You are on page 1of 2

TUGASAN 1 : LAPORAN TEMUBUAL

Anda dikehendaki menemubual seorang guru tentang peranannya sebagai seorang pemimpin
profesional dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama temubual perlu
berkaitan dengan isu dan cabaran Pendidikan semasa.

Selanjutnya anda dikehendaki menulis satu laporan temubual dengan Panjang 600 patah
perkataan. Kandungan laporan perlu merangkumi aspek-aspek seperti yang berikut:

1. Konsep mengajar sebagai satu profesion dan ciri-ciri guru sebagai seorang
professional.
2. Menghuraikan isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru yang ditembual.
3. Menganalisis peranan guru yang ditemubual sebagai pemimpin professional.

Soalan Temubual

1. Pendahuluan
 Sila terangkan tentang biodata diri.
a) Latar belakang keluarga
b) Pendidikan
c) Tahun mula berkhidmat
d) Sekolah – sekolah yang pernah ditempatkan
e) Jawatan tertinggi yang pernah dipegang semasa di sekolah
f) Kepakaran guru
2. Kandungan soalan
 Sepanjang perkhidmatan cikgu dalam dunia Pendidikan di Malaysia, berapakah
fasa perubahan dasar pelajaran yang telah cikgu lalui? (KBSR,KBSR,KSSR)
 Antara dasar-dasar tersebut, yang manakah paling membawa perubahan besar
dalam kerjaya sebagai seorang guru?
 PIHAK PENTADBIRAN
o Apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh cikgu dalam menghadapi
kerenah dan permintaan golongan pentadbir yang silih berganti?
o Bolehkah cikgu kongsikan satu pengalaman manis dan satu pengalaman
pahit cikgu berurusan dengan pihak pentadbir sepanjang kerjaya cikgu.
 DASAR PENDIDIKAN
o Apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh cikgu dalam penggubalan
dasar pendidikan oleh pihak berwajib terhadap proses pembelajaran dan
pengajaran yang dilaksanakan oleh guru?
o Pada pandangan peribadi cikgu, bagaimanakah kualiti murid-murid yang
dihasilkan daripada dasar-dasar pendidikan ini berdasarkan subjek yang
diajar oleh cikgu?

 RAKAN SEJAWAT
o Apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh cikgu dalam menghadapi
masalah rakan sejawat?
o Bolehkah cikgu kongsikan satu pengalaman manis dan satu pengalaman
pahit cikgu berurusan dengan pihak pentadbir sepanjang kerjaya cikgu.

 IBU BAPA
o Apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh cikgu dalam menghadapi
masalah rakan sejawat?
o Apakah terdapat perubahan dan perbezaan terhadap sikap ibu bapa
sepanjang perkhidmatan cikgu? (ibu bapa dahulu vs ibu bapa kini)
3. PERANAN GURU
 Apakah cara cikgu mengatasi semua perkara yang cikgu hadapi berdasarkan isu
dan cabaran terhadap:
o PIHAK PENTADBIRAN
o DASAR PENDIDIKAN
o RAKAN SEJAWAT
o IBU BAPA
4. PENUTUP
 Apakah harapan cikgu terhadap sistem pendidikan Malaysia?
 Apakah cadangan perubahan yang relevan yang boleh diaplikasikan terhadap
sistem pendidikan di Malaysia?

You might also like