi agama

Kristian kini yang baru dan jauh beza dengan ajaran yang asal oleh Jesus Chirst.

Walau apapun yang berlaku , agama Kristian kini telah berkembang sebagai sebuah

agama yang terbuka kepada orang ramai.

Selain itu, bagi perbezaan antara agama islam dan agama Kristian juga didapati

bahawa ideologi atau kepercayaan dan juga perlaksanaan ibadat yang terkandung di

dalam ajaran Kristian adalah sangat berbeza dan bercanggah dengan akidah atau

kepercayaan agama Islam yang dapat dilihat melalui doktrin-doktrin yang

diaplikasikan dalam ajaran Kristian yang berkait dengan ketuhanan nabi Isa a.s atau

lebih dikenali sebgai Jesus Christ menjadi perantaraan dalam konteks pengampunan

dosa. Berbeza bagi agama Islam yang hanya meletakkan Allah SWT sebagai rujukan

dan juga kepecayaan dengan menyerahkan semua kpada Allah SWT yang tidak ada

Tuhan lain selain daripadaNya dan tidak ada simbol dan juga lambang yang

digunakan dalam peribadatan umat Islam melainkan Allah itu wujud di dalam hati dan

tidak wujud dengan pacaindera.

Oleh yang demikian, agama Kristian juga bukanlah agama yang tidak baik malah

mereka juga telah menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bagi penganut-

penganut mereka, malah kefahaman agama Kristian dapat melahirkan manusia yang

berakhlak mulia serta keperibadian yang tinggi. Setiap agama mesti menyeru umatnya

untuk membuat kebaikan. Agama juga menekankan peneraoan nilai moral dalam
pelbagai aspek kehidupan penganutnya untuk dijadikan pengangan hidup melalui

peraturan dan nilai murni yang tercatat dalam kitab-kitab suci masing-masing. Malah

kehidupan beragama dalam diri seseorang juga mempengaruhi seoarang individu

untuk menjalakan kehidupan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek,

dan sahsiah.

Melalui penulisan ini juga, dapatlah juga kita mengetahui beberapa amalan dan

kepercayaan yang diamalkan serta perayaan-perayaan yang telah disambut oleh

penganut agama Kristian yang berkait dengan nilai murni serta moral untuk mereka

jadikan panduan serta pendoman. Penulisan ini sangat bagus diteruskan kerana kita

dapat memahami perkaitan antara moral dengan agama seterusnya menjadi penganut

yang baik dan taat kepada suruhan agama masing-masing.

Dari segi sejarah apa yang dapat disimpulkan adalah sejarah agama Kristian hari ini

kebanyakkan generasi baru Kristian yang dilahirkan dan dibesarkan, kisah dan

pengalaman mereka sendiri telah menajdi sebahagian dariapda naratif iman yang lebih

besar. Pertumbuhan agama Kristian sangat luar biasa dalam beberapa dekat. Pengaruh

agama Kristian dirasai dalam hampir setiap sektor masyarkat. Peranan yang

dimainkan oleh agama Kristian ini juga telah bertindak sebagai pelindung bagi bagi

penganut agama mereka yang telah mengembangkan lagi pengaruh dan

perkembangannya. Malah, peranan yang di mainkan oleh Gereja juga merupakan

sumbangan terpenting terhadap perkembangan serta pengaruh agama Kristian melalui

penguasaanya terhadap pemikiran, pandangan dunia dan perlakuan harian Masyarakat

dan politik pada zaman pertengahan.


Ajaran Kristian juga berpegang kepada rukun kepatuhan dan cinta kepada Tuhan serta

persaan baik hati terhadap jiran, tidak bermaksud bahawa individu yang mematuhi

rukun itu akan melaksankan semua suruhan Tuhan sepenuhnya. Mematuhi rukun

adalah baik tetapi tidak mencukupi kerana terdapat orang yang gagal mematuhi

kemahuan Tuhan yang sebenarnya. Contohya, mereka megabaikan tanggungjawab

menjaga ibu bapa tetapi berpurapura alim dengan memberi wang kepada gereja.

Akhir kata, apa yang dapat kita lihat dengan sangat jelas bahawa agama Islam dan

agama Kristian itu sangat berbeza pada pengangan dan amalan. Mahupun ada

persamaan yang wujud itu mungkin disebabkan oleh tinggalan ajaran sebenar yang

dibawa oleh Nabi Isa. Ajaran Kristian yang ada pada hari ini tidak sama dengan Nabi

Isa. Sebagai seorang muslim, kita wajib percaya dan yakin bahawa agama yang

diredhai oleh Allah itu hanya satu iaitu Islam.


8.0 RUJUKAN

1. Ann marie b. Bahr, religions of the world (university chicago divinity school,
2004)
2. Holy bible, today’s new international version (united states patent and
trademark office, 2001)
3. Robert s. Ellwood, the encyclopedia of world religions, revised edition
(california:University of southern california,1998)
4. Moral dari perspektif agama kristian | pdf. (n.d.). Scribd.
5. Hinks, d. (2003). The bible’s definition of “christian” (the christian and
discipleship) [review of the bible’s definition of “christian” (the christian and
discipleship)].
6. Azmi, n. A. R. B., & mokhtar, r. A. B. M. (2022). Sejarah kemunculan dan
kepercayaan gereja ortodoks dan roman katolik: Satu analisis perbandingan.
Oarep.usim.edu.my
7. Agama, k., kini, agama, p., kini, k., pengasasnya, d., zakaria, o., & mahmod bin
daud. (n.d.).
8. B, m. (1999). Sejarah dan perkembangan kristian kini [review of sejarah dan
perkembangan kristian kini].
9. Nabi isa atau jesus christ mengikut kristian dan penjelasan al-quran
mengenainya – kolej universiti islam antarabangsa sultan ismail petra – kias.
(n.d.). Kolej universiti islam antarabangsa sultan ismail petra - kias.
10. Anna, D. N. (2006). Penyaliban Yesus; Teologi Kristen; Teologi Islam [Review
of Penyaliban Yesus; Teologi Kristen; Teologi Islam]. (Original work published
2006)
11. Warren Matthew, Seventh Edition World Religions (Old Dominion University
Emiritus, 2010)
12. Victoria Kennick Urubshurow, Introducing World Religions (Circleville Road State
College, 2009)
13. Sri Rahayu & Khadijah , “Konsep Taubat menurut Islam dan Kristian,” AfkarVol.
18 Issue 1 (2016)
14. ‘The Holy Trinity”, The New Bible & Dictionary Bible, The Inter-Varsity Fellowship,
London, May 1962, h. 789.
15. The Holy Bible (New Testament: Epistles Of Paul): mengajar tentang
Tuhan dan keamanan
9.0 LAMPIRAN
i
Gambar buku rujukan

Gambar rujukan Journal


ii

You might also like