You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK KECIL KONVENSYEN KOSPEN PERINGKAT

KEBANGSAAN TAHUN BIL. 1/2017

TARIKH : 2 Mei 2017


MASA : 2.30 petang – 4.30 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat cawangan Perancangan
                                    Aras 5, Blok E3,
Kementerian Kesihatan Malaysia
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kehadiran:

1. Dr Rosnah binti Ramly Pengerusi


Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kawalan penyakit

2. Dr. Mohd Tariq Bin Mhd Noor


Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kawalan Penyakit

3. Dr. Juliena Binti Mohd Zaini


Ketua Penolong Pengarah
Cawangan NCD JKWPKL

4. Dr. Karthik
Ketua penolong Pengarah
Cawangan NCD JKNS

5. Dr. Ozrinalifah Bt Ahmad


Ketua Penolong Pengarah
Cawangan NCD JKNS

6. Pn. Habibah bt Jaafar


Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

7. Nooli Juwita Binti Baharom


Pegawai Pengerak Perpaduan Masyarakat
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

8. Iman Bin Abdullah


Cawangan NCD JKNS

9. Muhammad Faqih Bin Hashim


Pegawai Penyelidik
Unit IKOMM Pencatat Mini

1
AGENDA 1: PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan kata-kata aluan, selamat datang ke


mesyuarat ajk kecil penyelarasan Konvensyen KOSPEN Peringkat Kebangsaan
Tahun 2017.

1.1 Pengerusi mengulas mengenai mesyuarat Hari KOSPEN Kebangsaan


2017 bersama YBhg. Dato’ Seri KSU mengutuskan perasmian akan
dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, dan Hari KOSPEN
Kebangsaan 2017 adalah salah satu Karnival Kementerian Kesihatan
Malaysia

Tindakan : Makluman

AGENDA 2: PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN KONVENSYEN KOSPEN


OLEH DR. MOHD TARIQ BIN MHD NOOR .

2.1 Puan Pengerusi memaklumkan pertandingan poster dan oral yang


bertanding akan dipilih dari pemenang konvensyen peringkat negeri
masing-masing.

Tindakan : Makluman

2.2 Dr Tariq memberi cadangan setiap negeri menghantar wakil; 2 bagi


pertandingan poster dan 1 bagi pertandingan Oral bagi mewakili
setiap negeri. Ahli mesyuarat bersetuju memandangkan 15 negeri
akan bertanding.

Tindakan: Pegawai Epid NCD Negeri

2.3 Puan Pengerusi memaklumkan bagi ucapan penutup wakil dari


Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) serta
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dimasukan sebagai
perasmian penutup, dan meminta supaya pihak JPNIN dan KEMAS
memberi maklumbalas pada mesyuarat akan datang.

Tindakan : JPNIN dan KEMAS.

2
AGENDA 3: PERBINCANGAN

3.1 Pembahagian tugas kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan


Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
(JKNS). Puan pengerusi memaklumkan supaya pada mesyuarat akan
datang, Pihak JKWPKL dan JKNS dapat memberi maklumbalas.

Tindakan : Unit IKOMM, JKWPKL dan JKNS

3.2 Bagi pendaftaran, konsep dan tema konvensyen, JKNS


bertanggungjawab untuk memilih dan mengemukakan cadangan
kepada Dr Rosnah dan Dr Tariq selaku Ajk Induk Konvensyen
KOSPEN.
Tindakan : JKNS

3.3 Pembahagian juri untuk setiap pertandingan semasa konvensyen


adalah 5 juri bagi pertandingan oral dan 3 juri bagi pertandingan
poster.Puan Pengerusi memaklumkan pemilihan juri mestilah daripada
KKM, JPNIN dan juga KEMAS

Tindakan : Unit IKOMM

3.4 Ahli mesyuarat mengutuskan supaya pihak JKNS, JKWPKL, JPNIN


dan KEMAs memberi maklumbalas cadangan bagi persembahan
selingan seperti dalam jadual yang dibentangkan.

Tindakan : Unit IKOMM/JKWPKL/JKNS/


JPNIN/KEMAS

3.5 JKNS diberi tanggungjawab memastikan kelancaran majlis perasmian


konvensyen bagi memilih pengacara majlis (emcee), pembacaan doa,
dan pengiring VIP jemputan
Tindakan : JKNS

3.6 JKWPKL pula diberi tanggungjawab menyediakan hadiah kepada


pemenang pertandingan poster dan oral berupa wang tunai
penyediaan sijil kepada pemenang, peserta yang hadir, juri dan
urusetia.

Tindakan: JKWPKL

3
AGENDA 4: PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.30 petang dan akan bersidang semula pada tarikh
yang akan dimaklumkan.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH :

MUHAMMAD FAQIH BIN HASHIM DR. MOHD TARIQ BIN MHD NOOR
Pegawai Penyelidik (Sambilan) Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kawalan Penyakit Bahagian Kawalan Penyakit
Tarikh: Tarikh:
DISAHKAN OLEH:

DR. ROSNAH BT RAMLY


Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kawalan Penyakit
Tarikh:

You might also like