You are on page 1of 13

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

VKMB1013
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
TUGASAN 2

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMAD HUSSAIN BIN ABU BAKAR
(283244)
MUHAMMAD AL-DANIAL BIN MAZLAN
(283252)
ISMAHANI BINTI JALANI
(283184)
MUHAMMAD FASHWAN BIN FATHULLAH
(283264)

TARIKH SERAHAN:
15 JULAI 2021

KERTAS KERJA:
PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL

1
TARIKH & MASA:
18 JULAI 2021
8.00 PM – 10.00 PM

TEMPAT:
WEBAX (ATAS TALIAN)

ANJURAN:
PELAJAR VKMB1013 SEMESTER APRIL SESI 2021/22
PACE UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

DI RASMIKAN OLEH:
Prof. Madya Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah
Pengarah Pace Universiti Utara Malaysia (UUM)

PANEL JEMPUTAN KHAS 1:


Dr. Hjh Salina Abdul Aziz
Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental
Hospital Kuala Lumpur

PANEL JEMPUTAN KHAS 2:


Prof. Dr. Ramli Musa
Pakar Perunding Psikiatri UIAM

KANDUNGAN

BIL PERKARA

2
1 Pengenalan
2 Tujuan Program
3 Objetif
4 Tema Program
5 Anjuran
6 Kumpulan Sasaran
7 Cadangan Tarikh
8 Cadangan Tempat

1. Pengenalan

Program Kesedaran Kesihatan Mental dianjurkan oleh PACE Universiti Utara Malaysia dan
Pelajar VKMB1013 Semester April Sesi 2021/22 adalah bertujuan memberi kesedaran

3
mengenai masalah mental dan tanda-tanda awal penyakit mental kepada rakyat Malaysia.
Disini juga kami menjadi wakil sebagai agen penyebar maklumat agar orang ramai dapat
menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan berkaitan dengan kesihatan mental.

2. Tujuan Program

Mengenal pasti jenis-jenis penyakit mental yang ada dan memberi penekanan berkenaan
penyakit yang boleh menggangu perasaan, tingkah laku dan tekanan emosi seperti dalam
konteks kesihatan mental penyakit skizofrenia. Penyakit skizofrenia merupakan satu penyakit
mental akibat daripada gangguan otak yang teruk dan ianya dialami ramai orang dari punca
seperti masalah kewangan, rumahtangga, pekerjaan, dan lain-lain yang menyebabkan
terganggunya mental seseorang itu. Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak akan
mendedahkan jenis atau klasifikasi penyakit skizofrenia, tanda-tanda awal, faktor penyebab
dan kaedah serta plan rawatan yang disediakan. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak-
ataupun sanak saudara yang menderita akibat penyakit ini boleh mendapat maklumat dan
pengetahuan yang cukup bagi merawat penyakit ini. Pada masa yang sama dengan adanya
program sebegini, kita dapat membantu mereka yang memerlukan khidmat nasihat dan ilmu
pengetahuan mengenai cara-cara atau kaedah rawatan yang sebenar melalui saluran yang
betul.

3. Objektif

3.1. Mendapat ilmu pengetahuan yang jelas dan padat mengenai gejala-gejala penyakit
skizofrenia

3.2. Kaedah rawatan melalui saluran yang betul bagi mengetahui lebih mendalam
mengenai penyakit skizofrenia.

3.3 Memberi pendidikan supaya masyarakat memperolehi kesedaran dan langkah awal
mencegah penyakit skizofrenia dari menjadi lebih parah.

4. Tema Program

Tema program ini diambil berdasarkan tema Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019 iaitu
“Sayangi Nyawa Hidupkan Harapan”.

4
5. Anjuran

Program ini dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswi PACE Universiti Utara Malaysia,
seramai 4 oarang yang menjadi agen penyebar maklumat.

6. Kumpulan Sasaran

Mensasarkan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui saluran
facebook, intagram,whatsapp dan saluran online.

7. Cadangan Tarikh

18 julai 2021.

8. Cadangan Tempat

Atas talian melalui webax dikendalikan oleh Ahli jawatankuasa VKMB1013.

ATURCARA PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL

8.00 PM : Bacaan Doa dan Ucapan dari Pengerusi Majlis.

5
8.15 PM : Ucapan Perasmian Pengarah Pace UUM Prof, Madya Dr. Mohamad Ainuddin

Iskandar Lee Abdullah.

8.30 PM : Ucapan panel jemputan khas 1 Dr. Hjh Salina Abdul Aziz Ketua Jabatan

Psikiatri dan Kesihatan Mental.

9.00 PM : Ucapan panel jemputan khas 2 Prof. Dr. Ramli Musa Pakar Perunding Psikiatri

Swasta Kuantan Clinical Diagnostic Centre.

9.30 PM : Sesi soal jawap bersama kedua-dua panel jemputan khas.

9.45 PM : Tayangan Montaj info kesihatan mental dan Skizofrenia

10.00PM : Doa penutup majlis dan bersurai

MINIT MESYUARAT PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL

Tarikh : 27 JUN 2021


Masa : 03:00 PM
6
Tempat : Webax Online Meeting.

Kehadiran : 4 orang

Bil Nama

1.Sdr.Muhd Hussain
2.Sdr.Muhd Danial
3.Sdri.Ismahani
4.Sdr. Muhd Fashwan

Agenda mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Tuan Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir
dalam mesyuarat ini. Beliau menerangkan tujuan mengadakan mesyuarat ini
bagi menjalankan program kesedaran kesihatan mental.

2. Persetujuan menjalankan Program Kesedaran Kesihatan Mental

2.1 Ahli jawatankuasa bersetuju sebulat suara untuk menjalankan Program


Kesedaran Kesihatan Mental yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan
ilmu pengetahuan mengenai penyakit mental.

3. Meluluskan nama program

3.1 Ahli jawatankuasa sebulat suara bersetuju untuk menamakan program ini
dengan nama Program kesedaran kesihatan Mental.

4. Meluluskan alamat tempat program dijalankan

4.1 Ahli jawatankuasa bersetuju sebulat suara menjalankan program ini melalui
Webax Online atas talian.

5. Meluluskan Program Kesedaran Kesihatan Mental

5.1 Mesyuarat telah membentangkan kertas cadangan dan bersetuju untuk


menjalankan program kesedaran kesihatan mental.

7
6. Mencadang Panel Jemputan

6.1 Sdr Danial mencadangkan menjemput Dr. Hjh Salina Abdul Aziz Ketua
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental dari Hospital Kuala Lumpur.

6.2 Sdr Fashwan mencadangkan menjemput Prof. Dr Ramli Musa Pakar


Perunding Psikiatri UIAM.

6.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang diutarakan.

7. Perasmian Majlis oleh VIP

7.1 Sdr Hussain mencadangkan Prof.Madya Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee
Abdullah untuk merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Mental pada 18
Julai 2021.

7.2 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang di utarakan.

8. Pelantikan Ahli Jawatankuasa

8.1 Ahli-ahli jawatankuasa yang telah dipilih adalah seperti berikut:

i) Pengerusi Majlis : Sdr.Muhd Hussain bin Abu Bakar


ii) Ahli Jawatankuasa : Sdr Muhd Fashwan
: Saudari. Ismahani
: Sdr Mohd Al Danial

8.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk melantik pengerusi majlis dan ahli
jawatankuasa. Kerja-kerja manjalankan program akan diusahakan bersama
pengerusi majlis dan ahli jawatankuasa.

8
Disediakan oleh: Disemak oleh :

ISMAHANI HUSSAIN
(Saudari.Ismahani) (Sdr.Muhd Hussain)
Ahli jawatankuasa Pengerusi Majlis

LAPORAN

VISI

9
1. Untuk kekal relevan dan memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan, psikologi
dan rohani masyarakat.

2. Untuk mencapai satu taraf kesihatan masyarakat yang lebih proaktif.

3. Untuk mendidik dan menyokong keperluan perkhidmatan kesihatan mental di


kalangan masyarakat.

MISI

1. Untuk mengelakkan dan mengurangkan penyakit skizofrenia dikalangan masyarakat.

2. Untuk menggalakkan rangkaian yang baik dan hubungan antara masyarakat dan
pakar-pakar perubatan mental.

3. Untuk menangani isu-isu kesihatan mental dan masalah yang dihadapi oleh
masyarakat.

4. Untuk menyediakan perkhidmatan sosial dan kebajikan kepada mereka yang


memerlukan dari segi ilmu pengetahuan mengenai kesihatan mental.

1. PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL (PKKM 2021)

10
Tarikh : Ahad, 18 JULAI 2021
Masa : 08:00 - 18:00
Tempat : Webax Online (atas talian)
Penyertaan : 50 orang

Tujuan program ini adalah memupuk masyarakat agar kesedaran kepentingan menjaga
kesihatan mental dari terganggunya emosi dan rohani supaya dapat menjalankan kehidupan
harian dengan penuh sihat dan manfaat.

a) Program ini adalah direka khas untuk masyarakat agar mendapat ilmu yang lebih
mendalam mengenai penyakit skizofrenia dan cara untuk menghindari dari penyakit
tersebut.
b) Masyarakt akan belajar sedikit sebanyak bagaimana untuk mengatasi emosi dengan
perubahan serta bagaimana untuk menyesuaikan diri ke dalam persekitaran
baru tanpa perasaan takut.
c) Kenali mereka yang menghadapi tekanan emosi dan gangguan mental serta memberi
penekanan mengenai cara untuk mengatasi masalah tersebut. Kaedah motivasi dan
kata-kata semangat boleh membantu emosi mereka agar dapat dikawal.
d) Boleh mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah sendiri tanpa bantuan
sesiapa dengan langkah yang diambil secara positif dan rasional.

2. Lampiran Aktiviti Program

Poster tarikan peserta untuk menyertai program kesedaran kesihatan mental.

11
Kepada :
Prof. Madya Dr.Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah
Pengarah,

12
Professional & Continuing Education Centre (PACE),
Universiti Utara Malaysia (UUM),
06010, Sintok, Kedah,
Darul Aman, Malaysia.
Tuan,
MEMOHON KELULUSAN KERTAS KERJA PROGRAM KESEDARAN
KESIHATAN MENTAL 2021
Dengan sukacita saya merujuk perkara di atas dengan hormatnya
2. Saya Muhamad Hussain bin Abu Bakar, no matriks 283244, mewakili ahli
jawatankuasa VKMB1013. Adalah diamklumkan ingin memohon kelulusan kertas kerja
Program Kesedaran Kesihatan Mental 2021 yang bakal kami anjurkan seperti :
Tarikh : 18 Julai 2021
Hari : Ahad
Tempat : Webax Online (Atas Talian)
Masa : 8.00 PM – 10.00 PM
3. Sehubungan dengan itu, kami memohon agar tuan dapat memberi kelulusan kepada
kami untuk menjalankan dengan jayanya program tersebut. Bersama surat ini saya sertakan
lampiran kertas kerja untuk rujukan dan tindakan dari tuan. Keprihatinan dan jasa baik tuan
dalam perkara ini amat saya hargai.
Sekian, Terima kasih.
Yang Benar,

HUSSAIN
Muhamad Hussain Bin Abu Bakar (283244)
Pengurusi Majlis VKMB1013

13

You might also like