You are on page 1of 7

SEMESTER 2

TEMA 1
TAJUK 3 :
AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

DI SEDIAKAN OLEH : NUR FATIHAH BINTI JOHARI


PENGENALAN

Konsep masyarakat jahiliah mengikut Al-quran ialah masyarakat yang tidak mempunyai kitap suci dan nabi
sebagai petunjuk mereka . Masyarakat ini juga tidak mempunyai akhlak yang baik serta tidak bertamadun dan
bersikap sombong . Mereka juga adalah masyarakat yang buta huruf , tidak tahu menulis dan tidak
mengesakan Allah swt serta tidak patuh kepada syariat-nya . Menurut pandangan sejarawan Islam , zaman
jahiliah bermula sekitar tahun 300 masihi selepas keruntuhan empangan maarib sehingga turunnya wahyu
pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada tahun 610mmasihi . Dalam tempoh masa tiga abad ini ,
masyarakat Arab mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan yang berkaitan dengan unsur khurafat . Antara
contoh factor yang mewujudkan keadaan ini adalah daripada pengaruh asing iaitu semenanjung Arab sentiasa
mengadakan hubungan dengan dunia luar melalui hubungan diplomatik , perdagangan dan aktiviti keagamaan .
Oleh itu , terdapat beberapa agama utama yang terdapat pada zaman jahiliah dalam tempoh masa tiga abad.
ISI PERTAMA : AGAMA WATHANI

Antara agama yang terdapat pada zaman jahiliah ialah Agama wathani .Agama Wathani merupakan agama
yang menyembah berhala dan merupakan agama dominan masyarakat Arab yang berpusat di Makkah.
Penganut agama ini mengukir berhala daripada batu , kayu, logam , galian yang mempunyai pelbagai rupa
dan jenis . Agama Wathani ini diasaskan oleh umar bin luhai . Masyarakat Arab Jahiliah yang menganut
agama wathani ini menganggap berhala sebagai tuhan mereka . Sebagai contohnya, berhala dipuja kerana
mereka menganggap berhala akan membawa manfaat seperti Al-Wad yang melambangkan kekuatan
kelelakian , AL- suwa yang melambangankan kecantikan wanita dan Al – yaghuth yang melambangkan
kekuatan dan keberanian . Antara berhala yang paling terkenal dan sentiasa menerima penghormatan ialah Al-
Uzza , Al-manat dan AL-Lata . Tuntasnya ,setiap kabilah menempatkan satu berhala di sekeliling kaabah bagi
mewakili setiap suku mereka . Terdapat sebanyak 360 berhala dik sekeliling kaabah pada awal zaman Islam .
ISI KEDUA : AGAMA SAMAWI

Selain itu agama lain yang ada pada zaman jahiliah adalah agama Samawi . Agama samawi
juga merupakan agama yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah . Agama Samawi
ialah agama yang dianggap sebagai agama yang ditujrunkan daripada langit seperti agama
yahudi . Agama yahujdi ini telah dikbawa olleh nabi Musa a.s dan diutuskan kepadanya
melalui kitab suci Taurat. Penganujt asal agama ini ialah bani Israel yang berasal daripada
palestin yang mendiami Hijaz , Yaman dan Yathrib (Madinah). Contohnya bani nadhir
qunaiqa dan quzairah telah mengamalkan agama samawi ini .Namun begitu , mereka telah
mengubah isi kandungan kitab taurat dan Allah swt telah melaknat mereka . Jelaslah
bahawa kebanyakkan masyarakat Arab Jahiliah telah menganuti pelbagai agama
terumatanya agama samawi sebagai kepercayaan dalam kehidupan mereka.
ISI KETIGA: AGAMA NASRANI ( KRISTIEN )

Seterusnya agama Nasrani juga merupakan agama utama yang terdapat pada zaman jahiliah.. Agama Nasrani
merupakan salahsatu agama yang dianuti oleh masyarakat jahiliah . Agama Nasrani merupakan agama yang
telah dibawa oleh nabi Isa yang diutuskan melalui kitab injil ialah sebabgai kitab suci . Bani Israel merupakan
penganut awal bagi agama Nasrani yang turut dikenali sebagai agama kristien . Hal ini demikian kerana ,agma
kristien yang dianuti dan diamalkan oleh masyarakat jahiliah dipercayai tidak terlalu sesat jika dibandingkan
dengan agama wathani. Dalam agama kristien penganutnya masih mempercayai kewujudan dan kebesaran
Allah swt . Contohnya , masih terdapat segelintir penganut agama kristien ini yang mengingkari perintah Allah
swt. Agama kristien telah berkembang dibeberapa tempat dalam masyarakat jahiliah . Tambahan pula , pengkaji
sejarah berpendapat bahawa agama Nasrani telah bertapak di kota mekah pada abad 4 masihi . Agama ini juga
turut dianuti oleh penduduk suku Ghassan dan Hirah serta disebelah selatan oleh penduduk Habsyah . Tegasnya,
agama Kristian merupakan agama kedua terbesar yang dianuti oleh masyarakat Jahiliah selepas agama Wathani.
ISI KEEMPAT: KEPERCAYAAN TAHAYUL DAN
KARUT (ANIMISME)
Akhir sekali, masyarakat Arab Jahiliah juga mempunyai kepercayaan adat yang
berunsurkan tahayul dan karut serta tradisi yang diwarisi dari nenek moyang terdahulu. Hal
ini demikian kerana kepercayaan adat mereka tidak mempunyai konsep penyembahan
sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup masyarakat Arab Jahiliah.
Sebagai contoh, mereka percaya kepada kuasa ghaib, pokok, batu serta roh dan semangat.
Oleh itu, masyarakat ini mempunyai amalan menilik nasib bagi menentukan nasib
seseorang atau masa depan mereka.
PENUTUP

Kesimpulannya , masyarakat arab jahiliah hidup hanya bertuhankan hawa nafsu semata –
mata . Mereka juga hidup dalam keadaan kesesatan , kejahilan , dan terpesong daripada
akidah yang sebenar . Kehidupan masyarakat arab mengalami satu perubahan yang besar
setelah kedatangan islam . Jelaslah bahawa , Islam telah membawa kemajuan yang
sempurna dan telah mentamadunkan masyarakat Arab .

You might also like