You are on page 1of 3

1.

Indahnya pemakanan & perubatan Islam


Pengarang : Dr. Fasley Rahim

Mukasurat : 378 ms
Sinopsis :
Makanan ialah makanan yang digunakan bagi menyediakan sokongan nutrisi untuk
tubuh badan manusia. Biasanya ia terdiri daripada tumbuhan dan haiwan, serta
mengandungi nutrien penting seperti lemak, protein, vitamin dan mineral. Bahan ini
dimakan oleh organisma dan diserap oleh sel-sel badannya untuk ditukarkan kepada
tenaga, mengekalkan kehidupan, serta merangsang pertumbuhan.
Bagi mencapai natijah optimum dari sumber makanan yang diambil, Islam mengajar
umatnya tentang pemakanan yang baik. Hal ini boleh diertikan sebagai gizi yang
halal dan mendatangkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia. Alangkah
indahnya agama ini, bukan sahaja menunjukkan jalan supaya memilih makanan
yang baik kepada jasmani, bahkan menyuruh agar memastikan makanan itu benar-
benar halal demi menjaga aspek rohani.
“Allah SWT yang telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang
dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses kejadian alam ini telah diterangkan
oleh Allah SWT dengan jelas dalam Al-Quran. Allah SWT menerangkan bahawa
kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudia dipisahkan
menjadi langit dan bumi. Segala ciptaan Allah SWT mempunyai manfaat yang
banyak bukan sahaja kepada manusia, haiwan, mahupun tumbuhan”
Mengapakah anda perlu memiliki buku ini:
- Dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat Al Quran dah hadis Nabi
SAW tentang tumbuhan dan makanan
- Memperkenalkan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan di sekeliling kita
- Boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian bidang
berkaitan
- Menyediakan panduan kepada pengamal perubatan alternatif
- Perkongsian maklumat bersama seisi keluarga dan rakan-rakan

2. Mungkahkah ini solat terakhirmu?

Pengarang : Syed Alwi Alatas

Muka surat : 258 ms.


Sinopsis :
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk selalu menegakkan solat dengan
penuh keikhlasan dan kekhusyukan. Dan berilah petunjuk kepada saudara-saudara
kami yang belum lagi tergerak hatinya untuk tunduk sujud kepada-Mu.
Masih ramai yang bersikap acuh tak acuh berkenaan solat, walhal ia adalah ibadah
yang paling asas dan paling utama. Ia bukan suatu pilihan, ia suatu kewajipan. Ia
adalah warisan agung. Namun, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar
menjaganya?
Buku ini membenarkan sebuah hadis Nabi yang menyebutkan bahawa pada akhir
zaman, solat akan menjadi sesuatu yang ditinggalkan. Rasulullah SAW bersabda:
“Jika Islam dilucutkan, sekeping demi sekeping, orang-orang akan berpegang kuat
pada perkara yang berikutnya. Perkara pertama yang akan hilang ialah
pemerintahan dan kerajaan, dan yang terakhir ialah solat.” (Riwayat Ibnu Hibban)
Kini kita boleh lihat betapa ramai manusia tidak bersolat. Ada yang pandai berbicara
tentang hal-hal berkenaan agama, tapi tidak bersolat. Ada yang telefon pintarnya
melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat, tetapi dia sendiri tidak bersolat. Ada
Muslimah yang pakai tudung, tapi tidak bersolat.
Inilah yang cuba disingkap oleh penulis … menjawab kepada persoalan mengapa
orang Islam tidak mahu bersolat, sehingga keadaan ini melemahkan ummah. Walhal
jika solat dijaga dengan penuh tanggungjawab dan amanah, umat Islam mampu
berdiri teguh di tengah-tengah musuh Islam.
Justeru, MUNGKINKAH INI SOLAT TERAKHIRMU? mengajak, menyeru dan
memberi motivasi kepada pembaca untuk bangun mendirikan solat … agar
dengannya kita muncul dan berada kembali di tempat sewajarnya, iaitu sebagai
umat terbaik.

3. Praktik solat jenazah dan pengurusannya

Pengarang : Zul Aimran Omar

Muka surat : 93 ms
Sinopsis :
Setiap daripada kita pasti akan menerima berita kematian seseorang, sama ada
kematian ahli keluarga ataupun kenalan. Maka, ketika itu pengetahuan tentang
tatacara solat jenazah dan pengurusan jenazah perlulah diketahui sebagai
persediaan menghadapi saat itu.

4. Senaman regangan & pergerakan solat

Pengarang : Wan Abu Bakar Wan Abas

Muka surat : 65 ms
Sinopsis :
Kesan spritual solat diterangkan secara nyata di dalam kitab suci al-Quran, hadith
Nabi Muhammad S.A.W. dan pelbagai buku di seluruh dunia. Solat seumpama
senaman tanpa menggunakan sebarang alat bantuan. Ia melibatkan pergerakan
badan seperti berdiri, duduk, rukuk, dan sujud. Ianya juga boleh dilakukan secara
berseorangan atau berkumpulan.
Amalan solat secara harian, boleh dianggap sebagai senaman fizikal sederhana
semula jadi yang mempunyai senaman regangan. Senaman regangan merupakan
salah satu jenis senaman yang lazimnya disyorkan dalam rawatan pemulihan.
Amalan ini jika dilakukan secara terus-menerus akan memberikan kesan yang positif
kepada tubuh manusia. Pergerakan solat dapat mengaktifkan otot-otot peha, betis,
dan tulang belakang. Aktiviti yang mudah dilakukan ini mampu memberikan
kekuatan kepada sistem otot dan tubuh badan.

You might also like