You are on page 1of 100

JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM PULAU PINANG

TAHUN 2017
MODUL SUKSES SEJARAH 940/2 ( PENGGAL 2 )
SEJARAH ISLAM [500 – 1918]
PENYELARAS :
PUAN DERANI A/P TAN BUN BANG
PENOLONG PENGARAH SEJARAH/GEOGRAFI
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG

JU PULAU PINANG : PN HAJJAH SAKINAH BINTI SALEH


GURU-GURU PENYEDIA MODUL :
YEOH HUP THEAM AZAHAR BIN KASA
SMK ST XAVIER, LEBUH FARQUHAR SMK DATO’ ONN
SHARUL NIZAM B SUHAIMI RAFIDAH BT RAMLI
SMK DATO' ONN SMKA (P) ALl MASHOOR
ANNIE WONG YUN FUI SHANMUGANATHAN A/L KALLIDASON
SMK BKT MERTAJAM SMK TELUK AIR TAWAR
SHALINI A/P R. KRISHNAMURTHY NOOR AISHAH BINTI ABU HASSAN
KOLEJ TINGKATAN ENAM ZAINAL SMK DESA MURNI
ABIDIN
TUAN HAJI MOHD SOKRI BIN SA’AD SURIYANI BINTI LAMIN
SMK PENANTI SMK SUNGAI ARA
AZMAN B AHMAD KESAVAN A/L SINNIAH
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI SMK TUNKU ABDUL RAHMAN
NOOR HAYATI BT UJAR FAUZIAH BT ISHAK
SM TINGGI BUKIT MERTAJAM SMKA AL-IRSHAD
HALIJAH BT ISMAIL CHAN EIT FONG
SMK MUTIARA IMPIAN SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH
SOFIAH BT OTHMAN FUZAITI BT OMAR
SMK DATO’ ONN SMK SEBERANG JAYA
ANIZA BT ISMAIL SITI HAJAR BT ISMAIL
SMK DESA MURNI SMK SERI BALIK PULAU
AINON ROSMANIRA BT MAT HUSSIN NORIDAH BT ABU BAKAR
SM TINGGI BUKIT MERTAJAM SMK DATO’ HAJI AHMAD BADAWI
ZAINON BT OTHMAN FARIDAH BT ABDULLAH
SMKA(L) AL MASHOOR SMK PENANTI
SAADIAH BT JAFFAR SUZANA BT JAAFAR
SMK PENANG FREE SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR
NORIZAN BT YUSOFF NURUL HUDA BT MOHD YUSOP
SMK SIMPANG EMPAT SMK SIMPANG EMPAT
MAIZATUL FADZILLAH BT OSMAN NOR AINI BT HARON
SMK DESA MURNI KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL
ABIDIN
ZATI MASTURAH BT SANUSI VIMALA A/P KRISHNASAMY
SMK DESA MURNI SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR
BALQIS BT HASSAN YEE TEIK HUAT
KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI SMK(L) METHODIST
ZAINUL ABIDIN
HASBULLAH BIN HAJI AHMAD HAJJAH SAKINAH BINTI SALEH
SMK PENANTI
SM TINGGI BUKIT MERTAJAM

“Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa,
mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah
kerugian kepada keuntungan”

Bersama ke arah kecemerlangan Sejarah STPM

Pulau Pinang 2017

2
TEMA 1: MASYARAKAT , PEMERINTAHAN ,
PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN LUAR

SOALAN 1 : MASYARAKAT ARAB MENGANUTI PELBAGAI KEPERCAYAAN DAN


AGAMA SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW. JELASKAN.

Perkataan jahiliah berasal daripada kata akar “jahala” dan kata terbitan “jahlun” yang
menurut bahasa bermaksud pemarah, degil, bodoh dan sesat. Sesetengah sejarawan
Islam memberi pengertian bahawa Zaman Jahiliah sebagai zaman kejahilan, kebodohan
dan kegelapan. Mereka dikatakan jahil kerana tidak mahu mempercayai dan tidak mahu
mempercayai dan tidak patuh akan hukum-hukum Allah SWT yang diturunkan kepada
Pendahuluan
nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks masyarakat Arab, zaman
yang disebut sebagai ‘zaman jahiliah’ ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba’,
iaitu sekitar tahun 300 Masihi hingga zaman kerasulan Nabi Muhammad
SAW.Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada dua, iaitu kepercayaan adat
dan kepercayaan agama.
Kepercayaan adat atau bukan agama terdiri daripada kepercayaan
kepada perkara-perkara karut atau khurafat yang banyak terdapat
Fakta
dalam kalangan penduduk Tanah Arab.
Sebahagian masyarakat Arab mengamalkan kepercayaan animisme.
Animisme merujuk kepada mempercayai kuasa ghaib, memuja roh,
penunggu dan sebagainya. Mereka juga mempercayai apa-apa sahaja yang
dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, gua, batu dan pokok-pokok Huraian
Isi 1 besar. Cara penyembahan dan pemujaan yang dilakukan bergantung
kepada tempat tinggal dan pekerjaan mereka.
Jika mereka bertani seperti orang Badwi, mereka akan memuja matahari
dan bulan kerana mereka menganggap matahari dan bulan menghidupkan Contoh
tanaman.
Secara umumnya, jelaslah bahawa unsur-unsur alam sekitar telah
mempengaruhi kepercayaan animisme dalam kalangan masyarakat Penutup
Jahiliah pada masa itu.
Sebahagian masyarakat Arab juga percaya kepada unsur-unsur
Fakta
karut dan tahyul.
Antara kepercayaan tahyul yang menjadi amalan masyarakat jahiliah ialah
kepercayaan kepada tangkal azimat, roh orang mati menjadi burung,
percaya kepada ahli nujum, percaya kepada ahli sihir, percaya kepada
binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan. Jika ke kiri Huraian
Isi 2 membawa keburukan, jika ke kanan membawa kebaikan. Mereka juga
percaya mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang
mulia.
Antara contoh kepercayaan karut ialah suami mengikat tali pada mana-
mana pokok sebelum keluar rumah. Jika ikatan terlerai sekembalinya
Contoh
suami dari perantauan, hal ini bermakna isterinya berlaku curang. Selain
itu, mereka juga sering membuat keputusan melalui anak panah dan
3
mempercayai alamat yang ditunjukkan oleh burung sebelum keluar dari
rumah.
Hal ini membuktikan bahawa kepercayaan karut dan tahyul sememangnya
menjadi amalan yang mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Penutup

Selain itu, masyarakat Jahiliah juga turut mengamalkan ajaran sihir. Fakta
Hal ini kerana mereka percaya kewujudan jin dan dewa. Terdapat
segelintir masyarakat ini mengamalkan sihir dan tradisi memuja Tuhan Huraian
Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf (‘ahlil-saf’). Mereka percaya bahawa
Isi 3 padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka
Contoh
membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang
pasir sambil menyanyi.
Masyarakat Jahiliah sangat mempercayai ilmu sihir dan menjalankan
pelbagai bentuk ritual dalam kalangan mereka. Penutup

Majoriti penduduk Tanah Arab sebelum Islam menganut agama


Fakta
Wathani atau agama menyembah berhala.
Alat penyembahan iaitu berhala dibuat dalam pelbagai bentuk daripada
batu, kayu dan kadang-kadang dibuat hanya daripada buah tamar. Mereka
Huraian
akan makan buah tamar tersebut setelah menyembahnya. Setiap kabilah
mempunyai patung berhala atau tuhan masing-masing.
Bagi khabilah Thaqif, berhala mereka bernama al-Laat, sementara berhala
kabilah Quraisy pula bernama al-Uzza dan al-Hubal. Bagi Bani Kinanah,
berhala mereka bernama Sad. Sebuah berhala bernama Manaat diletakkan
di pantai laut antara Makkah dan Madinah dan semua kabilah
menghormati berhala tersebut. Berhala al-Laat, al-Uzza dan Manaat ini
telah disebut di dalam al-Quran, surah al-Najm: ayat 19-20. Selain itu,
terdapat lima lagi berhala yang disebut di dalam al-Quran iaitu Wadd,
Isi 4 Suwa’, Yaa’uq, Yaghuth dan Nasr. Nama-nama berhala ini disebut di
dalam al-Quran, surah Nuh: ayat 21-23. Sesetengah penduduk Tanah Contoh
Arab tidaklah menganggap patung berhala itu benar-benar sebagai Tuhan
tetapi patung-patung tersebut hanyalah sebagai perantaraan untuk
mendekatkan diri kepada Tuhan sebagaimana yang diterangkan di dalam
al-Quran, surah az-Zumar: ayat 3. Hal ini menunjukkan bahawa mereka
tidak melupakan agama Nabi Ibrahim tetapi kepercayaan mereka
bercampur aduk antara kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa
dengan kepercayaan kepada patung berhala. Mereka tetap menghormati
Kaabah tetapi mereka meletakkan pelbagai patung berhala di dalamnya.
Oleh itu, mereka dinamakan sebagai orang Musyrikin yang bererti orang
yang menyekutukan Allah sebagaimana yang diterangkan dalam surah
Penutup
Yusuf: ayat 106.

Seterusnya, terdapat sebahagian masyarakat jahiliah ini yang


Fakta
menganut Agama Majusi.
Agama Majusi berasal dari Parsi. Penganut agama ini tidak mempunyai
kitab suci dan tidak mengakui Nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah SWT Huraian
serta mendakwa ia adalah palsu. Agama ini dianuti oleh orang Arab
4
sebelum Islam tetapi tidak secara meluas. Penganut agama ini
menyembah matahari dan api. Mereka percaya bahawa terdapat Tuhan,
iaitu Tuhan Kebaikan (Cahaya) dan Tuhan Kejahatan (Gelap gelita).
Isi 5 Justeru, untuk menjamin Tuhan Kebaikan mendampingi mereka, api
dinyalakan di rumah mereka. Pendeta-pendeta Majusi akan menyembah
matahari empat kali dalam satu hari. Agama ini juga banyak mengandungi
cerita khayalan dan turut menghalalkan perkahwinan antara ibu dengan
anak serta adik-beradik.
Antara mereka yang awal memeluk agama Majusi di Makkah ialah
Zuzarah dan anaknya Hajib bin Zuzarah, al-Arqa’ bin Habis dan Abu al-
Contoh
Aswad. Mereka berasal daripada Bani Tamin yang mempunyai hubungan
dengan Parsi. dan mereka juga terpengaruh dengan agama orang Parsi.
Jelaslah di sini bahawa masyarakat Arab ketika itu terpengaruh dengan
Penutup
agama orang Parsi.
Selain itu, masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Yahudi. Fakta
Agama Yahudi tersebar luas di selatan Arab. Penganut asal agama ini
ialah Bani Israel yang tinggal di utara tanah Arab. Penganut agama ini
mempunyai kitab suci iaitu kitab Taurat tetapi kandungan asal kitab Huraian
Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. ini telah diubah isi
Isi 6 kandungannya oleh orang Yahudi demi memenuhi kepentingan mereka..
Penindasan oleh kerajaan Caisar menyebabkan orang Yahudi melarikan
diri ke Yaman. Ramai kabilah Yaman menerima agama ini dan antara Contoh
orang terkenal yang menerima agama ini ialah Zu Nawas.
Hal ini menunjukkan bahawa agama Yahudi juga merupakan agama yang
Penutup
berpengaruh di tanah Arab.
Kedatangan agama Kristian di Tanah Arab bermula melalui
Fakta
perhubungan penduduk Arab dengan Syria, Mesir dan Habsyah.
Pengkaji sejarah berpendapat agama Kristian atau Nasrani ini mula
bertapak di kota Mekah pada abad ke-14 Masihi. Menurut orang Kristian,
pengasas bagi agama ini ialah seorang daripada keturunan Bani Israel
yang bernama Jesus Christ iaitu Nabi Isa a.s. Penganut agama ini
Huraian
mempunyai kitab suci iaitu kitab Injil tetapi kandungan asal kitab Injil
yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. ini telah diubah isi kandungannya
oleh segelintir penganutnya untuk kepentingan peribadi mereka. Mereka
Isi 7 yang masih mengamalkan ajaran asal digelar Ahl al Kitab.
Agama Nasrani berkembang ke utara Semenanjung Tanah Arab menerusi
penduduk Ghassan dan Hirah, di sebelah selatan pula menerusi penduduk
Habsyah pada abad ke-6 Masihi. Agama ini mula bertapak di kota Mekah
apabila kerajaan Rom meluaskan pengaruh dan kuasanya di Yaman. Contoh
Penduduk di bahagian Selatan Tanah Arab iaitu Yaman, seperti kaum
Taghlih, Ghassan dan Qudhah merupakan penduduk yang terawal
menerima ajaran ini.
Kesimpulannya, agama Kristian atau Nasrani ini telah lama bertapak di
Penutup
Tanah Arab dan merupakan agama yang mempunyai penganut yang
ramai.

5
Segelintir orang Arab menganut Agama Hanif. Fakta
Agama ini dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Mereka digelar Hunafa’
(Muslim) dan mentauhidkan Allah SWT. Huraian

Isi 8 Golongan ini tidak mengamalkan mana-mana agama dan kepercayaan


yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah. Mereka meninggalkan amalan
tradisi jahiliah seperti minum arak, berjudi, makan bangkai, makan darah Contoh
dan sebagainya. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah
bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.
Tegasnya di sini bahawa golongan ini menentang agama dan kepercayaan
yang dianuti dan diamalkan oleh masyarakat jahiliah sebelum kerasulan Penutup
Nabi Muhammad s.a.w.
Kesimpulannya, sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., masyarakat arab
mengamalkan kepercayaan politeisme. Namun, selepas kedatangan Islam khususnya
zaman Rasullullah, agama Islam berjaya menghapuskan kejahilan tersebut dan
mengarahkan masyarakat Arab kepada meyakini Tauhid atau mengesakan Allah SWT. Kesimpulan
Penyembahan berhala dapat ditamatkan. Walau bagaimanapun, agama-agama lain
masih diamalkan seperti agama Yahudi dan Nasrani atas sifat keterbukaan dan
kebebasan beragama.

SOALAN 2 : JELASKAN STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT ARAB PADA ZAMAN


JAHILIAH

Konsep Jahiliah -Jahala bermaksud bodoh dan sesat. Tempoh masa- Bermula selepas
runtuhnya empangan Maarib hingga Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul (300M-
610M). Mengikut Quran-Iaitu zaman tiada nabi,Rasul dan kitab suci. Zaman masyarakat
Pendahuluan
tidak bertamadun, tidak berakhlak dan tidak patuh pada syariat Allah SWT. Masyarakat
Jahiliah terbahagi kepada dua golongan iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat
Hadhari.
Masyarakat Badwi Fakta
• Merujuk kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar.
• Mereka mendiami kawasan tengah Semenanjung Tanah Arab dan
padang pasir (Utara Tanah Arab).
• Terdiri daripada satu suku atau keturunan yang dikenali sebagai
kabilah. Mereka mempunyai ikatan yang kuat ber\asaskan bahasa,
keturunan, adat dan agama yang sama.
Huraian
• Mempunyai institusi sosial dan politik tersendiri.
Isi 1 • Masyarakat Badwi tidak tinggal menetap di suatu kawasan dan hidup
berpindah randah.
• Perpindahan berdasarkan aktiviti hidupan seperti pertanian,
penternakan, mencari tempat perlindungan daripada ribut pasir dan
ancaman daripada kabilah lain.
Menetap sementara di wadi dan oasis Contoh
Sifat masyarakat Arab Badwi-Tahan lasak,berani,keras
hati,pemurah,semangat gotong royong. Penutup

6
Masyarakat Hadhari Fakta
• Merujuk kepada masyarakat Arab yang tinggal di bandar dan di
pinggir bandar di bahagian Selatan Tanah Arab.
• Terdiri daripada golongan cerdik pandai dan berasal daripada
keturunan bangsawan.
Huraian
• Mereka mempunyai hubungan yang luas dengan kabilah atau suku
Isi 2
Arab yang lain dalam urusan perdagangan.
• Mereka memiliki kemewahan kesenangan hidup dan tinggal menetap.
• Menjalankan aktiviti perdagangan.pertanian dan pertukangan.
Tinggal di kawasan utama-Makkah,Taif,Yathrib(Madinah),Yaman. Contoh
Masyarakat Hadari mempunyai hubungan dengan masyarakat luar melalui
Penutup
aktiviti perdagangan,sistem politik dan sosial.
Struktur Berasaskan Kabilah Fakta
• Struktur masyarakat Arab adalah berdasarkan sistem Kabilah.
• Masyarakat Arab mengamalkan cara hidup berpuak-puak dan
berkelompok. Dalam setiap kabilah,terdapat beberapa unit tertentu. Huraian
• Sistem kabilah merupakan unit sosial yang mengawal sistem
pentadbiran masyarakat Arab.
Isi 3
Susunan Kabilah bermula daripada a’ilah (khemah), Fasilah, Banu,
Contoh
Fakhidh, Batni, Imarah, Qabilah.
Penyatuan dalam kalangan anggota Kabilah berdasarkan pertalian darah
dan keturunan.semangat kesukuan (assabyiah) ini menyebabkan jalinan
Penutup
kekeluargaan sangat kukuh daripada peringkat kecil hingga yang paling
besar.
Ketua Kabilah - Syeikh. Fakta
• Syeikh dilantik menerusi persetujuan wakil kaum dalam kabilah.
• Beliau memiliki beberapa ciri seperti- berani, pintar, berilmu dan
berkaliber
• Syeikh mempunyai tanggungjawab yang amat berat seperti Huraian
menyelesaikan masalah ekonomi,politik dan sosial,
Isi 4
• Beliau juga harus memberikan perlindungan kepada anggota kabilah
dan menjaga keharmonian kabilahnya.
Perang yang berlaku antara Bani Bakar dengan Bani Taghlib yang
Contoh
memakan masa selama 40 tahun berdasarkan punca seekor unta.
Syeikh dihormati dan anggota kabilah memberi semangat kesetiaan yang
Penutup
tidak berbelah bahagi.
Status Seseorang Individu Fakta
• Status bergantung kepada kedudukan kabilah.
• Seseorang dipandang tinggi jika dia daripada kabilah yang
berkedudukan tinggi.
• Kebolehan yang dimiliki seseorang individu menentukan status.
• Sementara kaum wanita dipandang rendah. Kaum wanita tidak Huraian
mempunyai hak untuk mewarisi harta tinggalan keluarganya. Bayi-
bayi perempuan yang baru dilahirkan ditanam hidup-hidup kerana
Isi 5 mereka beranggapan anak perempuan boleh menjatuhkan maruah
keluarga,

7
• Terdapat juga golongan hamba yang terdiri daripada tawanan perang
atau keturunan. Hamba adalah satu komoditi yang boleh dijual beli.
Seseorang itu dipandang mulia jika dia boleh berpidato, bersyair dan
Contoh
bermain senjata
Masyarakat jahiliah amat membeza-bezakan kedudukan seseorang
Penutup
individu berdasarkan status seseorang itu.
Struktur masyarakat Arab Jahiliah membawa kepada permusuhan dan peperangan.
Keadaan Sistem Politik menjadi huru- hara. Sistem Ekonomi juga menjadi tidak teratur
kerana amalan mencuri dan merompak merupakan satu amalan pekerjaan. Struktur ini Kesimpulan
berubah selepas penyebaran agama Islam.Semangat asabbiah diganti dengan perpaduan
ummah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

SOALAN 3 : BINCANGKAN KONSEP UMMAH DAN USAHA-USAHA YANG


DIAMBIL OLEH NABI MUHAMMMAD S.A.W DALAM MENYATUKAN
UMMAH DI MADINAH.

• Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah telah


meninggalkan impak yang besar kepada perjuangan Islam kerana ia bukan sahaja
menyebabkan terbentuknya negara Islam , bahkan telah mengubah konsep sistem
politik, ekonomi dan sosial di Madinah.
• Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW, struktur masyarakat dibelenggu
Pendahuluan
dengan fahaman perkauman yang melampau dan bersifat individualistik.
Namun, senario ini berubah apabila Baginda berjaya mengubah masyarakat
dengan memperkenalkan konsep ummah yang saling menghormati antara satu
sama lain. Baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) dan
negara Islam di Madinah.
Konsep Ummah Fakta
Ummah bererti masyarakat atau umat manusia.
Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammmad SAW,
masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam &
Huraian
bukan Islam kaum Yahudi di Madinah.
Perkataan ummah telah disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali yang
bererti masyarakat, kumpulan atau manusia.
Isi 1 Namun berikutan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka
konsep ummah terbatas pada umat Islamyang tinggal di kota Madinah.
Penyingkiran kaum Yahudi disebabkan mereka tidak mematuhi Piagam, Contoh
dan sekaligus terkeluar daripada lingkungan ummah Nabi
Muhammad s.a.w.
Tamadun Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah.
Konsep ummah ialah konsep yang unik kerana ummah yang terbina
Penutup
tidak berasaskan kepada bangsa, warna kulit mahupun sempadan
Geografi.
Antara usaha-usaha Nabi Muhammad S.A.W dalam pembentukan
ummah di Madinah ialah menyatu dan mempersaudarakan suku Fakta
Isi 2 Aus dan Khazraj.
Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah.
Huraian
Sebelum kedatangan Islam dan Nabi Muhammand SAW, kedua-
8
duanya golongan ini sentiasa bermusuhan antara satu dengan yang
lain dan banyak peperangan yang berlaku antara dua puak ini seperti
Perang Sumair dan Perang Bu’ats sehingga mengorbankan banyak
nyawa dan berlarutan sekian lama.
Permusuhan ini berpunca daripada masalah kepimpinan kerana mereka
ingin menerajui pentadbiran Kota Madinah.
Nabi Muhammad SAW telah mengambil langkah dengan
berusaha menyatukan kedua-dua pihak tersebut
dan menamakan mereka sebagai orang Ansar. Rasulullah SAW
Contoh
menerapkan akidah Islamiah kepada mereka sehingga mereka sanggup
melupakan permusuhan yang berlaku antara mereka yang sekian
lama.
Persaudaraan Islam menggantikan semangat Asabiyah.
Menjadi titik tolak pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu Penutup
padu dan bekerjasama.
Seterusnya Baginda Mempersaudarakan dan Menyatukan
Fakta
kaum Muhajirin dan Ansar
Setelah Nabi Muhammad SAW berjaya menyatukan Aus dan
Khazraj, Rasulallah SAW berusaha pula mempersaudarakan
orang Ansar dan Muhajirin. Tujuan Rasulullah berbuat demikian
adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi, Huraian
sosial dan politik Islam di Madinah. Sekiranya masalah ekonomi tidak
dapat diselesaikan terlebih dahulu, maka adalah sukar bagi baginda
Isi 3
untuk membangunkan sebuah negara yang benar- benar kukuh.
Mereka bergaul dan bermesra seperti saudara kandung sendiri sesuai
dengan sabda nabi Muhammad saw yang bermaksud “ Bersaudaralah
Contoh
kamu dengan persaudaraan Allah berdua-duaan‟ contohnya Saidina
Umar al- Khattab dengan Utbah b Malik .
Dengan persaudaraan ini, orang Muhajirin mempunyai kekuatan
untuk berada di tempat baharu selepas meninggalkan kampung Penutup
halaman mereka sehelai sepinggang.
Usaha seterusnya ialah mendirikan dan memakmurkan
Fakta
Masjid.
Masjid menjadi lambang kesatuan ummah dan umat Islam.
Sebelum Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, baginda tiba di
sebuah perkampungan Quba; yang letaknya lebih kurang 3 kilometer
dari Madinah. Disini baginda telah membina Masjid Quba; iaitu masjid
pertama yang dibina dalam sejarah umat.
Pembinaan masjid ini menunjukkan bahawa ibadat menjadi tempat Huraian
Isi 4 kesatuan ummah untuk berkumpul. Masjid juga menjadi institusi
keilmuan bagi Rasulallah SAW mengembangkan dakwah Islamiah.
Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam
bertemu serta berbincang (bermesyuarat) bagi menyelesaikan sebarang
masalah.
Pada peringat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat untuk
berniaga. Masjid pertama yang dibina di Madinah ialah Masjid Nabi
Contoh
(Nabawi). Masjid ini dibina di atas tanah milik 2 orang yatim, iaitu
Sahl dan Suhail yang diberi hanya 10 Dinar sahaja.
9
Pembinaan masjid bukan sahaja mengukuhkan pembentukan
Penutup
ummah malah telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah.
Selain itu, Nabi turut menggubal perlembagaan negara-
Fakta
Sahifah Madinah
Perlembagaan untuk negara Islam Madinah telah diwujudkan
oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjamin perpaduan dalam
kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti atau ummah dan
Isi 5 menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam. Huraian
Perlembagaan ini diwujudkan hasil daripada persetujuan bersama
antara orang Islam dengan orang Yahudi. Pada dasarnya, kesemua
penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara terbuka.
Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan
penekanan seperti tanggungjawab bersama untuk
mempertahankan Madinah, kebebasan beragama, al-Quran sebagai asas Contoh
peraturan, perlembagaan dan kedudukan Rasulullah SAW sebagai ketua
negara.
Tindakan tersebut menyebabkan kedudukan Islam di Madinah
semakin kukuh dan membuka jalan kepada pembentukan ummah Penutup
pelbagai kaum di bawah pemerintahan kerajaan Islam Madinah.
Di samping itu, pembentukan ummah pada zaman Nabi
Fakta
berkaitan dengan kejayaan Penyusunan Pentadbiran.
Nabi Muhammad SAW menyusun dan membentuk dasar
pemerintahan kerajaan Islam dengan menubuhkan struktur
pemerintahan, iaitu membentuk organisasi kerajaan yang merangkumi
Isi 6 pelbagai jawatan, melantik pegawai, dan kakitangan di peringkat
pusat dan wilayah.
Selain itu, baginda turut menubuhkan dan membentuk sistem Huraian
kewangan yang merangkumi sumber kewangan, percukaian, zakat,
jizyah, sedekah, ghanimah, dan lain- lain. Selain bidang kewangan,
Nabi Muhammad SAW turut menubuhkan pasukan tentera. Tujuannya
adalah untuk mempertahankan kesucian serta kedaulatan agama dan
negara.
Rasulallah SAW telah berjaya menubuhkan pasukan tentera yang
kuat dan mempunyai semangat jihad yang tinggi. Tentera Islam telah
Contoh
memperoleh beberapa kejayaan termasuklah dalam Perang Khandak,
Mu‟tah, dan sebagainya.
Dengan menubuhkan dan menyusun pentadbiran yang telah
sistematik dapat menggerakkan negara Islam dengan lebih tersusun,
Penutup
semua pihak akan bertanggungjawab terhadapnya, maka perpaduan
ummah dapat dibentuk dengan jayanya.
Akhir sekali kejayaan dakwah dan diplomatik Fakta
Usaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Beberapa utusan telah dihantar
untuk menjalin hubungan diplomatic di samping berdakwah. Antaranya
Isi 7 termasuklah menghantar utusan ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan lain-
lain. Ada antara utusan diterima baik da nada juga yang ditolak. Huraian
Hal ini menyebabkan bilangan penganut islam bertambah dengan
banyaknya.

10
Dalam tempoh 10 tahun di penganut-penganut islam telah meningkat
lebih daripada 100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi
Contoh
mengerjakan ibadat Haji yang terakhir , seramai 100,000 orang telah
mendengar khtubah baginda yang terakhir.
Usaha penyebaran Islam menerusi misi dakwah dan diplomatik dapat
dilihat sebagai usaha membentuk ummah yang lebih luas yang tidak Penutup
terhad di Madinah tetapi di luar wilayah dan sempada negara Islam.
• Sesungguhnya pembentukan ummah di Madinah telah memberi kesan besar
terhadap usaha-usaha penyebaran Islam
• Ia juga sekaligus menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang Kesimpulan
pemimpin yang unggul.
• Oleh itu, tidak hairanlah jika baginda juga digelar sebagai seorang negarawan

SOALAN 4 : PERIHALKAN PENENTANGAN YANG DIHADAPI OLEH NABI


MUHAMMAD SAW SEWAKTU BERADA DI KOTA MAKKAH DAN NYATAKAN
USAHA-USAHA YANG DIAMBIL OLEH BAGINDA BAGI MENANGANINYA.

• Setelah tiga tahun Rasulullah s.a.w. menyampaikan ajaran Allah secara sulit,
akhirnya Allah menyeru Rasulullah menyampaikan ajaran secara terbuka dengan
bukti turunnya ayat 94 surah Al-Hijr. Rasulullah s.a.w. menghadapi penentangan
kemudian apabila baginda menegaskan kesesatan golongan masyarakat Makkah Pendahuluan
menyembah berhala yang menjadi anutan turun temurun.
• Oleh itu, terdapat pelbagai penentangan masyarakat Makkah menentang ajaran
Nabi Muhammad s.a.w namun Rasulullah s.a.w berusaha untuk menanganinya
a. Penentangan terhadap Rasulullah
Fakta
Propaganda penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w
Mereka menuduh Rasulullah s.a.w. seorang yang gilakan pangkat,
kedudukan dan status. Penghinaan juga diteruskan dengan menghasut Huraian
kabilah pedagang luar yang datang ke Makkah akan keburukan Rasulullah
Isi 1
Penghinaan dilakukan melalui perkataan, perbuatan, dan memperolok-
olokkan baginda. Antaranya, halaman rumah Rasulullah s.a.w. pernah
Contoh
ditaburi dengan najis dan Rasulullah pernah mengalami luka akibat
dilempar dengan batu.
Walaupun pelbagai hinaan dan cacian yang dilemparkan oleh masyarakat
Penutup
Makkah namun Rasulullah tetap menyampaikan dakwah baginda.
Melakukan Penyiksaan Fakta
Melakukan penyeksaan terhadap pengikut Islam terutamanya golongan
yang lemah dan hamba dengan harapan Rasulullah s.a.w. akan Huraian
menghentikan ajaran Islam
Isi 2
Contohnya Bilal bin Rabah dijemur di tengah panas mata hari di padang
pasir dan ditindih dengan batu besar. Begitu juga dengan keluarga Ammar
Contoh
bin Yasir yang diseksa oleh Bani Makhzum hingga kedua ibu bapanya
meninggal dunia.
11
Meskipun pelbagai siksaan dan kezaliman dilakukan oleh masyarakat
Makkah namun masih ramai yang menerima Islam. Hal inilah yang
Penutup
menyebabkan mereka semakin marah terhadap Rasulullah dan pelbagai
cara penentangan dilakukan.
Melakukan Diplomasi Fakta
Setelah kekerasan gagal, mereka menawarkan Rasulullah s.a.w. dengan
Huraian
pangkat, wanita, dan harta agar Rasulullah menghentikan ajaran Islam
Rasulullah pernah ditawarkan sebagai pemerintah Kota Makkah dengan
Isi 3
syarat baginda menghentikan ajaran Islam, tetapi semuanya ditolak oleh Contoh
Rasulullah s.a.w
Pelbagai cara telah dilakukan oleh masyarakat Quraisy termasuklah cara
Penutup
diplomasi untuk menyekat penyebaran Islam tetapi masih gagal
Pemulauan Fakta
Abu Jahal dan rakan-rakannya telah mengambil inisiatif untuk
memulaukan Bani Hasyim dan Bani al-Muttalib. Persetujuan telah dicapai
dalam mesyuarat dan antara perkara lain yang dipersetujui ialah tidak
Huraian
berjual beli, tidak berurusan, tidak memberi pertolongan dalam jua bentuk
dan tidak berkahwin dengan kaum keluarga Bani Hasyim dan Bani al-
Mutalib
Isi 4 Selama 3 tahun Rasulullah s.a.w dan kaum keluarga Bani Hasyim dan
Bani al-Mutalib dipulau. Hanya pada musim haji sahaja mereka Contoh
dibenarkan keluar.
Dalam tempoh itu, baginda mengambil kesempatan menyebarkan Islam
Penutup
kepada jemaah haji yang datang dari seluruh pelosok Semenanjung Arab
Usaha Membunuh Rasulullah s.a.w
Fakta
Keputusan ini diambil setelah semua keputusan di atas masih menemui
kegagalan. Mereka pernah meminta agar Abu Talib menyerahkan
Huraian
Rasulullah s.a.w. kepada mereka untuk dibunuh dan sebagai ganjarannya
Abu Talib akan diberikan seorang pemuda Quraisy yang kaya
Isi 5
Setelah Abu Talib menolak maka masyarakat Makkah mengambil
keputusan untuk membunuh Rasulullah s.a.w. melalui wakil setiap suku
Contoh
yang terdapat di Kota Makkah. Usaha ini masih gagal kerana Rasulullah
s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah untuk segera berhijrah ke Madinah
Semua usaha yang dibuat untuk menentang baginda itu mengalami
Penutup
kegagalan
b. Usaha Rasulullah Menangani
Fakta
Penebusan Pengikut Islam
Pada peringkat awal orang Islam dinasihatkan supaya sentiasa bersabar
dengan tekanan dan siksaan yang diterima. Selain itu, Nabi Muhammad
juga sentiasa menyeru sesiapa yang berkemampuan supaya menebus
Isi 6
hamba yang disiksa. Huraian
Pengikut Islam yang terdiri daripada golongan yang lemah dan hamba
telah ditebus oleh Abu Bakar, Uthman dan Khadijah serta golongan Islam
yang berkemampuan, walaupun dikenakan harga yang tinggi
Contohnya Bilal yang diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf telah
Contoh
dibeli oleh Saidina Abu Bakar lalu dimerdekakannya.
12
Walaupun orang Islam yang terdiri daripada golongan hamba telah disiksa
dengan kejam, namun hal ini langsung tidak melemahkan keimanan dan Penutup
kepercayaan mereka terhadap agama Islam.
Melakukan hijrah ke Habsyah Fakta
Untuk meringankan beban dan tekanan ke atas pengikut Islam,
Rasululllah s.a.w. telah menganjurkan pengikutnya berhijrah ke Habsyah.
Rasullah mencadangkan agar umat Islam berhijrah ke Habsyah kerana Huraian
Rajanya pada masa itu beragama Nasrani dan bersikap adil. Hijrah ke
Habsyah berlaku sebanyak 2 kali
Kali pertama pada tahun ke – 5 kerasulan Nabi Muhammad yang
terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan.
Isi 7
Pada kali ke dua pada tahun ke – 7 kerasulan Nabi Muhammad terdiri
daripada 83 lelaki dan 18 orang perempuan yang diketuai oleh Jaafar bin Contoh
Abi Talib. Turut serta ialah Saidina Uthman bersama isterinya Ruqaiyah
puteri Rasullah, Abu Huzaifah dan isteri, Zubir bin Al – Awwam, Mus’ab
bin Umair, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi.
Walaupun Orang Quraisy mengetahui tentang pemergian orang Islam ke
Habsyah dan mengejarnya tetapi orang Islam selamat tiba di Habsyah dan Penutup
diberi pelindungan oleh rajanya.
Perjanjian Fakta
Apabila ancaman semakin hebat terutama selepas kematian Abu Talib dan
Isi 8 isteri baginda Siti Khadijah. Rasulullah cuba berundur ke Taif. Sampai di
Taif Rasulullah tidak diterima oleh penduduk penduduknya. Oleh itu Huraian
Rasulullah kembali semula ke Makkah.
Akhirnya Nabi berjaya berhubung dengan penduduk Madinah
Setelah itu perjanjian Aqabah ditanda tangani antara Rasulullah saw
dengan Orang Arab Madinah. Orang Arab Madinah berjanji akan Contoh
melindungi Rasulullah serta pengikutnya kalau berhijrah ke Madinah.
Kesan daripada perjanjian tersebut ramai orang Islam telah berhijrah ke
Madinah secara berperingkat. Penutup

Pada tahap awal penyebaran Islam, Rasulullah s.a.w. telah mendapat penentangan
daripada masyarakat Kota Makkah dan diatasi dengan pasif. Berkat daripada
kesabaran Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah, baginda berjaya
mewujudkan sebuah negara Islam dan mengatasi penentangan ini dengan lebih agresif Kesimpulan
sehingga berjaya menegakkan syiar Islam.
Akhirnya, sebuah negara Islam Madinah telah ditubuhkan dan akhirnya Kota Makkah
dapat ditawan tampa pertumpahan darah pada tahun 8 H.

13
SOALAN 5 : BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
NABI MUHAMMAD S.A.W DI MADINAH

Berpandukan Piagam Madinah , Rasulullah SAW mengemudi negara dan meletakkan


asas-asas sebuah ummah yang berdaulat. Pemerintahan di Madinah boleh di bahagikan
kepada dua peringkat iaitu zaman Rasulullah SAW, dan zaman Khulafa ar-Rasyidin
Sepanjang tempoh tersebut, struktur pentadbiran Islam yang mantap telah berjaya di
bentuk dan menjadi panduan kepada zaman-zaman selepasnya. Selepas peristiwa hijrah
nabi Muhammad SAW, telah mengambil langkah awal dengan menyatupadukan umat
Pendahuluan
Islam dan bukan Islam melalui konsep pembentukan ummah. Semasa ketibaan Baginda
di kota Madinah ini terdapat dua golongan penduduk terbesar,iaitu orang Arab dan
Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj, dan orang
Muhajirin. Manakala orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa
kumpulan, antaranya Bani Qainuqa; Bani Quraizah; dan Bani Nadir.

Nabi Muhammad S.A.W telah membuat perjanjian dengan seluruh


penduduk di Madinah dan telah menulis satu piagam iaitu Piagam Fakta
Madinah.
Nabi Muhammad S.A.W telah membuat perjanjian dengan seluruh
penduduk Madinah untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah
dengan memperkenalkan Piagam Madinah.
Sahifah al-Madinah atau Piagam Madinah menjadi sistem perundangan
dan teras pentadbiran baginda. Perlembagaan yang mengandungi 47 fasal
Huraian
ini menyentuh tentang tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam yang
mendiami kota Madinah. Sistem ini menjadi sistem pemerintahan yang
Isi 1 bersistematik dan berkesan dengan mengamalkan sistem berbentuk
teokrasi dan demokrasi Islam.

Sebagai contoh 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan


antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam Contoh
dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Kesannya, Piagam Madinah telah berjaya membawa keamanan dan


kemakmuran kepada negara Islam yang berpusat di Madinah Penutup

Nabi Muhammad S.A.W menjadi pemimpin tertinggi negara. Fakta


Sebagai ketua negara atau ketua pemerintah, Rasulullah SAW juga
bertindak sebagai ketua agama, ketua hakim, ketua tentera,dan pemimpin
Huraian
masyarakat. Baginda akan merujuk kepada majlis Syura apabila membuat
Isi 2 sesuatu keputusan berkaitan negara dibincangkan.
Rasulullah SAW mengetuai sendiri kuasa eksekutif (pelaksanaan),
Contoh
kehakiman, dan legislatif (tasyri‟i-penggubalan undang- undang).
Tegasnya, semua tugas berkaitan negara menjadi tanggungjawab baginda
Penutup
dan tugas tersebut dilaksanakan dengan telus.
14
Beberapa jawatan diwujudkan untuk membantu ketua negara Fakta
Nabi Muhammad SAW telah melantik pembantu untuk membantu
baginda dalam hal ehwal pemerintahan. Pada zaman Nabi, mereka
dikenali sebagai Wazir. Rasulullah SAW telah meminta pandangan Huraian
mereka dan menyerahkan hal ehwal pemerintahan, mahkamah,
Isi 3 peperangan dan urusan umum yang lain kepada mereka.
Selain wazir terdapat juga jawatan-jawatan lain yang diwujudkan untuk
membantu Rasullullah S.A.W seperti pemegang amanah, wali, kadi dan Contoh
lain-lain jawatan.
Tegasnya, pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah dapat
Penutup
diuruskan dengan baik dan lancar dengan bantuan yang ada.
Al Quran dan Hadis sebagai dasar pemerintahan Fakta
Dasar Piagam Madinah telah menetapkan bahawa Al Quran dan Hadis
adalah sumber rujukan tertinggi. Segala undang-undang dan peraturan
Islam adalah berdasarkan undang-undang yang terdapat dalam Al-Quran. Huraian
Ini bermakna segala sumber peraturan sebelum ini adalah undang-undang
Isi 4
lama setiap kaum.
Contohnya hukum adat setiap kabilah sebelum Islam telah dihapuskan
Contoh
dan diganti dengan hukum Islam.
Jelaslah dengan menjadikan Al Quran dan hadis sebagai rujukan utama
Penutup
telah membantu urusan pemerintahan dan pentadbiran Islam di Madinah.
Bagi memantapkan pemerintahan di kota Madinah, satu institusi
Fakta
pemerintahan telah ditubuhkan, iaitu Majlis Syura.
Isi 5 Majlis Syura ini terdiri daripada ketua golongan Muhajirin, Ansar, para
sahabat yang terdekat, panglima tentera dan mereka yang arif dalam
sesuatu bidang terutamanya dalam bidang politik dan ekonomi. Melalui
majlis ini, sistem perbincangan dan rundingan (musyawarah) diadakan Huraian
dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan. keputusan dan
ketetapan dalam pemerintahan atau pentadbiran dibuat melalui
persetujuan bersama hasil daripada perbincangan tersebut
Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW mengamalkan prinsip
musyawarah dan menjalankan musyawarah semasa mewujudkan
persaudaraan antara golongan Ansar dan Muhajirin dan juga
mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan Khazraj iaitu penduduk
Contoh
asal Madinah. Demikian juga semasa baginda mengadakan musyawarah
dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah
tentang cara-cara umat Islam menghadapi dan berhadapan dengan
serangan orang Quraisy.
Tegasnya, , Majlis Syura telah berjaya menyelesaikan banyak masalah
Penutup
yang timbul sewaktu pemerintahan negara Islam Madinah
Dalam mempertahan kota Madinah, Nabi Muhammad SAW telah
Fakta
membina angkatan tentera Islam.
Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku semasa baginda memerintah
Isi 6 Madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah untuk
mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman musuh Islam
Huraian
terutamanya daripada kaum musyrikin. Pembentukan angkatan tentera ini
membolehkan umat Islam Madinah menghadapi beberapa siri serangan
orang musyrikin Makkah .
15
Antara peperangan yang berlaku adalah seperti perang Badar, perang
Uhud dan perang Khandak. Ekspedisi ketenteraan pada zaman nabi
Muhammad SAW terbahagi kepada dua, iaitu. Ekspedisi yang disertai
Contoh
oleh Nabi Muhammad SAW yang dipanggil ‘ghazwah’. Ekspedisi
ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad yang dikenali
sebagai ‘sariyah’.
Kesannya, Angkatan tentera Islam telah berjaya menjulang nama kerajaan
Penutup
Islam Madinah dengan kemenangan-kemenangan yang diperolehi.
Meningkatkan fungsi institusi masjid. Fakta
Masjid telah dibina dan menjadi institusi terpenting bukan sahaja sebagai
pusat ibadat malah menjadi pusat pemerintahan serta penyebaran ilmu,
Huraian
kebudayaan dan pertemuan umat Islam dalam menyelesaikan sebarang
Isi 7 masalah rakyat.
Sebagai contoh, masjid Nabawi yang menjadi tempat ibadat dan tempat
Contoh
pentadbiran Rasulullah SAW.
Hal ini menunjukkan bahawa dalam pentadbiran di kota Madinah, agama
Penutup
dan politik tidak dipisahkan
Pengasas dasar ekonomi Islam Fakta
Dasar ekonomi Islam menggantikan ekonomi jahiliyah. Larangan riba,
menipu timbangan, mewajibkan zakat dan menggalakkan umat Islam Huraian
mencari rezeki yang halal dan menjauhi yang haram.
Isi 8 Dalam bidang pertanian orang Islam digalakkan mengusahakan tanah
terbiar, menebus tanah yang tergadai daripada orang Yahudi. Dalam
Contoh
bidang perdagangan mereka digalakkan memecah monopoli perdagangan
orang Yahudi
Tegasnya, Nabi Muhammad SAW akhirnya berjaya menukar sistem
ekonomi jahiliyah kepada sistem ekonomi Islam sewaktu Penutup
pemerintahannya di Madinah
Kebijaksanaan pemerintahan Nabi Muhammad SAW telah berjaya membina
masyarakat yang bersatu padu di samping dapat mewujudkan kestabilan politik dan Kesimpulan
pembinaan negara Islam yang kukuh, makmur dan berdaulat.

SOALAN 6 : NABI MUHAMMAD S.A.W MERUPAKAN SEORANG NEGARAWAN


YANG UNGGUL . BINCANGKAN.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 570M.


Ketika baginda berusia 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama,
surah al-Alaq.
Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik (uswatun hasanah)
oleh Al-Quran
Pendahuluan
Baginda ialah seorang Nabi ,Rasul dan pemimpin masyarakat dan negara.
Baginda berkebolehan dalam setiap bidang bukan sahaja sebagai pendakwah
tetapi sebagai panglima perang, perangka strategi, ketua hakim, pendidik,
penasihat dan perancang ekonomi.

16
Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin Politik Fakta
Baginda berjaya mengasaskan Perlembagaan Bertulis yang pertama iaitu
Sahifah Madinah yang bersumberkan wahyu.
Baginda juga memperkenalkan corak pemerintahan musyawarah. Sistem
Huraian
Syura merupakan cara membuat keputusan secara kolektif.
Isi 1 Selain itu, sistem perundangan Islam diperkenalkan terutamanya undang-
undang sivil.
Nabi Muhammad SAW telah menjalin hubungan diplomatik dengan dua
Contoh
kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi.
Rom dan Parsi telah menerima utusan dari Madinah dan telah mengiktiraf
Penegasan Isi
Madinah sebagai sebuah Negara Islam.
Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin Masyarakat Fakta
Terserlah sebelum Nabi Muhammad berhijrah lagi – digelar Al-amin
dalam masyarakat Mekah – Peristiwa perletakan Hajar al-Aswad selepas
banjir melanda Kaabah
Baginda sebagai ketua dalam masyarakat telah berjaya menyelesaikan
masalah persengketaan antara kaum di Madinah Huraian
Baginda menghormati agama lain dan menghormati adat resam dan
Isi 2 budaya orang bukan Islam termasuk kaum Yahudi. Baginda juga memberi
kepercayaan kepada ketua-ketua kaum bagi menguruskan hal-hal penting
yg bersabit dengan kaum.
Contohnya baginda telah berjaya menyelesaikan persengketaan antara
kaum Aus dan Khazraj dan di antara orang Arab dengan Yahudi di Contoh
Madinah melalui konsep Ummah.
Ketokohan baginda sebagai pemimpin masyarakat telah berjaya
Penegasaan isi
menyatukan penduduk Madinah yang berbilang bangsa.
Nabi Muhammad SAW Sebagai Ketua Hakim Fakta
Baginda menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan
saksama. Baginda juga tegas dalam menjalankan tugasnya dengan Huraian
menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana-mana hakim
Contohnya ketegasan baginda dalam melaksanakan hukuman potong
Isi 3 tangan terhadap pencuri. Baginda turut menyatakan sekiranya pencuri itu contoh
ialah anaknya sendiri maka hukuman sama juga akan dijatuhkan.
Ketegasan baginda juga jelas apabila kaum Yahudi diusir dari bumi
Madinah kerana pengkhianatan yang dilakukan mereka.
Ketegasan dalam melaksanakan hukuman adalah perlu untuk memastikan Penegasan Isi
keadilan ditegakkan.
Nabi Muhammad SAW Sebagai Perancang Ekonomi Fakta
Baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar
ekonomi jahiliyah. Baginda telah merancang dan melaksanakan beberapa
projek-projek ekonomi Madinah termasuk projek pertanian dan Huraian
perdagangan. Baginda berusaha membangunkan ekonomi Islam yg
Isi 4
tergadai kepada kaum Yahudi
Sistem ekonomi baru yang diperkenalkan oleh baginda dapat memastikan
tidak berlaku penindasan dan dapat mengelakkan berlakunya penipuan
Contoh
dan riba seterusnya berjaya melahirkan usahawan Islam seperti Abd
Rahman Auf
17
Tegasnya Nabi Muhammad SAW berjaya memajukan ekonomi umat
Penegasan isi
Islam di Madinah dan menghapuskan monopoli kaum Yahudi.
Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin Tentera Fakta
Baginda dianggap panglima tentera dan ahli strategi dalam peperangan.
Merangka taktik dan strategi ketenteraan yg membawa kejayaan kepada
Isi 5 tentera Islam Huraian
Baginda sentiasa adil kepada semua tidak kira kawan atau pihak musuh
dan bertindak mengikut peraturan yg disyariatkan oleh Allah.
Contohnya baginda membahagikan harta rampasan perang secara adil
dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang lari dari medan
Contoh
perang dan yang lemah. Di antara kejayaan yang terbesar adalah dalam
Perang Badar, Perang Khandak, dan pembukaan semula Kota Makkah.
Mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan yang ditunjukkan
oleh Nabi Muhammad SAW dapat memastikan kemenangan dicapai Penegasan isi
dalam 27 ekspedisi ketenteraan yang dipimpin oleh baginda.
Kehebatan dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial menjadi asas pembentukan negara Islam pertama di Madinah. Baginda
Kesimpulan
merupakan negarawan yang unggul, bijak dan berkebolehan dalam memerintah
berteraskan wahyu.

SOALAN 7 : INSTITUSI KHALIFAH MERUPAKAN SISTEM PEMERINTAHAN DAN


PENTADBIRAN YANG DISYORKAN OLEH ISLAM. BERIKAN ULASAN ANDA.

Institusi khalifah amat penting dalam sejarah pemerintahan Islam kerana ia merupakan
lambang pembentukan sebuah Negara Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan
sunnah. Khalifah merupakan jawatan yang wujud setelah kewafatan Nabi Muhammad
SAW dan fungsinya hanya menggantikan nabi dalam hal-hal keduniaan dan urusan Pendahuluan
pentadbiran agama, tetapi tidak dalam hal-hal kenabian. Khalifah juga menggunakan
pelbagai gelaran seperti Amirul Mukminin, Imam, dan sultan. Khalifah juga merupakan
struktur pentadbiran tertinggi dalam politik Islam.
Kedudukan dan bidang kuasa umum khalifah Fakta
Berdasarkan syarat-syarat pelantikan, khalifah memegang dwi-peranan
atau kuasa utama dalam satu masa yang sama iaitu tugas kenegaraan
(duniawi) dan tugas keagamaan (ukhrawi). Ringkasnya, khalifah
mengendalikan hal ehwal umat Islam dunia dan akhirat berlandaskan
prinsip syariat Islam. Dalam menjalankan tanggungjawab terhadap negara
Isi 1 dan agama, seseorang khalifah haruslah mentadbir berlandaskan ajaran al-
Huraian
Quran dan sunnah. Hukum ketaatan kepada Allah dan RasulNya adalah
mutlak sedangkan hukum ketaatan kepada khalifah diikat oleh
ketaatannya kepada Allah dan RasulNya. Khalifah tidak mempunyai apa-
apa keistimewaan samada daripada sudut undang-undang negara
mahupun undang-undang agama kerana beliau juga adalah hamba Allah
yang sama tarafnya dengan manusia lain di sisi tuhan.

18
Khalifah perlu mempunyai pengetahuan dalam hal siasah agar lebih cekap
dalam pentadbiran dan pemerintahan. Khalifah juga perlu mempunyai
kemampuan, kewibawaan dan keberanian dalam mempertahankan maruah
umat dan Negara daripad ancaman dan gangguan musuh. Antara khalifah Contoh
yang dikenali sebagai khulafa ar-Rasyidin ialah Khalifah Abu Bakar,
Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali
bin Abu Talib.
Tegasnya, khalifah adalah orang yang melaksanakan hukum Allah,
bukannya orang yang membuat hukum. Oleh itu, kuasa khalifah adalah Penutup
terbatas dan tidak bersifat mutlak.
Khalifah sebagai ketua negara Islam Fakta
Dalam pemerintahan Islam, khalifah diiktiraf sebagai ketua kerajaan dan
negara yang menguasai struktur pentadbiran dalam semua bidang
termasuk politik, ekonomi, sosial dan agama. Segala pelaksanaan
pemerintahan dan sruktur pentadbiran berlandaskan agama Islam kerana
Huraian
pentadbiran politik dan agama dalam Islam tidak boleh dipisahkan.
Khalifah juga bertanggugjawab terutamanya dalam bidang sosio-
ekonomi. Kedua-dua bidang ini diberi perhatian agar pembangunan
Isi 2 negara berjalan lancar.
Dalam bidang ekonomi, misalnya, sistem percukaian, pengurusan
Baitulmal, pertanian dan perdagangan harus diselaraskan agar perjalanan
pentadbiran lebih licin dan ekonomi negara dapat berkembang pesat.
Contoh
Dalam bidang sosial, khalifah menerusi jabatan-jabatannya, perlu
menyediakan prasarana pendidikan, infrastruktur awam, membasmi
kemiskinan, menyebar kebudayaan Islam dan sebagainya.
Jelaslah bahawa agama Islam bukan agama kerohanian sahaja, tetapi
merangkumi urusan duniawi dan ukhrawi. Penutup

Pelantikan dan pemecatan pegawai kerajaan Fakta


Seseorang khalifah bertanggungjawab menyelesaikan masalah pelantikan
para pegawai kerajaan. Khalifah harus menentukan garis panduan atau
polisi pemerintahan Islam kepada para pegawainya. Sekiranya mereka
Huraian
tidak amanah dan menyeleweng, khalifah berkuasa melucutkan jawatan
mereka.

Khalifah berhak memecat mana-mana pegawai yang menentang


Isi 3
pemerintahannya, seperti perlucutan jawatan Muawiyah bin Abi Sufyan
Contoh
sebagai gabenor Syam oleh khalifah Ali bin Abi Talib.

Hal ini menunjukkan bahawa seorang khalifah mempunyai kuasa tertinggi


dalam bidang politik. Beliau bertanggungjawab dalam mengatur dan
membuat polisi ketenteraan khususnya bagi menguasai sesebuah wilayah Penutup
baharu.

Khalifah bertanggungjawab menyebarkan dakwah Fakta


Khalifah mempunyai tanggungjawab berat dalam memelihara kesucian
Isi 4
agama dan umat Islam. Beliau harus mengembangkan agama Islam ke Huraian
seluruh pelosok dunia dan sebarang gangguan haruslah diselesaikan

19
secara diplomasi. Sekiranya gagal, khalifah harus menggunakan cara
kekerasan kerana sudah menjadi tanggungjawab beliau melaksanakan
tugas ini. Dalam masa yang sama, negara Islam juga sering menghadapi
ancaman daripada musuh-musuhnya.
Khalifah Umar al-Khattab, misalnya pernah memerangi kerajaan Rom dan
Contoh
Parsi kerana sering mengancam keselamatan negara Islam.
Di sinilah peranan khalifah sangat penting dan menyerlah dalam
Penutup
menjamin keselamatan negara.
Institusi khalifah merupakan suatu bentuk pemerintahan yang disarankan oleh Islam,
khalifah mempunyai kuasa tertinggi dalam semua aspek tetapi beliau sendiri tidak
terlepas daripada hukuman Allah, sebab itulah khalifah sedaya upaya menjalankan
pemerintahan berlandaskan ajaran Islam. Berdasarkan kepada syarat-syarat, ciri-ciri dan Kesimpulan
tanggungjawab, institusi khalifah adalah sistem pemerintahan yang ideal dilaksanakan
oleh umat manusia tanpa mengira zaman berbanding sistem pemerintahan lain yang
tidak dapat memberikan jaminan keadilan kepada rakyatnya.

SOALAN 8 : BINCANGKAN SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ PADA


ZAMAN PEMERINTAHAN BANI UMAIYYAH.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilahirkan pada tahun 682M/63H di Madinah. Umar bin
Abdul Aziz mempunyai pertalian darah keturunan Khalifah Umar al-Khattab melalui
sebelah ibunya. Beliau berketurunan Bani Umaiyah dan menjadi pemerintah Bani
Umaiyah yang kelapan sesudah pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.
Pendahuluan
Umar bin Abdul Aziz telah menghafal Al-Quran sejak kecil lagi. Baginda terkenal
sebagai seorang yang warak dan patuh kepada ajaran Islam. Walaupun tempoh
pemerintahannya singkat tetapi Umar Abdul Aziz telah memberi banyak sumbangan
kepada kerajaan Bani Umaiyah .
Antara sumbangan utama Khalifah Umar Abdul Aziz ialah
melaksanakan pentadbiran berdasarkan al-Quran dan Hadis Fakta
Beberapa perubahan berkaitan dasar pemerintahan kerajaan Bani
Umaiyah telah berlaku semasa pentadbiran beliau, terutama yang
berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Islam. Dasar pemerintahan
beliau adalah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Dasar pemerintahan
Huraian
Khalifah Umar Abdul Aziz banyak dipengaruhi sifat beliau yang warak.
Beliau juga tidak mengutamakan kemewahan duniawi. Pemerintahan
Isi 1 beliau yang cemerlang disifatkan setanding dengan pemerintahan
Khalifah Umar al-Khattab.
Dasar pemerintahan Umar Abdul Aziz dikatakan hampir sama dengan
dasar pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, iaitu sangat mementingkan
keadilan tanpa membezakan antara orang Arab dan bukan Arab. Semasa
pemerintahan beliau kehidupan rakyat aman damai serta tidak ada Contoh
pertelingkahan kaum yang terjadi seperti pada awal pemerintahan
kerajaan Umaiyah.

20
Oleh hal yang demikian, sumbangan pembaharuan dalam bidang
pentadbiran dapat memperkukuh kerajaan Bani Umaiyah menjadi lebih
Penutup
kuat

Selain itu sumbangan seterusnya ialah Khalifah Umar Abdul Aziz telah
menghidupkan kembali amalan syura dalam pentadbiran. Fakta

Melalui konsep syura, Umar Abdul Aziz mengadakan mesyuarat dalam


membuat sesuatu keputusan. Khalifah Umar Abdul Aziz terlalu teliti
Huraian
dalam menguruskan perjalanan pentadbiran agar tidak terpesong daripada
Isi 2
konsep Al-Quran dan Hadis.
Segala keputusan dilakukan melalui mesyuarat yang dihadiri oleh
Contoh
pegawai dan kakitangan kerajaan dan para sahabat.
Jelaslah bahawa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz telah
menyumbang kepada kembalinya amalan syura dalam pentadbiran Penutup
Kerajaan Bani Umaiyah.
Di samping itu, sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz seterusnya ialah
Fakta
berkaitan dasar pelantikan gabenor dan pegawai kerajaan.
Khalifah Umar Abdul Aziz berusaha menghapuskan segala bentuk
kezaliman dalam pemerintahan Bani Umaiyah. Beliau mengambil semua
Huraian
harta rampasan perang yang dikuasai oleh keluarga Bani Umaiyah dan
dijadikan hak milik kerajaan.
Beliau telah memecat pegawai dan kakitangan kerajaan yang zalim yang
Isi 3
memerintah tidak mengikut Al-Quran dan Hadis. Contohnya, Usman bin
Zaid al-Tabikhi, Gabenor Mesir; Yazid bin Muslim, Gabenor Afrika Contoh
Utara; Saleh Abdul Rahman, Gabenor Iraq; dan al-Harith bin Abdul
Rahman, Gabenor Sepanyol.
Pelantikan Gabenor-gabenor yang berkaliber telah meningkatkan mutu
pemerintahan dan dapat mengekalkan keamanan serta kesejahteraan Penutup
penduduk di wilayah jajahan.
Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz yang lain ialah mengemas kini
Fakta
dasar luar negara dan polisi peluasan wilayah.
Sebaik sahaja Khalifah Umar Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah, beliau
telah mengarahkan supaya semua kegiatan peperangan dan penaklukan
dihentikan. Tentera-tentera kerajaan yang sedang mengepong kota Huraian
Constantinople diarahkan pulang. Begitu juga dengan tentera yang berada
Isi 4 di kawasan bekas jajahan Byzantine.
Antara tujuan Khalifah Umar Abdul Aziz bertindak demikian adalah
untuk mewujudkan keamanan serta memberi peluang kepada tentera Contoh
kerajaan berehat dan pulang ke pangkuan keluarga mereka.
Pembaharuan dalam dasar luar negara dan polisi peluasan wilayah Kalifah
Umar telah menyumbang kepada keamanan dalam empayar Bani Penutup
Umaiyah.
Khalifah Umar Abdul Aziz juga telah memberi sumbangan dalam
Fakta
pembaharuan ekonomi.
Beberapa dasar ekonomi baharu yang dijalankan oleh beliau telah berjaya
memakmurkan masyarakat Islam pada zamannya. Huraian

21
Pertama, melalui cukai tanah(kharaj), tanah yang diperoleh melalui
penaklukan akan menjadi hak milik bersama orang Islam. Hasil
Isi 5 tanamannya pula akan dikenakan cukai oleh kerajaan. Kedua,
membezakan antara cukai jizyah dengan kharaj. Sebelum ini, seseorang
individu perlu membayar kedua-dua cukai tersebut namun semasa
Contoh
Khalifah Umar Abdul Aziz cukai jizyah hanya dikenakan ke atas orang
bukan Islam manakala kharaj dikenakan kepada sesiapa yang memiliki
tanah. Ketiga memansuhkan semua jenis perayaan, upacara rasmi
kerajaan, hadiah serta perbelanjaan lain yang membazir.
Pelaksanaan dasar ekonomi baharu ini telah menjadikan kedudukan
Penutup
kewangan negara semakin kukuh.
Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz seterusnya ialah menghapuskan
cacian terhadap Saidina Ali Bin Abi Talib dalam khutbah Jumaat. Fakta
Bagi mewujudkan hubungan baik dan perpaduan antara Bani Umaiyah
dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w dan golongan Syiah, Khalifah
Umar Abdul Aziz menghapuskan cacian terhadap Khalifah Ali yang Huraian
bermula sejak pemerintahan Khalifah Muawityah bin Abu Sufyan.
Cacian tersebut dibuat dalam khutbah Jumaat di masjid-masjid. Cacian
ini sangat memalukan dan menjatuhkan martabat keluarga Nabi
Isi 6 Muhammad s.a.w dan golongan Syiah.
Kesannya golongan Syiah tidak berputus asa untuk menggulingkan
pemerintahan Bani Umaiyah. Perbuatan saling mencaci merupakan Contoh
perbuatan keji yang ditegah oleh Islam kerana boleh memecahbelahkan
perpaduan ummah.
Dengan penghapusan cacian tersebut, hubungan baik terjalin antara
keluarga Nabi Muhammad s.a.w dengan Bani Umaiyah dan penentangan Penutup
daripada golongan Syiah mulai berkurangan.
Khalifah Umar Abdul Aziz juga memberi sumbangan besar dalam
perkembangan ilmu pengetahuan. Fakta

Khalifah Umar Abdul Aziz amat menekankan dan mementingkan ilmu


pengetahuan dalam kehidupan. Selain itu, beliau memberi penghormatan
kepada golongan ilmuan. Beliau mengarahkan agar masjid dijadikan Huraian
pusat penyebaran ilmu. Di sini Umar sering mengadakan majlis dan
pertemuan dengan golongan ilmuan untuk mendapatkan pandangan
daripada mereka. Beliau turut mengarahkan pegawai-pegawainya supaya
meluangkan masa bersama ulama dan majlis-majlis ilmu yang
Isi 7 dianjurkan.
Bagi misi dakwah Umar telah menghantar 10 pakar perundangan Islam
ke Afrika Utara bagi mengajar ilmu Islam dan menyebarkan dakwah
Islam di sana. Sebagai contoh, Ismail bin Ubaidullah dihantar ke Afrika.
Usaha dakwahnya Berjaya dan berjalan dengan lancer apabila beliau
dapat mengislamkan kaum Barbar. Umar juga mengarahkan ahli bijak Contoh
pandai supaya menterjemah ilmu-ilmu daripada bahasa Greek,Siryani dan
Latin ke bahasa Arab. Umar juga memberi bantuan biasiswa kepada
sesiapa yang ingin mendalami ilmu dan menyambung pelajaran mereka.
Beliau mengarahkan para Gabenor memberikan biasiswa kepada rakyat
yang menghidupkan budaya ilmu.
22
Khalifah Umar Abdul Aziz ialah khalifah pertama yang meminta supaya
hadis-hadis Rasulullah ditulis dan dibukukan sehingga lahir tokoh seperti Penutup
Urwah Ibn az-Zubair dalam bidang ilmu hadis.

Khalifah Umar Abdul Aziz telah meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 101
Hijrah/Februari 720 Masihi. Tempoh pemerintahannya adalah selama kira-kira dua
tahun setengah. Walaupun pemerintahannya tidak lama, beliau dianggap setaraf dengan Kesimpulan
Khulafa al-Rasyidin yang empat. Makamnya dihormati oleh semua pihak termasuklah
Khulafa Bani Abbasiyah yang membongkarkan kubur seluruh Khalifah Bani Umaiyah
melainkan Khalifah Umar Abdul Aziz.

SOALAN 9 : NILAIKAN SUMBANGAN KHALIFAH HARUN AL-RASYID


SEPANJANG PERKHIDMATANNYA PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH.

Harun al-Rasyid dilantik menjadi khalifah Abbasiyah pada tahun 170H bersamaan
786M ketika berusia 25 tahun. Sebelum menjadi khalifah, Harun al-Rasyid pernah
menyandang jawatan gabenor di Saifah pada tahun 779M dan setahun kemudian
dilantik menjadi gabenor Magribi. Harun al-Rasyid mempunyai keperibadian yang Pendahuluan
mulia dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran, ketenteraan,
kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan. Pengalaman dan pengetahuan yang luas
menjadikan Harun al-Rasyid seorang khalifah yang disegani.
Dasar pentadbiran yang cekap Fakta
Harun al-Rasyid menggunakan pengalaman pentadbiran sejak zaman
mudanya dalam kerajaan Abbasiyah untuk menyusun dan Huraian
memperkemaskan semula sistem pentadbiran negara.
Isi 1 Beliau melantik wazir yang bijak daripada keluarga al-Barmaki iaitu
Contoh
Yahya bin Khalid.
Hasil bantuan dari kebijaksanaan keluarga al-Barmaki yang menjadi wazir
dan gabenornya, Harun al-Rasyid berjaya membentuk satu sistem, Penutup
pentadbiran yang cekap.
Memperkasakan pasukan tentera Islam Fakta
Harun al-Rasyid telah menyusun semula pasukan tentera Abbasiyah.
Beliau sendiri menjadi panglima tertinggi angkatan perang beberapa kali Huraian
mengetuai pasukan tenteranya dalam peperangan
contohnya ketika menyerang tentera Byzantine pimpinan maharaja
Nicephoras 1. Peperangan ini berakhir dengan kemenangan di pihak Contoh
Isi 2
tentera Islam.
Hasil daripada sikap dan layanan baik Harun al-Rasyid, pasukan tentera
Abbasiyah telah menjadi satu pasukan yang kuat, berdedikasi dan
berdisiplin. Pasukan tentera ini amat ditakuti dan dihormati oleh pihak Penutup
musuh.

23
Perkembangan ekonomi Fakta
Dasar liberal Harun al-Rasyid terhadap semua penduduk Abbasiyah
termasuk golongan Zimmi dan Mawali membawa pertumbuhan pesat di
bidang ekonomi, khasnya kegiatan pertanian, perdagangan dan
perusahaan. Harun al-Rasyid menggalakkan pembukaan tanah-tanah
Huraian
baharu serta membekalkan biji benih secara percuma kepada para petani.
Kemudahan tali air turut disediakan untuk menyuburkan kawasan
Isi 3 pertanian. Terdapat banyak kota di wilayah Islam muncul sebagai pusat
perdagangan
Banyak jalan darat dibuka untuk tujuan perdagangan, contohnya jalan dari
Iraq ke utara mengikut pesisir Laut Merah menuju ke laut Mediterranean,
Contoh
Tunisia dan Maghribi. Laluan laut yang terkenal adalah Laut Parsi, Laut
Merah dan Laut Mediterranean.
Perkembangan ekonomi ini menjadikan perbendaharan kerajaan
Penutup
Abbasiyah semakin makmur serta teguh dan stabil.
Perkembangan kegiatan intelektual dan keilmuan Fakta
Kedudukan kewangan yang kukuh dan sikap khalifah yang mencintai
ilmu pengetahuan membolehkan bidang keilmuan dan kegiatan intelektual
berkembang pesat. Harun al-Rasyid telah mengambil beberapa langkah
untuk mengembangkan lagi kegiatan keilmuan. Harun al-Rasyid
mendirikan banyak kuttab, sekolah rendah dan menengah, kolej serta
masjid sebagai pusat perkembangan ilmu. Harun al-Rasyid juga telah
Huraian
menubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan kegiatan
intelektual terbesar di Baghdad. Baitul Hikmah akhirnya menjadi gedung
Isi 4
ilmu pengetahuan utama dan menjadi tumpuan para sarjana membuat
kajian dan penyelidikan. Dua bidang utama kegiatan intelektual yang
berkembang pesat pada masa itu adalah kegiatan penterjemahan buku dari
bahasa asing ke dalam bahasa Arab dan penulisan karya ilmiah asli.
Ramai ilmuan dalam pelbagai bidang muncul pada zaman Harun al-
Rasyid seperti Jabir ibn Hayyan, Jibrail Ibn Bakhtisyu, Yuhana Ibn Contoh
Musawaih, Imam Malik, Imam as-Syafie dan sebagainya.
Golongan sarjana mendapat kedudukan istimewa dan penghormatan yang
Penutup
tinggi daripada khalifah.
Pembangunan bandar dan prasarana Fakta
Keadaan negara yang aman dan sistem pentadbirannya yang cekap dan
licin membolehkan negara membangun dengan pesat. Pada masa yang
Huraian
Isi 5 sama, kemudahan prasarana seperti perigi, jalan raya, terusan dan lain-lain
telah dibina di seluruh negara
Beberapa buah kota seperti Baghdad, Basrah, Mausul, Damsyik dan
Contoh
Alleppo muncul sebagai kota yang maju dan terkenal.
Semasa pemerintahan Harun al-Rasyid pembangunan bandar & prasarana
Penutup
sangat menyerlah sehingga kota-kota tersebut menjadi sangat terkenal.
Empayar Abbasiyah mencapai kemuncak kejayaan di bawah pimpinan Khalifah Harun
al-Rasyid dan diteruskan oleh puteranya, al-Makmun. Pada zamannya, kerajaan
Abbasiyah berada pada zaman keemassan tamadun Islam. Masyarakat Islam hidup
Kesimpulan
makmur, ekonomi berkembang pesat terutamanya dalam bidang perdagangan dan
pertanian. Harun al-Rasyid berjaya menjadikan kota Baghdad sebagai pusat
pentadbiran, pusat perdagangan dan pusat intelektual terkenal di dunia.
24
SOALAN 10 : BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
PUSAT SERTA WILAYAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR
AL - KHATTAB

Khalifah Umar Al-Khatab merupakan khalifah kedua dalam pemerintahan khulafa ar-
Rasyidin. Beliau mula memerintah pada 634 Masihi sehingga 644 Masihi. Khalifah
Umar memerintah selama 10 tahun. Zaman pemerintahan Umar merupakan zaman
kegemilangan bagi umat Islam kerana sistem pemerintahan yang amat sistematik Pendahuluan
sehingga mampu membawa keamanan kepada masyarakat Islam. Struktur pemerintahan
Umar diagihkan kepada 2 bentuk iaitu pemerintahan pusat dan wilayah yang
mempunyai tanggungjawab masing-masing.
Pentadbiran Pusat Umar al Khattab berdasarkan 3 sumber rujukan utama
iaitu Al Quran, Sunnah dan Ijmak Fakta

 Berdasarkan ketiga-tiga sumber ini, khalifah Umar menguruskan


pemerintahan dan pentadbiran pusatnya terhadap hal ehwal politik,ekonomi
dan sosial. Dalam bidang politik beliau memastikan pemilihan khalifah
adalah melalui prinsip syura.
 Beliau juga membentuk majlis syura secara rasmi yang dianggotai oleh
Huraian
Isi 1 para sahabat seperti saidina Uthman, Saidina Ali, Abdul Rahman bin Auf
dan lain-lain yang amat bijak serta warak. Semua urusan pentadbiran pusat
akan diputuskan melalui musyawarah dalam Majlis Syura
 Majlis syura bertanggungjawab membantu khalifah dalam pemilihan ketua
jabatan, memecat individu yang didapati tidak layak serta tidak dapat Contoh
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkkan.
Pemerintahan pusat yang berlandaskan syariat ini telah membawa kepada
keamanan dan kelancaran dalam pentadbiran khalifah Umar Alkhattab. Penutup

Membentuk jabatan-jabatan penting dalam pentadbiran pusat fakta


 Bagi melancarkan pentadbiran peringkat pusat, khalifah telah melantik
beberapa orang pegawai kerajaan bagi mengetuai jabatan-jabatan.
 Setiap jabatan akan diketuai oleh seorang khatib atau setiausaha.
 Umar bertindak memisahkan jabatan kehakiman bagi mengelakkan
Huraian
sebarang salahlaku dalam kalangan hakim dan diletakan dibawah
Isi 2 pengurusan kadi.
 Contoh jabatan yang ditubuhkan oleh khalifah Umar adalah Jabatan tentera,
jabatan Polis,jabatan percukaian ,jabatan kehakiman serta jabatan Contoh
perbendaharaan negara.
Penubuhan jabatan -jabatan ini telah membawa kepada pembaharuan dalam
politik serta dapat melicinkan pentadbiran negara Islam sehingga membawa Penutup
kepada pengurusan yang sistematik.
Struktur pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor yang dikenali sebagai
Wali dan dibantu oleh pegawai khas.
fakta
 Pentadbiran wilayah mempunyai kuasa otonomi yang terbatas kerana kuasa
utama adalah kerajaan pusat. Di setiap wilayah gabenor akan dibantu oleh
Isi 3 pegawai -pegawai yang dilantik khas. Pegawai pegawai yang dilantik
adalah seorang yang berwibawa dalam masyarakat. huraian

 Khalifah Umar akan memberikan surat perintah yang akan menyatakan


tugas-tugas rasmi dan kuasa mereka.

25
 Pegawai yang dilantik perlu membuat pengistiharan harta sebelum dan
selepas dilantik agar dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
 Setiap tahun pegawai yang dilantik perlu membuat laporan kepada khalifah
semasa musim haji.
 Contoh gabenor yang dilantik adalah Muawiyah bin Abi Suffian di wilayah
Syam.
 Contoh pegawai khas adalah khatib diwan (setiausaha tentera), Ahdul contoh
Baitulmal (pengawai perbendaharaan), pegawai cukai dan shahibul kadi
(pentadbiran kehakiman)
Pentadbiran wilayah ini membantu kerajaan pusat dalam banyak perkara
sehingga mampu membentuk pentadbiran yang sistematik semasa zaman penutup
pemerintahan Umar Al Khattab.
Hubungan antara wilayah dan pusat dilaksanakan melalui pertemuan dan
fakta
mesyuarat tahunan.
 Bagi memastikan kelancaran pentadbiran wilayah oleh setiap pegawai
yang dilantik, khalifah akan mengadakan pertemuan dan mesyuarat
dengan pegawai pegawai tentang permasalahan yang dihadapi serta
cara mengatasinya. huraian
 Mesyuarat akan diadakan setiap tahun pada musim haji dimana para
Isi 4 pegawai kerajaan diminta untuk memberi laporan mengenai sebarang
perkara berhubung pentadbiran wilayah.
 Dalam masa yang sama rakyat jelata juga turut diberi peluang
contoh
menyuarakan sebarang aduan berkenaan pegawai-pegawai tersebut.
Jelas sekali khallifah Umar al Khattab menjalankan pentadbiran dan
pemerintahannya berteraskan al Quran dan Hadis. Struktur pentadbiran penutup
yang sistematik ini membawa keamanan semasa pemerintahan beliau.
Kesimpulannya, struktur pemerintahan dan pentadbiran Umar Al Khattab yang
berlandaskan Al Quran dan sunnah ini telah membawa kemakmuran dan keamanan
kesimpulan
kepada kerajaan Islam.

SOALAN 11 : BINCANGKAN PENTADBIRAN PUSAT DAN WILAYAH YANG


DIPRAKTIKKAN KERAJAAN UTHMANIYAH PADA ABAD KE-16 DAN 17

Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281 hingga tahun 1924. Pada tahun 1453,
pentadbiran kerajaan ini berpusat di Istanbul. Kerajaan Uthmaniyah ditubuhkan selepas
orang2 Mongol berjaya menakluki kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan ini
diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul dan diteruskan oleh 38 orang khalifah yang lain. Pendahuluan
Antara khalifah yang terkenal ialah Muhammad II dan Sulaiman II. Terdapat beberapa
struktur pemerintahan dan pentadbiran yang dipraktikkan oleh kerajaan Uthmaniyah
pada peringkat pusat dan wilayah.
Pentadbiran pusat Fakta
• Kerajaan Uthmaniyah menjalankan sistem pemerintahan monarki yang
Isi 1 bermaksud Sultan/Khalifah adalah pemerintah tertinggi dalam
Huraian
pentadbiran Negara.
• Pentadbiran pusat juga berbentuk autokrasi di mana Khalifah/Sultan
26
mempunyai kuasa mutlak dalam politik, ekonomi dan sosial.
• Wazir Besar/ Perdana Menteri adalah ketua pentadbir dan penasihat
utama Sultan. Beliau juga bertindak sebagai ketua seluruh wazir dan
amir. Beliau juga diamanahkan memegang cop mohor kerajaan atau
sebagai wakil Sultan.
• Wazir Besar dibantu oleh 6 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang
hakim tentera dan 2 orang pegawai tentera berpangkat beylerbey, 2
orang defterdar (uruskan hal kewangan), seorang agha, seorang Contoh
panglima tentera darat (Janissari) dan seorang laksamana tentera laut
(Nishanji).
Kerajaan Uthmaniyah mengamalkan polisi peluasan kuasa dan tanah
jajahan. Pada zaman Sultan Biyazid II, sistem autonomi dihapuskan dan Penutup
seluruh wilayah ditadbir secara langsung oleh Istanbul.
Pentadbiran kehakiman dan keadilan Fakta
• Khalifah Uthmaniyah turut mengetuai bidang kehakiman. Sultan
Sulaiman I turut memodenkan sistem perundangan negara pada masa
pemerintahannya sehingga digelar sebagai Sulaiman al-Qanuni.
• Jawatan mufti turut diwujudkan pada masa pemerintahan Sultan Salim
I. Mufti turut bertanggungjawab sebagai ketua pegawai pentadbiran
kehakiman dan perundangan dan berpejabat di Istanbul. Huraian
• Tugas mufti memberi fatwa dalam semua aspek agama termasuk dalam
keputusan berperang sesame Islam atau golongan kafir.
• Penduduk Uthmaniyah yang terdiri daripada golongan Kristian dan
Isi 2 Yahudi juga diberi kebebasan beragama dan menjalankan ibadat tanpa
sebarang sekatan.
Pada abad ke-16 M dan 1816, orang-orang Yahudi telah diberi
perlindungan oleh kerajaan pusat apabila mereka dihalau oleh orang-
orang Kristian Sepanyol dan Portugal. Contoh
Golongan paderi di Istanbul juga diberikan lebih banyak kuasa
berbanding pada zaman pemerintahan Byzantine.
Kewujudan jawatan mufti memberikan impak yang baik kepada
pentadbiran kerajaan Uthmaniyah bahkan toleransi terhadap agama lain
telah mewujudkan keamanan dalam kerajaan. Pemerintahan yang liberal Penutup
juga turut memberi peluang kepada bangsa bukan Turki terlibat dalam
pentadbiran negara.
Pentadbiran Ketenteraan Fakta
• Struktur ketenteraan kerajaan Uthmaniyah adalah sistematik dan
tersusun sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah kuasa besar
dunia dalam tempoh tersebut.
• Beylerbey merupakan pegawai tentera berpangkat paling tinggi dan
digelar Pasha. Bey pula merupakan gelaran ketua batalion di bawah
Isi 3
beylerbey. Anggota bey ialah tentera yang dikenali sebagai fief (tanah Huraian
kurniaan). Fief dikurniakan tanah oleh kerajaan pusat atas jasa
mempertahankan negara.
• Sultan berperanan sebagai ketua tentera dan biasanya
bertanggungjawab memimpin sendiri ekspedisi ketenteraan.

27
Cthnya Sultan Sulaiman I pernah memimpin pasukan tentera Uthmaniyah
untuk menakluki wilayah Kristian di Belgrade, Rhodes dan Hungary Contoh
sebelumnya penaklukannya dipatahkan dalam Perang Vienna 1529.
Sistem ketenteraan yang dijalankan kerajaan Uthmaniyah ditiru daripada
sistem feudal kerajaan Byzantine. Pada abad ke-16, sistem feudal ini mula
Penutup
digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang lebih
moden termasuklah meriam besar.
Pentadbiran Percukaian Fakta
• Kerajaan Uthmaniyah telah mewujudkan cukai khas dana perang untuk
perbelanjaan peperangan tanpa melakukan rampasan harta atau
mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat.
• Sistem cukai yang lebih adil dan mampu dibayar oleh semua orang Huraian
turut diperkenalkan ke seluruh empayar. Hal ini dapat mengelakkan
timbulnya perasaan tidak puas hati dan huru-hara dalam kalangan
Isi 4 rakyat.
Cthnya penduduk Kristian dikenakan cukai perlindungan sebanyak 2
dolar setahun dan diberi perlindungan. Kadar ini ternyata amat rendah
Contoh
dibandingkan kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan Byzantine
sebelum ini.
Jelaslah, sistem percukaian yang adil dan sistematik ini telah membantu
kepada perkembangan ketenteraan dan kemajuan ekonomi kerajaan Penutup
Uthmaniyah.
Pentadbiran Wilayah Fakta
• Wilayah-wilayah Islam yang berada di bawah penguasaan kerajaan
pusat sentiasa diberikan perlindungan. Gabenor bertanggungjawab
mentadbir wilayah jajahan seperti di Mesir dan Mekah.
Huraian
• Gabenor wilayah akan mentadbir tanah di wilayah mereka manakala
Isi 5 petani akan mengusahakan tanah tersebut. Pentadbiran gabenor di
setiap wilayah juga turut dibantu oleh pegawai-pegawai lain.
Contohnya, Multezim yang bertanggungjawab mengutip cukai dari
kawasan tertentu dan mnyerahkan sebahagian hasil cukai kepada kerajaan
pusat.
Contoh
Kadi pula merupakan ketua agama bagi setiap wilayah dan berkuasa
melaksanakan hukum jenayah dan sivil peringkat wilayah berdasarkan
syariat Islam.
Perlantikan gabenor dan kadi di setiap wilayah membolehkan kerajaan
pusat mengawal selia urusan pentadbiran di peringkat wilayah. Jelaslah,
Penutup
pentadbiran wilayah yang sistematik memastikan kelicinan pentadbiran
dan penguasaan kerajaan pusat.
Pentadbiran yang cekap dan tersusun menyumbang kepada kegemilangan kerajaan
khalifah Uthmaniyah. Namun begitu, penghujung abad ke-17 menyaksikan permulaan
kemerosotan kerajaan Uthmaniyah akibat kemaraan dan tekanan daripada imperialis Kesimpulan
Barat.

28
SOALAN 12 : HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN KESULTANAN ANDALUSIA
PADA ABAD KE-13

Pada abad ke-13 M menyaksikan kemunculan kerajaan Nasriyyah yang merupakan


kemunculan kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalusia (635-897 H/1238-1492
M. Kerajaan ini dikenali dengan nama Bani Nasr atau Bani al-Ahmar. Sebelum
kemunculan kerajaan ini, Andalusia menjadi rebutan dalam kalangan pemerintahan
Islam. Antaranya ialah Abu Jamil Zayyan bin Maddanish dengan Abu Abd Allah Pendahuluan
Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau juga dikenali sebagai Ibn Hud.
Sebelum pengasasan kerajaan Nasriyyah, Andalusia berada di bawah pemerintahan
kerajaan al-Muwahhidun. Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalusia
sehingga kerajaan ini dikalahkan oleh tentera-tentera kristian pada tahun 1212 M.
Pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun Fakta
Pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun telah berjaya menguasai beberapa
buah wilayah di Sepanyol seperti Granada dan Toledo. Namun demikian
ketika pemerintahan Muhammad al-Nasir, kerajaan ini menjadi lemah.
Pemerintah yang terakhir iaitu al-Mustansir tidak berupaya
Huraian
mengembalikan semula kedaulatan wilayah-wilayah kerajaan al-
Muwahhidun yang ditawan oleh tentera Kristian.
Pentadbiran kerajaan ini di peringkat pusat dan wilayah diperintah
Isi 1 berasaskan sumber perundangan daripada mazhab Maliki.
Pemimpin al-Muwahhidun menggunakan gelaran yang mempunyai unsur-
unsur Syiah seperti al-Mahdi, al-Nasir dan al-Mansur. Walau
bagaimanpun, penggunaan gelaran ini menimbulkan rasa kurang senang Contoh
dalam kalangan bangsa Arab yang mengharapkan kewujudan sistem
demokrasi Islam.
Tegasnya, pentadbiran kerajaan al-Muwahhidun yang berpaksikan kepada
mazhab Maliki secara tidak langsung telah melemahkan golongan yang Penegasan Isi
tidak berpegang terhadap fahaman Syiah.
Perjanjian damai Fakta
Bagi mewujudkan suasana iklim politik yang stabil, pemimpin kerajaan
al-Muwahhidun pernah mengadakan perjanjian damai dengan pihak Huraian
Kristian.
Isi 2 Perjanjian damai telah diadakan antara kerajaan Muwahhidun dengan
Raja Leon dan Castile. Namun perjanjian damai ini hanya berkekalan Contoh
selama 10 tahun sahaja.
Akhirnya, semasa pemerintahan al-Nasir baginda terpaksa melepaskan
Penegasan Isi
wilayah kekuasaan Islam kepada tentera Kristian.
Murcia sebagai pusat pemerintahan Fakta
Abu Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau Ibn Hud
berusaha menerajui pemerintahan Andalusia dengan menjadikan Murcia
sebagai pusat pemerintahannya.
Huraian
Isi 3 Pada tahun 1228 M, Ibn Hud yang dikenali juga dengan gelaran Amir al-
Mukminin Sayf al-Dawlah al-mutawakkil ‘Ala Allah berjaya menawan
Murcia daripada wakil kerajaan al-Muwahhidun.
Kejayaan ini membolehkan Ibn Hud bertapak di Cardova, Seville,
Contoh
Granada, Almeria, Ceuta Algeciras, Jaen, Merida dan Badajoz.
29
Tegasnya, dengan adanya pusat pemerintahan di Murcia kedudukan Ibn
Penegasan Isi
Hud sebagai pemimpin di Andalusia semakin kukuh.
Melaksanakan syariah Islam Fakta
Ibn Hud bertekad melaksanakan Syariah Islamiyah di setiap kawasan
yang dikuasai. Beliau juga telah memaklumkan kepada khalifah kerajaan
Abbasiyah di Baghdad tentang kejayaan penguasaannya terhadap bandar- Huraian
bandar tersebut. Walaubagaimanapun, cabaran yang terpaksa dihadapi
Isi 4
oleh Ibn Hud amat getir.
Akibat tekanan dan serangan daripada tentera-tentera Kristian, beliau
Contoh
mengalami kekalahan termasuk di Cordova.
Akhirnya, kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh Ibn Hud telah
Penegasan Isi
melemahkan pemerintahannya.
Saingan daripada Ibn al-Ahmar Fakta
Kerajaan al-Muwahhidun juga terpaksa hadapi saingan daripada
Muhammad bin Yusuf bin Nasr atau dikenali Ibn al-Ahmar yang
kemudiannya berjaya mengambil alih pemerintahan Andalusia dan
Huraian
membentuk kerajaan Nasriyyah. Sebagaimana Ibn Hud, Ibn al-Ahmar
juga berusaha mendapatkan pengikhtirafan daripada kerajaan Abbasiyah
di Baghdad bagi menubuhkan kerajaan Nasriyyah.
Isi 5
Implikasinya pada tahun 1231 M, Ibn al-Ahmar berjaya memperluaskan
kuasa pemerintahannya dengan menduduki wilayah-wilayah seperti
Carmona, Cordova, dan Seville. Beliau juga turut menjalinkan kerjasama Contoh
dengan pemimpin di Seville, iaitu al-Bajji bagi menjatuhkan Ibn Hud
yang menjadi pemimpin kerajaan al-Muwahhidun.
Tegasnya, kejatuhan Ibn Hud telah memberi laluan kepada Ibn al-Ahmar
Penegasan Isi
untuk meluaskan jajahan takluknya di Andalusia.
Berjaya menyingkirkan al-Bajji Fakta
Sebagai seorang yang bijak dan hebat berpolitik, Ibn al-Ahmar
kemudiannya berjaya menyingkirkan al-Bajji dengan melakukan Huraian
pembunuhan secara rahsia dan seterusnya merampas wilayah tersebut.
Bermula pada tahun 1232 M, beliau berjaya memperoleh kesetiaan
Isi 6 Contoh
penduduk Jerez, Malaga dan kawasan sekitarnya.
Oleh sebab pentadbiran kota Seville serta kota-kota lain di bahagian barat
Andalusia dipegang oleh pemimpin tempatan yang sedia memberikan
Penegasan Isi
ketaatan kepadanya, maka Ibn al-Ahmar telah membentuk kuasa
ketenteraan di kawasan-kawasan tersebut.
Mengamalkan pentadbiran yang zalim Fakta
Ibn al-Ahmar terlibat secara langsung di Granada bermula pada tahun
1238 M, iaitu apabila beliau berjaya menguasai kota tersebut daripada
bekas gabenor Ibn Hud yang mengamalkan pentadbiran yang zalim. Di Huraian
sebabkan kezaliman itu, penduduk Granada bersedia memberikan
kesetiaan kepada Ibn Al-ahmar
Isi 7
Pada tahun 1246 M, Ibn al-Ahmar telah menandatangani perjanjian
dengan pihak Kristian. Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar
sanggup membayar ufti dan bersetuju menyerahkan wilayah Jaen, Arjona,
Contoh
Porcuna, Priego, Higuera dan La Frontera kepada Castille yang ketika itu
berkhidmat dibawah pemerintahan Ferdinand III.

30
Tegasnya, kesanggupan Ibn al-Ahmar menandatangani perjanjian damai
dengan pihak Kristian adalah bagi menyelamatkan kedudukannya sebagai
Penegasan Isi
pemerintah tunggal di Granada dan bagi menjamin penerusan
pemerintahan kerajaan Nasriyyah berkekalan di Andalusia.
Sepanjang penguasaan Ibn al-Ahmar, beliau telah berjaya menguasai Granada dan
wilayah-wilayah di sekitarnya. Namun disebabkan tentangan-tentangan tentera Kristian,
kekuasaan beliau hanya terhad di Granada. Pemerintahan kerajaan Nasriyyah diteruskan Kesimpulan
oleh 21 orang sultan berikutnya sehinggalah kerajaan ini berakhir pada tahun 1492 M.

SOALAN 13 : BINCANGKAN KONSEP JIHAD DAN JENIS-JENISNYA

• Jihad adalah penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai sesuatu cita-
cita, iaitu menegakkan syiar Islam.
• Islam tidak menggalakkan peperangan tetapi jika agama, negara, dan maruah Pendahuluan
diancam maka umat Islam wajar mengangkat sentaja demi mempertahankannya.

Konsep Jihad
Fakta
• Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad menurut pengertian bahasa Arab
adalah pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan
sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci. Huraian
• menurut istilah syarak, makna jihad ialah perang dan membantu
semua persiapan perang.
• Perbezaan pendapat mazhab,
Mazhab Syafie menjelaskan jihad sebagai berperang di jalan
Isi 1
Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk
memerangi orang-orang kafir.
Mazhab Hanafi mentakrif jihad sebagai mengajak orang kafir ke Contoh
dalam pelukan Din al-haq dan memerangi mereka jika mereka
menolak.
• Dapat memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan angkatan
tentera Islam seperti Perang Uhud
• Jihad merupakan perjuangan menegakkan kebenaran melalui cara
Penutup
yang diredhai Allah
Jihad nyawa dan tenaga Fakta
• Jihad yang paling utama,iaitu melalui pengorbanan jiwa dan raga
• Jihad di medan perang dan mereka yang terkorban diistilahkan Huraian
Isi 2 sebagai jihad
• Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di medan Perang Uhud Contoh
• Sanggup terkorban demi menegakkan perjuangan terhadap agama
Islam Penutup

31
Jihad harta Fakta
• Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad fi sabillah
• Bagi golongan kaya, mereka boleh menyumbangkan harta bagi Huraian
menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan perang
Isi 3
• Saidina Abu Bakar as-Siddiq menyerahkan semua hartanya demi
Contoh
menegakkan syiar Islam
• Bagi golongan Muhajirin yang sanggup meninggalkan segala harta
benda mereka di Mekah kerana ingin mengikut Rasulullah Penutup
berhijrah ke Madinah untuk menyebarkan syiar Islam
Jihad akal fikiran Fakta
• Idea yang bernas dan positif serta memberi manfaat kepada
masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Huraian
Allah SWT
Isi 4
• Salman a-Farisi yang telah menyumbangkan idea bagi pembinaan
Contoh
parit dalam Perang Khandak
• Begitu juga para ijtihad yang memberikan sesuatu pandangan
mengenai hukum Islam juga tergolong sebagai orang yang Penutup
berjihad di jalan Allah.
Jihad melawan nafsu Fakta
• Jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi Islam.
• Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menurut jalan
(manhaj) yang digariskan oleh Allah SWT Huraian
• Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu Muslim
Isi 5 adalah fardhu Ain
• Menjauhi daripada dosa-dosa besar Contoh
• Justru itu, mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu
tergolong dalam jihad melawan nafsu, berusaha tunduk dan patuh
Penutup
untuk beramal kepada ajaran Islam, menyebabkan dakwah
Islamiah serta sabar diatas segala ujian dan cabaran yang diterima.
Jihad menentang musuh/syaitan Fakta
• Syaitan adalah musuh manusia yang sebenar-benarnya.
• Buktinya banyak dalam ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan Huraian
permusuhan diantara manusia dan syaitan.
• Dalil dendam Iblis kepada Nabi Adam, surah al-Fatir ayat: 6
“Sesungguhnya itu seteru bagim maka jadikanlahdia atau
Isi 6 Contoh
alayanilah sebagai seteru.

• Jihad menentang syaitan juga tergolong jihad dalam ketegori


fardhi ain kerana setiap manusiaIslam mestilahsentiasa berjihad
mennetang hawa nafsu dan syaitan. ini kerana kedua-duanya Penutup
menjadi musuh dalam diri kita.

32
Jihad menentang golongan Munafik Fakta
• Menentang golongan yang berselindung disebalik nama Islam
• Banyak ayat-ayat al-Quran membicarakan berkenaan golongan Huraian
Isi 7 munafik ini.
• Dalil al-Quran surah al-Munafiqun, membicarakan tentang
golongan munafik dan panduan kepada umat islam ketiaka Contoh
berhadapan dengan mereka tersebut.
• Kita diseru menetang orang kafir dan munafik sekeras-kerasnya. Penutup
Jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan kebenaran Fakta
• Umat Islam digal;akkan menentang kemungkaran dan kezaliman
dalam sesebuah pemerintahan
• Segala kebatilan dalam masyarakat mestilah ditentang sama ada Huraian
melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.

• Dalil al-Quran surah al-Baqarah ayat:112


Isi 8 “tidak, barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada
jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi
Contoh
Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak
bersedih hati”.

• Umat Islam diwajibkan melakukan kebaikkan dan menjauhi


kemungkaran Penutup

Jihad menuntut ilmu Fakta


• Umat Islam disyariatkan berjuanag dalam bidang keilmuan supaya
tidak ketinggalan dalam setiap lapangan. Huraian
• Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang manfaat.
Isi 9 • Ilmu fardhu ain seperti fikah dan tauhid
Contoh
• Ilmu Kifayah seperti sains, perubatan dan kejuruteraan.
• Umat Islam tidak perlu bergantung kepada bangsa lain, manakala
fardhu kifayah wajib dipelajari sekiranya tidak ada orang Islam
Penutup
yang mempelajarinya

• Konsep jihad iaitu berjuang kerana Allah SWT, supaya dapat melahirkan
individu yang benar-benar mempunyai jati diri serta mampu mempertahankan
Kesimpulan
agama Islam.

33
SOALAN 14 : BINCANGKAN ETIKA PEPERANGAN YANG DIANJURKAN OLEH ISLAM

• Islam tidak menggalakkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan terhadap


wilayah atau negara lain tanpa mempunyai sebab yang munasabah.
• Hal ini demikian kerana Islam ialah agama damai yang cinta akan keamanan dan
perdamaian.
• Namun begitu, apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib
mengangkat senjata untuk mengelak maruah dipermainkan oleh pihak musuh. Pendahuluan
• Hal ini selaras dengan wahyu yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t yang membenarkan
Nabi Muhammad SAW berperang
• Walau bagaimanapun, ketika menghadapi musuh di medan perang, tentera Islam perlu
mematuhi etika peperangan yang telah ditetapkan oleh Islam sama ada sebelum, semasa atau
selepas peperangan.
Memberi pilihan sebelum berperang Fakta
• Sebelum berperang manusia/musuh hendaklah diseru atau diajak kepada
Huraian
Islam, berdamai atau berperang
• Dilaksanakan semasa zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu
menggempur wilayah Hirah. Penduduk diberikan tiga pilihan iaitu
menganut agama Islam, berdamai atau berperang.
• Sekiranya musuh sudah mengikat perjanjian damai, mereka termasuk
Isi 1 dalam golongan yang tidak boleh diperangi
Contoh
• Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di
bawah naungan kerajaan Islam perlu membayar jizyah sebagai simbol
balasan kerana kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.
• Peperangan hanya akan berlaku sekiranya pihak musuh masih berkeras
dan memulakan serangan
Hal ini jelas membuktikan bahawa Islam tidak menggalakkan peperangan dan
peperangan hanya akan berlaku selepas usaha untuk mengelakkannya gagal
Penutup
Memerangi musuh seandainya orang Islam diperangi terlebih dahulu
Fakta
• Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya
Huraian
mereka diperangi terlebih dahulu
• Etika ini dapat dilihat dalam perang Badar, iaitu peperangan yang
pertama antara umat Islam Madinah dengan orang musyrikin Mekah
Isi 2 • Tentera Islam hanya menunggu serangan daripada musuh yang
Contoh
menceroboh kawasan perkhemahan tentera Islam
• Selepas itu barulah berlaku peperangan secara terbuka dan menyeluruh
antara tentera musyrikin Mekah dengan tentera Islam Madinah
Tentera Islam tidak memulakan peperangan tetapi tidak akan berdiam diri
sekiranya diserang oleh pihak musuh Penutup

Mentaati arahan pemimpin atau ketua Fakta


• Etika yang terpenting semasa peperangan sedang berlaku
• Etika ini berhubung kait dengan disiplin yang diterapkan dalam
kalangan tentera Islam
Isi 3
• Tentera Islam juga tidak boleh lari atau meninggalkan medan Huraian
peperangan melainkan dengan keizinan ketua
• Semua anggota tentera wajib akur kepada arahan pemimpin atau ketua
untuk memastikan segala perancangan yang telah diatur mencapai

34
matlamat
• Selain itu untuk mengelakkan berlakunya perpecahan dan sesuatu yang
tidak diingini dalam kalangan anggota tentera semasa peperangan

• Kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 Hijrah


berpunca daripada tentera Islam yang tidak akur dengan arahan
pemimpin
• Tentera pemanah telah meninggalkan posisi mereka di Bukit Uhud Contoh
untuk mengambil harta benda dan makanan yang ditinggalkan oleh
pihak musuh
• Pihak musuh mengambil kesempatan dan melakukan serangan balas
Kegagalan mematuhi arahan pemimpin dan mementingkan tujuan lain semasa
peperangan telah mengakibatkan pihak musuh beroleh kemenangan
Penutup
Tidak boleh memerangi golongan yang lemah Fakta
• Dalam ekspedisi ketenteraan, tentera Islam tidak boleh memerangi
Huraian
musuh yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha.
• Kanak-kanak, golongan wanita, orang tua, orang cacat atau lumpuh
serta paderi atau pendeta.
• Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin golongan ini tidak dikenakan jizyah
Isi 4 kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam Contoh
• Namun begitu, jika golongan ini memainkan peranan penting sebagai
penggerak atau pencetus peperangan, tentera Islam boleh mengambil
tindakan yang sewajarnya sebagai tindak balas
Jelaslah etika ini membuktikan bahawa Islam bukanlah bersifat kejam dan
mementingkan kebajikan walaupun terhadap musuh. Hal ini juga menunjukkan Penutup
bahawa Islam mempunyai nilai moral yang tinggi.
Larangan merosakkan harta benda Fakta
• Tentera Islam dilarang merosakkan atau memusnahkan harta benda
penduduk dan kemudahan awam kecuali dalam keadaan darurat
Isi 5 • Tentera Islam dianjurkan supaya menjaga keadaan alam sekitar supaya Huraian
berada seperti dalam keadaan sedia kala

• Perbuatan yang dilarang seperti membakar rumah penduduk, rumah


ibadat dan kebun-kebun, dan memotong pokok
• Hal ini bukan sahaja melibatkan kepentingan awam malah menyebabkan
berlakunya pembaziran dan menjejaskan matlamat peperangan.
• Larangan ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan dan
Contoh
kesejahteraan
• Hal ini dibuktikan dalam peristiwa pengepungan kota Ta’if oleh Nabi
Muhammad SAW. Dalam kejadian tersebut, harta-harta mush Islam
langsung tidak diusik oleh tentera Islam

Jelaslah di sini bahawa, larangan memusnahkan atau merosakkan harta benda


selaras dengan anjuran Islam yang tidak suka akan kemusnahan dan kehancuran Penutup
tetapi lebih kepada mempertahankan maruah agama Islam dan negara.
Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh Fakta
• Antara larangan tersebut ialah tentera Islam tidak boleh mencincang
mayat atau musuh yang terbunuh.
• Etika ini jelas menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang suci dan Huraian
menolak tindakan yang boleh mengaibkan seseorang sama ketika masih
hidup ataupun setelah meninggal dunia.
35
Isi 6 • Islam melarang keras tindakan mengaibkan musuh sebagaimana yang
telah dilakukan oleh Hindun bt Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah,
Contoh
bapa saudara Nabi Muhammad SAW yang syahid dalam Perang Uhud
pada tahun 3 Hijrah
Jelaslah bahawa Islam sentiasa menghormati orang lain sama ada kawan atau
pun musuh, sama ada hidup ataupun sudah meninggal dunia
Penutup
Mengutamakan perdamaian dan mematuhi/mantaati perjanjian yang telah
Fakta
dimeterai
• Peperangan hendaklah dihentikan sekiranya pihak musuh memohon
untuk berdamai.
Huraian
• Tentera dan umat Islam diwajibkan mematuhi segala perjanjian damai
yang telah dipersetujui
• Nabi Muhammad SAW tetap mematuhi fasal-fasal yang terkandung
dalam Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani pada tahun 6 Hijrah
walaupun syarat perjanjian lebih menyebelahi pihak musuh.
• Tindakan pihak musuh yang melanggar gencatan senjata yang telah
Isi 7 Contoh
dipersetujui dalam Perjanjian Hudaibiyah telah membuka peluang
kepada Nabi Muhammad SAW mengepalai tentera Islam untuk
membuka/menakluki kota Mekah secara aman tanpa pertumpahan darah
pada tahun 8 Hijrah
Mentaati perjanjian yang telah ditandatangani membolehkan pihak Islam beroleh
keuntungan apabila pihak musuh melakukan kesilapan berkaitan perjanjian yang Penutup
telah dimeterai.
Layanan baik terhadap tawanan perang Fakta
• Tentera Islam dilarang menyiksa atau membunuh tawanan perang
sewenang-wenangnya.
• Tentera Islam dikehendaki melayan musuh yang berjaya dikalahkan dan
Isi 8 ditawan dengan baik.
Huraian
• Hal ini merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi
Muhammad SAW.
• Baginda menggunakan cara diplomasi semasa dalam melayan tawanan
perang.
• Tawanan perang Badar yang tidak mampu tetapi mempunyai
pengetahuan boleh menebus diri dengan mengajar ilmu pengetahuan
kepada 10 anak muslimin Madinah sehingga pandai atau membayar
sejumlah wang yang tertentu sebagai tebusan diri mengikut keadaan
bagi yang berkemampuan Contoh
• Tindakan Nabi Muhammad SAW memberikan pengampunan kepada
tawanan ketika peristiwa pembukaan kota Mekah
• Kaedah yang digunakan ini berjaya menarik ramai musuh Islam untuk
menerima agama Islam.
Jelaslah, dengan melayan tawanan perang dengan baik, Islam terus tersebar dan
dapat diterima oleh mereka yang sebelum ini menentang Islam.
Penutup
• Ternyata etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam bukan sahaja memberikan kesan
yang positif kepada tentera-tentera Islam, malah menjadi saluran untuk penyebaran dakwah
Islam
• Etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam telah menaikkan imej Islam di mata
masyarakat bukan Islam
Kesimpulan
• Selain itu, etika perang yang diamalkan oleh tentera Islam juga telah menarik minat ramai
musuh Islam untuk menerima agama ini.

36
SOALAN 15 : BINCANGKAN SISTEM KETENTERAAN PADA ZAMAN
PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN

Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tuidak dapat dielakkan


seandainya agama, negara dan maruah diri umat Islam diancam musuh. Sistem
Pendahuluan
ketenteraan zaman Khulafa al-Rasyidin mengalami pemodenan seiring dengan
perkembangan dan cabaran semasa khasnya dalam menghadapi kuasa Rom dan Parsi.
Pentadbiran ketenteraan zaman Khulafa al-Rasyidin. Fakta
Khalifah dalam pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan pemerintah atau
panglima tertinggi dalam angkatan tentera.
Huraian
Isi 1 Para Khalifah akan melantik panglima-panglima tentera dan menentukan
serangan-serangan terhadap pasukan musuh setelah mendapat pandangan ahli Contoh
majlis syura.
Oleh itu, peranan khalifah sangat penting untuk memilih panglima perang yang
berkebolehan dan mendapat restu semua ahli majlis syura.
Penutup
Jenis-jenis pasukan tentera dan pembahagiannya.
Fakta
Khulafa al-Rasyidin telah membahagikan pasukan tentera kepada beberapa
bahagian seperti pasukan berkuda, pasukan pejalan kaki, pasukan perkhidmatan, Huraian
pasukan peninjau dan peninjau sayap belakang.
Contohnya dalam pembahagian tentera , seorang ketua kumpulan dilantik bagi
setiap sepuluh tentera .Seorang Leftenan (Qaid) dilantik bagi setiap seratus
orang tentera. Seorang pegawai pemerintah (Amir) dilantik bagi beberapa orang
Isi 2 Contoh
leftenan (Qaid). Pada zaman khalifah Ali Bin Abi Talib ,terbentuk satu sistem
penyusunan tentera dipanggil kurdus atau tentera berpasukan. Setiap kurdus
mengandungi antara 300 hingga 600 orang tentera.
Ketua turus angkatan tentera buat pertama kalinya dilantik ialah pada zaman
Khulafa al-Rasyidin. Ketua inilah juga diberi mandat untuk melantik
timbalannya. Cuma di akhir pemerintahan Khalifah Umar , beliau sendiri yang Penutup
melantik timbalan-timbalan untuk meningkatkan jatidiri dan taat setia yang tidak
berbelah bahagi.
Pemerintahan khulafa al-Rasyidin juga menyediakan keperluan peralatan
Fakta
tentera dan markas-markas ketenteran.
Tentera pada zaman Khulfa al-Rasyidin diberikan peralatan yang sempurna
seperti baju perisai, pedang, lembing, tombak dan panah. Pembinaan kem-kem Huraian
tentera juga diberi perhatian oleh khalifah.
Contohnya pasukan berkuda memakai baju besi dan topi besi. Pasukan pejalan
kaki memakai uniform seragam dan berkasut.Pasukan tentera Eropah pada hari
ini merupakan contoh peniruan pakaian yang telah dipakai oleh tentera Islam
Isi 3 pada zaman Khulafa al-Rasyidin. Begitu juga kem-kem tentera yang besar di
Contoh
zaman Khulafa al-Rasyidin yang telah dibina di Basrah, Kufah(Iraq),
Fustat(Mesir), Qairawan(Afrika) dan Mansurah (Sind) telah didirikan.
Peralatan ketenteraan dan kem-kem tentera yang telah dibina telah membantu
pasukan tentera zaman Khulafa al-Rasyidin menjadi sebuah pasukan yang
mantap dan berketrampilan dalam melakukan ekspedisi peperangan.
Penutup

37
Khalifah juga memberi perhatian kepada kebajikan tentera dan keluarga
Fakta
mereka.
Perhatian terhdap kebajikan anggota tentera dan keluarga membangkitkan
semangat untuk berjuang di dalam peperangan. Khulafa al-Rasyidin berusaha
memberi segala kemudahan dan keselesaan tentera Islam terutama perhatian Huraian
khusus diberikn bagi memastikan tahap kesihatan tentera berada dalam keadaan
memuaskan.
Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah dengan menyediakan berek
tentera Islam yang agak luas dan selesa serta dibina di tempat-tempat yang
terjamin keselesaannya . Setiap kem tenteraditempatkan di persekitaran dan
alam sekitar yang selamat.Setiap tentera diletakkaan d ibawah pengawasan
Isi 4 seorang doctor. Dalam pada itu, gaji tentera Islam mula berkuatkuasa pada
zaman khalifah Umar. Mengikut skim ini, setiap tentera Islam akan menerima
gaji antara 3000 hingga 5000 dirham setahun. Ahl al-Ayyam (askar veteran) pula
Contoh
menerima sebanyak 3000 dirham setahun. Tentera Rawadif (Junior) menerima
1500 hingga 2000 dirham setahun.Peruntukan pembayaran gaji tentera diambil
dari peruntukan zakat dan cukai. Sementara keluarga tentera pada masa itu juga
diberikan makanan percuma, pakaian dan kasut percuma. Harta rampasan perang
(Ghanimah) sebanyak empat perlima dibahagikan kepada tentera yang berjuang.
Oleh kerana kebajikan tentera diberi perhatian oleh khalifah, satu pasukan
ketumbukan tentera Islam yang kuat dan berwibawa telah dapat dibentuk. Setiap
kali ekspedisi peperangan yang disertai maka kejayaan berpihak kepada tentera
Penutup
Islam.
Peranan tentera laut zaman Khulafa al-Rasyidin telah membantu ekspedisi
Fakta
ketenteraan .
Di zaman Khulafa al-Rasyidin , wilayah-wilayah Islam semakin meluas hingga
ke Mesir, seluruh Teluk Parsi dan lain-lain kawasan. Di zaman inilah umat Islam
menguasai pelabuhan-pelabuhan tumpuan pedagang seperti Obaillah di Teluk
Parsi. Umat islam kemudiannya menguasai Laut Merah dan Laut Mediterranean.
Demi meluaskan lagi wilayah Islam dan menentang kekuasaan Rom, laut
digunakan untuk mencapai matlamat berkenaan.Pada peringkat permulaan, Huraian
Khlaifah Umar sendiri enggan menerima cadangan Muawiyyah, gabenor
Damsyik agar menggunakan angkatan tentera laut untuk menewaskan tentera
Rom yang menguasai lautan ketika itu. Namun Khalifah berubah fikiran apabila
negara Islam memerlukan bekalan makanan dari Mesir.Justeru beliau
mengarahkan digali terusan dari sungai Nil ke laut Merah sejauh 69 batu.
Serangan tentera laut Islam melalui lautan (Teluk Parsi) buat pertama kalinya
dilancarkan di bawah pemerintahan Khalifah Umar yang diketuai oleh al-Ala bin
Isi 5
al-Hadrami, gabenor Bahrain menentang tentera Parsi. Namun serangan melalui
laut dilancarkan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan khalifah Umar dan
berakhir dengan kekalahan. Serangan tentera laut seterusnya oleh Muawiyyah
dan Abdullah yang melancarkan serangan ke atas Cyprus yang dikuasai Rom
pada tahun 28H. Lautan Mediterranean secara beransur-ansur dapat dikuasai
oleh tentera laut Islam. Muawiyyah telah menghantar ekspedisi tentera laut yang
mengandungi 600 buah kapal bagi menentang tentera Rom. Contoh
Zaman penguasaan tentera Islam dalam erti kata sebenar bermula semasa
pemerintahan khalifah Uthman. Panglima Laut Islam yang pertama ialah
Abdullah Bin Qays harith yang melancarkan 50 serangan ke atas tentera Rom.
Hakam telah dilantik oleh Khalifah Uthman sebagai gabenor di barain dan
diarahkan supaya menyediakan persiapan angkatan tentera laut untuk menyerang
India. Beberapa pelabuhan di India seperti Thana, Bahroch telah diserang.
Mughirah Bin Abi al-Als telah diutuskan untuk menyerang pelabuhan Thana di
wilayah Sind, India.
38
Jelaslah angkatan tentera laut Islam semasa pemerintahan zaman Khulafa al-
Rasyidin memainkan peranan penting untuk melebarkan penguasaan wilayah
oleh kerajaan Islam. Penguasaaan tentera laut Islam dari Laut Merah hingga Penutup
Lautan Mediterranean telah mencorak kejayaan ekspedisi ketenteraan yang telah
dilaksanakan.
Kesimpulannya, pada zaman Khulafa al-Rasyidin, wilayah kekuasaan Islam semakin
luas ekoran kemenangan semi kemenangan yang telah dicapai. Kejayaan ini didorong
Kesimpulan.
oleh kepimpinan, organisasi, strategi dan peraltan ketenteran Islam yang mantap
disamping kekutan akidah dan semangat jihad yng jitu dalam kalangan tentera Islam.

SOALAN 16 : BINCANGKAN NAUNGAN MELALUI PEMBAYARAN JIZYAH PADA


ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

• Jizyah bermaksud perkataan Arab yang bermaksud ganti rugi atau balasan terhadap
kebaikan atau keburukan
• Pemberian ufti oleh seseorang individu atau negara bukan Islam kepada kerajaan
Islam kepada kerajaan yang memerintah
• Cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi yang menerima
perlindungan nyawa dan harta daripada pemerintah Islam.
• Bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah tetapi mereka yang mesti
sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli
agama seperti paderi atau pendeta.
• Orang bukan Islam yang membayar jizyah akan diberi hak yang sama seperti orang
Islam dan akan mendapat kebebasan beragama
Pendahuluan
• Pembayaran jizyah oleh kerajaan bukan Islam merupakan simbol naungan di bawah
kerajaan Islam
• Naungan pembayaran jizyah terbahagi kepada dua iaitu secara baik dan paksaan
• Jizyah secara baik ialah pembayaran atas dasar kerelaan atau persutujuan antara
orang bukan Islam dengan pemerintah Islam
• Jizyah secara paksaan ialah kadar pembayaran yang ditentukan oleh pemerintah
Islam apabila ada hubungan antara golongan dhimmi dengan pemerintah Islam
• Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang itu menganut Islam
atau kerajaan Islam gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda
kepada orang kafir dhimmi. Jizyah bermaksud perkataan Arab yang bermaksud ganti
rugi atau balasan terhadap kebaikan atau keburukan
Zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Fakta
• Melaksanakan segala perintah Nabi Muhammad SAW.
• Pelaksanaan jizyah dijalankan secara meluas pada zaman Khulafa’ al-
Rasyidin.
Isi 1 • Amalan pungutan jizyah diteruskan pada zaman Abu Bakar as-siddiq
sewaktu beliau menjawat jawatan khalifah. Huraian
• Sebelum berperang, Khalifah Abu Bakar telah menawarkan tiga
tuntutan kepada Byzantine dan Parsi iaitu menerima Islam, berperang
atau membayar jizyah.
• Beliau berjaya mengalahkan beberapa kawasan seperti Iraq dan Syria
39
dan bersetuju membayar jizyah
• Panglima Khalid Al Walid berjaya menawan al-Anbar dan ‘Ain al-
Tamar menjadi wilayah naungannya
• Iraq dan Syria bersetuju membayar jizyah sebanyak 19 ribu dinar
• Pemimpin wilayah Hirah, al-Anbar dan ‘Ain al-Tamar bersetuju Contoh
membayar jizyah 1 dinar per individu.
• Kawasan-kawasan di bawah naungan kerajaan Islam bersetuju
membayar jizyah supaya keselamatan diri dan harta benda mereka Penutup
akan terjamin.
Zaman Khalifah Umar al-Khattab Fakta
• Pendapatan daripada jizyah meningkat akibat ekspedisi ketenteraan
yang dijalankan oleh Khalifah Umar al-Khattab
• Semakin banyak kawasan yang rela bernaung di bawah kerajaan
Islam Madinah.
Huraian
• Gabenor telah diarahkan oleh Saidina Umar untuk mengutip jizyah
supaya lebih sempurna
• Kerajaan Islam memberi jaminan terhadap keselamatan nyawa dan
Isi 2 harta benda di samping kebebasan beragama serta amalan beribadat.
• Penduduk Qibti yang menjemput Amru bin al-As bagi menghalau
orang Rom di Mesir telah bersetuju membayar jizyah 2 dinar setahun.
• Pemimpin Baitulmaqaddis mengadakan perjanjian damai dengan
Contoh
Saidina Umar dan sanggup membayar jizyah
• Penduduk di Syam, Palestin dan Jordan bersetuju membayar jizyah
selepas kerajaan tentera Islam mengalahkan tentera Byzantine.
• Kawasan naungan kerajaan Islam semakin meluas pada zaman
Khalifah Umar disebabkan kejayaan beliau yang dicapai dalam Penutup
ekspedisi ketenteraan sama ada di Iraq, Syria, Jordan, dan Mesir.
Zaman Khalifah Uthman bin Affan Fakta
• Tugasan dan pungutan jizyah diteruskan oleh Khalifah Uthman bin
Affan
Huraian
• Kawasan naungan Islam semakin bertambah luas akibat perluasan
Isi 3 kuasa yang dilakukan oleh Khalifah Umar al Khattab
• Penduduk Tripoli, Nabah dan Qairawan meminta pendamaian dan
Contoh
setuju membayar jizyah
• Semasa Khalifah Uthman bin Affan, beliau menyambung pungutan
jizyah ke atas kawasan naugan Islam pada masa Khalifah Umar al- Penutup
Khattab
Zaman Khalifah Ali bin Abu Talib Fakta
• Perlaksanaan jizyah diteruskan oleh Khalifah Ali bin Abu Talib
walaupun perlaksanaannya agak kabur
Isi 4
• Keadaan negara yang tidak aman dan perang saudara seperti Perang
Huraian
Jamal dan Perang Siffin.
• Wujud kegawatan ekonomi tetapi masih ada Perjanjian Zimmah
• Pendapatan jizyah berkurang kerana terdapat beberapa buah negari
40
yang tidak membayar jizyah dan membebas diri daripada menjadi
naungan kerajaan Islam
• Khalifah Ali telah mengutuskan surat kepada al-Asytar al-Nakhai
supaya beliau tidak menolak perjanjian yang dihulurkan oleh orang Contoh
kafir dhimmi.
• Jelaslah bahawa kegawatan ekonomi hampir menjejaskan
perlaksanaan jizyah tetapi Perjanjian Zimmah tetap masih Penutup
dilaksanakan
• Kesimpulannya, perlaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kehebatan
kerajaan Islam Madinah tetapi pada masa yang sama meningkatkan pendapatan
Kesimpulan
negara. Sistem ini diteruskan lagi pada zaman Khalifah Bani Umayyah tetapi
terdapat perbezaan dari segi kutipannya

TAJUK 17 : BINCANGKAN KEPENTINGAN PERJANJIAN YANG


DITANDATANGANI PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH ABAD KE-17
HINGGA 19

Pada zaman khalifah Uthmaniyah, telah berlaku perluasan kuasa dan hubungan luar
melalui beberapa siri perjanjian dengan beberapa buah kerajaan yang lain. Namun,
hubungan ini lebih kepada menjaga pengaruh kekuasaan dan kedudukan kerajaan Islam
ke atas wilayahnya.
Kerajaan khalifah Uthmaniyah mula mengalami fasa kemerosotan selepas zaman Sultan
Muhammad al-Fateh. Keadaan ini semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19 akibat Pendahuluan
persaingan dan tekanan daripada kuasa-kuasa imperialis barat.
Akibatnya, khalifah Uthmaniyah terpaksa menandatangani beberapa siri perjanjian
berikutan kekalahan demi kekalahan dalam peperangan. Perjanjian yang dibuat ini turut
menyebabkan kerajaan Uthmaniyah kehilangan banyak wilayahnya kepada kuasa-kuasa
barat.
Perjanjian Damai dengan Poland (1672) Fakta
Sultan Muhammad IV (1648-1687) telah memimpin serangan ke atas
Poland yang berakhir dengan Perjanjian Damai 1672. Poland bersetuju
menyerahkan Ukhraine kepada Uthmaniyah.
Namun perjanjian ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia yang Huraian
mendakwa Ukhraine wilayah miliknya. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa
campur tangan ke atas wilayah Ukhraine yang membawa kepada
peperangan dengan Rusia.
Isi 1 Peperangan Uthmanyah dengan Rusia menyebabkan kekalahan teruk
kerajaan Uthmaniyah yang terpaksa menyerahkan Ukhraine kepada Rusia Contoh
dan menandatangai Perjanjian Rasdin.
Kekalahan Uthmaniyah kepada Rusia juga membawa kepada
campurtangan Rusia ke atas hak perdagangan di Laut Hitam. Hal ini
bermakna orang Turki telah kehilangan hak perdagangan mereka di laut
Penutup
Hitam setelah sekian lama menguasainya.

41
Perjanjian Karlowitz (1699) dan Perjanjian Passarowitz (1718) Fakta
• Karlowitz - Berlaku pada zaman Khalifah Mustafa II berikutan
kekalahan kepada tentera Rusia pimpinan Tsar Peter.
• Passarowitz – Perjanjian ini ditandatangani antara Sultan Ahmad III Huraian
dengan Austria dan Venesia berikutan kekalahan Uthmaniyah dalam
Perang Petewarden.
• Karlowitz – Kesannya kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan
Isi 2 sebahagian besar wilayah miliknya di Balkantermasuk Hungaria dan
kawasan Laut Hitam kepada Habsburg dan Poland.
Contoh
• Passarowitz – Implikasinya, kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah
Balkan termasuk Serbia dan Romania manakala Venesia menduduki
kawasan pantai Dalmatia.
Kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan banyak wilayah jajahannya
dengan termeterainya kedua-dua perjanjian tersebut. Namun begitu,
Penutup
perjanjian yang ditandatangani ini telah berjaya menamatkan beberapa
peperangan yang terjadi antaranya Perang Petewarden.
Perjanjian Catherina atau Perjanjian Kainarji (1774) Fakta
Perjanjian damai antara Uthmaniyah dengan Rusia yang mengakhiri
Perang Rusia-Uthmaniyah (1768-1774) pada zaman Khalifah Abdul
Hamid I dan Maharaja Catherina II.
Perjanjian ini mengakui kekalahan empayar Uthmaniyah dalam
peperangan dengan Rusia. Huraian
Antara isi kandungan utama ialah Rusia mngembalikan daerah Wallachia
dan Moldova kepada Uthmaniyah setelah berjaya menaklukinya. Namun,
Rusia tetap berhak turut campur tangan dalam pemerintahan di dua daerah
berkenaan.
Rusia berhak mendirikan konsulat di seluruh wilayah Uthmaniyah
Isi 3
sekaligus melindungi kepentingan agama dan penganut Kristian Ortodok
di wilayah berkenaan.
Kerajaan Uthmaniyah perlu menanggung sebahagian besar perbelanjaan
Contoh
perang dengan Rusia yang berjumlah 4.5 juta Rubbel. Rusia diberikan hak
untuk menguasai seluruh pelabuhan di Laut Azov (yang menghubungkan
kegiatan perdagangan di Laut Hitam) dan muara Sungai Danube. Kapal
perang Rusia dibenarkan melintasi Selat Dardanella.
Perjanjian ini mengakibatkan empayar Uthmaniyah kehilangan pengaruh
terhadap wilayah-wilayah Eropah Tengah dan Timur yang akhirnya
Penutup
dikuasai Rusia. Agama Kristian juga dengan mudah memasuki wilayh2
Islam yang bersempadan dengan Rusia.
Perjanjian Dardanella (1809) Fakta
Perjanjian ini berlaku antara kerajaan Uthmaniyah dengan British
Berdasarkan perjanjian ini, British berjanji untuk meninggalkan Mesir
yang merupakan sebuah wilayah di bawah kekuasaan Uthmaniyah.
Sebaliknya, Uthmaniyah pula berjanji untuk mengakui secara rasmi hak-
Isi 4
hak konsulat British di wilayah Uthmaniyah. Huraian
British berharap dapat menjaga keamanan maritimnya di perairan
Mediteranean terhadap kemungkinan ancaman angkatan laut Rusia.

42
Melalui perjanjian, Turki memberi jaminan kepada British bahawa
sepanjang perjanjian ini berlangsung, tiada kapal perang yang diizinkan
melintasi Selat Bosforus dan Dardanella yang dikuasai oleh Uthmaniyah. Contoh
Baghdad dan Falakh diserah kepada Rusia.

Perang damai ini telah menghentikan perselisihan antara kerajaan


Uthmaniyah dengan pakatan British dan Rusia. Namun demikian,
serangan Perancis terhadap Rusia menyebabkan Rusia terpaksa Penutup
menyerahkan semula Baghdad dan Falakh kepada Turki.

Perjanjian San Stefano 1878) Fakta


Perjanjian ini berlaku antara Uthmaniyah dengan Rusia.
Perjanjian ini menamatkan perang terakhir antara Uthmaniyah dan Rusia
yang berlangsung sejak 1877. Perang ini terjadi berikutan komplot antara
Rusia dan sekutunya serbianya untuk membantu Bosnia Herzogovina dan
Huraian
Isi 5 Bulgaria mencapai kemerdekaan dari Uthmaniyah. Tentera Rusia
menyerang Uthmaniyah melalui Bulgaria dan berjaya memasuki Kota
Adrianople pada Januari 1878.

Antara isi perjanjian ialah kemerdekaan Romania, Serbia dan Montenegro


serta memberikan kuasa autonomi kepada Bosnia dan Herzegovina.
Contoh
Selain itu, Bulgaria diserahkan di bawah pengawasan Rusia.

Kesannya, Negara Romania, Serbia dan Montenegro telah berjaya


membebaskan diri daripada naungan kerajaan Uthmaniyah.
Selain itu, kerajaan Uthmaniyah juga telah kehilangan hak ke atas wilayah
Penutup
Bosnia, Herzegovina dan Bulgaria. Jelasnya, perjanjian ini menunjukkan
terhakisnya pengaruh kerajaan Uthmaniyah di bahagian Eropah Timur.

Perjanjian-perjanjian yang ditandatangi oleh kerajaan Uthmaniyah telah memberikan


impak kepada perkembangan politik dan pentadbiran empayar Islam. Perjanjian-
perjanjian yang dimeterai dalam abad ke-17 hingga 19 ternyata menggambarkan
Kesimpulan
kelemahan kerajaan dalam dalam menghadapi kuasa-kuasa barat yang akhirnya
membawa kepada kejatuhan empayar Uthmaniyah.

43
TEMA 2: PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

SOALAN 1: BINCANGKAN CIRI-CIRI DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT


MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT kepada umat manusia agar membimbing
manusia ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah bukan sahaja membawa kepada Pendahuluan
pelantikan diri baginda sebagai ketua negara, bahkan juga telah mengubah sistem
ekonomi yang dijalankan di Madinah.

Antara ciri-ciri ekonomi Islam masyarakat Madinah ketika itu adalah :

Sumber wahyu menjadi asas kepada pengubalan dan pelaksanaan


segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat Islam. Fakta

Asas kepada ekonomi Islam ketika itu adalah wahyu yang diturunkan oleh
Allah SWT melalui Jibril a.s kepada Nabi Muhammad SAW. Konsep-
konsep asas seperti Rububiyah, Tazkiyah, Ubudiyah dan Uluhiyyah Huraian
menjadi pegangan masyarakat Madinah ketika menjalan semua nkegiatan
Isi 1 ekonomi mereka.

Sebagai contoh konsep tazkiyah yang menekankan penyucian jiwa


melalui amalan zakat dan sedekah. Contoh

Konsep-konsep ekonomi Islam ini secara tak langsung menyuburkan


ekonomi Madinah ketika itu. Penutup

Mengharamkan segala aktiviti atau amalan yang berunsur


penindasan. Fakta

Fakta ini amat jelas apabila terdapat nas-nas di dalam Al- Quran yang
mengharamkan amalan riba. Amalan ini dilihat akan mendatangkan
kemudaratan kepada segelintir masyarakat dan akan memundurkan Huraian
ekonomi masyarakat tersebut
Isi 2

Sebagai contoh dapat dilihat ekonomi zaman jahiliyah keluarga yang kaya
sangat kaya dan yang miskin hidup merempat sehingga terpaksa menjual Contoh
anak permpuan untuk pelacuran.

Situasi ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi Islam lebih adil dan tidak
Penutup
menindas kerana peluang ekonomi diberi sama rata kepada semua.
44
Pengagihan kekayaan secara sama rata. Fakta

Dalam amalan ekonomi, Islam amat menekankan perkongsian kekayaan.


Sekiranya seseorang itu dilimpahkan dengan kekayaan maka dia
diwajibkan berkongsi kekayaannya dengan orang lain melalui zakat dan Huraian
sedekah.
Isi 3
Zakat diwajibkan kepada setiap umat Islam dan menjadi rukun Islam yang
ke-4. Sedekah pula sentiasa diwar-warkan kepada umat Islam sebagai satu
Contoh
amalan yang sangat dipuji dan mendapat pahala yang besar.

Secara tidak langsung amalan zakat dan sedekah ini mampu


membebaskan umat Islam yang terhimpit dalam kemiskinan dan
Penutup
meningkatkan ekonomi secara amnya.

Prinsip utama berasaskan keadilan dan mementingkan kebajikan. Fakta

Golongan Muhajirin yang telah berpindah ke Madinah telah dibantu oleh


golongan Ansar atas prinsip keikhlasan dan persaudaraan berasaskan
Huraian
akidah yang sama.

Golongan Ansar telah banyak bekorban dan membantu golongan


Isi 4 Muhajirin dari segi sosioekonomi iaitu harta benda, tenaga dan
persaudaraan sewaktu golongan Muhajirin mula berpindah ke Madinah Contoh
bersama-sama Nabi Muhammad SAW.

Secara tuntasnya ini menunjukkan bahawa ciri keadilan dan


mementingkan kebajikan berjaya meningkatkan ekonomi Islam di
Madinah ketika itu. Penutup

Kegiatan Ekonomi Masyarakat Madinah

Pertanian Fakta
Pertanian merupakan punca ekonomi yang utama di Madinah. Golongan
Muhajirin dan Ansar menjadikan pertanian dan mengusaha tanah sebagai
Huraian
aktiviti utama.

Golongan Muhajirin dan Ansar ini dikenali dengan gelaran Ahl-Zar` iaitu
pengusaha pertanian. Tanaman utama di Madinah ialah penanaman
Contoh
kurma. Ini dibantu pula oleh kesesuaian tanah untuk penanaman ini.
Isi 5
Aktiviti pertanian ini berjaya mengubah Madinah menjadi sebuah bandar
yang makmur dan berkembang pesat.
Penutup

45
Perniagaan dan Perdagangan Fakta
Isi 6
Aktiviti perniagaan dan perdagangan adalah merupakan aktiviti ekonomi
tradisi masyarakat Arab sejak zaman Jahiliyyah lagi. Walau
bagaimanapun aktiviti perniagaan dan perdagangan yang dijalankan di
Madinah berteraskan hukum syarak dan mengharamkan riba dan Huraian
penindasan.

Buktinya muncul usahawan berjaya dan hebat, iaitu Abdul Rahman bin
Auf. Pernigaannya dimulakan dengan bantuan golongan Ansar akhirnya
Contoh
menjadikan beliau seorang peniaga yang berjaya.

Aktiviti perniagaan ini berjaya menjadikan Madinah sebagai permulaan


kepada sebuah empar Islam selepasnya. Penutup

Kesimpulannya, berasaskan ciri-ciri ekonomi yang mementingkan keadilan dan


menjaga kebajikan antara satu sama lain dalam satu ikatan ukhwah maka Madinah telah
muncul sebagai satu kuasa baru di Semenanjung Arab ketika itu. Kekuatan ekonomi
juga telah memberi ruang kepada pemimpin Madinah iaitu Nabi Muhammad SAW
Kesimpulan
meluaskankan kekuasaan politiknya sehingga kuasa-kuasa yang besar seperti kuasa
Habsyah dan Mesir serta Parsi akhirnya terpaksa mengiktiraf baginda sebagai ketua
kerajaan Madinah.

SOALAN 2: JELASKAN KEGIATAN EKONOMI PADA ZAMAN PEMERINTAHAN


KERAJAAN BANI ABBASIYAH PADA ABAD KE-11 HINGGA 12 MASIHI

Kerajaan Abbasiyah diasaskan oleh Abdullah bin Muhammad bin Ali bin
Abdullah bin Abas bin Abdul Mutalib pada hari Jumaat, 28 Oktober 750 Masihi.
Kerajaan Abbasiyah (750 – 1258 M) ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan
terhadap pemerintahan Kerajaan Umayyah. Sepanjang pemerintahan kerajaan ini,
terdapat beberapa orang pemerintah yang terkenal seperti Khalifah Harun al-Rasyid
yang telah berjaya membawa kemajuan ekonomi yang pesat berlandaskan tuntutan
Pendahuluan
syariah bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Kegiatan ekonomi yang dijalankan
pada zaman Abbasiyah adalah meliputi aktiviti pertanian, perdagangan dan
perindustrian. Walaupun abad ke-11 M dan abad ke-12 M menyaksikan era
kemerosotan kerajaan Abbasiyah di bawah kekuasaan Bani Saljuk, namun kerajaan
Abbasiyah dapat bertahan hasil kemampuan pemerintahnya yang sentiasa berusaha
memajukan aktiviti pertanian dan menjadikan kerajaan ini sebagai pusat perdagangan
dan perindustrian. Tegasnya, peranan pemerintah Abbasiyah yang mengambil berat
46
tentang penyediaan sumber-sumber ekonomi termasuk menyediakan kemudahan
asas bagi pengeluaran telah menjadi faktor pendorong kepada perkembangan
ekonomi kerajaan ini.

Antara kegiatan ekonomi yang diusahakan pada zaman Kerajaan Fakta


Abbasiyah adalah pertanian dan penternakan.

Aktiviti pertanian berkembang pesat kerana kawasan tanah yang subur


khususnya berhampiran Sungai Furat dan Dajlah. Kesuburan tanah
tersebut sangat sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman .
Antara tanaman utama yang diusahakan ialah tamar, anggur, epal, buah
limau, buah tin, buah zaitun, tembikai, gandum, jagung dan ubi. Wilayah-
wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian ialah Mesir, Syam,
Iraq, Yaman, Maghribi dan Khurasan.
Gandum banyak ditanam di Iraq dan Mesir, jagung pula ditanam di negeri
Selatan Arab, Kirman dan Nubah. Manakala ubi, tembikai dan limau pula
Huraian
ditanam di Mesir, epal ditanam di negeri Syam, Basrah dan Kirman.
Buah tamar dikeluarkan dari kawasan Utara Afrika, dan buah zaitun dari
kawasan di Nabulsi dan Halab.
Para petani juga menternak binatang ternakan seperti kambing, lembu dan
unta. Antara kawasan penternakan utama ialah Mesir, Barqah dan Najd.
Kesemua hasil pertanian dan penternakan ini dikenakan zakat dan ini
Isi 1 menambahkan pendapatan Kerajaan Abbasiyah.
Terdapat beberapa langkah yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk
memajukan sektor pertanian.

Sebagai contoh, pemerintah menyediakan kemudahan sistem saliran


iaitu ‘Ain Zubaiddah’ bagi mengairi kawasan pertanian, menggalakkan
pembukaan tanah-tanah baharu, membina empangan serta melebarkan
sungai dan terusan.
Pemerintah turut mewujudkan pegawai-pegawai yang mengawal
empangan bagi mengelakkan kebocoran dan keretakan berlaku pada
Contoh
empangan air.
Malah, untuk meningkatkan jumlah pengeluaran sebagaimana zaman
keagungan Kerajaan Abbasiyah, usaha-usaha penyelidikan turut
dilakukan. Akibatnya, muncul ramai cendekiawan Islam yang aktif dalam
mencetuskan idea-idea baharu untuk memajukan aktiviti pertanian.

Jelaslah bahawa, kemajuan bidang pertanian akhirnya telah mewujudkan


ladang-ladang pertanian dan ternakan serta sebuah pasar yang dikenali
Penutup
sebagai ‘Suq al-Baqar’.

Seterusnya, perdagangan juga merupakan aktiviti utama Kerajaan


Abbasiyah. Fakta
Isi 2
Kerajaan Abbasiyah turut menjana pendapatan ekonomi melalui
Huraian
kepesatan perdagangan. Kegiatan perdagangan tertumpu di Kota
47
Baghdad yang merupakan pusat ekonomi komersial kerana kedudukannya
yang strategik dan menjadi laluan perdagangan Timur dan Barat. Aktiviti
perdagangan yang berkembang pesat di Kota Baghdad telah menjadikan
Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan dunia bertaraf antarabangsa. Di
Baghdad terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai ‘Suq Baghdad’ yang
menjadi tumpuan para pedagang seluruh pelusuk dunia. Para pedagang
dari China, India, Turki dan Asia Tengah serta Afrika Timur telah datang
berdagang ke Kota Baghdad.
Ruang niaga dan jaminan keselamatan turut disediakan oleh kerajaan
dengan lengkap serta pelabuhan yang selesa untuk kemudahan pedagang
berurus niaga. Selain itu, kerajaan juga turut membina dan menyediakan
kemudahan yang mencukupi di tempat-tempat yang menjadi tumpuan
para pedagang serta mengetatkan kawalan keselamatan untuk
mengelakkan berlakunya aktiviti rompakan dan perlanunan.
Kemajuan perdagangan ini telah membolehkan para pedagang
menyumbingkan cukai zakat ke atas barangan mereka sewaktu mereka
membawa barangan melalui tempat-tempat pemeriksaan kerajaan dan
keadaan ini telah menambahkan lagi pendapatan Kerajaan Abbasiyah.

Contoh pelabuhan yang menjadi tumpuan para pedagang selain Kota


Baghdad ialah Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah.
Antara barangan yang diperdagangkan ialah barangan sutera dan kasturi
dari China, rempah ratus dan cat dari India, batu-batu permata dan hasil
perindustrian dari Turki dan Asia Tengah. Selain itu, madu, lilin dan
Contoh
barangan kulit dari Scandinavia dan Rusia, gading dan hasil galian seperti
emas permata dan lain-lain dari Afrika Timur, beras dan gandum dari
Mesir, barangan kaca dan buah-buahan dari Syria serta kain sutera dan
minyak wangi dari Parsi.

Tegasnya, Kerajaan Abbasiyah semakin dikenali serata dunia melalui


aktiviti perdagangannya yang telah memberi kepercayaan kepada
Penutup
pedagang yang berurus niaga di pelabuhan-pelabuhan kerajaan tersebut.

Di samping itu, sektor perindustrian juga merupakan aktiviti utama


Kerajaan Abbasiyah pada era kekuasaan Bani Buwaih. Fakta

Hal ini menunjukkan yang Kerajaan Abbasiyah berkemampuan menjana


ekonomi menerusi hasil pengeluaran yang pelbagai dalam bidang
perindustrian. Antara industri utama yang diusahakan ialah industri
tekstil, tenunan, hamparan dan permaidani. Sehubungan itu, banyak Huraian
kilang telah didirikan di Baghdad, Syiraz dan Isfahan di Parsi. Kerajaan
Abbasiyah juga berjaya menghasilkan pengeluaran lain yang amat
bermutu untuk dipasarkan ke luar negara.
Antara industri lain yang turut dimajukan ialah industri pinggan
mangkuk, barangan kaca, tembikar serta mozek dari kawasan perkilangan
Isi 3 di Baghdad, Mesir dan Syam. Contoh
Barangan kulit dan senjata pula dihasilkan di Mesir, Maghribi dan
Andalus.

48
Manakala, barangan perhiasan dan batu permata dihasilkan dari kilang-
kilang di Yaman, Bahrain dan Lubnan.
Sektor perlombongan emas, besi dan perak juga berkembang pesat.
Buktinya, Andalus terkenal dengan lombong-lombong emas yang banyak
dikeluarkan di Sungai Tajah, perak di daerah Qurtubah dan besi dari
bukit-bukit Tolaitalah.
Hasil perlombongan ini bukan sahaja digunakan untuk tujuan perhiasan,
malahan juga untuk dijadikan sebagai mata wang. Kepesatan sektor
perlombongan ini dibuktikan apabila semua urus niaga yang berkaitan
dengan perbelanjaan dan perniagaan dilakukan menerusi mata wang emas
pada abad ke-11 dan abad ke-12 Masihi.

Jelas terbukti bahawa kepesatan sektor perindustrian ini telah


menjadikan umat Islam mempunyai taraf hidup yang tinggi. Melalui
pendapatan yang diperoleh, Kerajaan Abbasiyah dapat menyediakan
Penutup
kemudahan prasarana seperti tali air, masjid dan sekolah untuk kegunaan
awam.

Kesimpulannya, walaupun pada abad ke-11 dan 12 merupakan era kemerosotan


Kerajaan Abbasiyah, namun pemimpinnya tetap berusaha membangunkan ekonomi
dalam sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian. Pelbagai aktiviti ekonomi yang
dijalankan semasa pemerintahan Abbasiyah telah berjaya meningkatkan pendapatan
negara. Hasil pendapatan yang diperoleh, Kerajaan Abbasiyah dapat memesatkan
Kesimpulan
pembangunan negara. Kerajaan Abbasiyah dapat membuktikan kemampuannya dengan
menyediakan prasarana yang menggambarkan kebajikan rakyat tidak diabaikan.
Namun, Kerajaan Abbasiyah berakhir apabila diserang oleh Mongol dan segala
perbendaharaan negara diambil alih oleh Mongol.

SOALAN 3: SEJAUH MANAKAH PERANAN MELAKA SEBAGAI SEBUAH


PELABUHAN ENTREPORT MEMBOLEHKAN MELAKA MUNCUL SEBAGAI
PUSAT PERDAGANGAN DI NUSANTARA PADA ABAD KE-15 MASIHI

• Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal pada abad ke 15M.
• Melaka menjadi tumpuan para pedagang dari Timur dan Barat kerana memiliki
pelbagai keistimewaan.
• Usaha berterusan para pemerintah turut mendorong perkembangan kegiatan
perdagangan di Melaka.
• Sistem perdagangan yang teratur dan terancang turut menyemarakkan aktiviti Pendahuluan
perdagangan.
• Perananya sebagai pelabuhan entreport di samping beberapa faktor lain
membolehkan Melaka muncul sebgai pusat perdagangan yang penting di
Nusantara abad ke 15M. (kesimpulan kecil untuk pendahuluan)

49
Antara faktor penting kemunculan Melaka sebagai pusat
perdagangan yang penting di Nusantara ialah peranannya sebagai Fakta
pelabuhan entreport.
• Melaka menjadi tumpuan kebanyakkan pedagang dari China,
Arab, Parsi, dan Absina untuk menjalankan urus niaga mereka.
• Melaka juga menjalin hubungan perdagangan dengan Siam dan
Pulau Jawa.
• Terdapat juga kemudahan lain yang disediakan di pelabuhan
Melaka untuk kemudahan pedagang yang singgah sementara
menunggu pertukaran angin monsun, antaranya termasuklah
gudang-gudang besar untuk menyimpan barang, kemudahan Huraian
pengangkutan (kapal, perahu, gajah) dan pekerja.
• Pedagang singgah di Melaka bersama-sama barang dagangan
mereka dan urusniaga dilakukan.
Isi 1 • Kaedah Penukaran barang dan sistem penjualan dan pembelian
menggunakan wang logam timah merupakan cara yang
digunakan.dalam urusniaga.
Melaka
sebagai • Antara barangan yang dijual di Melaka ialah sutera, satin, besi,
pelabuhan tembikar, permata yang dibawa oleh pedagang China, lada,
entreport gaharu, rempah ratus, hasil-hasil hutan hasil dari Nusantara,
beras, dan kelapa serta rempah ratus yang dibawa oleh pedagang
Jawa.
• Para pedagang dari Arab dan Parsi pula membawa makanan,
beras dan akan ditukarkan dengan barangan seperti lada, jagung Contoh
dan sutera China yang akan diperdagangkan ke Eropah.
• Kemudahan membaiki kapal dan tempat tinggal untuk para
pedagang turut disediakan oleh para pemerintah.
• Perkhidmatan panduan dan arah pergerakan kapal pedagang juga
disediakan.

Tegasnya, peranan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entreport


membolehkan Melaka muncul sebagai sebagai pusat perdagangan di Penutup
nusantara pada abad ke- 15M

Selain daripada peranan Melaka sebagai pelabuhan entreport


terdapat juga faktor lain antaranya ialah pemerintah Melaka yang
Fakta
berwibawa telah menjadikan Melaka sebagai emporium
perdagangan utama di Nusantara.
Isi 2
• Sultan Muzaffar Syah, Sltan Mansur Syah dan Sultan Alauddin
Riayat Syah berusaha mewujudkan iklim perdagangan yang
Peranan
komprehensif.
Sultan
• Sultan Iskandar Syah telah membina jambatan di sungai Huraian
berhampiran dengan istananya dan mendirikan 30 buah khemah
yang dijadikantempat orang ramai berniaga di atas jambatan
berkenaan.
50
• Pemerintah melebarkan urusan perdagangan melalui cara
perkahwinan antara kerajaan.

• Contohnya, perkahwinan antara Sultan Iskandar Syah dengan


puteri Pasai telah menyebabkan ramai saudagar Islam dari Pasai
datang berdagang di Melaka.
• Sultan Mansur Syah telah menjalinkan hubungan perdagangan
yang erat dengan China sehingga menjadikan Melaka sebagai Contoh
pusat perdagangan yang terkemuka di Nusantara. Hubungan ini
membolehkan pedagang China dan Arab memasarkan barangan
mereka ke Eropah melalui perairan Melaka.

Jelaslah peranan dan kewibawaan pemerintah Melaka merupakan


faktor Melaka muncul sebagai pusat perdagangan di Nusantara pada
Penutup
abad ke-15M.

Faktor seterusnya ialah dasar perdagangan di Melaka yang


sistematik dan teratur sehingga membolehkan Melaka muncul Fakta
sebagai pusat perdagangan di Nusantara pada abad ke-15M.

• Pelaksanaan Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun


Melaka membantu melicinkan pentadbiran Melaka kerana dapat
menjamin keselamatan perdagangan, jenayah dan perlanunan.
• Undang-Undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu
yang menggunakan tulisan jawi sebagai Lingua Franca
Huraian
memudahkan interaksi pedagang.
• Surat izin (kebenaran) perlu disediakan untuk memasuki
pelabuhan Melaka.
Isi 3 • Para pedagang juga dikenakan cukai yang berpatutan.

Dasar • Contohnya, pedagang tempatan dikenakan cukai sebanyak 3%


perdagangan sementara pedagang asing sebanyak 6%. Pedagang China dan
yang Jepun dikecualikan cukai tetapi mereka perlu memberikan
sistematik hadiah kepada pemerintah dan pembesar yang terlibat. Kadar
hadiah bergantung kepada nilai barangan yang diimport dan
biasanya 1 hingga 2 %.
Contoh
• Pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai
sebanyak 3 %.
• Keistimewaan bebas cuaki diberikan kepada pedagang yang
mengimport bahan makanan kerana Melaka kekurangan tempat
yang subur untuk pertanian.

Maka jelaslah bahawa dasar perdagangan yang sistematik di Melaka


membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan di Nusantara
pada abad ke-15M. Penutup

51
Kedudukan Melaka yang strategik yang terletak di
pertengahan jalan perdagangan antara China dan India juga
merupakan antara faktor Melaka muncul sebagai pusat Fakta
perdagangan yang unggul di Nusantara pada abad ke-15M.

• Kedudukan pelabuhan Melaka yang terletak di perairan Selat


Isi 4 Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monsun Timur
Laut dan Barat Daya membolehkan kapal berlabuh dengan Huraian
Kedudukan selamat.
geografi
yang • Pergerakan kapal ke pelabuhan dipermudahkan oleh dua tiupan
strategik monsun berkenaan.
• Kedudukan Pulau Sumatera yang besar dapat melindungi Contoh
pelabuhan Melaka daripada tiupan angin kencang dan bergelora.

Jelaslah, kelebihan Melaka yang mempunyai pelabuhan yang


strategik membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang Penutup
maju di Nusantara pada abad ke-15M.

Peranan pembesar berwibawa yang menjadi tulang belakang


Fakta
sultan dalam pemerintahan juga merupakan faktor Melaka muncul
sebagai pusat perdagangan pada abad ke-15M.
Isi 5 • Sultan dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung, Laksamana dan Syahbandar.
Peranan • Keselesaan dan keselamatan pedagangan di Melaka banyak
Pembesar bergantung kepada Laksamana, Temenggung dan Syahbandar. Huraian
• Jawatan syahbandar juga diwujudkan untuk menjaga kebajikan
dan keselamatan pedagang-pedagang yang singgah dan
berdagang di pelabuhan Melaka
• Antara bendahara yang terkenal ialah Tun Perak dan Tun
Pepatih Putih.
• Terdapat juga Orang Laut di bawah pengawasan Laksamana
yang berperanan menjamin keselamatan nyawa dan harta benda
para pedagang terutama menjaga perairan Melaka daripada Contoh
ancaman lanun.
• Golongan pembesar juga melantik kiwi iaitu mereka yang terdiri
daripada rakyat biasa yang berperanan sebagai wakil untuk
mengendalikan perdagangan.untuk golongan pemerintah.
Tegasnya, peranan pembesar juga merupakan salah satu faktor
kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal pada Penutup
abad ke-15M.

Kesimpulannya, kemunculan pelabuhan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entreport


dibantu oleh faktor kemanusiaan dan geografi telah menyumbang kepada kemajuan
perdagangan Melaka sehingga ke peringkat antarabangsa. Kegemilangan pelabuhan Kesimpulan
Melaka telah mendorong kuasa-kuasa Eropah berminat untuk menaklukinya.
Kemerosotan Melaka mula berlaku setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511.

52
SOALAN 4: BINCANGKAN PELAKSANAAN CUKAI KHARAJ SEMASA ZAMAN
KHULAFA’ AL-RASYIDIN PADA ABAD KE- 7 HINGGA KE- 8 MASIHI

Kharaj ialah perkataan yang dipinjam daripada bahasa Byzantine yang bermaksud ufti.
Dalam konteks sejarah Islam ia bermaksud cukai tanah. Konsep cukai kharaj pernah
dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad SAW selepas penaklukan kota Khibar oleh
tentera Islam. Pengurusan cukai kharaj mula dilaksanakan secara sistematik selepas Pendahuluan
Khalifah Umar meluaskan kuasa di luar Semenanjung Tanah Arab dengan menguasai
Mesir, Syria dan Iraq. Pelaksanaan cukai kharaj ini diteruskan oleh khalifah-khalifah al-
Rasyidin selepasnya.

Pelaksanan kharaj pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin melibatkan aspek


Fakta
sumber dan jenis kharaj yang terdiri daripada beberapa kategori tanah.

Pada zaman khalifah Abu Bakar , kharaj belum dilaksanakan meskipun


sebahagian tanah Iraq telah dikuasai tentera Islam. Tanah berkenaan
dianggap tanah ghanimah dan diagih kepada tentera Islam yang terlibat.
Pada zaman khalifah Umar al Khattab jenis tanah yang dikenakan cukai
kharaj ialah tanah perolehan perang yang terdiri daripada tiga kategori
Huraian
iaitu tanah yang ditakluki oleh tentera Islam, tanah yang penduduknya
menerima Islam tanpa peperangan dan tanah yang diperoleh melalui
perjanjian damai (tanah Darul ‘Ahd). Satu lagi jenis tanah yang
dikenakan cukai ialah tanah yang ditentukan penggunaannya oleh
Isi 1
pemerintah.

Khalifah Umar al-Khattab mengenakan kharaj terhadap tanah bertuan dan


tanah tidak bertuan iaitu tanah sawafi. Bagi tanah bertuan, jika pemiliknya
memeluk Islam maka cukai kharaj terbatal dan tanahnya menjadi tanah
Contoh
zakat.Tanah sawafi yang terbiar pula dijadikan hak milik bersama umat
Islam dan dipantau oleh Pemegang Amanah, khasnya Ahl al-Ayyam di
Iraq.

Jelaslah bahawa kepelbagaian sumber dan jenis tanah menjadi sumber


Penegasan Isi
pendapatan negara yang penting.

Pelaksanaan kharaj yang dikenakan pada zaman ini juga mengambil kira
beberapa syarat tertentu. Fakta
Isi 2
Huraian /
Pada awalnya kharaj hanya dikenakan kepada pemilik tanah penduduk
Contoh
zimmi sahaja. Khalifah Umar mengenakan beberapa syarat semasa

53
membayar kharaj seperti kharaj dikenakan atas kawasan pertanian sahaja
dan bukan kawasan kediaman dan sekiranya disewa atau dipajak, kharaj
dikutip daripada pemilik tanah dan bukan daripada penyewa tanah.
Tanah yang dikenakan cukai kharaj tidak dikenakan zakat. Cukai kharaj
dilupuskan sekiranya berlaku bencana alam yang memusnahkan semua
hasil tanaman.
Tanah yang tidak diusahakan masih dikenakan cukai kharaj 1 dirham
sejarib agar pemilik tanah yang berkemampuan tidak mengabaikannya.
Kharaj juga akan dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan
kawasan pertanian. Kharaj Tetao dikenakan kepada pemilik yang sengaja
tidak mengusahakan tanahnya.

Syarat-syarat yang dikenakan ini telah memudahkan pelaksanaan cukai


Penegasan Isi
kharaj dan menjadi satu garis panduan bagi melaksanakannya.

Pelaksanaan cukai kharaj juga mengambil kira kadar bayaran dan


Fakta
faktor yang menentukan kadar kharaj tersebut.

Kadar kharaj yang dikenakan berbeza mengikut keadaan. Biasanya kadar


yang dikenakan mengikut jumlah yang mampu dibayar dan tidak
membebankan. Kadar cukai kharaj tidak pernah melebihi separuh
daripada keseluruhan hasil tanaman yang dibayar dalam bentuk mata
wang atau hasil tanaman.
Faktor yang menentukan kadar kharaj adalah berdasarkan kualiti tanah, Huraian
jenis serta kualiti benih dan lokasi tanah pertanian.
Kadar kharaj lebih rendah jika tanah-tanah disuburkan oleh petani sendiri
Isi 3
seperti menyiram berbanding disirami air hujan. Jika benih berkualiti
digunakan kadarnya lebih tinggi dan kadar kharaj juga lebih tinggi jika
lokasinya terletak berdekatan bandar dan pelabuhan.

Di Iraq, Khalifah Umar telah menetapkan setiap jarib (unit tanah


pertanian) anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham, gandum Contoh
sebanyak 2 dirham dan barli sebanyak 1 dirham.

Tegasnya, kadar yang ditetapkan ini telah mengelakkan berlakunya


Penegasan Isi
penindasan dan lebih adil.

Pelaksanaan cukai kharaj juga meliputi cara pungutan dan agihan yang Fakta
dilakukan pada zaman Khulafa’ al- Rasyidin.
Isi 4
Huraian /
Kutipan kharaj dilakukan secara telus dan adil. Jika kharaj tidak dapat
Contoh
dibayar disebabkan masalah kewangan, mereka akan dibenarkan

54
menangguhkan pembayaran sehingga mampu atau membayarnya secara
ansuran. Jika enggan membayarnya sedangkan mampu, tindakan undang-
undang akan diambil dan pihak kerajaan berhak memberikan tanah itu
kepada orang lain untuk diusahakan.
Terdapat dua cara pungutan kharaj yang dilaksanakan pada zaman
Khalifah Umar al-Khattab iaitu kharaj wazifah atau masahah yang
dipungut pada akhir tahun mengikut keluasan tanah dan jenis tanaman
sementara kharaj muqasamah dipungut selepas pengeluaran semusim
berdasarkan hasil yang diperoleh.
Bagi memastikan keberkesanan sistem pungutan, Khalifah Umar hanya
melantik pegawai kharaj yang berkelayakan sahaja seperti mahir
matematik, amanah , mujtahid dan sebagainya.
Di Iraq, Khalifah Umar menyerahkan tugas mengutip cukai ini kepada
golongan Ahl al- Ayyam dan diteruskan oleh para Khulfa’ al-Rasyidin
yang lain. Namun pada akhir pemerintahan Khalifah Umar, kuasa
menguruskan cukai di Iraq diserahkan di bawah pentadbiran gabenor.
Di Iraq, satu perlima dari jumlah kutipan kharaj dihantar kepada kerajaan
pusat dan bakinya dibahagikan kepada Ahl al-Ayyam.Di Mesir, Khalifah
Umar telah mengubah sistem cukai yang tidak adil dan mengemaskini
sistem pungutan cukai.
Hasil pungutan kharaj yang diperolehi kerajaan disimpan di dalam
baitulmal dan dimanafaatkan untuk tujuan memperbaiki inrfastruktur,
prasarana dan rancangan pembangunan yang boleh memajukan lagi
kegiatan pertanian dengan memperbaiki sistem perhubungan,
mengadakan sistem pengairan dan memperbaiki saliran sedia ada.

Jelaslah bahawa cara pungutan yang sistematik ini telah membawa kesan
Penegasan Isi
positf dalam perkembangan dan kemakmuran ekonomi negara Islam.

Pelaksanaan kharaj pada zaman Khulafa al-Rasyidin telah meningkatkan pendapatan


negara. Kharaj yang dikenakan bukan sahaja tidak membebankan rakyat, bahkan juga
memudahkan para pemilik dan pengusaha tanah kerana syarat-syarat pelaksanaannya
Kesimpulan
yang adil. Sistem kharaj mengalami beberapa pindaan mengikut kesesuaian masa dan
keadaan oleh khalifah-khalifah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah termasuklah
pembentukan Diwan al-Kharaj kerana ia menjadi sumber penting pendapatan negara.

SOALAN 5: TERANGKAN PERANAN DAN PELAKSANAAN CUKAI JIZYAH PADA


ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH ABAD KE-9 HINGGA ABAD KE-11 MASIHI

Jizyah merupakan sejenis cukai bayaran yang dikenakan ke atas orang bukan Islam
Pendahuluan
yang mendiami bumi orang Islam bagi menjamin keamanan dan keselamatan jiwa dan
harta benda mereka. Jizyah dikenali juga sebagai cukai politik/cukai kepala/cukai
55
perlindungan yang dikenakan kepada golongan kafir dhimmi. Jizyah bertujuan
mengganti penat lelah dan usaha yang telah dicurahkan oleh orang Islam bagi
melindungi orang bukan Islam. Umumnya jizyah sebagai satu pemberian ufti yang
dibayar oleh individu atau negara bukan Islam kepada negara Islam di bawah
pemerintahannya. Zaman Khalifah Abbasiyah telah melaksanakan cukai jizyah sama
sebagaimana pada zaman Khulafa al-Rasyidin, sekaligus mengubah dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan Umaiyah.

Jizyah merupakan harta umum yang dibahagikan mengikut kemaslahatan


rakyat, dan wajib diambil setiap satu tahun dan tidak wajib diambil
sebelum satu tahun. Hukum jizyah adalah wajib berdasarkan nas al-
Quran.

Jizyah sebagai cukai politik bagi orang kafir dhimmi yang dikenakan oleh
kerajaan Islam sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan
keselamatan jiwa dan harta mereka.
Peranan
fakta
Sebagai perlindungan ke atas orang bukan Islam. Oleh itu, menjadi
Isi 1
tanggungjawab mereka mempertahankan negara dan patuh kepada
undang-undang negara yang melindunginya.

Memberikan kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama


masing-masing dan dikecualikan daripada bertugas dalam tentera serta
mendapat hak yang sama seperti orang Islam walaupun yang wajib
membayar hanyalah orang yang tertentu sahaja. Kebebasan juga dalam
hak memilih, tempat tempat, bekerja dan memberi pendapat.
Perlaksanaan

Sumber Jizyah Fakta

Sumber jizyah terbahagi kepada dua kategori, iaitu jizyah yang kadarnya
ditetapkan oleh secara baik atas dasar persetujuan dan kerelaan bersama
dan keduanya secara paksa iaitu jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh
kerajaan Islam.
Huraian
Berdasarkan keterangan al-Quran surah at-Taubah ayat 29 bahawa mereka
yang menjadi sasaran dikenakan jizyah ialah ahli kitab (Yahudi dan
Nasrani), termasuk orang Majusi. Beberapa golongan dzimmah( orang
kafir yang terikat dengan perjanjian) bebas dari membayar jizyah.

Isi 2 Seperti telah memeluk Islam, ikut berperang mempertahankan negara


bersama orang Islam, orang buta, sakit yang lama, orang tua, wanita,
fakir, kanak-kanak dan orang gila.
Antara yang wajib bayar jizyah ialah lelaki kerana memiliki kewajiban Contoh
berperang, baligh dan sihat akal, sihat fizikal dan boleh berperang,
mampu secara ekonomi, merdeka dan terikat dengan perjanjian. Golongan
mawali tidak perlu lagi bayar jizyah.

56
Antara negara yang menyumbang jizyah ialah Byzantine dengan bandar-
bandarnya seperti Heraclea, Tyans, Iconium, dan Emphesus dan pulau
Cyprus semasa zaman Khalifah Harun al-Rasyid. Zaman khalifah al-
Muqtadir termasuk Iraq, Khuzistan, Parsi, Mesopotamia, Syria, Mesir,
Oman, Adzerbaijan, dan Armenia dan Khalifah al-Qadir menguasai Turki,
Wasit, dan Basrah.
Cukai jizyah adalah sebahagian daripada dana dalam institusi baitulmal.
Penutup

Cara perlaksanaan Fakta

Konsep dan sistem jizyah mengikut sistem yang pernah diamalkan pada
zaman Khalifah al-Rasyidin. Pemerintahan Kerajaan Abbasiyah telah
menghapuskan perbezaan yang wujud antara keturunan Arab dan bukan
Arab (golongan mawali). Penghapusan ini untuk mendapat sokongan
orang bukan Arab yang banyak memegang jawatan pemimpin dalam
kerajaan Abbasiyah.

Pada umumnya jizyah dibayar setiap awal tahun atau akhir tahun
bergantung kepada kemampuan dan status seseorang individu. Jizyah
dibayar dalam bentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya sekali.
Jizyah boleh dibayar secara ansur-ansur atas alasan tertentu. Pembayar
boleh menjelaskan jizyah pada tahun berikutnya sekiranya belum
membuat bayaran pada tahun semasa sama seperti hutang walaupun telah
meninggal dunia. Bayaran jizyah secara tunai ialah satu dinar atau kain
senilai dengannya. Sekiranya bayaran dibuat dalam bentuk barangan,
mungkin sampai satu daripada hasil pertanian. Mereka yang enggan
membayar jizyah tanpa sebarang alasan kukuh akan dianggap tidak setia Huraian
Isi 3
kepada negara Islam dan boleh dikenakan hukuman berat.

Cukai jizyah dikenakan ke atas semua orang bukan Islam yang sihat
fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka dan bukan ahli
agama seperti paderi atau pendeta. Kewajiban membayar jizyah akan
gugur seandainya seseorang itu menganut Islam tanpa mengira bangsa
atau kerajaan Islam itu sendiri gagal memberikan jaminan keselamatan
nyawa dan harta kepada orang bukan Islam seperti yang dipersetujukan.
Kerajaan Abbasiyah telah menghapuskan cukai jizyah terhadap golongan
mawali kerana mereka telah memeluk Islam walaupun mereka bukan dari
keturunan Arab iaitu bangsa Parsi dan Turki.

Perlaksanaan cukai ini selari dengan kempen-kempen ketenteraan dan


akan dilaksanakan selepas termeterainya perjanjian damai apabila orang
bukan Islam setuju membayar dengan kadar tertentu. Kempen-kempen
ini berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah abu Jaafar al-Mansur dan
Khalifah harun al-Rasyid.
Umpamanya pada zaman Khalifah Abu Jaafar al-Mansur yang menyerang
Byzantine yang menyebabkan pemerintah tersebut bersedia membayar Contoh
jizyah sebanyak 70 000 dinar setahun.

57
Khalifah Harun al-Rasyid yang mengamalkan polisi tolak ansur juga telah
menerima kadar bayaran dari Byzantine di bawah Maharani Irene IV
kerana kalah dalam perang sebanyak 90 000 dinar setahun. Khalifah
Harun memimpin angkatan tentera memerangi tentera Rom. Peperangan
antara Baghdad dengan Constantinople berlaku kerana pemerintaha
Byzantine telah menyerang sempadan di Asia Minor. Tentera Islam
berjaya mengalahkan tentera Rom dan Khalifah Harun mengemukankan
tiga pilihan seperti yang pernah dibuat oleh Khulafa al-Rasyidin iaitu
memeluk agama Islam, membayar jizyah atau terus berperang.

Begitu juga pada zaman Khalifah al-Makmun yang sekali lagi berjaya
menyerang Byzantine.
Khalifah al- Muqtadir yang menguasai Iraq, Khuziztan, Parsi, Khuzistan,
Parsi, Mesopotamia, Syria, Mesir, Oman, Adzerbaijan dan Armenia juga
menerima ufti tahunan (jizyah) ini dari neger-negeri tersebut. Wilayah-
wilayah ini membayar cukai tahunan dalam bentuk wang perak atau emas.
Hasil cukai tanah, cukai pendapatan, cukai air, cukai tol, cukai pasir dari
Iraq sahaja berjumlah 1 547 734 dinar. Hasil dari wilayah Adzerbaijan
dan Armenia pula sebanyak 226 370 dinar dan pendapatan lain ialah 1
768 015 dinar. Semua cukai ini disimpan di dalam baitulmal dan dapat
menampung perbelanjaan negara.

Contoh lain ialah pada zaman Khalifah al-Qadir (991-1074M) yang


memenangi peperangan dengan Turki, Wasit, Batihah dan Basrah telah
memperolehi banyak harta rampasan. Negara-negara ini bersetuju
membayar jizyah sebanyak 1 000 dinar setahun.

Pelaksanaan jizyah yang dihidupkan kembali seperti zaman Khulafa al-


Rasyidin telah mendapat sokongan yang besar oleh kebanyakan pemimpin
Penutup
Islam dan baitulmal berjaya mengumpu dana yang besar selain kutipan
zakat, cukai usyur dan kharaj.

Agihan Jizyah Fakta

Semua kutipan jizyah akan dimasukkan ke dalam Baitulmal dan Diwan


al-Kharaj (Jabatan Kewangan) bertugas menguruskan cukai termasuk
jizyah. Ia digunakan untuk kepentingan tentera Islam dan pemerintah
dalam memberi pelayanan terhadap masyarakat. Jizyah juga digunakan
Isi 4 untuk menutupi perbelanjaan kepentingan umum.

Contohnya keperluan awam yang meliputi pembinaan masjid, jalan raya,


sistem pengairan dan lain-lain. Hasilnya juga digunakan untuk membayar
Contoh
gaji tentera, insentif kewangan kepada penuntut ilmu dan orang yang
ingin memulakan pertanian atau perniagaan.

58
Pada zaman Khalifah Nizam al-Mulk telah membina sekolah-sekolah
tinggi(madrasah) di beberapa kota Islam seperti Baghdad, Tabaristan,
Hara, Asfahan, Basrah dan lain-lain.

Baitul Hikmah juga telah diwujudkan pada pemerintahan Khalifah Harun


al-Rasyid sebagai perpustakaan terbesar di samping banyak lagi
perpustakaan lain yang terkenal. Beliau juga telah menjadikan kota
seperti Baghdad, Basrah, Mosul, Damsyik dan Aleppo sebagai kota
terkenal sebagai hub perdagangan dunia terutamanya Baghdad.

Pada zaman al-Muqtadir, wang yang diperoleh ini digunakan untuk


menampung perbelanjaan menjaga kota Makkah dan Madinah,
menyediakan jalan pergi haji atau pertahanan di perbatasan dan membayar
gaji tentera istana

Pengagihan yang dijana dengan baik telah menjamin pembangunan


Penutup
ekonomi dan membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Pemerintahan Kerajaan Abbasiyah yang aman telah menyumbang kepada peningkatan


kewangan negara. Kekuatan ketenteraan yang dipimpin oleh khalifah yang hebat telah
Kesimpulan
berjaya menguasai banyak negara-negara sekitar sehinggalah kejatuhannya melalui
serangan tentera Moghul.

SOALAN 6: HURAIKAN SISTEM PENDIDIKAN DI MESIR PADA ABAD KE - 8 M

Pendidikan dapat didefinisikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengetahuan sama ada
secara teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu bagi
menempuh kehidupan yang semakin kompleks.
Pendidikan Islam di Mesir telahpun bermula sejak pertapakan Islam pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Pembinaan Masjid Amru bin Al-As di kota Pendahuluan
Fustat telah menjadikannya sebagai pusat ibadat dan pendidikan bagi Masyarakat Mesir.
Dengan terbinanya Masjid Al-Azhar di Kaherah pada zaman Kerajaan Fatimiyyah ,
pusat keilmuan telah berpindah ke sana. Kewujudan pelbagai institusi pendidikan
seperti masjid, kuttab, halaqah, dan madrasah, dilihat mengamalkan sistem pendidikan
Islam yang teratur.

Dasar pendidikan Fakta


Isi 1
Pendidikan diberi secara percuma. Peringkat pertama pendidikan
berlangsung di masjid, rumah-rumah ulama dan kuttab. Pada peringkat Huraian
kedua, pendidikan dijalankan menerusi sistem persekolahan yang lebih
59
sistematik, teratur dan bersifat formal.
Pengasingan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dilakukan, seperti
di kuttab. Bentuk pendidikan juga berubah mengikut keadaan semasa
kesan daripada pertembungan antara tamadun Islam dengan Yunani.
Sebagai contoh, ilmu pengetahuan diberi secara percuma di kuttab dan
tenaga pengajar di masjid di Mesir juga berkhidmat secara sukarela(tanpa
Contoh
upah)

Jelaslah bahawa dasar pendidikan yang ditekankan menunjukkan bahawa


ilmu pengetahuan semasa amat dititikberatkan agar masyarakat Mesir
Penegasan isi
tidak ketinggalan.

Kurikulum Pengajian Fakta

Kurikulum pendidikan di Mesir terbahagi kepada dua iaitu pendidikan


fardu Ain dan fardu Kifayah. Pendidikan fardu Ain tertumpu pada ilmu
asas ajaran Islam seperti akidah, syariat, dan akhlak. Ilmu ini wajib
dipelajari dan diamalkan oleh setiap umat Islam yang mukallaf. Sumber
utama ialah al-Quran dan Sunnah manakala sumber kedua ialah ijmak dan
qias. Huraian
Pendidikan ilmu kifayah pula ialah ilmu pengetahuan yang wajib dituntut
Isi 2 oleh sebahagian umat Islam. Ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang
bersumberkan akal, pancaindera, pengkajian, eksperimen dan sebagainya
tetapi masih berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Contoh ilmu fardu ain ialah tafsir al-Quran, Hadis, tauhid, dan fiqah
manakala ilmu fardu kifayah merangkumi ilmu hisab, ilmu kaji bintang
Contoh
dan perubatan.

Hal ini membolehkan masyarakat Mesir pada zaman tersebut menerima


ilmu pengetahuan secara sistematik dan menyeluruh. Penegasan isi

Kaedah pengajaran dan pembelajaran Fakta

Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan


kaedah lisan iaitu imlak, ceramah, qira’ah, asi’lah (mengajukan
pertanyaan), munazharah(berdebat) dan sebagainya.
Kaedah kedua ialah menghafal. Kaedah ini penting khasnya untuk Huraian
Isi 3 menghafaz al-Quran, hadis dan syair.
Kaedah yang ketiga ialah mencatat dan menulis dan kaedah yang keempat
ialah rihlah iaitu kaedah yang digunakan oleh ahli hadis dan bahasa.
Pengajaran dan pembelajaran di masjid disampaikan dalam bentuk
halaqah serta kuliah. Para guru akan membaca, menghurai dan
menjelaskan isi kandungan sesuatu kitab. Mana-mana permasalahan yang Contoh
timbul akan diajukan kepada guru yang bertindak sebagai naqib dalam
majlis halaqah tersebut.

60
Dengan adanya kepelbagaian kaedah pengajaran, pelajar-pelajar berminat
untuk mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan. Dengan kaedah Penegasan isi
hafalan, ilmu yang diperolehi dapat diingati.

Tenaga pengajar Fakta

Tenaga pengajar terdiri daripada para ulama yang berpengetahuan luas


dan mampu menyelesaikan pelbagai isu yang diutarakan pelajar.
Tenaga pengajar terdiri daripada mazhab yang berbeza dan pengetahuan
serta kemahiran yang berbeza mengikut tahap pendidikan. Kebanyakan
tenaga pengajar terdiri daripada ahli fiqah dan ulama-ulama terkenal dan Huraian
silih berganti.
Kerajaan berperanan melantik guru-guru dan memberi gaji sebagai usaha
untuk membuktikan tentang kepentingan ilmu pengetahuan.
Isi 4
Di masjid, kelompok Imam Syafie yang dikenali sebagai zawiyah,
merupakan kumpulan tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli fiqah dan
ulama terkenal. Terdapat juga kelompok yang dikenali sebagai al-Majdiah
yang dibentuk oleh seorang wazir bernama Majduddin Abu al-Asybal. Contoh
Wazir ini menempatkan Abdul Wahab bin Bahnasi sebagai Kadi Besar di
Mesir sebagai tenaga pengajar.

Jelaslah bahawa kemunculan tenaga pengajar terkenal seperti ulama telah


menarik minat ribuan pelajar dari seluruh pelosok negara Islam untuk
Penegasan isi
menuntut ilmu pengetahuan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.

Kesimpulannya, perkembangan ilmu pengetahuan di Mesir adalah berteraskan ilmu


fardu ain dan kifayah. Pertumbuhan institusi pendidikan seperti masjid, kuttab, halaqah
dan madrasah menyebabkan berlaku kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan. Kesimpulan
Contohnya, kewujudan Masjid al-Azhar yang kemudiannya telah berkembang menjadi
Universiti al-Azhar.

SOALAN 7: BINCANGKAN KEPENTINGAN BAITUL HIKMAH DALAM


MEMANTAPKAN PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN PADA ZAMAN
PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH

• Baitul Hikmah merupakan gedung ilmu pengetahuan yang diasaskan


oleh Khalifah Harun Al Rasyid pada tahun 815 M dan mencapai
kegemilangannya pada zaman Khalifah Al Makmun.
• Baitul Hikmah juga dikenali sebagai Khazanatul Hikmah atau Darul
Pendahuluan
Hikmah. Pada zaman kegemilangannya, Baitul Hikmah memainkan
peranan penting sebagai pusat penterjemahan, perpustakaan, pusat
penyelidikan dan juga sbagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan
pelbagai kursus professional dalam bidang falsafah dan sains.

61
Kepentingannya sebagai pusat penterjemahan negara yang
menjalankan aktiviti mengumpul dan menyalin ilmu- Fakta
Ilmu pengetahuan asing ke dalam bahasa Arab.

• Kemuncak kegiatan penterjemahan berlaku pada zaman


Khalifah Al Makmum. Baginda telah menghantar kumpulan
sarjana ke seluruh dunia bagi mencari kitab-kitab untuk
diterjemahkan. Orang Islam bukan sahaja menterjemah malah
mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang
diterjemah ke bahasa Arab. Mereka menghuraikan dan membuat
penambahbaikan terhadap karya tersebut dengan memuatkan Huraian
keterangan dan ulasan yang sangat bernilai dan besar ertinya.
• Penubuhan dan peranan pusat pengajian tinggi ini telah
mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan hingga kedapatan
hasil kajian sarjana Islam yang telah sampai ke Eropah. Sejumlah
kajian itu juga telah diterjemahkan ke bahasa asing dan di sinilah
Isi 1 sebenarnya bermula arus yang membawa kebangkitan di Eropah.

• Sebagai contoh Hunain b. Ishaq yang menguasai bahasa Arab,


Yunani, Suryani dan Parsi merupakan pakar ilmu perubatan,
falsafah dan Sejarah. Beliau dilantik oleh Khalifah Harun Al
Rasyid untuk menterjemah buku-buku Yunani ke Bahasa Arab.
Yuhannad (Yahya) bin al Bitriq yang digelar Abu Zakaria, pakar
bahasa Latin telah menterjemah karya falsafah dan perubatan Contoh
Yunani dan Suryani ke dalam bahasa Arab. Ishaq bin Hunain(Abu
Ya’kub) seorang doctor dan hakim banyak menterjemah karya
Yunani. Karyanya yang termasyur ialah kitab Kunnash al Khiff.
• Yuhanna b. Musawih telah dilantik sebagai ketua penterjemah
karya perubatan oleh Khalifah Harun Al Rashid.

Perkembangan kegiatan penterjemahan di Baitul Hikmah telah


memantapkan perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman kerajaan
Penegasan Isi
Abbasiyah

Kepentingan Baitul Hikmah sebagai perpustakaan, pusat


penyelidikan, tempat penyimpanan buku-buku, pusat akademik dan Fakta
pusat penterjemahan.

Isi 2 Huraian
• Penciptaan kaedah pembuatan kertas yang berasal dari China telah
merancakkan lagi hasil karya dan pengumpulan kitab-kitab ilmiah.

62
• Baitul Hikmah merupakan perpustakaan yang telah
memperkenalkan cara penyusunan kitab yang sistematik
berdasarkan jilid, tajuk dan pengkhususan sesuatu ilmu.
Dilaporkan terdapat lebih setengah juta buku berjilid dan ia juga Huraian dan
merupakan pusat latihan para sarjana. Antara tokoh saintis yuang Contoh
pernah berkhidmat di perpustakaan ini ialah Al Khawarizmi dan
Hunyan bin Ishaq

Kehebatan Baitul Hikmah telah menandingi kemasyuran


perpustakaan Iskandariah. Ia juga telah menjadi tumpuan para
ilmuan daripada pelbagai bidang dan ini telah merancakkan Penegasan Isi
perkembangan ilmu pada zaman kerajaan Abbasiyah.

Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan


agama, bidang Sains, falsafah dan muzik. Fakta

• Baitul Hikmah telah menjadi pusat kajian keilmuan dan


pengetahuan. Pada masa ini muncul golongan cendekiawan Islam
dalam pelbagai disiplin ilmu di mana karya-karya besar mereka
Huraian
kemudiannya telah mempengaruhi peradaban Islam dan dunia
keseluruhannya.

• Dalam bidang ilmu pengetahuan agama, berlaku perkembangan


Isi 3 ilmu Al Qur’an, qiraat, fikah, bahasa dan sastera. Selain itu juga
berlaku perkembangan empat mazhab fikah yang terkenal iaitu
mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafi’i dan mazhab
Hanbali. Contoh
• Dalam bidang sains dan teknologi, berlaku perkembangan dalam
bidang ilmu falsafah, logik, metafizik, Matematik, geometri,
astronomi, muzik, perubatan dan Kimia.

Perkembangan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang telah menjadikan


kota Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual dan penyebaran ilmu Penegasan Isi
pada waktu tersebut.

Baitul Hikmah memperkenalkan kaedah penulisan yang sistematik. Fakta

• Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tahap, iaitu yang pertama


mencatat segala idea dan percakapan, yang kedua, mengumpulkan
idea yang serupa atau mengumpulkan hadis Nabi ke dalam sebuah
buku dan yang ketiga, mengarang. Usaha yang terakhir ini lebih
Isi 4
teliti kerana segala yang dicatatkan itu diatur ke dalam bahagian
dan bab tertentu serta berbeza antara satu sama lain. Huraian
• Terdapat penglibatan golongan ulama dalam penulisan. Ramai
ulama mula menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam
bidang fikah,tafsir,sejarah dan sebagainya.Pada zaman ini juga
terdapat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.

63
• Antaranya ialah Imam Malik (penyusun buku al-Muwatta’), Ibnu
Ishaq (penyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Abu
Hanifah (penyusun fikah dan pendapat ijtihad), Imam Abu
Contoh
Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’I dan Imam Ahmad bin
Hanbal.

Sebagai kesimpulan, penubuhan Baitul Hikmah mempunyai kepentingan


yang sangat besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan kemajuan
peradaban Islam. Malah, Baitul Hikmah ini telah berjaya melahirkan Penutup
ramai ilmuan Islam dan para sarjana yang agung dalam bidang masing-
masing.

SOALAN 8: BINCANGKAN PERANAN ISTANA DALAM PERKEMBANGAN ILMU DI


ACHEH PADA ABAD KE 16 – 17M

Kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu dan penyebaran Islam bermula
selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511.
Zaman kekuasaan Acheh berlaku pada abad ke 16 hingga pertengahan abad ke 17
Masihi iaitu dari zaman pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah ( 1520 – 1539M )
hinggalah ke zaman pemerintahan Sultanah Shati’atuddin Tajul Alam (1641M-1675M). Pendahuluan
Antara sultan –sultan yang terkemuka ialah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan
Sultan Iskandar Thani.Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan Acheh sebagai pusat
perkembangan ilmu yang terpenting di Nusantara . Istana memainkan peranan yang
sangat penting dalam perkembangan ilmu di Acheh.

Salah satu peranan istana Acheh ialah sebagai pusat pendidikan


untuk anak raja dan bangsawan Fakta

Bagi memastikan anak-anak raja dan golongan bangsawan memdapat


pendidikan pemerintah Acheh telah menjemput sarjana-sarjana Islam dari
luar negara ke istana Acheh untuk menjadi tenaga pengajar kepada Huraian
keluarga diraja dan juga rakyat untuk mendapatkan ilmu.
Isi 1 .
Sebagai contoh, pihak istana menjemput Pateh Raja Indra Abdul Salam
mengajar kerabat diraja dan orang bangsawan ilmu menulis, membaca Al
Contoh
Quran, ibadat, akhlak dan juga adat istiadat.

Tindakan pemerintah Acheh menjemput sarjana islam membawa kepada


perkembangan ilmu di Acheh
Penutup

64
Istana Acheh juga menjadi pusat kegiatan penulisan buku agama dan
Sejarah Fakta

Istana Acheh memainkan peranan dalam menggalakkan perkembangan


ilmu . Banyak buku-buku agama telah ditulis oleh penulis buku agama
dan sejarah. Antara penulis buku yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Huraian
Samsuddin al Sumaterani dan juga Nuruddin al Raniri.
Pemerintah Acheh seperti Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan
Sultan Iskandar Thani yang meminati dan cintakan ilmu berusaha
memberi galakkan dan menaungi kegiatan penulisan buku-buku agama.
Isi 2
Kecintaan para sultan terhadap ilmu mempengaruhi minat rakyat jelata
terhadap pengajian ilmu.

Antara buku yang dihasilkan ialah Hujjatus Siddiq oleh Nuruddin al


Raniri yang berkaitan dengan ilmu tauhid. Kitab lain ialah Asyrabul Contoh
Asyikin, Asrarul Ariffin, As Siratul Mustaqim dan Mir’at Tullah.

Tegasnya, peranan istana sebagai pusat kegiatan penulisan buku telah Penegasan
membawa kepada perkembangan ilmu di Acheh

Istana juga menjadi pusat perbincangan ilmu agama dan pertemuan Fakta
ulama

Peranan istana amat menonjol sewaktu pemerintahan Sultan Iskandar


Muda Mahkota Alam. Semasa pemerintahannya, baginda telah
menubuhkan Lembaga Pelaksana Pendidikan yang terdiri dari Balai Setia
Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Setia Jemaah Himpunan Ulama.

Balai Setia Hukama merupakan tempat para ulama dan pemikir


membahaskan perkara-perkara yang menyentuh pendidikan di Acheh

Balai Setia Ulama pula dijadikan tempat para ulama menyelesaikan Huraian
masalah yang berkaitan dengan pendidikan.
Isi 3
Balai Setia Jemaah Himpunan Ulama adalah tempat yang menjadi medan
perbincangan para sarjana dan ulama di Acheh. Di sini mereka akan
berbahas, bertukar-tukar pendapat, berseminar dan menyelesaikan
masalah pendidikan dan juga Negara. Secara tidak langsung membawa
kepada perkembangan ilmu pengetahuan

Sebagai contoh, ramai ulama seperti Hamzah Fansuri, Nurudin al Nariri


bertemu di istana Acheh Contoh

Jelas bahawa, pertemuan ulama dan pemikir di istana Acheh membawa


kepada perkembangan ilmu .
Penegasan

65
Selain dari itu istana Acheh juga menjadi tempat mengumpul dan
menyimpan kitab-kitab agama dan Sejarah Fakta

Kitab-kitab yang dikarang oleh ilmuan Islam Acheh akan dikumpul dan
di simpan di istana Acheh untuk kegunaan pemerintah dan rakyat. Kitab-
Huraian
kitab yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu juga akan di simpan di
Isi 4 istana Acheh.
Antara kitab –kitab dan buku sejarah yang disimpan di istana Acheh ialah
Kitab Asrabul Asyikin, Siratul Mustaqim dan lain-lain yang menjadi
Contoh
bahan rujukan kepada pemerintah dan rakyat Acheh

Kesan pengumpulan dan penyimpanan buku-buku agama dan sejarah ini


menjadikan istana Acheh menjadi penting dalam perkembangan ilmu di
Penegasan
Acheh khususnya dan di Nusantara amnya.

Jelas menunjukkan bahawa istana memainkan peranan yang sangat penting dalam
perkembangan ilmu di Acheh. Peranannya sebagai pusat pendidikan, pusat pertemuan Kesimpulan
dan perbincangan ulama juga sebagai pusat kegiatan penulisan dan penterjemahan
menjadikan Acheh sebagai pusat penyebaran dan perkembangan islam di rantau Asia
Tenggara.

SOALAN 9: NILAIKAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI DALAM BIDANG


MATEMATIK MENJADIKAN BELIAU SEORANG TOKOH ILMUAN ISLAM YANG
SANGAT TERKENAL
ATAU

BINCANGKAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI DALAM BIDANG MATEMATIK,


ASTRONOMI DAN GEOMETRI

Nama sebenar al-Khwarizmi ialah Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al-Khwarizmi.
Beliau merupakan seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam falsafah, logic,
aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Sumbangan al-
Pendahuluan
Khawarizmi mula terserlah ketika pemerintahan Khalifah al-Ma’mun (813-833 H) di
Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan kajian
beliau. Beliau lebih dikenali sebagai al-Khwarizmi dalam kalangan ahli sains dan
merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu Matematik.
Sumbangan Antara sumbangan awal al-Khawarizmi dalam bidang Matematik
dalam adalah beliau telah mendapat pengiktirafan daripada pemerintah
Fakta
Bidang Kerajaan Abbasiyah Khalifah seperti al-Ma’mum dan Khalifah Harun
Matematik al-Rashid.

66
Beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli akademik
matematik di Baitul Hikmah oleh Khalifah Harun al-Rashid. Beliau
juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh
Khalifah al-Ma’mum.

Bertindak mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah


indeks buku-buku di perpustakaan, mengetuai serta mengawasi kerja
penterjemahan buku-buku Matematik dalam bahasa Yunani.

Beliau turut dilantik sebagai Astronomi dan bertugas di Balai Cerap di


Baghdad oleh Khalifah al-Ma’mum.

Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor


yang digunakan sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angka-
angka ini menggunakan simbol-simbol tertentu dan mewakili nilai-
nilai tertentu seperti yang digunakan oleh penduduk Timur Arab.

Al-Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar


dan perpuluhan dalam ilmu matematik. Penggunaan angka inilah akan Huraian
terbitnya nombor yang mencapai infiniti. Hasilnya, ilmu Matematik
semakin berkembang meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan
sebagainya.

Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar setelah


memperkenalkan jurusan aritmetik dengan penggunaan simbol yang
mewakili nombor dan nilai (pembolehubah).

Hasilnya banyak masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat


Islam dapat diatasi. Buku kaedah aritmetik al-Jabar ini telah
diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universiti-
universiti di Eropah pada abad ke-12 M - ke-13 M.

Beliau berjaya mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh
pakar-pakar matematik sebelumnya seperti istilah-istilah baharu dalam
ilmu aritmetik. Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa dua (x²),
pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang digunakan sehingga kini.

Sumbangan besar al-Khawarizmi dalam bidang Matematik


mencerminkan kehebatan dan keunggulan tamadun Islam yang
berkekalan sehingga ke hari ini. Malah, sumbangan beliau juga
Penutup/ Isi
sebagai pemangkin kepada kemajuan orang Barat yang mendalami
teori-teori yang dikemukakan oleh beliau.

Selain terkenal sebagai seorang pakar Matematik, beliau juga


Sumbangan
dikagumi sebagai seorang Ahli Falak Diraja dan sangat berjasa dalam
dalam
bidang falak (astronomi) pada zaman Khalifah al-Ma’mun di Fakta
Bidang
Baghdad.
Astronomi

67
Al Khawarizmi juga adalah tokoh pertama yang menyediakan takwim
Islam yang bertajuk Zij al-Sindhind yang berdasarkan astronomi India
dan terdapat jadual kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-
planet.

Beliau juga telah mengkaji pelbagai aspek dari sudut gerhana sehingga
ke fasa-fasa bulan. Antara hasil (sumbangan) ialah membuat
penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi dan
membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.

Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang diterokai


pada masa itu. Selain itu, beliau juga telah menghitung isi padu dan
ukur lilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan
masa dan jam matahari. Huraian

Beliau juga telah menulis sekurang-kurang dua Zij (buku/makalah)


berkaitan dengan astronomi ketika bertugas di perpustakaan istana.

Makalah pertama mengenai alat yang dapat menunjukkan waktu


dengan bayangan matahari (jam matahari). Alat ini diperbuat drp batu
marmar (ruhkamat) yang digunakan utk mengenal pasti waktu solat.

Makalah kedua mengenai sejenis alat ukuran astronomi yang


dipanggil sebagai astrolab. Bidang astronomi sangat berkaitan dgn
pengiraan, oleh itu ilmu al-Jabar yang diperkenalkan oleh al-
Khwarizmi sangat berguna.

Sebagai contoh alat pelayaran iaitu kuadran dan astrolab. Kuadran


digunakan utk menyukat sudut dan altitud ketika belayar. Manakala
astrolab pula digunakan utk mengukur waktu, ketinggian gunung dan Contoh
kedalaman perigi.

Termyata sumbangan besar dalam bidang astrinomi telah menjadikn


beliau seorang pakar rujuk dan perkembangan dalam bidang Penutup/ Isi
astronomi dalam tamadun manusia moden
Al Khawarizmi juga dikenali sebagai tokoh dalam bidang Geografi.
Malah baliau adalah saintis pertama yang melakar peta dunia pada
Fakta
tahun 830 M iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

Menghasilkan beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan


Sumbangan
menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitab Surat al-Ard (The Image of
dalam
Earth) iaitu buku tentang rupa muka bumi.
Bidang
Geografi Huraian/
Kitab ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy
contoh
tentang Geografi. Kitab ini dihasilkan semasa menjalankan tugas utk
mengetahui kedudukan bumi dan keluasannya, mengukur garis latitud
dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di balai cerap di
Baghdad.

68
Beliau telah mengemukakan beberapa koordinat tempat di Laut
Mediterranean, Asia dan Afrika berdasarkan buku yang ditulis oleh
Ptolemy.

Kitab ini lengkap dgn carta-carta astronomi yang melakarkan


pergerakan bintang di langit. Kitab ini juga menerangkan dan
membuktikan pandangan sarjana Yunani (Ptolemy) tentang jarak
antara negara-negara.

Kesannya, ilmu Geografi yang dipelopori beliau telah memudahkan


ahli Geografi masa kini untuk menjalankan kajian selanjutnya. Penutup/ Isi

Jelslah kewibawaan al-Khwarizmi dalam bidang ilmu tidak terbatas dalam bidang
matematik sahaja malah turut membuat sumbangan besar dalam ilmu astronomi dan
geografi. Beliau bukan sahaja beliau disanjung oleh umat Islam, bahkan karyanya telah Kesimpulan
diguna pakai oleh sarjana-sarjana Barat sehingga kini.

SOALAN 10: SUMBANGAN IBN SINA DALAM BIDANG PERUBATAN TELAH


MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA MASYARAKAT PADA HARI INI.
BINCANGKAN PERNYATAAN INI

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Husayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali
bin Sina. Beliau dikenali sebagai Ibn Sina di Timur dan Avicenna di Barat.Beliau
dilahirkan pada tahun 980 M di Bukhara ,Turkestan. Beliau banyak melakukan
penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang Pendahuluan
perubatan.Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu beliau muncul sebagai
seorang pakar perubatan yang terkemuka.Sumbangan Ibn Sina dalam bidang
perubatan jelas telah memberi impak yang besar kepada masyarakat pada hari ini.

Ensiklopedia Kedoktoran Pertama Fakta

Isi 1 Antara sumbangan beliau ialah dalam menghasilkan karya-karya


perubatan.Karya yang pertama Ibn Sina berjudul Al-Majmu.Karya ini
dihasilkan semasa beliau berusia 21 tahun.Buku ini mengandungi Huraian
pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Nama buku-buku yang pernah
dikarang oleh Ibn Sina termasuklah berbentuk risalah ukuran
kecil,dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul “Essai
69
de Bibliographie Avicenna” yang dihasilkan oleh Pater Dominican di
Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut ialah Qanun fi At-
Tibb.Selain itu beliau juga menghasilkan 250 buah karya .Karya-karya
tersebut masih kekal hingga ke hari ini.116 daripadanya ialah dalam
bidang perubatan.Karya-karyanya ditulis dalam Bahasa Arab dan Parsi.

Qanun fi At-Tibb atau Peraturan Perubatan adalah karya yang


termahsyur.Karya ini terdiri daripada 14 jilid.Karya ini paling banyak
dicetak di Eropah pada zaman Renaissance.Karya ini juga mempunyai
Contoh
pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman
Renaissance dan telah menjadi rujukan yang utama di universiti-
universiti Eropah hingga abad ke-17 M.

Jelaslah bahawa karya-karya Ibn Sina terutamanya Qanun fi At-Tibb


telah memberi impak yang besar khususnya dalam bidang
perubatan.Qanun fi-At-Tibb juga merupakan himpunan perbendaharaan Penutup
ilmu perubatan.Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran
daripada Ibn Sina iaitu dari segi penggunaan ubat,diagnosis dan
pembedahan.

Teori-teori Anatomi dan Fisiologi Fakta

Sumbangan seterusnya ialah ilmu berkenaan teori-teori tentang


anatomi dan fisiologi serta teori-teori yang lain.Teori ini
menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan
mikrokosmos(dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai
makrokosmos(dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga Huraian
kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian
kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi.Terdapat empat musim dan
12 bulan dalam setahun,dengan itu manusia memiliki empat tangkai
dan lengan(anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi.
Isi 2
Karya Canon of Medicine misalnya memuatkan penyataan yang tegas
bahawa darah mengalir secara terus menerus dalam suatu lingkaran dan
tidak pernah berhenti.Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu
penemuan tentang sirkulasi darah,kerana bangsa Cina tidak
membezakan antara urat-urat darah halus(veins)dengan pembuluh
Contoh
nadi(arferies).Analogi tersebut hanyalah anologi yang digambarkan
antara gerakan darah dan siklus alam semesta,pertukaran musim dan
gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan
sebenarnya.

Teori ini juga berpengaruh dan memberi kesan kepada masyarakat pada
hari ini. Penutup

70
Terjemahan dan bahan tujukan Qanun fi At-Tibb Fakta

Pada abad ke-12M,Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibn


Sina ke Bahasa Latin.Buku ini menjadi buku rujukan utama di
universiti-universiti Eropah hingga 1500 M.Bukunya telah dicetak
sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam Bahasa Latin dan sebuah edisi Huraian
dalam Bahasa Yahudi(Hebrew).Di samping itu ,buku tersebut turut
diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris,Perancis,Sepanyol dan
Itali.Pada abad ke-16 M,buku ini dicetak sebanyak 21 kali.

Qanun fi At-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di


Isi 3
beberapa buah universiti di Perancis.Contohnya Sekolah Tinggi
Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai
Contoh
bahan rujukan pada abad ke-17M.P.K.Haiti menganggap buku ini
sebagai Ensiklopedia kedoktoran.

Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagai ‘Bapa


Kedoktoran’.Ini disebabkan Ibn Sina menyatukan teori perubatan
Yunani(Hippocrates dan Galen)serta pengalaman ahli-ahli perubatan
India dan Parsi dengan pengalaman beliau sendiri.Terbukti bahawa
Penutup
sumbangan Ibn Sina dalam biang perubatan telah banyak memberi
impak yang besar kepada masyarakat pada hari ini.

Perintis Pengenalan Penyakit Saraf Fakta

Pengenalan penyakit saraf juga diterangkan oleh Ibn Sina di dalam


bukunya iaitu Qanun fi At-Tibb.Manakala buku Canon of Medicine
Huraian
mengemukakan cara-cara pembedahan yang menekankan keperluan
pembersihan luka.

Melalui buku ini juga diberi keterangan yang jelas dengan hiasan
gambar dan sketsa yang menunjukkan pengetahuan anatomi Ibn Sina
Isi 4 Contoh
yang luas.

Kepakaran Ibn Sina dalam bidang perubatan telah menyebabkan beliau


pernah digelar sebagai Medicorum Principal atau Raja Diraja Doktor
dan Raja Ubat khususnya kepada Raja Nuh II bin Mansur di Bukhara
semasa beliau berumur 18 tahun.Ternyata kepakaran Ibn Sina telah Penutup
mendapat pengiktirafan dari dahulu sehingga masa kini.Buku-bukunya
telah dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar perubatan.

71
Isi 5 Sumbangan lain dalam bidang perubatan Fakta

Ibn Sina memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan


membuat beberapa penemuan dalam ilmu perubatan psikoterapi atau
‘psychosomatic medicine’.Beliau juga memperkembangkan ilmu
diagnosis melalui denyutan jantung atau ‘pulse diagnosis’ untuk
mengenalpasti beberapa detik sahaja ketidakseimbangan
hormon.Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan
oleh para doktor muslim di Pakistan,Afghanistan dan Parsi yang
menggunakan ilmu perubatan Yunani.
Ibn Sina juga menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.Beliau
Huraian
sangat berminat dalam mengesan akal atas jasad dan telah banyak
menulis tentang gangguan psikologi.
Selain itu Ibn Sina juga merupakan doktor perubatan pertama yang
mencatatkan bahawa penyakit paru-paru merupakan sejenis penyakit
berjangkit.Beliau turut menyatakan dengan tepat tanda-tanda penyakit
kencing manis dan kesan yang timbul daripadanya.Ibn Sina juga
bertanggungjawab mengubati penyakit barah seperti barah usus.Dalam
kajiannya Ibn Sina mengatakan bahawa penyakit barah lebih banyak
menyerang kaum wanita.

Penemuan-penemuan perubatan Ibn Sina dalam diagnosis denyutan


jantung,ilmu psikologi,penyakit paru-paru,kencing manis dan barah
Contoh
telah diguna pakai sehungga hari ini .Penemuan-penemuan ini menjadi
asas dalam bidang perubatan masa kini.

Oleh yang demikian jelaslah bahawa sumbangan Ibn Sina telah


memberi impak yang besar kepada masyarakat masa kini terutama Penutup/penegasan
dalam bidang perubatan.

Kesimpulannya,sumbangan Ibn Sina tiada tandingannya.Kewibawaan Ibn Sina


terbukti begitu hebat .Beliau bukan sahaja disanjung tinggi oleh umat Islam,bahkan
karya-karyanya diguna pakai oleh sarjana-sarjana Barat.Kepakaran Ibn Sina dalam
Kesimpulan
bidang perubatan sesungguhnya memberi impak yang besar kepada masyarakat masa
kini.Ini disebabkan ilmu-ilmu perubatannya telah menjadi rujukan dunia.

72
SOALAN 11: ANALISISKAN SUMBANGAN IBN MAJID DALAM BIDANG
PELAYARAN DAN GEOGRAFI

Nama sebenar Ibn Majid ialah Shihab al-Din bin Majid al-Najdi. Beliau dilahirkan di
Julphar (Oman) dan merupakan seorang ahli pelayaran Arab terkemuka pada abad ke-
15. Datuk dan bapanya mahir dalam bidang pelayaran dan menjadi guru ilmu pelayaran
serta arif dengan Laut Merah.
Pendahuluan
Beliau digelar "Singa Laut" kerana kemahirannya berlayar di Lautan Hindi. Beliau telah
menghasilkan 40 buah karya sama ada berbentuk prosa atau puisi yang merangkumi
bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin, dan ombak. Oleh itu, terdapat beberapa
sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.

Kitab al-Fawa'id fi Usui 'Ilm al-Bahr wa al- Qawa'id

Sumbangan beliau dalam bidang pelayaran dan geografi ialah melalui Fakta
karya al-Fawa'id fi Usui 'Ilm al-Bahr wa al-Oawa'id.

Ibn Majid dianggap tokoh Islam terawal yang menulis tentang ilmu
Kelautan. Buku al-Fawaid fi usul ilmi al-Baha wa al-Qawaid bertarikh
1490. Jelas bahawa karya tersebut menceritakan tentang faedah dan
kaedah ilmu laut dan dapat dilihat dalam karya tersebut yang mempunyai
12 buah bab dalam bentuk prosa. Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk
memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan-catatan yang telah
Huraian
dilakukan oleh pelayar-pelayar sebelumnya.

Buku in mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu


kapal laut di Laut Merah dan Lautan China.Beliau telah menulis
Isi 1
maklumat tentang kedalaman laut,kawasan pantai,batu karang,pulau
pelabuhan,angin,dan semua data yang diperlukan oleh pemandu kapal.

Contohnya, dalam karya tersebut menceritakan tentang permulaan


pelayaran, jarum, magnet, bintang, bulan, kompas, laluan lautan Hindi, 10
Contoh
buah pulau yang paling terkenal, monsun yang sesuai bagi pelayaran
berserta tarikh mengikut perkiraan bangsa Parsi dan tentang Laut Merah.

Kesannya, beliau telah membantu pelayar dalam menjalankan ekspedisi


pelayaran mereka.
Penutup

73
Kitab Hawiyat al-Ikltisar fi usul 'Ilm al-Bihar

Seterusnya, sumbangan Ibn Majid adalah menghasilkan kitab Hawiyat al-


Fakta
Ikhtisar fi Usui 'Ilm al-Bihar pada tahun 866 H.

Jelas menunjukkan dalam karya tersebut telah menceritakan mengenai


ilmu tarikh, bahasa, bintang serta ilmu berkaitan laut. Juga tentang laut di
pantai Arab, China, Teluk Parsi, Lautan Hindi, Hijaz, Syam dan Afrika
serta pelabuhan, garis lintang dcin ilmu astronomi.
Huraian
Isi 2 Hasil karya Ibn Majid dalam bidang pelayaran berjumlah 25 buah dan
diiktiraf sebagai buku penting dalam bidang astronomi dan geografi
nautika pada Zaman Renaissans dan sebelumnya.

Misalnya, kitab beliau masih lagi membincangkan tentang ilmu laut. Contoh

Akibatnya, beliau dapat memberi ilmu pengetahuan yang amat berguna


kepada pelayar tentang bahasa, tarikh dan bintang serta laut. Keadaan ini
Penutup
membuktikan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi
dalam bidang nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15 M.

Karya Qadidah Makkiyah


Fakta
Selain itu, sumbangan Ibn Majid adalah Qadidah Makkiyah.

Hal ini dapat dilihat melalui karya beliau yang telah menceritakan tentang
Huraian
Laut Merah dari Jeddah ke Tanjung Fartak dengan lebih terperinci.
Isi 3
Umpamanya, beliau menceritakan tentang selatan Semenanjung Tanah
Contoh
Arab.

Kesannya, pelayar dapat mengetahui laluan perjalanan dengan lebih jelas


Penutup
dan tepat.

Penunjuk arah kepada pelayar Barat akhir sekali.


Fakta
Sumbangan Ibn Majid ialah menjadi penunjuk arah kepada pelayar Barat.
Isi 4
Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah membantu seorang pelayar Barat
sehingga beliau digelar 'Malembo Canaqua' oleh Portugis. Huraian
Dengan bantuannya, ekspedisi tersebut berjaya mengharungi Lautan

74
Hindi dengan mudah. Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke
Malindi tanpa bantuan Ibn Majid, mereka memerlukan masa berbulan-
bulan untuk tiba sehingga mengalami kebuluran

Contohnya, beliau telah membantu Vasco Da Gama dari pantai timur


Contoh
Afrika ke Kalikat, India.

Ironinya. beliau dihormati oleh pelayar Barat dan dikenali oleh seluruh
Penutup
lapisan masyarakat.

Kesimpulannya, sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi telah
merangsang tokoh-tokoh pelayar Islam yang lain serta gambaran kepada masyarakat
sejagat. Tinggalan dan timbunan ilmu dapat diwarisi oleh kita pada hari ini dan
menunjukkan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang seni
nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15. Kesimpulan

SOALAN 12: BINCANGKANKAN SUMBANGAN IBN BATTUTAH KEPADA


PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA

Ibn Battutah merupakan tokoh pelayaran Arab yang terkenal. Beliau dilahirkan di
Tangier yang terletak di Morocco pada 1305M. Beliau telah menjelajahi sebanyak 44
negara dan dua benua. Beliau mengembara hampir ke semua negara Islam termasuk
Mesir, Syria, Iraq, Iran, India semasa pemerintahan Muhammad Ibn Tughluq, Analtolia,
China danri Chuan Chou hingga ke Peking, Kepulauan Nusantara dan Constantinople.
Pelayarannya yang pertama adalah untuk menunaikan haji di Makkah serta mempelajari Pendahuluan
bidang undang-undang. Namun semasa pelayaran ini, beliau mula berminat dalam
budang pelayaran dan telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang pelayar.
Beliau mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325 hingga tahun 1353 M.
Catatan pengembaraan beliau dimuatkan dalam hasil tulisannya yang dikenali sebagai
”Rihlah” atau “The Travel of Ibn Battutah”.

Bidang Sejarah Fakta


Isi 1
Sumbangan Ibn Battutah bukan sahaja dari segi pertambahan ilmu, tetapi
Huraian
yang lebih penting lagi ialah dalam bidang sejarah. Beliau berjaya
75
menemui ramai pemerintah, wazir dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan
yang majoritinya boleh dipastikan dengan sumber-sumber lain.
Hubungannya dengan mereka tercatat dalam buku ”Rihlah Ibn Battutah”
boleh dianggap sebagai dokumen sejarah. Dalam buku ini, aspek-aspek
sosial, ekonomi dan politik boleh didapati terutamanya yang berkait
dengan dunia Islam.

Contohnya, Ibn Batuttah telah membuat penerokaan sejarah di Anatolia,


India di bawah pemerintahan Muhammad Tughluq, Afrika Timur dan
Barat, Maldives serta masyarakat Melayu di Sumatera.

Dalam catatan beliau: banyak dimasukkan fakta yang sahih dan tepat serta
disokong dengan sumber-sumber lain yang berkaitan.
Contoh
• Kota Konstantinople: Beliau mencatat keindahan kota itu yang
dilengkapi dengan pasar, jalan raya yang dibina daripada batu,
kewujudan gereja besar seperti St Sophies.
• Pasai, Sumatera pula beliau gambarkan sebagai kawasan yang
amat subur dan dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih dan
gaharu

Jelaslah bahawa Ibn Batuttah telah memberi sumbangan menerusi rekod


penting sejarah Zaman Pertengahan bagi pelbagai negara yang dilawati Penutup
termasuk negeri-negeri Afrika, China, India dan Asia Tenggara.

Perkembangan Ilmu Geografi Fakta

Ibn Battutah banyak memberi sumbangan dalam perkembangan ilmu


geografi. Bukunya Rihlah dianggap sebagai buku geografi klasik yang Huraian
terpenting kepada umat Islam dan tamadun dunia.

Bukunya juga mencatatkan penemuan geografi dan bentuk fizikal banyak


negara Islam yang dilawati seperti Mesir, Parsi, Baghdad, Bahrain, Oman
Isi 2
dan sebagainya. Beliau juga mencatatkan keadaan geografi fizikal dan
kemanusiaan tentang benua seperti India, China dan Sumatera. Beliau
banyak membuat catatan tentang iklim, bentuk muka bumi dan budaya
masyarakat India dan China.
Contoh
Antara catatan beliau yang penting ialah keadaan iklim khatulistiwa yang
tidak sepanas iklim di Afrika Utara yang mana catatan ini dapat
mempengaruhi saudagar ketika memilih pangkalan pelabuhan untuk
disinggahi oleh mereka

76
Kesannya menjadi panduan kepada ahli geografi moden untuk membuat
kajian terhadap perkembangan ilmu geografi tersebut. Penutup

Kebudayaan Fakta

Ibnu Battutah juga banyak mencatatkan perkembangan kebudayaan dan


sosial dunia Islam. Melalui bukunya Rihlah, beliau mencatatkan budaya
Huraian
hidup masyarakat yang dilawati seperti agama, cara hidup. adat resam dan
sebagainya.

Isi 3 Contohnya beliau mencatatkan adat-adat agama Hindu, upacara


keagamaan dan amalan sosial yang menakutkan di India seperti adat Sutte
dan amalan membunuh diri di Sungai Ganges. Manakala di Sumatera,
Contoh
beliau mencatatkan banyak budaya dan cara hidup masyarakat Melayu
seperti adat istiadat diraja, pakaian tradisi, bentuk seni bina istana dan
sebagainya.

Kesannya membantu ahli antropologi dan sosiologi membuat kajian ke


Penutup
atas masyarakat lampau.

Politik Dan Pemerintahan Fakta

Ibn Battutah juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan


politik. Bukunya Rihlah dianggap sebagai karya poltik kerana banyak
mencatatkan tentang sistem politik dan undang-undang sesebuah negara. Huraian
Fakta sejarah yang digunakan adalah berasaskan sumber utama iaitu
dengan merujuk kepada pemerintah pada masa itu.

Contohnya, beliau banyak mencatatkan perkembangan sistem politik di


Isi 4
India pada zaman Kerajaan Tughluq kerana beliau pernah dilantik sebagai
kadi selama 7 tahun di India. Buktinya, di India beliau menjadi utusan ke
Contoh
negara China. Di Pasai, Sultan al-Malik al-Zahir memberi penghormatan
kepada beliau sebagai ulama dengan menyediakan sebuah tongkang besar
untuk pelayaran ke China.

Jelaslah bahawa Ibn Batuttah merupakan seorang tokoh yang telah


memberi sumbangan dalam perkembangan tamadun manusia dari segi
politik dan pemerintahan. Keadaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah
Penutup
kerana sepanjang pengembaraan, Ibn Batuttah telah banyak berinteraksi
dengan beberapa pemimpin negara.

77
Penerokaan Dan Penjelajahan Fakta

Ibn Battutah juga dianggap sebagai pelopor dalam dunia penerokaan dan
penjelajahan Islam setanding dengan tokoh pengembara barat iaitu Marco
Polo dan lain-lain. Digelar The Prince of MuslimTravellers. Rekod
penerokaan beliau dicatatkan dalam bukunya ”Rihlah Ibn Battutah” dan Huraian
Isi 5 diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Peranchis,
Belanda, Jerman dan sebagainya. Diterjemahkan oleh HAR Gibb ke
dalam bahasa Inggeris yang betajuk ”The Travels of Ibn Battutah”.

Contohnya, Ibn Batuttah telah mengembara 28 tahun merentasi tiga benua


(Afrika, Eropah dan Asia), merangkumi 44 negara dengan jarak Contoh
perjalanan 117, 000 km.

Jelaslah bahawa beliau banyak menyumbang kepada perkembangan


penerokaan Islam dan barat di mana catatan penerokaan beliau telah
Penutup
dijadikan panduan oleh tokoh penjelajahan selepas itu seperti orang
Portugis dan Sepanyol.

Sumbangan pengembara Ibn Battutah memberi suatu asas untuk manusia melangkah ke
arah kemajuan dan perkembangan tamadun manusia. Sumbangan Ibn Battutah bukan
sahaja dalam bidang geografi tetapi juga memperkayakan ilmu pensejarahan Kesimpulan
terutamanya dunia Islam. Sumbangan Ibn Battutah yang besar ini menyebabkan beliau
dikenali sebagai ”The Prince of Muslims Travellers”.

78
TEMA 3 : NASIONALISME DAN
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

SOALAN HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIYAH


PADA ABAD KE-20
1

Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman Ertughrul yang


mengisytiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada ahun 1299.Wilayah ini
mula berkembang melalui penakhlukan Constantinople oleh Muhammad al-fatih
pad atahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman al-Qanuni.
Selepas kemangkatan Sulaiman al-Qanuni pada tahun 1566, berlaku kemerosotan
dalam empayar Uthmaniyah. Ini disebabkan oleh kelemahan yang wujud dalam
kerajaan Turki Uthmaniyah; tidak kurang juga faktor luaran yang membawa
kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniyah.. Pendahuluan
Semasa proses keruntuhannya, empayar Turki Uthmaniyah merupakan empayar
yang luas meliputi Semananjung Balkan,Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir,
dan Afrika. Namun disebabkan pelbagai faktor dalaman dan luaran, akhirnya
membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah sehingga memberi kesan
kepada negara-negara Islam di sekitarnya.

Kelemahan kepimpinan Fakta


Setelah kemangkatan Sulaiman al-Qanuni, empayar Turki Uthmaniyah
mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini disebabkan
kelemahan pemerintah, iaitu dalam soal keperibadian dan kepimpinan.
Kelemahan ini terbukti dengan sikap sultan yang mementingkan hiburan Huraian
dan kesenian sehingga menyebabkan keruntuhan moral.
Sebagai contohnya Sultan Murad III telah dikuasai nafsu sepanjang
pemerintahannya sehingga mempunyai 118 orang anak.
Sultan Ibrahim membunuh 100,000 orang dan menyaksikan sendiri
pembunuhan 25,000 orang daripadanya.
Isi 1 Kelemahan kepimpinan menyebabkan Sultan Ibrahim dipengaruhi oleh Contoh
bonda dan 3 orang isterinya yang campur tangan dalam pemerintah untuk
menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa
kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah akhinya mendorong Penutup Isi
perlakuan tidak bermoral yang membawa kepada kejatuhan empayar
Turki Uthmaniyah.
Masalah pemimpin yang bersilih ganti Fakta
Masalah ini menyumbang kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah
kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan
pemerintah. Huraian
Isi 2 Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin berdasarkan
kekuatan. Keadaan ini mendorong ke arah peperangan antara putera-

79
putera raja yang menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik dan
kepimpinan.

Masalah pemimpin yang bersilih ganti menyebabkan ketidakstabilan Penutup Isi


politik dan membawa kepada kejatuhan Turti Uthmaniyah.

Kelemahan dalam sistem ketenteraan Fakta


Kemerosotan ini bermula dengan kemerosotan disiplin ketenteraan dalam
kalangan pegawai atasan. Huraian
Isi 3 Persaingan dalam jawatan ketenteraan menyebabkan putera-putera raja
yang berpotensi disisihkan dan putera sulung dipilih kerana para pegawai
diberikan kebebasan untuk memilih.
Contohnya, perlantikan Bayezid I dan Salim II bukannya berdasarkan
kemampuan yang unggul. Penghapusan aristokrasi tentera yang menjadi Contoh
saingan kepada kuasa pusat. Penghapusan ini menyebabkan system
tentera hamba menjadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan
dalam angkatan tentera membenarkan anak-anak pegawai mendapat
pangkat,lantas menghapuskan asas disiplin dalam ketenteraan.
Jelaslah kelemahan dalam sistem ketenteraan telah melemahkan kerajaan Penutup isi
Turki Uthmaniyah dan membawa kepada kejatuhannya.
Kebangkitan kekuasaan Eropah Fakta
Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan dan perkembangan sains dan
teknologi yang dicapai oleh Eropah selepas zaman gelap telah mendorong
peluasan kuasa atau imperialisme Barat. Huraian

Isi 4 Contohnya: Gerakan Renaisans melahirkan perubahan besar dalam Contoh


sejarah dunia, iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam
Turki Uthmaniyah.
Kebangkitan kekuasaan Eropah telah melemahkan Khilafah Uthmaniyah Penutup isi
yang menyebabkan kejatuhannya.
Peperangan dengan negara Eropah Fakta
Peperangan demi peperangan dengan negara Eropah telah
memperlihatkan kekalahan kerajaan Uthmaniyah. Kekalahan dalam
peperangan telah membawakan kerugian besar dan seterusnya Huraian
melemahkan Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Peperangan dengan Austria sekitar tahun 1682-1689 telah membawa
kerugian besar kepada kerajaan Turki Uthmaniyah.
Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki Uthmaniyah
menyebabkan Turki kehilangan Hungary, kota Budapest, wilayah
Isi 5 Transilvaniadan beberapa wilayah yang telah melemahkan pertahanan
Uthmaniyah . Contoh
Penyatuan Prince of Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah
mengalahkan Turki dalam Peperangan Peterwarden pada tahun 1716.

80
Jelaslah penglibatan dan kekalahan Khilafah Uthmaniyah dalam Penutup isi
peperangan menghadapi kuasa Barat sejak abad ke-17 lagi telah
melemahkan dan meruntuhkannya.
Peperangan demi peperangan dengan negara Eropah telah
memperlihatkan kekalahan kerajaan Uthmaniyah. Kekalahan dalam
peperangan telah membawakan kerugian besar dan seterusnya
melemahkan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Isi 6 Siri perjanjian dengan negara Eropah Fakta


Perdamaian melalui perjanjian telah menyebabkan Turki kehilangan
banyak kawasannya dan pada masa yang sama turut melemahkan
empayarnya. Huraian

Perjanjian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan


Turki kehilangan Timsuar, Belgred, sebahagian besar negeri Serbia dan
Romania.
Perjanjian Redsin yang ditandatangani dengan Rusia pula menyebabkan Contoh
Sultan Turki terpaksa menyerahkan Ukrain kepada Rusia dan membuka
peluang perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam.

Jelaslah, siri perjanjian dengan negara Eropah telah melemah dan Penutup Isi
meyumbang kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniyah.
Kedudukan kuasa kerajaan Turki Uthmaniyah yang luas suatu ketika dahulu telah
hilang pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanyalah beberapa daerah
kecil yang masih berada di bawah taklukannya. Kesimpulan
Pengakhiran Khilafah Uthmaniyah bermula selepas Mustafa Kamal Ataturk
mengisytiharkan Turki sebagai sebuah republik.
Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah akibat
masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat diselesaikan secara sistematik.

SOALAN HURAIKAN REAKSI MASYARAKAT MESIR TERHADAP PERLUASAN


2 KUASA BARAT PADA ABAD KE-19 HINGGA KE-20 M

Pada abad ke-18M, Mesir masih sebahagian wilayah empayar Pendahuluan


Uthmaniyah. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M, Mesir mengalami
beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa antara pemerintah
tempatan. Suasana politik yang tidak stabil inilah yang membawa kepada
kekacauan dan menjejaskan ekonomi Mesir pada keika itu. Bermula abad
ke-18, Mesir bukan lagi sebuah wilayah yang kaya-raya sebagaimana
zaman kemuncak kegemilangan Islam. Mesir telah hilang
keistimewaannya sebagai sebuah pusat kebudayaan dan ketamadunan.

Penaklukan Perancis ke atas Mesir 17M – 18M Fakta


Pada akhir abad ke-18, Perancis telah berjaya menawan Mesir, setelah Huraian
menewaskan tentera kerajaan Mamluk yang memerintah Mesir pada ketika
itu. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798. Ekspedisi ketenteraan ini

81
diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya Revolusi
Perancis. Walau bagaimanapun, penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak
lama, iaitu hanya sekitar tiga tahun sahaja. Perancis kemudiannya dapat
diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan Britishn
pada tahun 1801. Pendudukan Perancis di Mesir membuka senario baharu
kerana ia merupakan kuasa Barat pertama yang menceroboh Mesir.
Isi 1 Sebagai reaksinya, walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga Contoh
tahun sahaja, namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah
demografi politik Mesir. Contohnya, konsep modenisme dan sekularisme
meresap dalam pemikiran rakyat. Maksud modenisme ialah gerakan yang
menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki, dan membentuk semula
persekitaran mereka dengan bantuan ilmu sains, teknologi dan uji kaji
praktikal manakala sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau
entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan
agama. Sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari
peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama
kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal
ehwal agama
Kesimpulannya, penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798-1801M telah Penutup isi
meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan
pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang
mengubah landskap sosiopolitik Mesir.
Pemberontakan Syeikh Muhammad al-Sadat Fakta
Pada 21 Oktober 1798, 3 bulan selepas penaklukan tentera Perancis ke atas Huraian
Mesir, pemberontakan di bawah pimpinan Syeikh Muhammad Sadat
meletus sebagai reaksi terhadap penaklukan tersebut. Pemberontakan ini
Isi 2 berlaku apabila Majlis Syura al-Azhar membuat keputusan melancarkan
jihad menentang Perancis. Kebangkitan menentang Perancis disebabkan
beberapa faktor. Perbezaan agama adalah faktor terbesar yang
menyebabkan berlakunya pemberontakan. Rakyat Mesir menganggap
kerajaan Turki Uthmaniah sebagai saudara seagama yang mesti dibantu
dan dipertahankan bermati-matian. Manakala, agama Kristian yang dianuti
Perancis adalah agama yang amat dibenci sejak dari berkurun-kurun lagi
oleh nenek moyang mereka. Mereka tidak akan menukar pegangan yang
mampu menyelamatkan mereka dunia dan akhirat.

Kekalahan tentera Perancis di Port Abu Khir Iskandariah menyakinkan Contoh


mereka bahawa Perancis berada dalam keadaan yang terlalu lemah.
Keruntuhan sosial yang berleluasa seperti pengembangan perniagaan arak ,
tarian-tarian gelek, rasuah dan lain-lain lagi. Kezaliman dan penindasan
terhadap tokoh-tokoh ulama’ yang mengkritik pemerintah. Perbezaan
budaya, bahasa dan pakaian dalam kalangan pegawai-pegawai penjajah
yang berurusan dengan mereka.
Jelaslah bahawa pemberontakan ini telah digagalkan dengan ketibaan Penutup isi
tentera Uthmaniyah dan British yang mengakibatkan kerugian banyak
nyawa dan harta benda bagi kedua-dua belah pihak.

82
Penentangan golongan awam dan Fellahin Fakta
Sebelum meletusnya Pemberontakan Urabi (1881), di Mesir telah muncul
dua golongan penentangan sebagai reaksi terhadap penguasaan asing.
Pertama, penentang yang terdiri daripada golongan awam, golongan
bangsawan (pasha), ulama, dan tuan tanah. Kedua, ialah pegawai tentera
Mesir (yang berketurunan Mesir asli yang dikenali sebagai Fellahin) Huraian
menentang pentadbiran Muhammad Ali Pasha berketurunan Turki kerana
memberi layanan istimewa kepada tentera berketurunan Turki-Circassia.
Gerakan ini menuntut dihapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran
Mesir.
Isi 3 Sebagai contoh, apabila ada usaha untuk mengehadkan saiz tentera Mesir, Contoh
maka ramai daripada pegawai berketurunan Fellahin telah diberhentikan
perkhidmatan, berbanding dengan pegawai tinggi tentera berketurunan
Turki-Circassia yang dikekalkan jawatan mereka. Disebabkan hal ini maka
timbulnya reaksi yang lebih dalam kalangan Fellahin.

Kesimpulannya, dua golongan ini (golongan awam dan pegawai tentera Penutup isi
Mesir) telah bergabung mendokong dasar nasionalisme Mesir apabila
bangsa Eropah menunjukkan permusuhan terhadap mereka.

Gerakan Kolonel Urabi Pasha l88l - 1882M Fakta


Reaksi seterusnya diperlihatkan melalui penggabungan dua golongan iaitu Huraian
(golongan awam dan pegawai tentera Mesir) yang telah bergabung bagi
mendokong dasar nasionalisme Mesir apabila bangsa Eropah
menunjukkan permusuhan terhadap mereka. Pergerakan ini bersatu di
bawah pimpinan Kolonel Ahmed Urabi yang bercita-cita mengusir bangsa
Eropah seluruhnya dari bumi Mesir. Ianya juga dikenali sebagai
pemberontakan Urabi.

Urabi menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera Mesir bagi Contoh
Isi 4 mengatasi masalah diskriminasi sosial contohnya Urabi dengan galakan
daripada wakil pemerintah Turki Uthmaniyah di Mesir iaitu Khedif Ismail
telah menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan (Hizb al-Watani)
yang berjuang menghapuskan diskriminasi dalam pentadbiran Mesir,
menjamin agar hutang puitang asing dibayar dengan syarat harta rakyat
Mesir tidak dirampas, menyeru agar kuasa Khedif dipulihkan kembali dan
segala pendapatan daripada perkhidmatan keretapi Mesir dipulangkan
kepada kerajaan Mesir, di samping kemelesetan ekonomi dan keruntuhan
akhlak. Usaha Urabi tidak berjaya apabila pihak British sentiasa menolak
tuntutan rakyat Mesir termasuk isu belanjawan Mesir dan kadar potongan
cukai dari pendapatan negara yang menguntungkan British. Pada akhir
tahun 1881, Ahmed Urabi dan para penyokongnya telah mengambil alih
kuasa daripada Khedif Taufik dan akhirnya Taufik meminta perlindungan
daripada pihak British. Bagi memulihkan keamanan dan menjaga
kepentingan perdagangan dan pertahanannya, British mengambil
keputusan untuk menceroboh Mesir secara langsung pada tahun 1882.
Pada bulan Julai 1882, pihak berkuasa British telah menghantar
Laksamana Seymor dengan angkatan tentera lautnya memaksa pihak

83
nasionalis membubarkan pertahanan mereka di Iskandariah. Apabila
tuntutan itu ditolak, tentera laut British pun membedil Iskandariah dan
seterusnya menakluk Port Said, lsmailiah, dan bandar Suez. Urabi dan
tenteranya cuba bertahan tetapi tidak dapat menahan asakan British. Mesir
terus meniadi tanah British. Taufik kembali ke Mesir dan dilantik semula
sebagai Khedif Mesir.

Tuntasnya, Pemberontakan Urabi ini telah berjaya dipatahkan oleh British Penutup isi
kerana menganggap bahawa Urabi telah mengancam kedudukan British di
Mesir. Urabi telah dibuang ke Sri Lanka manakala Syeikh Muhamad
Abduh turut diusir keluar dari Mesir.

Gerakan Pemulihan Islam (Gerakan Islah) Fakta


Pentadbiran ekonomi yang teruk dan sikap tamak pemerintah yang Huraian
menaikkan cukai sesuka hati membawa kemelaratan kepada penduduk
Mesir, terutama golongan petani yang miskin. Dasar-dasar kerajaan
Muhammad Ali seperti memilik-negarakan tanah dan kerahan tenaga
menyebabkan rakyat Mesir tambah menderita. Atas ketegangan suasana
dan keadaan kacau bilau ini menyebabkan timbul reaksi dalam kalangan
para ulama lalu bangkit untuk menentang ketiadak-adilan yang berlaku.
Kesedaran untuk menghalang kemaraan penjajah Eropah dan boneka
mereka serta mengembalikan maruah umat nampak ketara terutama
melalui idea dan praktis para pelopor gerakan ‘Islah’, seperti Sayyid
Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.

Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi Contoh
yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode
untuk menyalurkan idea-idea Islahnya. Antara saluran-saluran idea
Islahnya dan contohnya ialah:
• melalui proses pengajarannya di Masjid al-Husaini, Darul 'Ulum,
dan Universiti al-Azhar;
Isi 5 • melalui media massa seperti majalah al-Urwah al-Wuthqa,
akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyyah dan al-Ahram (Bahasa Arab: ‫;)اﻷﺣﺮام‬

• melalui karya-karya ilmiah beliau seperti Risalah at-


Tauhid (Bahasa Arab: ‫)اﻟﺮﺳﺎﻟﺔ اﻟﺘﻮﺣﯿﺪ‬, Tafsir Juz' 'Amma (Bahasa Arab:
‫)ﺗﻔﺴﯿﺮ ﺟﺰء ﻋﻢ‬, at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah, al-Islam Wa
ar-Raddu 'ala Muntaqidih (Bahasa Arab: ‫)اﻹﺳﻼم واﻟﺮد ﻋﻠﻰ ﻣﻨﺘﻘﺪﯾﮫ‬, dan al-
Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyyah (Bahasa
Arab: ‫)اﻹﺳﻼم واﻟﻨﺼﺮاﻧﯿﺔ ﻣﻊ اﻟﻌﻠﻢ واﻟﻤﺪﻧﯿﺔ‬.
• melalui jawatan-jawatan yang disandang seperti Hakim
Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Pengurusan Universiti al-
Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

Jelaslah bahawa melalui Gerakan Islah ini merupakan reaksi yang telah Penutup Isi
memberi kesedaran dan keperluan bagi umat untuk melakukan ‘pencarian
semula identiti umat’.

84
Pemberontakan Rosetta Fakta
Penaklukan Perancis telah membuatkan kuasa asing seperti British
membuka mata dan menilai sendiri potensi ekonomi dan kekayaan bumi
Mesir. Justeru British telah mengambil peluang untuk berbaik-baik dengan
Uthmaniyah bagi mengusir Perancis termasuk menghantar bantuan
ketenteraan. Setelah berjaya mengusir Perancis, tentera British terpaksa
berundur dari bumi Mesir pada tahun 1802 melalui Perjanjian Amein.
Namun British sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk
menakluki Mesir dan ini terbukti dengan cubaan untuk menguasainya pada Huraian
tahun 1807 melalui hubungan yang dijalinkan antara British dengan
pimpinan Mamluk Mesir, Alfi Bey sekitar tahun 1806. Hasil hubungan
tersebut, British sanggup membantu Alfi Bey untuk menguasi Mesir
dengan syarat pihak British perlu diberi peluang menguasai pantai-pantai
Mesir, Meskipun British mengetahui Alfi Bey telah meninggal dunia pada
Isi 6 tahun 1807, namun mereka tetap juga meneruskan hasrat tersebut.

Contohnya seramai 2,000 tentera British tiba di bandar Rosetta pada


bulan Mac 1807M dan berhasrat menjadikan bandar pesisisr pantai itu
sebagai pusat gerakan mereka. Penduduk Rosetta dan gabenornya Ali Bey
telah berusaha mempertahankan bandar Rosetta daripada jatuh ke tangan
British dan sebagai akibatnya ramai penduduk tempatan yang terkorban
dalam pertempuran tersebut. Penentangan terhadap British telah Contoh
diperhebatkan lagi apabila Naqib al-Ashraf as Sayyid Umar Makram
menyalakan semangat rakyat Mesir dan pelajar-pelajar al-Azhar. Serangan
yang dilakukan melalui dua kumpulan tentera iaitu satu kumpulan
menguasai Sungai Nil dan satu lagi menyerang al-Hammad (selatan
Rosetta).
Tuntasnya semangat masyarakat tidak dapat dinafikan sebagai reaksi Penutup isi
terhadap penguasaan British di Mesir. Akhirnya tentera British telah
menyerah kalah pada 21 April 187M dan meninggalkan pelabuhan
Iskandariah pada September 1807M.
Kesimpulannya, peluasan kuasa barat telah menimbulkan tindak balas oleh
masyarakat tempatan terhadap mereka, walaupun tindak balas awal ini berjaya Kesimpulan
dipatahkan oleh kuasa penjajah namun, ini telah membuka lembaran baru iaitu
munculnya golongan nasionalis dan seterusnya telah menyemarakan semangat
nasionalisme dalam kalangan masyarakat dan seterusnya golongan ini telah
berusaha untuk memerdekakan Mesir.

SOALAN SEJAUH MANAKAH PENGARUH LUAR TELAH MENYEMARAKKAN


3 GERAKAN NASIONALISME DI MESIR SEHINGGA AWAL ABAD KE 20 ?

Pentadbiran ala Barat yang diperkenalkan oleh British dan penindasan pemimpin
Mesir tidak disenangi oleh penduduk yang majoritinya beragama Islam. Lebih
Pendahuluan
membimbangkan ramai golongan elit Mesir terpengaruh dengan ideologi
sekularisasi dan modenisasi Barat yang mengancam syiar Islam. Situasi ini
melahirkan pelbagai gerakan nasionalisme yang memperjuangkan Islam dan nasib
85
rakyat Mesir daripada terus ketinggalan dalam arus pemodenan . Kebangkitan
nasionalisme di Mesir ditunjangi oleh golongan Islam sekular dan golongan
agama. Pengaruh luar telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Mesir
akibat dari pada kesan gerakan nasionalisme yang melanda Eropah iaitu selepas
tercetusnya Revolusi Peranchis (1789 -1799) dan Revolusi Amerika (1775-1783)

Pengaruh luar Fakta


Selepas berlakunya penjajahan Peranchis dan British terhadap Mesir,
rakyat tempatan mula terdedah kepada cara hidup baharu melalui
transformasi keilmuan dan pemikiran Barat sehingga membangkitkan
Huraian
semangat nasionalisme. Gerakan nasionalisme juga muncul akibat
daripada tercetusnya Perang Dunia Pertama 1914-1918.

Rakyat Mesir terutama golongan petani telah dikerah oleh British


meninggalkan pekerjaan mereka dan menjadi sukarelawan Pertubuhan
Palang Merah dan hamba kepada tentera British di Palestin , Gallipoli
Isi 1 dan Peranchis. Dalam peperangan ini, banyak nyawa rakyat Mesir
yang terkorban. Kehadiran tentera pihak Bersekutu yang ramai di Contoh
Mesir telah menjadikan penduduk berasa lemah dan amat
mengharapkan kuasa asing untuk melindungi mereka. Tentera
Amerika Syarikat juga turut bertapak di bumi Mesir.

Fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir


untuk mempertahankan imej dan maruah negara daripada cengkaman
penjajah dan akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme untuk
menuntut kemerdekaan. Selain itu , terdapat faktor lain yang telah Penutup Isi
menyemarakkan semangat nasionalisme di Mesir iaitu golongan
agama, bahasa dan kesusasteraan , kewartawanan dan media massa ,
peranan pendidikan dan golongan intelektual.
Pengaruh agama Fakta
Penguasaan British ke atas Mesir telah memperkenalkan cara
pentadbiran dan budaya Barat di negara itu. Demi menjaga
kedudukan Islam yang terancam, muncul Gerakan Pemulihan Islam
(Gerakan Islah) yang bermula di Mesir sejak tahun 1850 . Gerakan ini Huraian
dipimpin oleh Syeikh Jamaluddin Al Afghani dan Syeikh Muhammad
Abduh.
Gerakan Islah menggunakan sentimen agama dengan menyedarkan
masyarakat untuk berjihad dengan membersihkan diri daripada amalan
Isi 2
yang bercanggah dengan nilai Islam sebenar yang bersifat progresif ,
dinamisme dan komprehensif. Antara matlamat gerakan ini ialah
memperjuang penyatuan umat Islam melalui konsep Pan Islamisme
dan membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan dan Contoh
idealisme Barat Kristian yang boleh merosakkan pemikiran Islam.
Rasyid Rida , tokoh reformis Islam meyakini bahawa kemunduran
umat Islam Mesir adalah kesan daripada kelemahan umat Islam yang
tidak menguasai ilmu, kebekuan ulama dan kezaliman pemimpin.
Beliau menekan pendidikan dakwah melalui pengintergrasian
86
pendidikan agama dan moden dengan menubuhkan Madrasah al
Dakwah al Irshad di Kaherah pada 1912.

Tegasnya pengaruh agama menyebabkan munculnya golongan


Penutup isi
reformis yang menentang British.
Bahasa dan Kesusasteraan Fakta
Kemunculan penulis-penulis dalam membangkitkan semangat
nasionalisme dikaitkan dengan perkembangan institusi pendidikan
yang melahirkan ramai penulis seperti Taha Husayn , Ahmad Shawqi Huraian
dan Hafiz Ibrahim. Mereka telah menghasilkan karya yang
mengkritik penjajah.
Ahmad Shawqi , seorang penyair neoklasik Arab telah menulis sebuah
sajak yang menceritakan tentang Boutros Ghali (Bangsa Qibti) yang
telah dibunuh . Boutros Ghali merupakan hakim yang enggan
Isi 3 mendesak parlimen Mesir untuk memberi konsesi Terusan Suez
kepada pihak British. Hafiz Ibrahim menggunakan puisi yang Contoh
bertemakan antikolonialisme dalam bahasa Arab bagi menangani
cabaran yang dihadapi oleh negara dalam era moden. Rasyid Rida
memperjuangkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam urusan
kerajaan bagi menggantikan bahasa INggeris dan bahasa Peranchis.
Perkembangan bahasa Arab melalui karya bahasa dan sastera telah
menyemarakkan semangat nasionalisme masyarakat yang sebelum ini
Penutup isi
dipengaruhi oleh istilah Turki dan asing.

Pengaruh kewartawanan dan media massa.


Fakta
Pengaruh kewartawanan melalui penerbitan akhbar telah
membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk
Mesir. Rakyat Mesir mula mengenali akhbar pada zaman penjajah Huraian
Mesir.

Pada akhir abad ke19, akhbar Al Muqtataf dan al Muqattam yang


dihasilkan oleh Faris Nimr, Yaaqub Sarruf dan Shahin Makarious
(golongan Kristian Arab). Al Muqattam menjadi akhbar harian
berpengaruh di Mesir ,namun ia dilihat sebagai pro British walaupun
kandungannya menggalakkan perkembangan ilmu moden. Akhbar al-
Isi 4
Muayyad 1894 diterbitkan oleh Sheikh Ali Yusof , anak murid
Sheikh Jamaluddin al Afghani . Kandungan akhbar ini berkaitan isu
umat Islam seperti pendudukan British di Sudan dan perjuangan Islam
di Mesir terhadap penjajahan British. Akhbar ini mempunyai
hubungan rapat dengan Rasyid Rida dalam meniupkan semangat Contoh
nasionalisme di kalangan nasionalis muslim dan membuka peluang
kepada Mustafa Kamil ,pemimpin nasionalis muda yang berwibawa.
Pada awal 20an , penerbitan akhbar semakin rancak. Rasyid Rida
menulis dalam akhbar Salafiya telah banyak membuka minda rakyat
Mesir.
Kerancakan penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan
Penutup Isi
masyarakat terhadap gerakan nasionalisme.
87
Peranan pendidikan
Fakta
Gerakan nasionalisme dimulakan dengan membangkitkan penekanan
terhadap kepentingan ilmu pendidikan. Melalui pendidikan lahir
golongan cerdik pandai yang menjadi penggerak kepada kesedaran
nasionalisme di Mesir. Penjajah British sangat berhati-hati dalam
memberi peluang pendidikan kepada penduduk Mesir kerana bimbang
Isi 5 graduan-graduan tempatan yang diberi pendidikan Inggeris mampu Huraian
mempelopori kebangkitan nasionalisme tempatan. Dasar pendidikan
British hanya bertujuan melatih anak tempatan untuk berkhidmat
dengan kerajaan kolonial. British telah mengabaikan pendidikan
sekolah tajaan kerajaan Mesir walaupun mereka mampu melaksana
dan membiayai sekolah tersebut.
Hampir semua jawatan kerajaan disandang oleh golongan
berpendidikan daripada keluarga bangsawan. Rasa tidak puas hati
memuncak apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai British
yang kurang berkelayakan jika dibandingkan dengan rakyat tempatan.
Golongan bijak pandai berhujah yang merupakan graduan daripada
sekolah undang-undang telah terdedah kepada nilai politik dan Contoh
kebudayaan Barat. Mereka telah disuntik dengan sentimen anti-
British melalui didikan guru-guru mereka yang berbangsa Peranchis
yang masih berkhidmat di Mesir dan berdendam dengan British yang
berkomplot dengan empayar Turki Uthmaniyah untuk merampas
Mesir daripada Perancis.
Tegasnya, sistem pendidikan Mesir telah berjaya melahirkan golongan
Penutup Isi
nasionalis berpendidikan tinggi dan aktivis pro Islam.
Peranan golongan intelektual Fakta
Isi 6 Golongan intelektual yang menyemai dan membangkitkan semangat
nasionalisme terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan Huraian
berpendidikan Barat , golongan agama dan golongan elit tentera.
Tokoh intelektual berpendidikan Barat ialah Mustapha Kamil Pasha
yang pakar undang-undang menyokong gerakan nasionalis sekular
cuba meraih sokongaan golongan intelektual daripada keturunan Qibti.
Tujuan beliau adalah untuk menuntut kemerdekanan daripada British
dan menubuhkan sebuah kerajanan berparlimen ala Barat di Mesir.
Tokoh agama seperti Sheikh Hassan al Banna mempelopori gerakan
Contoh
intelektual Islam melalui pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Beliau
melakukan perubahan dalam sistem pendidikan dengan melakukan
gerakan Islah. Perjuangan islah Hassan Al Banna bersifat sederhana
meliputi akidah ,integrasi ilmu dan kecekapan pentadbiran. Muhamad
Rasyid Rida memperjuangkan kepentingan menyesuaikan pendidikan
moden dan agama menerusi penubuhan Madrasah al Dakwah Al
Irshad pada tahun 1912 di Kaherah.
Kemunculan intelektual dari kalangan tentera Mesir berketurunan
Fellahin turut terlibat dalam gerakan nasionalisme menentang British
dan pemerintahan Khedif dari empayar Turki Uthmaniyah yang sudah Contoh
korup.

88
Tegasnya golongan agama, golongan berpendidikan Barat dan
golongan intektual tentera Mesir telah menyemarakkan semangat Penutup Isi
nasionalisme Mesir.
Kesimpulannya, gabungan faktor-faktor yang tersebut di atas telah
menyemarakkan semangat nasionalisme. Namun demikian, faktor agama, peranan
Kesimpulan
golongan intelektual dan peranan pendidikan memberi sumbangan yang ketara
terhadap gerakan nasionalisme Mesir.

SOALAN SEJAUH MANAKAH PENGARUH LUAR MEMPENGARUHI GERAKAN


NASIONALISME DI SYRIA PADA ABAD KE-20 M
4

Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, kerajaan Turki
Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Arab semakin berada dalam keadaan
lemah . Kuasa Imperialis Barat mula membahagi-bahagikan wilayah dalam dunia
Islam termasuk Syria . Kuasa-kuasa Barat seperti Britain dan Perancis mula
mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah .Keadaan ini telah
Pendahuluan
membangkitkan nasionalisme di Syria. Pengaruh luar sememangnya berperanan
penting dalam mencetuskan gerakan nasionalisme di Syria. Walau bagaimanapun ,
terdapat juga faktor-faktor lain yang turut menyumbangkan kepada kemunculan
gerakan nasionalisme di Syria sehingga awal abad ke-20.

Pengaruh luar telah mencetuskan semangat nasionalisme di Syria. Fakta


Syria yang masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki
Uthmaniyah pada awal abad ke-20 M juga telah terpengaruh dengan
dasar Pan -Islamisme dan gerakan Islah yang dicetuskan oleh Syeikh
Huraian
Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh yang mana dasar ini
telah meniup dan meningkatkan semangat penduduk tempatan untuk
menangkis dan melawan ancaman pihak Barat
Isi 1 Sebagai contohnya, Shakib Arselan yang dari Lubnan telah
menghasilkan penulisan yang menyeru penduduk Syria supaya bersatu
di bawah kerjaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi dan
dakyah Barat inginkan penduduk Syria menentang penguasaan Contoh
kerajaan Turki Uthmaniyah dan turut menggesa penduduk Syria
bangun secara sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia
Pertama
Jelaslah pengaruh luar adalah faktor yang mempengaruhi kepada
Penutup
kebangkitan nasionalisme di di Syria
Selain itu, pengaruh agama juga telah menyebabkan kemunculan
keinginan dan usaha untuk menyatukan semua negara dan bangsa Fakta
Arab sehingga mewujudkan gerakan nasionalisme di Syria.
Isi 2
Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria
menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudar Huraian
Islam mereka di palestin yang ditindas oleh penjajah.

89
Sebagai contoh, gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk
mereka di kawasan orang Palestin . Keadaan ini jelas kelihatan apabila
golongan Turki Muda yang memerintah Turki dikuasai oleh
Contoh
Pertubuhan al-Ittihad wa al- Taraqqi yang didalangi oleh orang
Yahudi.

Oleh itu pengaru agama jelas menyemarakkan lagi semangat penduduk


tempatan di Syria menentang penjajah. Penutup

Peranan Bahasa da Kesusasteraan juga penting dalam


fakta
mencetuskan gerakan nasionalisme di Syria.
Pada abad ke-19 dan 20 berlaku perkembangan baru dalam
kesusasteraan Arab bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh dunia Huraian
Arab.
Antara karya yang dihasilkan oleh Francis Marrash iaitu Ghabat al-
haqq pada 1865 dan Qustaki al-Hilmi dengan karyanya The
Isi 3 Researcher”s Source in the science of critism adalah berkisar tentang
idea-idea keaman, kebebasan dan kesaksamaan . Perkembangan bahasa
Contoh
dan sastera ini turut menyuntik dan meyemarakkan kebangkitan
gerakan nasionalisme di Syria . istilah -istilah Turki dan bahasa asing
banyak mempengaruhi kehidupan rakyat dan telah digantikan dengan
bahasa dan sastera tempatan .
Jelaslah fenomena ini dapat meningkatkan perkembangan semangat
Penutup
nasionalisme di Syria.
Seterusnya, pendidikan di Syria juga banyak mempengaruhi dan
Fakta
sekaligus menyemarakkan semangat penduduk.
Sebuah akademi telah ditubuhkan bagi menjemput dan mengumpul
ahli bahasa dari seluruh Tanah Arab untuk datang , betemu dan
bertukar-tukar fikiran dan tumpuan akademi bahasa ini adalah untuk
menyesuaikan serta mengharmonikan bahasa masing-masing dengan
keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai Huraian
budaya.Walaupun secara politiknya mereka berbeza , namun mereka
Isi 4 bersatu di bawah satu perkara iaitu bahasa Arab.Di damsyik dan Beirut
, beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan perdebatan
golongan pelajar tempatan.
Antara tokoh pendidk tempatan yang menyokong usaha menubuhkan
sebuah negara Arab merdeka di Syria ialah Abu Khaldun Sati al-Husri
Contoh
. Beliau dilahirkan di Aleppo . Pada masa mudanya beliau bekerja
sebagai pegawai pendidikan Turki Uthmaniyah.
Dengan ini jelaslah, peranan pendidikan mampu menyumbang kepada
Penutup
gerakan nasionalisme di Syria.
Golongan intelektual juga memainkan peranan penting untuk
membangkitkan semangat nasionalisme bagi penduduk di Syria. Fakta
Isi 5 Rasyid Rida merupakan intelektual muslim dari syria yang
mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori
Huraian
oleh Jamaluddin alal-Afghani dan Muhammad Abduh. Rasyid Rida
juga mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu, dibandingkan

90
dengan masyarakat kolonial Barat .
Beliau berpendapat kelemahan ini dapat diatasi jika masyarakat Islam
kembali kepada prinsip-prinsip agama Islam dan melakukan
transformasi dan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden yang
semakin mencabar.
Misalnya, beliau menyeru umat Islam agar mengambil iktibar daripada
peradaban barat dengan mengambil aspek-aspek yang positif seperti Contoh
ilmu pengetahuan dan teknologi,
Tegasnya, penulisan Rasyid Rida banyak menyumbang kebangkitan
nasionalisme dalam kalangan masyarakat Islam Syria. Penutup

Isi 6 Gerakan nasionalisme di Syria juga dipengaruhi oleh peranan


Fakta
kewartawanan
Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idelisme
pembaharuan tajdi di Kaherah. Majalah tersebut dipelopori oleh
Rasyid Rida yang telah dilahirkan di Syria.
Majalah ini mengungkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan
idea-idea pembaharuan dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan
Muhammad Abduh dalam “Urwa al-wuthaqa” fokusnya ke arah
pembaharuan dan dakwah Islamiah.
Akhbar lain turut membicarakan dan kegwatan dunia Islam ketika itu.
Al Manar pula mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang Huraian
dihadapi oleh masyarakat Islam.
Al Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah
mingguan yang memuatkan 8 halaman, menyiarkan berita mutakhir.
Di samping artikel utama yang ditulis oleh ketua editor iaitu Rasyid
Rida sendiri.Bermula pada tahun kedua, majalah ini dikeluarkan setiap
bulan dan tersebar dengan meluas ke seluruh jajahan Islam dalam
wilayah Turki , India , Mesir , Maghribi dan turut diseludup ke
Kepulauan Melayu.
Al manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah , idealisme dan
Islah, menerangkan dasar-dasar Pan Islamisme , meneroka persoalan
yang berkait rapat dengan ajaran akidah dan hukum, membincangkan
fahaman modenisme, sekularisme dan nasionalisme. Juga Contoh
mempelopori dialog dan pertukaran idea antara buday a dan
meneropong pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama dan
budaya, serta menangani isu-isu sosial dan peradaban .
Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh kewartawanan adalah
faktor utama nasionalisme di Syria.
Penutup

Kesimpulannya, jelaslah bahawa pengaruh luar bukanlah satu-satunya faktor yang


mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Syria.
Akan tetapi terdapat peranan lain lain yang turut menyumbang kepada kemunculan
Kesimpulan
semangat nasionalisme tersebut.

91
SOALAN BINCANGKAN KESAN PENGLIBATAN KERAJAAN TURKI
5 UTHMANIYYAH DALAM PERANG DUNIA PERTAMA

Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914- 1918M. PD1 berlaku di antara
Kuasa Bersekutu iaitu Britain, Perancis dan Russia dengan Kuasa Pusat iaitu
Jerman Itali dan Turki. Penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang
Dunia Pertama disebabkan oleh hubungan yang tegang dengan British dan Rusia
dan merupakan usaha terakhir Turki untuk mempertahankan wilayah-wilayahnya. Pendahuluan
Penglibatan Turki dalam Perang Dunia Pertama memberi kesan kepada dunia
Islam kerana satu-satunya kuasa Islam yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
Terdapat beberapa kesan penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam PD1 dari aspek
politik , ekonomi dan social terhadap Turki Uthmaniyyah.

Kesan politik yang pertama ialah perubahan wilayah Islam yang


dahulunya di bawah pemerintahan tunggal Turki Uthmaniyyah. Fakta

Kelemahan dan kekalahan Turki uthmaniyyah dalam PD1


menyebabakan Negara dibawah naungannya membebaskan diri dan
sebahagiannya ditakluk kuasa barat.
Munculnya Negara bangsa dari wilayah-wilayah Uthmaniyyah
apabila sempadan-sempaadan telah digariskan oleh pihak barat Huraian
dengan memisahkan penduduk negara masing-masing walaupun satu
Isi 1 agama.
Berlaku pemberontakan di Negara Montenegro, Bosnia dan
Herzegovina menyebabkan perpecahan wilayah umat Islam.
Wilayah Turki yang ditakluk oleh kuasa barat ialah Palestin dan
negara bangsa yang muncul di Eropah ialah Latvia, Poland dan Contoh
Estonia.
Situasi ini diparahkan lagi dengan kejatuhan negara-negara Arab
ketangan kuasa barat dan sebahagiannya mahu membebaskan diri
Penutup
dari naungan Kerajaan Turki Uthmaniyah selepas kekalahan dalam
PD1.
Kesan politik yang kedua ialah dari sebuah kuasa bebas kepada
Fakta
negara yang terikat.
Gencatan Senjata Mudros 1918M telah menamatkan peperangan di
Asia Barat Daya. Kesannya Kerajaan Turki Uthmaniyyah terpaksa
melepaskan Wilayah kekuasaannya di Timur Tengah dan membuka
Huraian
selat Dardanellers dan Bosphorus kepada Kuasa Bersekutu. Pasukan
tentera Uthmaniyyah terpaksa dibubarkan. Keadaan ini membawa
Isi 2 kepada penaklukan tentera Bersekutu ke atas Istanbul.
Selat-selat di Laut Aegean hingga ke Laut Hitam dikuasai Kuasa
Bersekutu dan kuasa Bersekutu juga telah mengambilalih system Contoh
perhubungan telegraf dan keretapi.
Kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam PD1 melemahkan Turki kerana
kuasa Barat berjaya menyekat kebebasan dan kedaulatan Turki.
penutup

92
Kesan politik yang ketiga ialah perubahan dari sistem
Fakta
pemerintahan khilafah kepada pemerintahan Republik.
Pendudukan oleh Tentera Bersekutu ke atas Istanbul dan Smyrna
selepas PD1 mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan yang
dipimpin oleh Mustafa Kamal Attaturk. Gerakan ini mendakwa
Huraian
Khalifah Turki Uthmaniyyah gagal mempertahankan Turki dari
Isi 3 ancaman musuh dan menyerah kalah dengan keadaan yang tidak
wajar melalui beberapa siri perjanjian yang merugikan.
Contoh perjanjian yang merugikan ialah Gencatan Senjata Mudros
Contoh
1918M.
Berakhirnya system pemerintahan khilafah di Turki Uthmaniyah
bermakna berakhirnya system Khilafah Islam yang diasaskan semasa penutup
Khilafah al-Rasyidin.
Kesan politik yang keempat ialah perubahan dari Negara Islam
Fakta
kepada Negara Sekular.
Bermula proses sekularisasi terhadap rakyat Turki apabila dasar
memisahkan agama daripada politik.
Presiden Mustafa Kamal Attaturk memperkenalkan banyak Huraian
pembaharuan radikal berbentuk sekular yang jauh berbeza dengan
tinggalan zaman silam Uthmaniyyah.

Isi 4 Contoh pembaharuan yang secular yang diperkenalkan oleh Mustafa


Kamal Attaturk ialah menghapuskan Kementerian Wakaf dan
membekukan asetnya, memansuhkan jawatan Syeikhul Islam, Contoh
menghapuskan mahkamah Syariah dan mengubah huruf arab kepada
huruf latin. Rakyat digalakkan memakai topi dan pakaian gaya
Eropah.
Perubahan dari Negara Islam kepada Negara sekular sebenarnya
melemahkan Turki dan menyebabkan Turki tunduk kepada kuasa penutup
barat.
Isi 5 Kesan ekonomi yang pertama iaitu berlaku kemerosotan
ekonomi disebabkan perbelanjaan besar untuk membiayai Fakta
peperangan.
Keadaan ini menyebabkan krisis hutang yang akhirnya membuka
peluang campurtangan Eropah dalam kewangan kerajaan Turki dan
Huraian
turut memberi impak kepada Negara yang berada di bawah pengaruh
Turki Uthmaniyyah.
Negara yang menerima kesan kemelesetan ekonomi ialah negara
yang berada di Timur Tengah dan Afrika Utara. Contoh

Kemelesetan ekonomi ini melemahkan Turki dan menguatkan lagi


Penutup
cengkaman kuasa Barat ke atas Turki.
Isi 6 Kesan ekonomi yang kedua pula ialah kemerosotan perdagangan
Turki Uthmaniyyah kerana penguasaan perdagangan oleh
Fakta
Eropah di Laut Hindi, Laut Mediterranean, Terusan Suez dan
jalan perdagangan lain.
Situasi ini menyebabkan Eropah semakin menguasai ekonomi Negara
Huraian
Islam.
93
Golongan Yahudi menguasi ekonomi Mesir. Soviet Union menguasai
Contoh
perniagaan asing di Iran.
Penguasaan sektor ekonomi oleh kuasa Barat di kebanyakkan
wilayah Turki Uthmaniyyah ini secara tidak langsung melemahkan Penutup
perkembangan ekonomi umat Islam.
Isi 7 Kesan sosial yang pertama ialah kemerosotan akhlak dan moral
Fakta
umat Islam.
Pemodenan Turki mengikut acuan barat telah membawa keruntuhan
akhlak umat Islam yang kagum dan terpengaruh dengan gaya hidup
Huraian
negara Barat dan akhirnya melemahkan peranan agama Islam dalam
kehidupan.
Gaya hidup barat yang menjadi ikutan ialah tidak menutup aurat,
Contoh
pergaulan bebas dan bebas meminum minuman keras.
Rakyat Turki Kehilangan identiti dan tradisi keadaan menguatkan
Penutup
lagi cengkaman Barat ke atas umat Islam.
Isi 8 Kesan sosial yang kedua ialah perpecahan ummah ekoran
kewujudan Negara bangsa dan sentiman nasionalisme Arab yang Fakta
lahir dari empayar Turki Uthmaniyyah.
Dasar pecah dan perintah oleh pihak Barat Berjaya menghalang
kesatuan Ummah yang sebelum ini bernaung di bawah kekuasaan huraian
tunggal Khalifah Uthmaniyyah.
Sentiman nasionalisme Arab menolak ketuanan Turki dan menuntut
kemerdekaan dari Turki Uthmaniyyah. Contoh

Perpecahan ini memudahkan musuh menguasai Negara dan umat


penutup
Islam dalam segenap aspek kehidupan.
Kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam PD1 memberi tamparan yang hebat bukan
sahaja kepada Turki Uthmaniyyah, malahan kepada semua wilayah yang bernaung
di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah. Kekalahan Turki juga melemahkan umat
Islam di seluruh dunia apabila tiada lagi pelindung kepada umat Islam yang selama Kesimpulan
ini dipertanggungjawabkan kepada Khalifah Turki Uthmaniyyah.

SOALAN HURAIKAN PELAKSANAAN TANZIMAT OLEH KERAJAAN UTHMANIYAH


6 UNTUK MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGANNYA
Tanzimat berasal daripada perkataan tanzim sebuah perkataan Arab yang
bermakna mengatur, menyusun dan memperbaiki. Tanzimat merupakan satu
gerakan pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Uthmaniyah dari tahun 1893
M hingga 1856 M. Gerakan reformasi ini dimulakan oleh Sultan Abd al-Majid
selepas tamatnya Perang Crimea. Baginda ialah anak kepada Sultan Mahmud II Pendahuluan
yang telah mempelopori gerakan pembaharuan. Pada zaman ini, Tanzimat
dijalankan kerana tekanan daripada kuasa luar. Gerakan Reformasi selepas 1839
M. ialah susulan gerakan pembaharuan sultan-sultan sebelum era ini. Gerakan
pembaharuan diteruskan sehingga awal abad ke-20 oleh Sultan Abdul Hamid II.
Tujuan pelaksanaan Tanzimat adalah untuk membaiki sistem Fakta
pemerintahan dan pentadbiran.

94
Tanzimat juga bertujuan memberikan fokus kepada masyarakat
Kristian agar mereka tidak mencari naungan, sokongan dan
perlindungan daripada kuasa-kuasa Eropah. Satu lagi tujuan reformasi
adalah untuk mengelakkan campur tangan negara-negara Eropah Huraian
seperti Rusia, Britain dan Perancis. Kuasa-kuasa Barat cuba
menghasut masyarakat Kristian yang merupakan masyarakat minoriti
dalam Kerajaan Uthmaniyah untuk memberontak.
Sejak pemerintahan Sultan Mahmud II, pembaharuan dijalankan
dalam bidang ketenteraan dan pendidikan. Baginda telah memodenkan
bidang ketenteraan dan menghapuskan tentera janisari. Satu pasukan
tentera baharu, iaitu nizam-i cadid ditubuhkan. Sekolah tentera juga
ditubuhkan untuk memberikan latihan ketenteraan kepada pegawai-
pegawai mengikut sistem ketenteraan Eropah. Selain itu, pembaharuan Contoh
dalam bidang pentadbiran dan perundangan juga dijalankan. Dalam
bidang perundangan, Shaykh al-Islam diwujudkan sebagai pemegang
kuasa yang terdiri daripada undang-undang syariat dan undang-undang
sekular. Dalam bidang pendidikan, madrasah, sekolah ketenteraan,
teknik dan perubatan diwujudkan untuk reformasi pendidikan.
Tanzimat lebih menjurus ke arah usaha pembaratan dan sekularisme
adalah alternative kepada program pembangunan ala Barat kerajaan Penutup isi
Turki Uthmaniyah untuk mengembalikan zaman kegemilangannya.
Perlaksanaan Tanzimat berdasarkan Piagam Hatt-i Sharif
Gulhane dilancarkan pada tahun 1839 M. fakta

Piagam ini menekankan hak yang sama kepada semua warganegara


dan keharmonian masyarakat dengan jaminan keselamatan nyawa, Huraian
kehormatan dan harta benda.
Pada tahun 1847 M, mahkamah sivil diwujudkan dan undang-undang
jenayah dan perdagangan baharu diperkenalkan. Piagam ini membawa
kepada sistem pungutan dan agihan cukai yang tetap dan adil. Cukai
Isi 2 Contoh
pertanian dan kerahan tenaga yang menindas dihentikan. Cukai yang
dipungut diagih-agihkan untuk membawa manfaat kepada rakyat dan
negara. Sistem pemilihan tentera secara teratur juga diwujudkan
supaya menjamin keadilan.
Dalam muqaddimahnya, piagam Hatt-I Sherif Gulhane menjelaskan
mengapa perlunya kepada sebuah peraturan yang lengkap. Ini kerana
pada masa permulaan kerajaan Uthmaniyah, syariat dan undang- Penutup isi
undang negara dipatuhi, maka sebab itulah kerajaan menjadi besar dan
kuat serta rakyat hidup dalam kemakmuran.
Perlaksanaan Tanzimat berdasarkan Piagam Hatt-i Humayyun
Fakta
dilancarkan pada tahun 1856 M.
Semua perkara yang dijamin dalam piagam sebelum ini yang sesuai
dengan dasar Tanzimat disahkan dalam piagam ini. Semua
keistimewaan bagi masyarakat Kristian juga disahkan manakala semua Huraian
Isi 3
bentuk penindasan dihapuskan. Golongan ini dan bukan Islam yang
lain juga dijamin kebebasan beragama.
Selain hak sosial rakyat Kristian, pembaharuan dalam bidang ekonomi
juga dilaksanakan. Antaranya ialah penubuhan bank asing, pengenalan Contoh
undang-undang perdagangan baharu, kemasukan pelaburan dan modal
95
dari negara Eropah dan pcnerimaan orang bukan Islam dalam Dewan
Perundangan. Selain ini, perkhidmatan awam yang lebih baik
disediakan dan peluang saksama dalam jawatan perkhidmatan awam
kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Piagam ini adalah susulan daripada tekanan Barat setelah kekalahan
Kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Crimea.Tekanan ini mendorong
Penutup isi
sultan menjalankan pembaharuan tentang kedudukan rakyat
Uthmaniyah berbangsa Eropah.
Kesimpulannya, gerakan reformasi ini juga diteruskan oleh khalifah-khalifah lain
seperti Sultan Abdul Hamid II. Pembaharuan era baginda merupakan kemuncak
kepada Tanzimat. Pembaharuan dan reformasinya mendorong pembentukan
kesimpulan
negara bangsa Turki pada abad ke-20.

SOALAN BINCANGKAN KESAN TANZIMAT TERHADAP PENTADBIRAN


7 KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADA ABAD KE-19 MASIHI
Tanzimat diertikan sebagai mengatur, menyusun dan memperbaiki. la merupakan
lanjutan usaha-usaha pembaharuan yang dilancarkan oleh Sultan Mahmud II.
Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan pembaharuan atau reformasi dalam
kerajaan Turki Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876. Tanzimat bertujuan
menyelamatkan kerajaan daripada kelemahan sistem pemerintahan dan
pentadbiran serta memberi fokus terhadap masalah rakyat yang beragama Kristian
supaya golongan tersebut tidak mendapatkan naungan daripada kuasa luar. Kuasa
Pendahuluan
Barat juga tidak berpuashati dengan hukuman mati kepada warganegara
Uthmaniyah yang murtad setelah memeluk Islam. Para era Tanzimat, tekanan
daripada kuasa luar berlaku secara berterusan, khususnya pihak British.
Pembaharuan ini meninggalkan implikasi mendalam terhadap umat Islam,
khasnya masyarakat Turki.

Unsur-unsur sekularisme telah meresap dalam pentadbiran


kerajaan Uthmaniyah.
Fakta

Ini disebabkan kedua-dua piagam yang menjadi dasar Tanzimat iaitu


Hatt-I sheriff Gulhane dan Hatt-I Humayun telah memuatkan program
sekularisasi dalam pelbagai institusi kerajaan termasuk perundangan.
Huraian
Meskipun Piagam Gulhane menyatakan penghargaan tinggi terhadap
syariat Islam tetapi pada masa yang sama ia memperakukan perlunya
Isi 1
perundangan baru.
Sedangkan perundangan baru ini banyak dipengaruhi oleh Barat,
umpamanya Undang-Undang Perdagangan. Selain itu didirikan pula
mahkamah-mahkamah yang bersifat sekular, di samping mahkamah-
mahkamah syariah. Dalam sistem pendidikan pula, di samping
Contoh
didirikan sekolah-sekolah Rushdiye, Idadi, Sultani, maktab dan
universiti, ia juga memasukkan pendidikan moden yang terpisah dari
agama. Oleh itu ia tidak seratus peratus Islam kerana bercampur
dengan pendidikan sekular.
96
Tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah dari
kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran. Walaupun begitu,
Tanzimat lebih memberi tumpuan kepada masalah rakyat yang Penutup isi
beragama Kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan
perlindungan dari negara luar
Lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat. fakta
Ini adalah hasil kemasukan unsur-unsur sekular dalam sistem
pendidikan dan kebanyakan golongan birokrat Turki Uthmaniyah pula Huraian
belajar di negara-negara Eropah.
Isi 2 Golongan intelektual yang menerima pendidikan Barat dan Contoh
terpengaruh dengan ideology dan gerakan Barat.
Hasil dari sikap pro-Barat ini membuka pintu kepada kemasukan
pengaruh dan campurtangan negara Barat dalam soal pentadbiran Penutup isi
kerajaan Uthmaniyah
Kesan daripada perlaksanaan Tanzimat ekonomi, kerajaan
Fakta
Uthmaniyah terlibat dengan sistem kapitalis
Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan
dan nyawa negara Islam kepada negara Barat apabila berlakunya
kesulitan. Sistem pinjaman berasaskan riba ini membawa implikasi Huraian
negatif apabila kerajaan Uthmaniyah mulai berhutang dengan bank-
bank asing
Pada mulanya, hutang masih kecil dan faedah yang 1 dikenakan
hanyalah 3-4% tetapi peperangan yang berpanjangan menyebabkan
kerajaan terpaksa terus berhutang sementara kadar faedah naik dengan
Contoh
Isi 3 mendadak sekitar tahun 1860-an dan 1870-an yang akhirnya
membawa padah kepada ekonomi negara. Kesan langsungnya ialah
negara menghadapi zaman muflis.
Kesan tidak langsung, peningkatan cukai yang dikenakan ke atas
rakyat untuk tujuan perbelanjaan negara mengakibatkan kekacauan di
beberapa wilayah Balkan seperti di Bosnia dan Herzegovina.
Kekacauan merebak dengan cepat ke Bulgaria yang mengambil
Penutup isi
peluang bagi membebaskan tanah air mereka daripada pemerintahan
Uthmaniyah. Apabila kerajaan Uthmaniyah berjaya menghapuskan
rusuhan di Bulgaria, Serbia dan Montenegro pula mengisytiharkan
perang untuk mendapatkan kemerdekaan.
Kesan seterusnya ialah sikap autokratik yang diamalkan oleh
sultan dan menterinya dalam melaksanakan pembaharuan Fakta
Tanzimat juga mendapat kritikan keras.
Kekuasaan mutlak sultan bertambah setelah sultan Mahmud II dapat
menghancurkan pasukan tentera Inkishariyah dan golongan ulama.
Pada masa lalu, tentera ini merupakan suatu kekuatan yang dapat
Isi 4 mengimbangi kekuasaan mutlak sultan. Tentera Inkishariyah ditakuti Huraian
bukan hanya kerana senjata mereka tetapi juga kerana hubungan yang
erat dengan Tarekat Bektasyi yang mempunyai pengikut yang besar di
kalangan masyarakat Uthmaniyah
Ulama yang tidak bersetuju dengan pembaharuan ala-Barat berada di
belakang tentera. Mereka merupakan kekuatan sosial yang disegani Contoh
sultan, tetapi fungsi ulama menjadi lemah apabila mereka diserapkan
97
dalam pentadbiran dan munculnya golongan elit baru hasil dari sistem
sekular mengambil alih peranan mereka.
Apabila hilangnya dua pengimbang ini (tentera dan ulama), kekuasaan
sultan dan kabinetnya bertambah mutlak menggantikan kebebasan
Penutup isi
bersuara dan berhujah. Hal seperti ini tidak dapat diterima oleh
golongan intelegensia Turki seperti Uthmani Muda.
Kesan Tanzimat juga telah menyebabkan kemunculan Gerakan
Fakta
Uthmani Muda.
Sejak 1860-an kritikan terhadap pentadbiran khalifah Uthmaniyah
telah disuarakan dalam akhbar dan majalah. Tetapi dengan munculnya
kumpulan Patriontic Alliance pada tahun 1871 yang akhimya
membentuk gerakan Uthmani Muda dua tahun berikutnya telah secara Huraian
terbuka mengkritik sistem pemerintahan Uthmaniyah yang absolut dan
Isi 5
mendesak sistem baharu yang dikenali sebagai sistem khalifah
berperlembagaan
Hasil dari gerakan Uthmani Muda, maka pada tahun 1876 Sultan
Abdul Hamid mengisytiharkan kuatkuasanya perlembagaan baharu Contoh
tetapi setahun kemudian perlembagaan ini digantungkan
Sultan Abdul Hamid kembali mentadbir kerajaan Uthmaniyah dengan
Penutup isi
sistem khilafah tradisional yang menikmati kekuasaan autokrasi.
Gerakan pembaharuan ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup
Barat seperti sekularisme dan materialisme, bahkan mengundang kuasa Barat
untuk campurtangan dalam urusan negara Islam.Gerakan Tanzimat yang berlaku
dalam kerajaan Uthmaniyah walaupun dirangka untuk memodenkan kerajaan
tersebut namun menimbulkan impak negatif disebabkan pembaharuan yang
dilaksanakan lebih condong ke arah pemupukan nilai-nilai sekularisme manakala
kesimpulan
nilai-nilai Islam mula diketepikan sedikit demi sedikit. Situasi ini akhirnya
membawa kepada penguasaan kerajaan oleh golongan birokrat pro-Barat.
Tanzimat juga tidak berjaya menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah daripada
ancaman kuasa-kuasa Barat.

SOALAN HURAIKAN FAKTOR SOSIO-POLITIK DALAM NEGARA TURKI YANG


8 MENDORONG PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA PADA ABAD KE 20

Pada zaman pemerintahan Sultan Abddul Hamid II, gerakan pembaharuan berada
pada kemuncaknya. Baginda merupakan sultan empayar Turki Uthmaniyah yang
terakhir mempunyai kuasa autonomi ke atas empayarnya. Sepanjang tempoh
pemerinthannya, baginda berjaya menjalankan pembaharuan dan mengelakkan
Pendahuluan
tekanan kuasa barat terhadap empayar Islam. Baginda berusaha bersungguh-
sungguh untuk menyelamatkan rakyat dan empayar Islam. Terdapat beberapa
faktor sosio-politik yang mendorong pembentukan negara bangsa Turki pada
abad ke 20
Perkembangan sistem pendidikan merupakan faktor sosial yang
mendorong pembentukan negara bangsa di Turki Fakta
Isi 1
Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, keutamaan diberikan
Huraian
kepada pendidikan. Baginda berharap perkembangan pendidikan

98
dapat memajukan empayar Turki supaya standing dengan negara-
negara Barat.

Perkembangan pendidikan menyebabkan idea baru seperti


nasionalisme, sekularisme dan negara bangsa menyerap masuk
Contoh
dalam kehidupan masyarakat Turki

Akibatnya ideologi baru ini membawa kepada keruntuhan empayar


Penutup isi
Turki Uthmaniyah dan penubuhan Negara bangsa Turki.
Kemunculan rejim Turki Muda turut memainkan peranan
Fakta
dalam pembentukan negara bangsa Turki.
Golongan ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. Golongan ini melancarkan pemberontakan
terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Mereka dipengaruhi
oleh revolusi yang berlaku di negara lain seperti Revolusi Perancis. Huraian
Golongan ini menekankan dasar Turkifikasi sebagai reaksi kepada
Isi 2 penentangan golongan bukan Islam dari kawasan Balkan.

Semua keputusan utama dalam polisi negara dibuat oleh kumpulan


ini seperti keputusan untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia Contoh
Pertama dan menyokong Jerman dalam perang tersebut.
Mereka telah meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama
merealisasikan impian bangsa Turaniah yang akhirnya membawa Penutup isi
kepada kemerosotan khalifah Islamiah.
Seterusnya, golongan minoriti memainkan peranan dalam
Fakta
pembentukan Negara bangsa di Turki.
Golongan minoriti seperti orang Kristian dan orang Yahudi diberi
keistimewaan dan dilindungi selaras dengan tuntutan Islam. Namun
mereka tidak setia kepada sultan apabila mereka dihasut oleh orang Huraian
Barat untuk memberontak.

Isi 3 Pemberontakan orang Armenia dan campurtangan orang Yahudi


menyemarakkan semangat nasionalisme masyarakat Turki. Contoh

Tindakan kuasa-kuasa penjajah dan ketidaksetiaan penduduk minoriti


yang memberontak dan menuntut autonomi mendorong sultan
empayar Uthmaniyah berusaha menguatkan pembentukan negara Penutup isi
bangsa Turki melalui dasar Turkifikasi, Pan Islamisme dan
sebagainya.
Selain itu, faktor tekanan kuasa-kuasa barat telah mendorong
Fakta
kepada pembentukan negara bangsa di Turki
Kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis dan Rusia bersaing antara
satu sama lain untuk menguasai kekayaan kawasan Turki. Di
Isi 4
samping itu, kuasa-kuasa besar juga bergabung menghancurkan
Huraian
empayar Turki Uthmaniyah. Pihak barat turut menghasut penduduk
bukan Islam di wilayah Turki Uthmaniyah untuk memberontak.

99
Kuasa-kuasa Barat ini menghasut penduduk bukan Islam (Ahl al-
Dhimmah) dalam wilayah Uthmaniyah agar bangun memberontak
untuk menuntut persamaan hak, keadilan dan kebebasan. Hasutan ini
bertujuan melemahkan pentadbiran dalaman kerajaan Uthmaniyah.
Contoh
Walaupun program pembaharuan (tanzimat) dilaksanakan bagi
memenuhi kehendak Barat, namun penduduk Ahl al-Dhimmah telah
mengkhianati kerajaan Uthmaniyah apabila mereka bersekongkol
dengan kuasa Barat.
Tindakan kuasa-kuasa barat mendorong sultan menguatkan
Penutup isi
pembentukan Negara-bangsa Turki.
Dasar Pan-Islamisme juga dikaitkan dengan pembentukan
Fakta
Negara bangsa Turki.
Dasar ini menekankan fahaman perpaduan dan kerjasama umat Islam
bagi membela hak umat Islam sejagat. Melalui dasar ini umat Islam
Huraian
di Turki digesa bersatu padu di bawah kepimpinan Sultan Abdul
Hamid II.
Isi 5
Tokoh-tokoh seperti Jamaluddin al-Afghani dan Rashid Rida
membantu sultan mengerakkan program Pan-Islamisme untuk Contoh
menahan kemaraan kuasa-kuasa barat.
Penyatuan umat Islam juga menyebabkan pembentukan negara
bangsa di Turki Penutup isi

Sememangnya perkembangan sosio-politik di Turki telah mendorong kepada


pembentukan Negara bangsa. Empayar Turki Uthamaniyah berakhir apabila rejim
Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dengan memihak kepada
kesimpulan
Jerman. Kekalahan dalam perang ini telah menghancurkan empayar Turki
Utmaniyah

100

You might also like