You are on page 1of 3

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester 2 Tahun 1

PEPERIKSAAN : UJIAN TOPIKAL 2/2020

KAMPUS : IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

ANGKA GILIRAN : 2 0 2 0 2 1 2 3 4 0 0 3 6

KOD KURSUS : PIMK3023


KURSUS : PENGAJIAN TAFSIR AL-QURAN DAN ULUM HADIS
MASA : 1 JAM
JUMLAH MARKAH : 20

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian:


Bahagian A : 2 (20 markah)

2. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan tidak


berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon hendaklah muat naik skrip jawapan ke dalam Google Clasroom pada
masa yang telah ditetapkan.

5. Calon yang gagal menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dikira
telah gagal dalam peperiksaan.

6. Jawapan anda hendaklah tidak melebihi lebih kurang 100 patah perkataan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 3 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT PIMK3023

BAHAGIAN A
(20 MARKAH)

JAWAB DUA SOALAN

1. Pentafsiran al-Quran secara prinsipnya, menjelaskan lafaz yang sukar difahami oleh

pendengar dengan mengemukakan lafaz yang sinonim atau makna yang menyamainya.

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan metodologi penulisan tafsir Dr. Wahbah al-
Zuhaili dalam karya Tafsir al-Munir beserta contoh-contoh yang relevan.

Tafsir al-Munir telah dikarang oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili. Beliau sendiri yang
telah mengarang kitab tersebut. Kitab ini telah membahaskan ilmu-ilmu al-Quran
seperti pengertian, asbab nuzul, qiraat, rasm mushaf dan terjemahan al-Quran.
Kitab ini juga telah mengarahkan pembaca kepada tema perbahasan setiap
kumpulan ayat-ayat yang ditafsirnya. Metodologi dalam karya Tafsir al-Munir ini
ialah tafsir ini membahagikan ayat-ayat al-Quran kepada beberapa unit dengan tajuk
yang jelas. Seterusnya, metod penafsiran Al-Quran juga dilakukan dengan cara
perbandingan (komparatif), dengan mengkaji perbezaan-perbezaan antara unsur-
unsur yang diperbandingkan. Sebagai contoh perbandingan secara persamaan
mahupun perbezaan

Selain itu, metodologi yang seterusnya ialah menerangkan sesuatu surah


secara menyeluruh. Metodologi yang lain ialah, tafsir ini juga mengemukakan hukum
hakam yang disimpulkan daripada ayat-ayat yang berkenaan. Seterusnya tafsir ini
juga menggunakan metodologi mengemukakan tafsiran dan huraiannya.
Metodologi yang lain ialah metodologi tahlili iaitu metod penafsiran Al-Quran yang
dilakukan dengan cara menjelaskan ayat Al-Quran dalam berbagai aspek, serta
menjelaskan maksud yang terkandung di dalamnya. Sebagai contoh kegiatan
mufasir hanya menjelaskan satu per satu ayat dan surah, makna lafaz tertentu,
susunan kalimat, kesesuaian kalimat lain, asbab nuzul yang berkenaan dengan ayat
yang ditafsirkan

Tafsir al-Munir juga menggunakan metodologi mengemukakan asbab nuzul dan


menghuraikan penjelasan dari sudut Bahasa. Cara penafsiran tafsir ini lebih kepada

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PIMK3023

menggunakan kaedah penafsiran Maudhu’i. kaedah penafsiran Maudhu’I adalah


kaedah secara tematik. Contohnya menentukan perbincangan al-Quran yang akan
diteliti secara tematik.

[10 Markah]

2. Hadis sahih terbahagi kepada dua bahagian iaitu sahih lizatihi dan sahih lighairihi.

Bincangkan perbezaan antara kedua-dua bahagian hadis dengan memfokuskan

kepada syarat-syarat hadis sahih beserta contoh-contoh yang berkaitan.

[10 Markah]
Hadis sahih ialah suatu hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis
yang adil dan dabib, bersambung sanad, tiada ilah, serta tiada syaz. Hadis sahih
terbahagi kepada dua bahagian iaitu sahih lizatihi dan sahih lighairihi. Hadis sahih
lizatihi ialah hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil daan
dabib, bersambung sanad. Tiada ilah serta tiada syaz. Hadis ini sama dengan
maksud hadis sahih. Hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuatkan
dengan keterangan lain. Contoh hadis sahih lizatihi ialah “ tangan di atas (memberi)
lebih baik dari tangan di bawah (menerima)”, hadis riwayat bukhari dan muslim.

Manakala hadis sahih lighairihi pula ialah hadis hasan yang disokong oleh
riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat daripadanya. Ia dinamakan
sahih lighairihi kerana kesahihannya bukan disebabkan riwayatnya yang asal tetapi
setelah hadis ini mendapat sokongan riwayat yang lain. Sebagai contoh hadis sahih
lighairihi kebiasaannya, hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang adil tetapi kurang
mantap daya ingatannya. Hadis ini juga kurang dari segi dabib dan keadilnnya.
Hadis ini juga kebiasaanya tidak mencapai tahap yang tertinggi dalam separuh
syaratnya. Martabat hadis ini juga diangkat disebabkan faktor wujud ramai rangkaian
sanad yang mampu menampung kekurangan hafazan dan dhabit perawinya.

KERTAS SOALAN TAMAT

3 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like