You are on page 1of 19

TTAS

(SKP 2203)

KEHIDUPAN MASYARAKAT JAHILIYAH DI MAKKAH
SEBELUM KEDATANGAN ISLAM


PENSYARAH
ENCK LATP BN HAJ ABDUL RAN



DSEDAKAN OLEH


MUHAMMAD NUR RDZWAN 165164
MOHAMMAD AZR BN HARM 163578
HANNN BNT MOHAMAD PAUZ 165240
AOW YONG L PNG 165116
NG XAO JN 165254









SEMESTER PERTAMA 2011/2012
UNVERST PUTRA MALAYSA

ISI KANDUNGAN


PENGENALAN m/s 3

METODOLOG KAJAN m/s 7

ANALSS KAJAN m/s 9

KESMPULAN DAN CADANGAN m/s 13

RUJUKAN m/s 17

LAMPRAN m/s 18




















PENGENALAN

Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala
dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di
sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat
yang mundur dari segi akhlak dan sosial. Menurut ayat al-Quran yang bermaksud:
"Sesudah itu, patutkah mereka menghendaki hukum Jahiliyah? Dan siapakah yang
boleh membuat hukum lebih baik daripada Allah bagi orang yang yakin." (Al-
Maidah|5:50)
Masyarakat jahiliyah tidak merujuk pada masyarakat bodoh dalam pengertian tiadanya
pengetahuan dan peradaban, melainkan pada nilai-nilai yang jauh dari kebenaran (fitrah,
slam).
"Ketika orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong yang ada dalam hati
mereka perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah lalu Allah turunkan semangat
tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman, serta meminta
mereka tetap berpegang kepada Kalimah Taqwa, sedang mereka adalah orang yang
sangat berhak dengannya dan menjadi ahlinya. Dan Allah Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu." (Al-Fath|48:26)

Masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi. sebagaimana zaman
kerajaan Saba' sebagai rujukan ketamadunan Arab yang berjaya. Masyarakat Arab Jahiliyah
hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek lain seperti bidang kesusasteraan atau
kejuruteraan yang mereka telah lama maju.

Permulaan zaman Jahiliyah tidak ditentukan permulaannya. Tidak dicatatkan dalam mana-
mana rekod bertulis mahupun bukti artifak yang menunjukkan bila zaman Jahiliyah bermula.
Hanya al-Qur'anmenyatakan zaman tersebut adalah sebelum slam iaitu zaman sebelum
turunnya Al-Quran. Namun, maksud ayat-ayat Al-Quran menunjukkan zaman tersebut
adalah seperti berikut:
Zaman tidak mempunyai nabi dan kitab suci.
Tidak mempunyai peradaban dan ketamadunan.
Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
Masyarakatnya jahil dan tidak boleh membaca dan menulis.


Pada zaman Jahiliyah, tiada satupun kerajaan Arab yang mempunyai sistem pemerintahan
yang teratur. Mereka lebih banyak kepada kelompok kabilah, suku dan puak yang kecil.
Keadaan politik orang Arab Jahiliyah tambah tergugat dengan pengaruh kuasa penjajah di
utara Semenanjung Arab yang dikuasai kerajaan Rom dan Parsi. Di bahagian selatan pula,
oleh kerajaan Habsyah-Rom dan Parsi. Kawasan tengah seperti Makkah, walaupun tidak
dijajah tetapi menerima kesan buruk penjajahan tersebut.

Keadaan ini dapat dilihat melalui peperangan al-Fijar yang berlaku pada bulan yang
diharamkan berperang di antara kaum Quraisy dengan penduduk Hirah yang pada ketika itu
bernaung dibawah kerajaan Parsi. Begitu juga dengan serangan tentera
bergajah dari Yaman yang disokong oleh kerajaan Rom ke atas kota Mekah.

Keadaan ekonomi masyarakat Arab di selatan Semenanjung Arab menjadi tidak stabil
selepas runtuhnya empangan Ma'arib di Yaman. Kebanyakan mereka yang menetap di
sana berpindah ke utara Semenanjung Arab untuk mencari sumber ekomoni yang baru.
Keadaaan sebelah utara Semenanjung Tanah Arab yang diliputi dengan padang pasir
sesuai untuk berdagang. Walau bagaimanapun, perdagangan yang dijalankan tidak
menguntungkan kerana terdapat banyak pergolakan politik, ancaman dan tekanan pihak
Parsi dan Rom serta kabilah-kabilah Arab lain. Peperangan al-Fijar adalah antara yang
memberi kesan kepada ketidakstabilan politik, menyebabkan pedagang dari Hirah diserang
dan berlakunya peperangan.

Akibat dari kekurangan sumber pertanian berikutan pecahnya empangan Ma'arib, Kerajaan
Himyar pada ketika itu cuba mendapatkan sumber ekonomi baru melalui penaklukan. Pada
peringkat awal penaklukan mereka berjaya memperolehi hasil yang banyak. Tetapi pada
tahun 300 Masihi, tekanan dari luar dan penduduk tempatan telah mengurangkannya. Pada
tahun 534 Masihi, kerajaan Himyah telah kalah kepada tentera Habsyah dan tentera Parsi.

Puak Habsyah pada ketika itu pula begitu ghairah meluaskan penaklukan mereka ke
bahagian utara dan melakukan serangan ke atas kota Makkah. Walau bagaimanapun,
percubaan ini gagal. Keadaan ini menyebabkan hubungan perdagangan
antara Yaman dan Syam terjejas dan ini memberi impak kepada kota Makkah yang terletak
di tengah-tengah perjalanan antara kedua-dua negara tersebut. Hubungan antara Yaman

dan Hirah juga terputus kerana Hirah berada dalam kekuasaan kerajaan Parsi manakala
Yaman di bawah kekuasaan Habsyah yang merupakan rakan karib kerajaanRom, musuh
kerajaan Parsi.

Kedudukan kota Makkah yang terletak di tengah kuasa besar ini memberi tekanan kepada
puak Quraisy Makkah dan mereka cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan
kaum Arab Badwi. ni menyebabkan puak Badwi bertindak balas dengan melakukan
rompakan ke atas kafilah pedagang Quraisy. Keadaan masyarakat di kota Makkah sendiri
telah wujud permusuhan antara golongan kaya dan miskin. Keadaan menjadi huru hara ini
sedikit sebanyak mengganggu proses pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut.

Pada zaman Jahiliyah, nilai kepercayaan dan moral orang Arab adalah amat rendah kerana
tiada seorang nabi yang diutuskan untuk memberi petunjuk dan tiada satu kepercayaan
agama yang dapat membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.

Majoriti masyarakat Arab adalah menyembah berhala atau kekala dengan
kepercayaan animisme. Pada ketika itu orang Arab membina patung-patung berhala dan
menyembahnya. Mereka juga membina patung tersebut untuk dijual untuk ditukar dengan
barang dagangan yang membawa keuntungan. Terdapat juga di kalangan mereka yang
percaya kepada animisme iaitu dengan memuja dan menyembah kejadian alam seperti
bulan, matahari, bintang, binatang, pokok, roh dan lain-lain lagi. Suasana yang berlaku ini
menunjukkan kepercayaan masyarakat Arab penuh dengan unsur-unsur mitos dan tahyul.

Keadaan akhlak dan moral masyaakat Arab jahiliyah juga adalah amat buruk. Mereka
mempunyai sikap yang tidak sopan dan tidak berperikemanusiaan, ada dikalangan mereka
yang sanggup bertukar isteri dan mengahwini ibu dan bapa sendiri. Malah ada yang
sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah mereka. Kaum
wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf yang
cukup rendah.

Masyarakat Arab pada ketika itu mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang perniagaan,
namun kepandaian tersebut tidak cukup untuk meletakkan mereka sebagai satu bangsa

yang bertamadun kerana tamadun sesebuah bangsa mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
termasuklah dari aspek moral dan akhlak.
Pada zaman tersebut penyebaran ilmu pengetahuan hampir tiada. Kebanyakan orang Arab
pada ketika itu buta huruf tidak tahu membaca dan menulis, hanya seramai 17 orang sahaja
yang yang menguasai bidang tersebut.

Aktiviti penyebaran ilmu pada ketika itu adalah amat terbatas disebabkan golongan
pedagang dari luar berbangsa Rom dan Parsi lebih menumpukan perhatian kepada mencari
keuntungan dari hasil perdagangan daripada menyebarkan ilmu. Oleh kerana ramai yang
tidak tahu membaca dan menulis mereka begitu mengambil ringan soal berkaitan dengan
ilmu serta penyebarannya.

METODOLOGI KAJIAN


Objektif Kajian

1. Untuk memenuhi syarat kelulusan bagi subjek Tamadun slam dan Tamadun Asia (SKP
2203)
2. Untuk mengetahui dan memahami cara hidup masyarakat jahiliah sebelum kedatangan
slam
3. Untuk menyemai semangat kerjasama dalam kumpulan bagi kalangan pelajar


Permasalahan Kajian

Kumpulan kami telah memilih untuk melakukan kajian mengenai kehidupan masyarakat
jahiliah sebelum kedatangan slam melalui kaedah pemerhatian. Kaedah ini merupakan cara
yang mudah untuk mengetahui tentang cirri-ciri masyarakat jahiliah.

Kajian terdahulu banyak juga menunjukkan tentang perihal kehidupan masyarakat jahiliah
dan melalui kajian-kajian tersebutlah kita dapat mengetahui dan mempelajari dengan lebih
mendalam tentang kehidupan masyarakat jahiliah sebelum kedatangan slam. Kajian
sebegini dapat menyumbang faedah terutama dalam masyarakat sekarang.

Pada zaman yang serba moden ini, Negara kita adakalanya mula mengenepikan soal
kemanusiaan dan keperibadian akhlak dalam jiwa demi untuk kepentingan lain. Oleh itu,
kami memerlukan medium untuk membawa kembali masyarakat kini untuk melihat dan
mengambil iktibar daripada msyarakat jahiliah yang lalu.

Justeru, melalui kajian ini, kita dan juga semua masyarakat di Malaysia dapat melihat dan
merenung kembali keadaan dan cirri masyarakat jahiliah dahulu sebelum datanganya slam
dan mula memikir cara agar senario seperti ini tidak berulang lagi.




Lokasi Kajian

Kajian mengenai kehidupan masyarakat jahiliah sebelum kedatangan slam telah dijalankan
di Universiti Putra Malaysia. Kajian ini telah dilakukan berdasarkan pemerhatian dan
pengkajian di sekitar UPM. Selain itu, kajian turut dilakukan di perpustakaan UPM dengan
menggunakan sumber rujukan daripadanya


Persampelan

Persampelan di ambil daripada rujukan-rujukan di laman sesawang. Bahan-bahan kajian
mengenai kehidupan masysrakat jahiliah kebanyakannya dikumpul di dalam bentuk tulisan,
ulasan, fakta dan artikel.


Kaedah Pengumpulan Data

Kajian mengenai kehidupan masyarakat jahiliah sebelum kedatangan slam telah dilakukan
melalui kaedah kajian perpustakaan.

Kaedah kajian perpustakaan atau pemerhatian bermaksud meneliti dan memerhati sumber
yang boleh dipercayai sama ada daripada buku rujukan, kajian-kajian yang terdahulu,
masyarakat, ulasan artikel dan juga jurnal yang terdapat di laman sesawang atau di
perpustakaan. Selepas itu, melalui maklumat yang telah diperoleh ini, analisis dilakukan.

Melalu kaedah pemerhatian ini kami dapat simpulkan pelbagai maklumat yang berguna
untuk kajian tentang kehidupan masyarakat jahiliah sebelum kedatangan slam.








ANALISIS KAJIAN


Berdasarkan kajian yang telah dilakukan mengenai kehidupan masyarakat jahiliah sebelum
kedatangan slam, banyak maklumat yang dapat disimpulkan. Berikut merupakan ulasan
mengenai hasil daripada kajian.


Zaman sebelum kedatangan slam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari
tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan slam pada 610 Masihi.
Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang
bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. stilah ini
telah digunakan oleh orang islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam
dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah
masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas
runtuhnya Empangan Maarib di Sabak. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang
310 tahun, iaitu dari tahun 300 M hingga 610 M.seperti yang ditunjukkan dalam carta masa
dibawah. Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidak
mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman, Nabi brahim, Nabi
smail, Nabi Musa, Nabi sa dan lain-lain.


Tarikh 300 Masehi 500 Masehi 610 Masehi
Peristiwa
Pecahnya Empangan
Maarib.
Kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w.
Turun wahyu kepada
Nabi Muhammad
s.a.w dan bermulalah
zaman slam.



Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak
menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan
mempercayai animisme.kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana
pada masa itu,tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam
kehidupan. Ahklak mereka adalah rendah, misalnya mereka bersifat kejam, angkuh dan
degil. Dengan kedatangan slam, kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami
proses perubahan

Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan, iaitu
masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan
pendalaman, iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat Hadari pula
menetap di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab. Oleh sebab kawasan
penempatan mereka berbeza, maka secara tidak langsung cara hidup dan pencapaian
masyarakatnya juga berbeza. Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari
segi agama, sosial, ekonomi, kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,
berzina dan meminum arak. Mengikut fahaman mereka, seseorang lelaki yang meminum
arak sehingga mabuk, menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki. Kedudukan
wanita dalam masyarakat pula adalah rendah sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi
harta pusaka tinggalan ibubapa mereka. Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi
perempuan sejurus selepas lahir. Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan
kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga. Dalam
soal perkahwinan pula, tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh
masyarakat. Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus
atau dengan sesiapa yang disukainya.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.
Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata. Kegiatan
merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan
punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah. Merompak dikatakan sebagai kewajipan
yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah. Selain itu, eksploitasi
golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh
orang berada.

Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah, iaitu agama
wathani (menyembah berhala), animisme (memuja alam seperti pokok), samawi (kristian
dan yahudi) dan kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib, sihir dan mempercayai roh
orang mati menjadi burung).

Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah


menganut agama hanif. Setelah kira-kira 3500 tahun, penganut agama hanif telah
melupakan ajaran ini secara beransur-ansur. Terdapat juga di kalangan mereka yang
mencampur adukkan ajaran agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup
berpuak-puak dan berkelompok. Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku
tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan. Setiap kabilah mempunyai identiti dan
peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah
masing-masing. Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan
lambang perpaduan kaum mereka. Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah
berdasarkan syarat-syarat tertentu.Antaranya, bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh
ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai. Beliau juga mestilah berfikiran matang,
gagah, berani dan pandai berpidato.

Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat Arab
Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan
yang melampau dan tercetusnya perperangan di kalangan masyarakat. Kemunculan
semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan
keturunan. Dalam sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan
mereka terikat pada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka. Keadaan ini telah
menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah. Mereka juga
sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Selain itu, kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana
tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang. Untuk meneruskan kehidupan,
sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara
bersama. Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab
Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman. Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di
kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas
sebab yang kecil. Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang
suka berperang sesama sendiri. Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah menebal
dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita? Malaysia, sebagai sebuah
negara berbilang kaum, kita harus mengekalkan persefahaman yang telah sedia wujud di
negara kita demi perpaduan masyarakat. Dengan semangat perpaduan dan persefahaman
ini, maka usaha-usaha kearah pembangunan negara akan berhasil.

KESIMPULAN DAN CADANGAN




Secara konklusinya, kajian ini membuktikan bahawa zaman Jahiliah di Makkah dianggap
sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah yang
Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.
Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah pada masa itu kucar-kacir kerana tiada nabi atau rasul
dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Akhlak mereka juga rendah.
Mereka digelar masyarakat Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak
mengikut ajaran para nabi dan rasul. Dengan kedatangan slam,kehidupan masyarakat Arab
Jahiliah mulai mengalami proses perubahan.


Kemunculan tamadun slam telah mengubah cara hidup masyarakat Jahiliah kepada suatu
kehidupan yang lebih teratur secara beransur-ansur. Dengan kedatangan slam,sumber
tamadun slam dan yang juga merupakan kitab suci ialah al-Quran dan Hadis. Al-Quran
merupakan wahyu yang diturunkan Allah S.W.T kepada Rasululluh S.A.W.,dan
mengandungi prinsip-prinsip asas agama slam dan ilmu pengetahuan untuk manusia dalam
kehidupan sehariah. Hadis sebagai pelengkap kepada al-Quran kerana Hadis
menghuraikan prinsip-prinsip asas kehidupan beragama dan pendekatan ilmu pengetahuan
yang berkandung di dalam al-Quran.


Dari segi sosial, perbuatan tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak yang
diamalkan oleh masyarakat Jahiliah telah dilarang keras oleh tamadun slam untuk
memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia. Kedudukan wanita yang rendah
dalam masyarakat Jahiliah telah berubah,sebaliknya slam mengambil berat dan
memandang tinggi terhadap wanita. slam telah menghapuskan amalan menghina dan
membunuh wanita. Peraturan dan tuntutan yang digariskan oleh slam ialah bertujuan untuk
memelihara martabat dan keselamatan wanita.


Dari segi ekonomi, aktiviti perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan penindasan
dilarang oleh slam. Menurut tamadun slam,setiap peniaga mesti mengamalkan ciri-ciri
murni seperti jujur, menjual barang-barang yang halal, tidak menipu dacing dan lain-lain
semasa menjalankan perniagaan. Hal ini kerana apa yang manusia mahukan ialah

keberkatan daripada Allah yang Maha Esa. Untuk menambahkan lagi keberkatan harta
perniagaan, maka adalah lebih afdal sekiranya harta tersebut dikeluarkan zakat, berderma
dan bersedeqah kepada orang-orang terhimpit dalam kemiskinan, anak-anak yatim atau
sebagainya. Tamadun slam dapat memupuk sifat amanah dan kejujuran dalam aktiviti
perniagaan.


Dari segi politik, sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
dihapuskan. Semangat assabiah atau semangat kesukuan yang amat tebal dalam kalangan
masyarakat Jahiliah semakin nipis selepas kedatangan slam di Makkah. Konsep
persaudaraan slam menjadi pegangan masyarakat Jahiliah. Perbezaan darjat antara
golongan atasan dan golongan bawahan digantikan dengan prinsip persamaan taraf
sesama manusia. slam mengubah kehidupan yang suka bermusuhan kepada kehidupan
aman dan harmoni.


Kedatangan slam telah menerapkan nilai-nilai murni,misalnya, amalan bekerjasama dan
saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Amalan dan kepercayaan karut
dihapuskan kepada mentauhidkan Allah yang Maha Esa. Kemunculan tamadun slam
memberi rahmat kepasa seluruh manusia,dan bermula di Semenanjung Tanah Arab,
seterusnya ke negara-negara lain di dunia. Tamadun ini membawa pembaharuan dalam
pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial.


Ketamadunan slam telah melalui satu rentetan sejarah yang panjang bermula pada zaman
Rasulullah SAW sehinggalah kepada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah yang
berakhir dengan kejatuhan sistem khalifah islamiyah. Sejarah ketamadunan islam yang
panjang ini, memberi kesan yang sangat mendalam kepada pembinaan, pembentukan dan
keberadaan ketamadunan slam sehingga kini.

Kini, kita dapat lihat keadaan ummat slam yang semakin hari semakin lemah dan tiada
perpaduan di kalangan mereka sendiri. Kelemahan inilah yang banyak memberi kesan
kepada kemajuan dan kemunduran umat slam pada hari ini. Sekiranya, tiada usaha-usaha
yang bersepadu ke arah pemulihan dan kebangkitan semula ketamadunan slam ini,
nescaya umat slam akan terus berada dalam krisis perpecahan dan kehancuran.

Negara slam secara umumnya dan umat slam secara khususnya, sangat lemah dari segi
pelbagai bidang dan aspek. Jika kita nyatakan satu per satu bidang yang ada, tiada satu
pun Negara slam yang mampu menandingi Negara-negara barat yang ada di dunia ini.
Hampir semua aspek umat slam lemah. Antaranya, aspek ekonomi, pendidikan, keilmuan,
pembangunan Negara, dan sebagainya. Satu contohnya mudah, dari segi ekonomi dan
pembangunan, tidak ada satu pun Negara slam yang tersenarai dalam negara yang maju
dan hanya beberapa buah Negara slam sahaja yang terletak dalam senarai Negara yang
membangun.

Justeru itu, usaha ke arah pemulihan ini harus dimulakan dan diteruskan sehinggalah umat
slam kembali kepada acuan yang sebenar seperti yang digariskan oleh Allah SWT.
Sekiranya kita kembali kepada sejarah yang dinyatakan di atas, kita akan dapati formula
untuk membina dan membentuk sesuatu generasi dan tamadun itu telah pun ditunjukan
serta dilaksanakan oleh baginda Rasulullah SAW.

Seharusnya, jalan, kaedah, cara dan juga panduan yang ditunjukan oleh Rasulullah SAW
dijadikan kaedah utama dalam membentuk generasi yang beriman dan bertaqwa kepada
Allah SWT. Perkara inilah yang seharusnya menjadi perkara utama yang kita tekankan dan
fokuskan sekiranya kita ingin membina semula generasi slam yang dapat mengembalikan
kegemilangan slam.

Fokus penekanan Rasulullah SAW adalah membangunkan sumber manusia itu sendiri.
nilah modal utama pembangunan dan pembinaan ketamadunan slam. Peringkat awal
perkembangan slam, tapak asas kepada tamadunan slam yang dibina oleh Rasulullah
SAW adalah penanaman 'aqidah yang jitu dan kukuh di dalam jiwa dan hati para sahabat
dan pengikut Rasulullah SAW. Kekuatan aqidah inilah yang menjadi tonggok utama kepada
penyebaran dan perjuangan Rasulullah SAW di dalam mengerakan jentera dakwah selepas
era dakwah rahsia kepada dakwah terbuka.

Seharusnya, pembinaan sumber manusia bermula dengan aspek aqidah dan kepercayaan
ini. a boleh diserapkan melalui proses pendidikan kerohanian dan ini wajar dicontohi dan
dilaksanakan oleh Ummat slam di dalam kehidupan seharian mereka.

Seharusnya inilah penghayatan yang perlu dilakukan oleh Ummat slam dalam mencontohi
perjuangan Rasulullah SAW. Sunnah yang paling besar yang ditinggalkan oleh baginda
Rasulullah SAW adalah perjuangan dan penyebaran ajaran slam itu sendiri. Lantas, segala
kehidupan yang ditunjukan oleh baginda mestilah difahami, dihayati dan dilaksanakan
dalam kehidupan seharian secara penuh sedar dan faham. nilah kejayaan utama yang
harus dilihat secara serius dan seterusnya dilakukan sebagai agenda utama dalam
kehidupan kita.




























RUJUKAN

Buku

1. Philip K. Hitti, September 2002, History of the Arabs, Palgrave MD
2. Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof Bin brahim, Muhammad
Bukhari Bin Ahmad, Rosnanaini Binti Sulaiman, 2010, Sejarah Tingkatan 4, Dewan
Bahasa dan Pustaka (Kementerian Pelajaran Malaysia)

Jurnal

1. Rosyadi, mron, 2007. RIBA DALAM MASYARAKAT JAHILIYAH. SHABRAN, Jurnal
Studi dan Dakwah slam, 20 (1). pp. 65-67. SSN 0854-0101

nternet

1. History World, 2010, The Arab conquests :7
th
century AD
http://www.historyworld.net/wrldhis/PlainTextHistories.asp?ParagraphD=ebw
2. Jabatan Penyelidikan dan novasi Profesionalisme Keguruan @ PG KAMPUS
BAHASA MELAYU, 2008, Persampelan dan kaedah kutipan data
http://researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/persampelan-dan-kaedah-kutipan-
data.html
3. Wikipedia, 2011, Jahiliah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jahiliah











LAMPIRAN



Peta Semenanjung Tanah Arab


Graf berkenaan menunjukkan tempoh masa penyebaran agama slam di Tanah Arab
sehingga kini.

You might also like