You are on page 1of 2

3.

Kepercayaan beragama masyarakat Arab jahiliah seterusnya ialah agama Samawi, iaitu
agama yang dianggap turun dari langit seperti agama Yahudi dan agama Nasrani.

 Agama Yahudi merupakan agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam.
Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat.
 Penganut asal agama ini ialah Bani Israel. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel
telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini
dianggap syirik.
 Di Yathrib, Bani Nadhir, Qainuqa’ dan Quraizah mempraktikkan agama Yahudi ini.

4. Agama Nasrani juga merupakan agama langit yang dianuti masyarakat Arab pada zaman
jahiliah.

 Agama Nasrani ialah agama yang dibawa oleh Nabi Isa A.S dan diutuskan dengan
kita suci Injil. Isi kandungan kitab injil kemudiannya diubah.
 Penganut asal agama ini ialah Bani Israel, dan dianuti oleh penduduk suku Ghassan
dan HIrah serta di sebelah selatan oleh penduduk Habsyah. Di Kota Makkah turut
terdapat suku Arab yang menganut agama ini.
 Sebahagian kecil masyarakat Arab berpegang kepada kepercayaan agama dengan
menganut agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Mereka digelar Hunafa.
 Masyarakat ini meninggalkan amalan tradisi nenek moyang seperti minum arak,
berzina, berjudi dan sebagainya.
 Golongan Hunafa menentang amalan dan kepercayaan beragama masyarakat Arab
jahiliah.

Kesimpulan
Selain kepercayaan beragama, masyarakat Arab pada zaman jahiliah juga mempunyai
kepercayaan adat yang berunsurkan animism dan tahyul seperti amalan menilik nasib, serta
penyembahan alam sekeliling. Kehidupan masyarakat Arab jahiliah mengalami perubahan besar
setelah kedatangan Islam. Islam merupakan addin yang sempurna dan mentamadunkan
masyarakat Arab.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAHILIAH

Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh
keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam (610 M). Kepercayaan
masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat.
Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara
kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (agama langit) yang diturunkan oleh
Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi iaitu agama ciptaan.

1. Kepercayaan beragama yang mendominasi masyarakat Arab pada zaman jahiliah ialah
agama Wathani

 Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama Wathani, iaitu agama sembah berhala
yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas.
 Sesetengah masyarakat Arab percaya berhala dapat memberikan mudarat dan
manfaat seperti al-Wad yang melambangkan kekuatan kelakian, al-Suwa yang
melambangkan kecantikan wanita dan al-Yaghuth yang melambangkan kekuatan
dan keberanian.
 Penganut agama ini mengukir berhala daripada batu, kayu dan galian yang
mempunyai pelbagai rupa dan jenis.
 Masyarakat Arab jahiliah menganggap berhala adalah tuhan. Setiap suku
menempatkan satu berhala di sekeliling Kaabah bagi mewakili suku.
 Terdapat 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza,
Al-Manat, dan Al-Hubal.

2. Kepercayaan beragama masyarakat Arab zaman jahiliah khususnya di bahagian Timur


Semenanjung Tanah Arab yang meliputi Oman, Yaman, dan Bahrain ialah agama Majusi.

 Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Parsi dan tidak mempunyai kitab
suci serta mengakui nabi-nabi palsu
 Masyarakat ini menyembah cahaya dan kuasanya seperti matahari, bulan, bintang,
dan api. Api ialah simbol ketuhanan penganut agama Majusi.
 Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini
banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan
anak serta adik beradik.
 Terdapat tiga mazhab dalam agama ini, iaitu Kayumarthiyah, Zawarniyah dan
Zaradusthiyah

You might also like