You are on page 1of 2

Agama & Kepercayaan Jahiliah

Bincangkan Bentuk Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam.

Pengenalan :
o Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh
keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam ( 610 M)
o Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
o Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti
bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
o Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat.
Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara
kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
o Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada
budaya hidup mereka.

Isi :

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui

nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.

1. Agama Hanif :

Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab

tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini

ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

2. Agama Yahudi :

Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai

kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini

demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3. Agama Nasrani :

Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan

kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama

asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4. Agama Wathani :

Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada

batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai

keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza,

Al-Manat, dan Al-Hubal.

5. Agama Majusi :
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta

Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut

menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

6. Agama penyembahan Cekarawala :

Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber

tenaga dan kekuatan.

7. Agama Animisme :

Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan

sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

8. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :

Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap

mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

9. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.

Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah

ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil

menyanyi.

10. Kepercayaan tahyul :


o Kepercayaan tangkal azimat
o Roh orang mati menjadi burung.
o Percaya kepada ahli nujum.
o Percaya kepada ahli sihir.
o Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada
keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
o Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
o Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini
bermakna isterinya telah berlaku curang.
o Membuat keputusan melalui anak panah.

Kesimpulan :

Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang

jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.

You might also like