You are on page 1of 21

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

SEPTEMBER 2022

FALSAFAH DAN ISU SEMASA 2


MPU3192

Rumuskan konsep metafizik (kematian) agama dan kepercayaan di atas serta sejauh mana
anda mempercayainya?
Kongsikan pengalaman kehilangan orang yang tersayang dalam hidup anda serta jelaskan
penerimaan anda terhadap kehilangannya.
Berdasarkan soalan di atas, anda diminta membuat satu Garis masa (Timeline) kehidupan
/perkenalan / memori bersamanya.

NO. MATRIKULASI : 920308126374002


NO. KAD PENGENALAN : 920308126374
NO. TELEFON : 014-3290585
E-MEL : Zera92@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : Keningau Learning Centre
MPU3192 SEPTEMBER 2022

ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK
dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open University Malaysia
(OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau
baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS

1
MPU3192 SEPTEMBER 2022

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK ........................................................................................................... 3

PENGENALAN ................................................................................................... 4

KEMATIAN/PENGEBUMIAN AGAMA KRISTIAN ..................................... 5

KEMATIAN/PENGEBUMIAN AGAMA ISLAM ............................................ 6

KEMATIAN/PENGEBUMIAN AGAMA HINDU .......................................... 7

KEMATIAN/PENGEBUMIAN KEPERCAYAAN

MASYARAKAT CINA MALAYSIA ............................................................ 8

PENGALAMAN KEHILANGAN ORANG TERSAYANG

IAITU DATUK .................................................................................................. 10

GARIS MASA ................................................................................................... 11

TUGASAN 2: PENGALAMAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

MENYELESAIKAN TUGASAN INI .............................................................. 12

RUMUSAN ....................................................................................................... 14

TUGASAN 3 .................................................................................................... 15-19

RUJUKAN ........................................................................................................ 20

2
MPU3192 SEPTEMBER 2022

ABSTRAK
Kursus ini merupakan tugasan mengenai metafizik. Secara ringkasnya metafizik ialah sesuatu
yang melangkaui fizik. Fizik dalam bahasa Yunani bermaksud alam tabii. Jadi, metafizik juga
ialah sesuatu yang melangkaui alam tabii. Metafizik sering dikaitkan dengan perkara yang tidak
berpijak di bumi nyata. Dengan kata lain, perkara di awang-awangan. Secara harfiahnya,
memang betul
kajian dalam ilmu metafizik adalah begitu kerana seseorang itu masih perlu berfikir, bertindak
berdasarkan ilmu metafizik yang mereka miliki, iaitu ilmu yang tidak nampak dengan mata
kasar. Oleh itu, inilah cabarannya dalam ilmu metafizik. Hal ini demikian kerana apa- apa yang
kita tidak nampak boleh memberikan impak dalam menentukan tindakan dan pemikiran kita
semua. Berikut merupakan penjelasan-penjelasan beberapa kepercayaan keagamaan tentang
kematian berdasarkan metafizik.

3
MPU3192 SEPTEMBER 2022

PENGENALAN
Metafizik merupakan salah satu bidang yang tertua dalam bahagian falsafah. Ia boleh
dikategorikan antara bidang yang mempunyai umur yang sama dengan falsafah.Ia juga adalah
bidang utama yang membicarakan falsafah. Metafizik menjelaskan sesuatu yang di
sebalik fizikal. Selain itu, metafizik membincangkan mengenai hakikat realiti dan
merupakan ilmu untuk merungkaikan hikmah sesuatu perkara yang wujud sama ada di luar alam
biasa atau yang tidak kelihatan. Metafizik adalah perkara yang ghaib tetapi ianya wujud
disekililing kita dan memberi kesan kepada kita. Terdapat sebilangan ahli ilmuan yang
berpandangan bahawa usaha untuk mencapai ilmu metafizik bermula dengan usahanya
untuk memahami alam sekitar. Manusia juga merupakan sebahagian daripada alam
semesta. Pemikiran manusia terbatas untuk mengenal ciri-ciri seperti warna, bentuk, bau, rasa,
sejuk dan panas pada sesuatu benda atau makhluk yang berhubungan dengan manusia. Namun
begitu, ia tidak meghalang manusia untuk mengkaji tentang alam sekitar dengan lebih dalam dan
meluas serta dengan cara yang lebih saintifik.

4
MPU3192 SEPTEMBER 2022

2.0 KEMATIAN/PENGEBUMIAN AGAMA KRISTIAN


Dalam kristian terdapat beberapa cabang iaitu Katolik, Protestant dan Ortodoks. Kristian
adalah sebuah agama yang berdasarkan kepada kehidupan dan ajaran Jesus dari Nazaret, dan
para pengikutnya berpandukan dalam Kitab Perjanjian Baru(Alkitab). Berikut adalah cara
pengendalian upacara kematian/pengebumian agama Kristian Katolik.
Apabila kematian berlaku, pihak keluarga akan memberitahu pihak keluarga terdekat,
penduduk sekitar dan juga Pemimpin Gereja. Persediaan memandikan mayat dilakukan, dan
dipakaikan pakaian kemas (lelaki) atau cantik(wanita) lengkap dengan barang kemas milik
peribadi si mayat dan berkasut, bergantung kepada persetujuan ahli keluarga. Si mati akan
dibaringkan di dalam keranda di ruang tamu, dengan tangan akan disimpulkan atas bahagian
perut, lilin dipasang di bahagian atas kepala dan hujung kaki. Gambar si mati juga akan
dipamerkan di bahagian atas keranda. Perbincangan ahli keluarga dibuat untuk mendapat
keputusan berapa hari mayat akan disimpan di rumah (untuk memberi ruang kepada
penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan saudara terdekat), sebelum ke pengembumian.
Tempoh paling lama adalah 3 hari, jika perlu menunggu ahli keluarga yang jauh untuk sampai
memberikan penghormatan terakhir ( perlu suntikan formaldehyde untuk pengawetan).
Sebagai Kristian Katolik, sembayang Rosari (malam) akan dilakukan selama 7 hari berturut yang
diketuai oleh pemimpin gereja .
Pada hari pengembumian, ahli keluarga akan mengadakan sembahyang iaitu Misa
Penghormatan terakhir mendiang sama ada di gereja atau pun di rumah mengikut keputusan
kelaurga si mati. Si mati dibalut dengan kain putih bersulamkan bentuk salib warna hitam
menutupi seluruh badan dan diangkat menggunakan kenderaan menuju ke tanah perkuburan. Di
tanah tapak perkuburan yang sudah digali (7' x 3' x 7'), keranda diletakkan di atas kayu melintang
dan bacaan doa terakhir oleh Pemimpin Gereja (Ahli Relgius). Keranda diturunkan perlahan
menggunakan tali dari bawah kayu melintang tadi. Kubur akan dikambus sepenuhnya dan lilin
akan dinyalakan di sekeliling serta bunga diletakkan di atas kubur disandarkan pada salib kayu.

5
MPU3192 SEPTEMBER 2022

Selepas selesai majlis pengebumian, tempoh berkabung adalah wajib selama 3 malam,
dan sembahyang diadakan pada sebelah malam. Upacara sembahyang diadakan pada tempoh
peringatan pada hari ke-40 dan hari ke-100.
Walaupun agama Kristian mempunyai mazhab atau aliran fikiran yang berlainan tetapi
mereka masih menggunakan satu kitab yang sama sebagai rujukan. Maka, ada sesetengah
upacara keagamaan yang sama antara mazhab lain. Agama Kristian juga mempunyai Tuhan yang
sama iaitu Jesus Christ walaupun aliran pemikiran mereka berlainan.

2.1 KEMATIAN/PENGEBUMIAN AGAMA ISLAM


Kematian (ajal) dalam perspektif falsafah Islam adalah terlepasnya pengurusan dan
pengaturan jiwa (nafs) atas badan dan terpisahnya jiwa dari badan. Tentu saja, pandangan ini
bersumber dari al-Qur’an dan riwayat-riwayat yang tidak memandang kematian sebagai
ketiadaan, kehancuran, dan kesirnaan.
Dalam teks-teks Islam, terdapat berbagai-bagai bentuk ungkapan yang digunakan untuk
kematian yang mana semua ungkapan tersebut dari satu sudut memiliki persamaan makna iaitu
kematian bukanlah ketiadaan dan kesirnaan, bahkan ia adalah perpindahan dari satu kediaman ke
satu kediaman yang lain. Ini kerana manusia terbentuk dari ruh dan badan, dan dengan kematian
yang merupakan ketiadaan hayat dan kehidupan fizikal zahiriah, maka ruh akan berpindah ke
alam (barzakh dan) akhirat. Dan inilah makna dan erti kematian bagi manusia.
Kematian terjadi tatkala ruh dicabut oleh malaikat maut sebagaimana pada waktu tidur.
Bezanya, kematian (ajal) merupakan sebuah tidur yang panjang, sedangkan tidur adalah
kematian sementara atau kematian pendek, maka itu kematian adalah wafat (berpindah) bukan
kebinasaan, kesirnaan atau ketiadaan. Kematian adalah kelahiran baru dari rahim tabiat (alam
dunia), yang mana berdasarkan kelahiran ini manusia memasuki alam baru yang tidak dapat
dibandingkan dengan dunia tabiat ini, sebagaimana alam rahim tidak dapat dibandingkan dengan
dunia tabiat.
Apabila seseorang hamba Allah Subhaanahu wa Ta’ala meninggalkan dunia menuju ke alam
barzakh, agama Islam telah menentukan cara yang khas untuk pemergiannya, yang dimana akan
disemai dengan penuh penghormatan. Kami diperintahkan untuk memandikan jenazah dengan
cara sebagaimana orang yang hidup memperoleh kesucian. Selesai dimandikan, jenazah dikafan

6
MPU3192 SEPTEMBER 2022

dengan pakaian yang terbaik, bersih dan kemas. Ini diikuti oleh Solat Jenazah di mana kita
berdoa memohon keampunan dan rahmat Allah Subhaanahu wa Ta’ala untuk si mati. Selepas itu,
jenazah dibumikan di perkuburan.
Bagi mereka yang akan memandikan jenazah, terdapat beberpa perkara yang mereka
kena lakukan. Antaranya ialah Pastikan jenazah dimandikan di tempat yang tertutup. Sebaik-
baiknya si pemandi itu dalam keadaan berwudhu apabila hendak memandikan jenazah. Ia adalah
Makruh bagi si pemandi dalam keadaan janaabah, haidh atau nifaas untuk memandikan jenazah.
Dilarang untuk menyampaikan apa yang disaksikan semasa memandikan jenazah kepada orang
lain.

2.3 KEMATIAN/PENGEBUMIAN AGAMA HINDU


Dalam konsep kematian agama Hindu, mereka percaya bahawa kehidupan selepas
kematian. Sarjana India juga menyatakan bahawa kematian adalah perpisahan roh dan jasad dan
jasad akan hancur tetapi roh kembali ke alam barzakh. Mayat masyarakat India dibakar atau
dikebumikan.
Proses Mengurus mayat dalam agam Hindu adalah seperti berikut. Proses pertama
mengurus mayat, upacara Vaaikkarisi,Kollic Catti dan proses Pembakaran. Proses mengurus
mayat adalah Mayat si mati diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan.
Lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dinyalakan, sebiji kelapa dibelah dua dan sirih
pinang diletak berhampiran mayat. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan
jiwa. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum upacara sembahyang.
Sepanjang berada di rumah mayat perlu dijaga sebaiknya.
Ibu jari tangan dan kaki di ikat dengan kain putih dan tangan diletakkan di atas dada.
Mata ditutup rapat dan disapu kunyit untuk membunuh kuman kemudian dibalut dengan kain.
Sirih pinang yang telah ditumbuk dimasukkan ke dalam mulut kemudian dibalut dengan kain,
manakala lubang hidung disumbat dengan kapas. Duit syiling diletak di atas dahi. Air mawar
direnjis pada mayat kemudian mayat diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya mayat
tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan para keluarga gambar-gambar yang tergantung
diterbalikkan manakala barangan perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu

7
MPU3192 SEPTEMBER 2022

Upacara Vaaikkarisi.Selepas dimandikan dan dihias dengan cantik mayat dimasukkan ke


dalam keranda bersama kapur barus supaya mayat tidak berbau. Sedikit beras dimasukkan ke
dalam mulut si mati sebagai tanda pemberian terakhir, dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi.
Proses Kollic catti. Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api.
Periuk tersebut diangkat menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan
diikat pada periuk yang dibawa oleh ahli keluarga si mati sama ada anak atau pun bapa.
Seseorang yang membawanya perlu mengiringi mayat. Lagu-lagu suci dimainkan hingga ke
tempat pembakarn
Proses pembakaran. Keranda diusung ke tempat pembakaran menggunakan pengusung.
Setiba di sana pembawa pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah
menyediakan tempat pembakaran. Keranda digerakkan beberapa kali menghampiri tempat
pembakaran bermula dengan mengubah posisi bahagian kaki dan kemudian bahagian kepala. Ini
dipercayai membolehkan si mati berada di dalam perut Dewi Bumi.
Tempat pembakaran diisi dengan kayu api dan mayat diletak diatasnya, ditutup semula
dengan selapisan lagi kayu api dan tahi lembu kering serta di renjis minyak pembakar. Duit
syiling dimasukkan ke dalam dhoti sebagai tanda keizinan mayat untuk dibakar. Upacara
sembahyang dimulakan. Pembawa kollic catti mengelilingi mayat tiga kali mengikut arah jam.
Pada pusingan ketiga mereka berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak
menghadap mayat. Tiga batang kayu yang menyala dicucukkan ke tanah satu persatu. Upacara
ini bertujuan mengurangkan kesedihan keluarga si mati.

2.4 KEMATIAN/PENGEBUMIAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINA


MALAYSIA
Masyarakat Teo Chew di Malaysia mewarisi pelbagai adat resam dari negara China. Bagi
masyarakat Teo Chew, tiga perkara terpenting dalam hidup mereka adalah upacara
kelahiran,perkahwinan dan kematian. Justeru itu, masyarakat TeoChew percaya bahawa upacara
kematian mestilah dibuat secara besar-besaran danadatnya mesti diikuti dengan teliti supaya ahli
keluarga si mati mendapat kebahagiaan. Bagi masyarakat Teo Chew, dalam upacara kematian
yang dijalankan terdapat banyak pantang larang dan urutan ritual yang perlu dipatuhi. Dalam

8
MPU3192 SEPTEMBER 2022

upacara kematian masyarakat Teo Chew, dalam peringkat shou sang (berkabung )terdapat satu
upacara ritual yang dikenali sebagai Gong Tek.
Upacara ritual Gong Tek membawa maksud membuat perkara yang baik dan bermoral
tinggi supaya mendapat balasan yang baik. Justeru itu, Gong Tek bagi masyarakat Teo Chew
adalah satu upacara ritual yang penting dan haruslah dilaksanakan dengan sempurna. Ini adalah
kerana upacara ritual ini melambangkan perkara terakhir yang ahli keluarga boleh lakukan bagi
pihak si mati dengan harapan roh si mati tenteram dan dapat pergi ke dunia akhirat dengan
tenang. Meskipun terdapat perubahan dalam upacara ritual serta upacara kematian disebabkan
oleh arus pemodenan tetapi tujuan dan fokus utama membuat upacara ini masih lagi ditekankan
iaitu untuk mengagungagungkan semangat bakti dan taat. Dengan melaksanakan upacara ritual
kematian ini juga dapatlah menunjukkan rasa hormat dan tanda taat seseorang anak kepada orang
tuanya dan memberi ketenteraman bagi ahli keluarga.
Upacara kematian masyarakat Teo Chew dijalankan dengan mengikut urutannya.
Langkah demi langkah dijalankan dan kesemuanya mempunyai sebab ataupun tujuannya yang
tertentu. Lima perkara yang paling dititik beratkan oleh masyarakat Teo Chew semasa
menjalankan upacara atau adat kematian adalah termasuk status dan taraf si mati, penghormatan
kepada si mati, upacara pengebumian perlu dibuat dengan sempurna, perkabungan oleh ahli
keluarga dan peranan ahli keluarga, serta akhir sekali waktu dan tempoh terbaik untuk
pengebumian. Perkabungan untuk orang Cina akan dijalankan selama beberapa hari. Bagi si mati
yang terdiri daripada warga tua ataupun yang sudah berumah tangga, perkabungan dijalankan
selama lima hari iaitu dikira dari hari pertama kematian si mati. Bagi si mati yang masih muda
ataupun belum berumah tangga, perkabungan dijalankan selama tiga hari sahaja.

9
MPU3192 SEPTEMBER 2022

3.0 PENGALAMAN KEHILANGAN ORANG TERSAYANG IAITU DATUK


Seperti yang kita sedia makum, setiap orang mempunyai kenangan bersama dengan orang
yang tersayang. Tidak kiralah samada kenangan itu memberi kita kenangan manis ataupun
sesuatu yang menyakitkan kita. Setiap kenangan yang terukir itu, memberi kesan yang mendalam
bagi kita apatah lagi orang itu adalah orang yang kita sayangi. Individu yang memberi kita
penyemangat dalam meniti kehidupan harian kita. Orang selalu berkata, ciptalah kenangan
bersama dengan orang yang tersayang kerana , apabila sesorang itu pergi kenangan tetap ada.
Samada ada kita yang akan tiada ataupun orang yang kita sayang tiada.
Saya mempunyai seorang datuk yang saya sangat sayangi. Seorang datuk yang saya
hormati sepanjang kehidupan saya. Saya merupakan sorang yang sangat beruntung mempunyai
datuk sepertinya. Setiap kenangan bersamanya adalah sesuatu yang sangat hargai. Datuk saya
yang bernama Tangkong Sowoton telah meninggal pada
Kenapa saya berasa kehilangan sesorang yang sangat saya sayangi kerana keperibadian datuk
saya yang sangat saya hormati. Datuk saya merupakan individu yang berfikiran terbuka dan
amatlah mementingkan pendidikan anak-anaknya serta cucunya. Datuk saya tidak mempunyai
pendidikan seperti orang lain, tetapi kenapa dia seorang yang mementingkan pendidikan? Kerana
bagi beliau, hanya pendidikanlah yang akan mengubah kehidupan sesorang. Selain itu juga,

10
MPU3192 SEPTEMBER 2022

datuk saya sesorang yang sentiasa mengingatkan saya dan kami cucunya bahawa, dimana pun
kita berada dan apapun pendidikan yang kita ada, adat resam dan bangsa jangan sesekali
dilupakan. Ada ketika dahalu, satu kenangan yang saya tidak lupakan ketika saya pergi
mengambil buah jambu, datuk saya berkata “ kalau mahu mengambil jambu, minta kebenaran
dengan bercakap dalam bahasa Murut. Kita tidak boleh lupakan asal usul kita”. Pada usia muda
dan budak ketika itu, saya tidak memahami maksud tersirat yang datuk saya katakan , namun
apabila saya menginjak di alam kedewasaan, disitulah saya memahami, bahasa ibunda
seharusnya diterapkan pada usia kanak-kanak lagi supaya tidak hilang di telan masa.
Kehilangan datuk saya amat memberi impak besar kepada saya dan juga keluarga besar
kami. Walau bagaimana pun, seperti yang kita sedia maklum, kematian itu adalah pasti bagi
setiap kita yang hidup di muka bumi ini. Biarpun datuk saya telah meninggal dunia, beliau tetap
sentiasa dalam ingatan dan menjadi “role model” kami. Beliau amatlah memberi kesan kepada
saya untuk menjadi sesorang individu yang berguna kepada orang di sekeliling.

4.0 GARIS MASA

11
MPU3192 SEPTEMBER 2022

12
MPU3192 SEPTEMBER 2022

5.0 PENGALAMAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MENYELESAIKAN


TUGASAN INI
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat pahit dan manisnya. Saya percaya
setiap mereka yang menyiapkan tugasan sudah berusaha sebaik mungkin. Begitu juga dengan
saya. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini. Saya
berterima kasih kepada pensyarah saya kerana banyak memberi maklumat dan sokongan kepada
saya dalam meniyapkan tugasan ini yang mana senntiasa memberi input-input yang berguna.
Tanpa tunjuk ajar beliau saya mungkin menghadapi kesulitan. Tidak lupa juga kepada rakan-
rakan seperjuangan saya kerana murah hati untuk memberi informasi yang berguna sepanjang
tempoh menyiapkan tugasan ini. Saya bersyukur juga mempunyai seorang suami yang menjadi
tulang belakang saya selama ini yang mana memberi saya sokongan moral kerana ada ketika dia
saya berasa untuk berputus asa. Namun beliau sentiasa ada di sisi saya.

13
MPU3192 SEPTEMBER 2022

Kelebihan (Plus): Sebelum saya mendapat tugasan ini, saya merasa teruja kerana
sekian lama saya tidak membuat tugasan. Oleh itu semangat saya
berkobar-kobar untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
tugasan ini. Apabila saya mendapat soalan tugasan ini, saya
merasa gembira dan juga merasa ini merupakan cabaran kepada
saya. Bagi saya sebagai seorang yang bekerja, ini merupakan
cabaran yang sangat mencabar. Hal ini kerana saya harus bijak
dalam membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan ini.
Namun begitu, saya percaya apa bila kita bijak dalam
membahagikan masa, hal seperti tidak siap membuat tugasan itu
adalah sebuah alasan sahaja. Semasa saya menyiapkan tugasan
ini, saya bersyukur kerana dikeliling orang-orang yang memberi
sokongan moral dan juga input yang berguna. Hasil daripada
kerja keras dalam menyiapkan tugasan ini, saya berjaya juga.
Tanpa bantuan saya mungkin tidak dapat menyiapkan seperti
tarikh yang telah ditetapkan. Disamping itu, tugasan sebenarnya
memberi saya sesuatu impak positif yang besar serta pengetahuan
am yang lain.
Kelemahan (Minus): Selama saya menyiapkan tugasan ini, terdapat beberpa kelemahan
yang terpaksa saya lalui. Antaranya ialah, keadaan di tempat saya
yang tidak menentu rangkaian/jaringan internet. Ada ketika
jaringan internet di kawasan saya akan bermasalah. Ini sangatlah
mempengaruhi saya ketika dalam menyiapkan tugasan saya.
Untuk mendapatkan informasi saya memerlukan rangkaian
internet yang baik. Selain itu juga, kerterbatasan masa saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Seperti yang kita sedia maklum saya
juga merupakan seorang pekerja. Ini memjadi cabaran utama
saya.
Menarik (Interesting): Setiap perkara yang saya lakukan terdapat sesuatu yang menjadi
penguat apatah lagi dalama menyelesaikan tugasan ini. Apa yang

14
MPU3192 SEPTEMBER 2022

menarik mengenai tugasan ini ialah, saya menjadi lebih tahu


dengan lebih lanjut lagi mengenai cara-cara pengembumian
agama lain yang terdapat di Malaysia. Ini serba sedikit memberi
saya pengetahuan. Seperti yang sedia kita maklum, negara
Malaysia merupakan sebuah negara makmur yang mana terdapat
pelbagai dan berbilang bangsa. Jikalau sebelum ini saya tidak
mengetahui mengenai pengebumian agama Cina namun setelah
membuat tugasan ini saya malah menjadi tahu. Ini kerana,
membuat kajian mengenai tugasan tersebut. Secara tidak
langsung saya mengetahui dan mendalaminya.
Syorkan bagaimana saya Sebagai seorang pelajar dan pekerja ini merupakan cabaran utama
memperbaiki bahagian dalam membuat sesuartu tugasan. Seperti yang kita sedia
“Minus”. maklum, kerja hakiki itu adalah sudah pasti. Namun begitu, bagi
mengelakkan sesuatu kerja atau tugasan itu tertangguh,
pengurusan masa itu adalah sangat penting. Pengurusan masa
yang baik pasti mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Masalah jaringan internet bukan saja berlaku di kawasan saya
namun di beberapa tempat juga. Namun begitu, penyelesaian ini
boleh di buat dengan membuat aduan kepada Internet servis.
Dengan membuat aduan ini, maka pihak yang berkenaan akan
mengambil tindakan susulan permasalahan tersebut.

15
MPU3192 SEPTEMBER 2022

6.0 RUMUSAN
Kepelbagaian agama/kepercayaan di kalangan masyarakat pada masa kini sudah
terbukti. Cara pengembumian setiap kepercayaan adalah berbeza namun begitu, ada agama yang
percaya kehidupan selepas mata dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui, setiap apa yang
dipercayakan itu adalah sesuatu yang abstrak dan sesuatu yang di luar jangkaan kita. Sebagai
masyarakat majmuk di Malaysia, anutan agama itu adalah sesuatu yang sangat di toleransi oleh
semua. Ia tidak menjadi isu kepada masyarakat. Kepercayaan agama Islam, Kristian, Hinddu
mahupun Buddha, itu merupakan hak individu untuk menganutinya. Walaupun cara dan
bagaimana proses pengembumiannya berbeza, namun matlamatnya adalah sama. Kesempurnaan
ketika sebelum sedang dan selepas mayat itu dikendalikan. Setiap agama menghormati si mati
dan percaya bahawa kehidupan selepas mati adalah pasti.

(2859 patah perkataan)

16
MPU3192 SEPTEMBER 2022

TUGASAN 3

OCL 1

17
MPU3192 SEPTEMBER 2022

OCL2

OCL 3

OCL 4

18
MPU3192 SEPTEMBER 2022

OCL 5

19
MPU3192 SEPTEMBER 2022

RUJUKAN
1. http://www.academia.edu/10469933/
INFO_ADAT_MASYARAKAT_MELAYU_INDIA_DAN_CHINA_SUMBER_LAMA
N_WEB_JABATAN_KEBUDAYAAN_DAN_KESENIAAN_NEGARA
2. https://media.neliti.com/media/publications/361616-none-566a2ca7.pdf
3. “Kelahiran Kembali dalam Agama Buddha”,
http://myratana.blogspot.com/2009/06/kelahiran-kembalidalam-agama-buddha.html, 9
(Diakses pada 15 Januari 2020).
4. https://www.academia.edu/8261369/
Teori_Kematian_Dalam_Pelbagai_Agama_Death_Theories_in_Islam_Christian_Judaism
_Hinduism_and_Buddhism_
5. http://ilmufalsafah.blogspot.com/2008/03/metafizik.html

20

You might also like