You are on page 1of 8

NAMA JABATAN : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR

TUGASAN 1 – PENULISAN ESEI


(INDIVIDU)
SEMESTER 3 / TAHUN 2

Nama : NURANISA ZAHIRA BINTI LANHAWARI

Angka Giliran : 2020212340036

Nombor Kad Pengenalan : 011025030876

Kumpulan/Unit : PENDIDIKAN ISLAM

Kod dan Nama Kursus : PIMK3083 ( PENGAJIAN FIQH )

Nama Pensyarah : USTAZAH ROSMIZA BINTI ISMAIL


Tarikh Hantar : 01 APRIL 2022

Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh Pensyarah)

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya fahami.

Tandatangan Pelajar : Jumlah markah:

Tarikh : 01 APRIL 2022

Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja
kursus pelajar.

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 MATI OTAK 3-4

3.0 ISU MATI OTAK 4-5

4.0 DALIL DAN KAEDAH FIQH 5-7

5.0 KESIMPULAN 7

2
1.0 PENGENALAN

Aplikasi fiqh semasa merupakan aspek yang penting dalam sistem pemerintahan
sesebuah negara Islam pada zaman sekarang. Hal ini kerana kaedah fiqh menjadi tempat
rujukan umat Islam dan memainkan peranan yang utama dalam menyelesaikan masalah-
masalah hukum yang timbul dari semasa ke semasa. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang
diputuskan dalam pelbagai cabang dan bidang seperti muamalat, ibadah, aqidah, akhlak,
sains dan teknologi sehinggalah kesihatan. Menurut Anwar Fakhri (2019), mengaplikasikan
kaedah-kaedah fiqh bukan bermakna mengetepikan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah tetapi
sebaliknya, ia bertujukan untuk mengurus dan memandu urusan agama dan urusan manusia
agar diselaraskan dengan keadaan dan masa demi kemaslahatan umat itu sendiri dan
mencapai tujuan syariah (maqasid syariah). Kesihatan adalah satu asset terpenting dalam
kehidupan. Dalam dunia sekarang, norma baharu yang terpaksa dilalui oleh masyarakat telah
mengubah cara hidup sehari-hari termasuklah amalan keagamaan yang perlu disesuaikan
dengan keadaan semasa. (Habibi, 2020) Isu kesihatan yang akan saya ulaskan adalah
berkaitan tentang mati otak.

2.0 MATI OTAK

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Hal ini seperti firman Allah ,

‫ُك ن َ ْف ٍس َذ ۤاى َق لة الْ َم ْوت‬


ُّ ‫ل‬
ِٕ
Maksudnya : setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.

( Ali-Imran 185)

Kematian adalah satu kepastian kepada semua umat manusia. Terdapat pelbagai faktor atau
punca seseorang itu boleh meninggal. Menurut Harvard Medical School ( 1968 ), mati otak
adalah sesuatu keadaan dimana seseorang itu tiada pergerakan, tiada pernafasan (apabila
dihentikan alat bantuan pernafasan), koma dan tiada tindakan refleks daripada pangkal otak
mereka. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan (2016), Seseorang yang telah didiagnos dalam
keadaan ini dikira sebagai mati yang sah dan pengesahan ini dilakukan oleh dua orang doktor
yang pakar dengan syarat-syarat yang tertentu. Namun begitu, diagnosis mati otak juga tidak
dapat diterima sebagai kematian oleh sesetengah pihak hal ini dapat dilihat di dalam konteks
islam sendiri, walaupun ada fatwa yang mengatakan mati otak sebagai kematian namun
secara realitinya pandangan ini tidak diterima oleh sesetengah pihak kerana ramai yang

3
beranggapan bahawa kematian seseorang manusia adalah hanya berkait rapat dengan
kedaan apabila jantung seseorang itu berhenti sahaja.

Menurut Mohd Ilham Ismail (2020), Kerosakan pada otak memberi kesan yang besar
kepada manusia, Kerosakan boleh disebabkan oleh kecederaan semasa seperti kemalangan,
strok dan sebagainya. Kecederaan yang serius terhadap otak juga akan menyebabkan
seseorang itu koma atau tidak sedarkan diri. Koma ini boleh terjadi dalam waktu yang lama
atau boleh terjadi selama-lamanya. Menurut Mualimin (2021), kes mati otak perlu
dititikberatkan supaya kematian seseorang dapat disahkan dan seterusnya dapat
menyelesaikan dilema konsep mati otak. Oleh itu, menurut Siti Fariza (2018), Konsep mati
otak mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kematian manusia. Konsep ini selaras
dengan Islam dan meletakkan pesakit yang mati ketika bernafas dengan mesin berada dalam
keadaan yang mulia.

3.0 ISU MATI OTAK

Rajah 1

4
Keratan akhbar di atas menunjukkan isu kesihatan berkaitan dengan kes mati otak
yang terjadi pada zaman sekarang. Seperti yang telah diterangkan, dalam kes mati otak, otak
pesakit sudah tidak berfungsi kerana mereka telah terputus bekalan oksigen dan darah yang
mengalir dalam badan mereka. Dunia semakin hari semakin moden mengikut arus globalisasi
kini telah berhasil mencipta alat bantuan pernafasan untuk membantu manusia. Kebiasannya
pesakit mati otak, mereka akan bergantung dengan bantuan alat pernafasan. Oleh itu, muncul
satu permasalahan dan tanda tanya yang berlaku dalam dunia hari ini iaitu jika pesakit mati
otak itu dikira telah mati, adakah dibolehkan untuk doktor menghentikan hayat hidup pesakit?
Hal ini kerana, pesakit mati otak akan bergantung kepada alat bantuan pernafasan untuk
teruskan hidup mereka.

4.0 DALIL DAN KAEDAH FIQH

Untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul, kaedah usul fiqh akan menjadi
rujukan selain daripada menggunakan penyelesaian daripada sudut perubatan. Di negara kita
Malaysia, pemeriksaan mati otak akan dilakukan sebanyak dua kali, selang selama enam jam
dan syarat asas penentuan mati otak adalah daripada beberapa perkara contohnya pesakit
dalam keadaan koma yang tidap dapat dipulihkan dan batang otak mereka tidak lagi
berfungsi. Ulama juga menjelaskan antara tanda kematian seseorang adalah badan mereka
menjadi sejuk. Kebanyakkan pesakit mati otak, suhu badan mereka akan semakin menurun
kerana lama-kelamaan jantung mereka akan berhenti. Berdasarkan persamaan tanda
kematian inilah, ianya cukup untuk menjadi hujah yang kuat untuk mengatakan bahawa mati
otak adalah suatu kematian yang sah.

Selain itu, terdapat juga dua pandangan dan hukum untuk isu adakah dibolehkan
untuk menghentikan hayat hidup pesakit mati otak kerana mereka bergantung kepada alat
bantuan untuk meneruskan hidup. Pendapat yang pertama adalah pendapat yang
mengatakan haram kerana mati otak itu tidak dikira sebagai satu kematian. Hal ini kerana
mereka yang berpendapat begini berpegang kepada dalil Allah yang berfirman;

‫َو َما ََك َن ل لم ۡؤم ٍن أَن ي َ ۡق لت َل لم ۡؤمنًا ا اَّل خ ََطا‬


ِٕ

5
Maksudnya: Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh
seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja.

(Al-Nisaa’: 92)

Mereka yang berpendapat begini menyatakan bahawa hayat orang yang mati otak masih
ada sekiranya pesakit mempunyai denyutan jantung walaupun mereka bergantung kepada
alat bantuan pernafasan. Mereka juga menggunakan kaedah fiqhiyyah berdasarkan dalil

‫اليقني َّل يزول ابلشك‬


bermaksud “Yakin tidak akan hilang dengan adanya syak”.

Yakin yang dimaksudkan di dalam permasalahan ini adalah apabila seseorang pesakit itu
masih mempunyai degupan jantung dan menimbulkan syak sama ada pesakit telah mati
ataupun masih hidup. Oleh itu, mereka berpegang kepada hukum haram. Antara golongan
yang berpegang dengan pendapat ini adalah Mantan Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi, al-
Syeikh Abd al-Aziz bin BaazRahimahullah di dalam Majmu’ al-Fatawa wa Maqalaat
Mutanawwi’ah Halaman (366-367).

Seterusnya pendapat yang kedua pula adalah pendapat yang mengatakan bahawa
mati otak adalah kematian yang sah dan alat bantuan pernafasan mereka boleh dicabut.
Perkara ini tidak haram dan perlu dilakukan kerana pesakit telah dikira mati. Mereka
berpegang kepada kaedah fiqh yang berbunyi ,

‫ال رضر وال رضار‬

Maksudnya: tidak boleh memberi mudarat kepada diri sendiri dan tidak memberi mudarat
kepada orang lain.

Oleh itu, mereka berpendapat tindakan mencabut alat bantuan pernafasan itu adalah
bertepatan dengan hadis di atas. Al-Qaradawi juga telah memberi hujah beliau supaya
mencabut alat bantuan pernafasan kepada pesakit yang telah disahkan mati otak. Shaykh
Jad al-Haqq ‘Ali Jad al-Haqq juga berpandangan bahawa tidak berdosa bagi pengamal
perubatan menghentikan alat bantuan pernafasan jika mereka sudah yakin pesakit tersebut
sudah meninggal dunia. Antara alim ulama yang berpegang dengan pendapat ini juga adalah
Al-Syeikh Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar Rahimahullah di dalam Buhuth Nadwahal-Hayah al-
Insaniyyah Bidayatuha wa Nihayatuha.

6
Setelah mengkaji dan membuat analisis terhadap kedua-dua pandangan tersebut,
dapat disimpulkan bahawa mati otak adalah kematian yang sah. Hal ini kerana kajian saintifik
dalam perubatan telah membuat kajian bahawa pesakit yang mengalami mati otak ini, mereka
tidak dapat menggunakan fungsi otak utama dan tidak bergerak balas terhadap sebarang
bentuk ransangan lagi. Seterusnya, mereka yang mengalami mati otak ini perlu bergantung
hidup dengan alat bantuan pernafasan dan mereka tidak akan boleh bertahan untuk hidup
dalam masa yang lama sekiranya mereka menggunakan alat bantuan pernafasan selama-
lamanya. Atas faktor ini , seseorang yang mengalami mati otak akan dikira sudah meninggal
dunia.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kaedah fiqh dalam kehidupan membolehkan umat Islam sentiasa


mengadaptasi syariat Islam dalam dunia kontemporari yang penuh mencabar ini. Melalui
kaedah fiqh ini juga masyarakat dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan mereka dalam
perselisihan pendapat fuqaha dalam menentukan status pesakit mati otak. Hal ini kerana wajib
ke atas setiap muslim untuk sentiasa berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah serta
pendapat ulama dalam menyelesaikan sebarang masalah dalam kehidupan mereka terutama
yang melibatkan hukum. Justeru kaedah fiqh ini juga dapat mengurangkan masalah yang
berlaku dalam kekeliruan penyakit mati otak.

7
RUJUKAN

Al-Bakri., Z. M. (2019). BAYAN LINNAS SIRI.


Al-Qaradawi. (2008). Al-Sunnah Masdaran lil-Ma'rifah wa al-Hadarah.
Fariza, S. (2018). Aplikasi Kaedah Fiqh Al-Darurag.
Habibi. (2020). Normal Baru Pasca Covid-19.
Mohamad, Y. (2016). Contemporary Ijtihad: An Analysis of Individual and Collective.
Selangor.
Mualimin. (2021). Muzakkirah Fi Maqasid Syariah. USIM.
Omar., A. F. (2019). Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam Permasalahan Fiqh. 23.
Persekutuan, M. W. (2016). IRSYAD AL-FATWA KE-100: ADAKAH BRAIN DEATH DIKIRA
SEBAGAI KEMATIAN? Retrieved from https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-
fatwa/irsyad-fatwa-umum/3175-brain-death
Sulayman, A. (2006). Manhaj al-Bahth fi al-Fiqh al-Islami.

You might also like