You are on page 1of 9

ISRAILIYYAT

NURANISA ZAHIRA BINTI LANHAWARI


PENGERTIAN

• Bahasa :
• Berasal daripada perkataan ‫ئيلية‬#‫سرا‬#‫إ‬
• Dinisbahkan kepada Bani Israil ( keturunan Israil ).
• ISRAIL (nama nabi Yaakub a.s) bermaksud Abdullah atau hamba Allah.
• Bahasa Hebrew :
• Isra’ adalah hamba dan ill adalah tuhan.
• Hamba tuhan yang merujuk kepada Nabi Yaakub a.s
• Para Mufassirin menjelaskan bahawa Israiliyyat adalah
- Pengaruh budaya Yahudi yang menyerap masuk ke adalah agama Islam melalui penafsiran dan
penerangan ayat-ayat suci al-Quran.
• Istilah :
• Kisah yang dicipta dan disampaikan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dengan tujuan
merosakkan kesucian Islam.
• Berita-berita atau cerita yang diambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakkannya
terdiri daripada golongan Bani Israil atau Yahudi.
• Menurut Al-Zahabi ;
• Kisah atau cerita yang dimasukkan ke dalam tafsir yang asal periwayatannya kembali kepada
sumbernya iaitu Yahudi dan Nasrani.
• Cerita-cerita yang sengaja dimasukkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir yang sama sekali tidak
dijumpai dasarnya dalam mana-mana sumber Islam.
• Bagi Dr. Solah al-Khalidi (n.d.), Israi'liyyat bukan semata-mata diwarnai oleh warna Yahudi
tetapi turut diwarnai sama oleh warna-warna dari Nasrani, Parisi dan Rumani.Di antara hujah-
hujah beliau ialah kaum Yahudi merupakan bangsa terawal yang memulakan gerakan
pendustaan dan menyebarluaskan kepada bangsabangsa lain. Dan bangsa-bangsa tersebut turut
serta di dalam gerakan ini dengan menjadi murid kecil kepada guru utama mereka iaitu bangsa
Yahudi yang bertopengkan kesyaitanan dalam melakukan propaganda permusuhan terhadap
Islam dan umatnya.
CARA PENYERAPAN ISRAILIYYAT

Datang ajaran
Thaqafah Bani Thaqafah Arab
Islam dan kitab
Israil Zaman Jahiliyyah
Allah s.w.t.

Ulama yahudi/ Berputiklah sejarah


Kebenaran yang
Ahli kitab di kemasukan
diberikan oleh
Madinah memeluk Israiliyyat dalam
Rasulullah
Islam sumber ilmu.
PENYERAPAN ISRAI'LIYYAT DALAM PENGAJIAN TAFSIR

• Kemasukan israiliyyat dalam pengajian tafsir bermula dengan kemasukan thaqafah (peradaban)
Bani Israel (yang berhijrah ke Semenanjung Arab) ke dalam thaqafah Arab pada zaman
Jahiliyyah. Bangsa-bangsa Yahudi ini membawa bersama-sama mereka ilmu-ilmu dan
pengetahuan yang diambil daripada kitab-kitab agama mereka.
• Kemudian datang ajaran agama islam dan kitab Allah yang mengandungi di dalamnya ilmu dan
agama. Serua Islam lahir dan tersebar dalam kalangan penduduk Semenanjung tanah Arab. Di
kota Madinah dan sekitarnya tinggal bermukim beberapa golongan Yahudi seperti Bani
Qainuqa’, Bani Quraizah, bani al-nadir dan sebagainya.
• Terdapat juga dikalangan ulama Yahudi atau ahli kita di Madinah yang memeluk Islam seperti
Abdullah bin Salam ( memeluk islam semasa nabi berhijrah ke Madinah).
• Keilmuan mereka dalam al-Taurat dan al-Injil dimanfaatkan sebilangan para sahabat dan
generasi Tabi’in selepas itu untuk pemerincian dalam aspek tafsir ayat-ayat al-Quran, hadis-
hadis dan fakta-fakta sejarah. Ia turut berkisar tentang kisah-kisah nabi dan umat mereka silam,
kisah-kisah kejadian alam dan sebagainya. Ini berdasarkan kebenaran yang diberikan oleh
rasulullah berdasarkan batas-batas yang terhad.
BIBLIOGRAFI

• Fathizul. (2014, September 30). Retrieved from https://www.slideshare.net/fathizul93/2-


israiliyat
• Noor, A. Y. (2018). Perbahasan Isra’iliyyat Sheikh Husayn Al-Dhahabi dan Sheikh Abu
Shahbah. 23-24.
• Sulaiman, I. H. (n.d.). Israiliyyat Dalam Pengajian Dan Sunnah. 3-5.
SLIDE TITE
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like