You are on page 1of 8

BIDANG KEMANUSIAAN

SMK BANDAR TUN RAZAK

LAPORAN PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI...2010

TAJUK PROGRAM: PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI 2010


TARIKH: 11 Ogos – 1 September 2010
MASA: 7.30 pg – 2.30 ptg
TEMPAT: SMK Bandar Tun Razak

MATLAMAT: Menghidupkan bulan Ramadhan


OBJEKTIF :
i. Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan
Ramadhan al-Mubarak
ii. Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan
ibadah puasa dan amalan sunat lain
iii. Memberi peluang warga sekolah menambahkan amal
jariah dengan mewakafkan al-Quran
iv. Menggalakkan ibadah membaca al-Quran di kalangan
guru dan pelajar
v. Melengkapkan keperluan surau sekolah seperti al-Quran
dan surah Yasin
vi. Mengglakkan pelajar mencari bahan menggunakan ICT.

KUMPULAN :
SASARAN
i. Semua pentadbir, guru dan staf sekolah
ii. Pelajar Islam tingkatan 1,2,3,4 dan 5
iii. 30 Orang Pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Unit
Bimbingan & Kaunseling.

SUMBER:
KEWANGAN
i Peruntukan Pelbagai (Hari Kebesaran Islam) RM 600.00
ii Sumbangan Majlis Agama Islam (MUIP) RM 500.00
iii Sumbangan Individu RM 500.00
iv Peruntukan Kaunseling RM 200.00
RM 1,800.00

KOS:
i. Jemputan penceramah ( RM 500.00 x 1 Orang ) RM 500.00
ii. Berbuka puasa ( RM 6.00 x 100 orang ) RM 600.00
iii. Majlis Khatam al-Quran ( RM 5.00 x 140 orang ) RM 700.00

RM 1800.00
=========
STATUS PELAKSANAAN:
Program berjalan lancar dan guru serta pelajar memberikan kerjasama yang baik. Kerjasam AJK
dalam kalangan guru juga amat memuaskan. Kami berkeyakinan program ini boleh membantu
menggalakkan lagi amalan ibadah di bulan ramadhan yang akan datang.

REFLEKSI : 100% pelajar menyatakan objektif program tercapai dan


bersetuju supaya program ini diteruskan pada tahun-tahun akan
datang.

PENILAIAN: Pelajar didedahkan cara bertadarus dengan betul.


Pelajar dan guru dapat meningkatkan ilmu pengentahuan agama
dengan lebih baik melalui tazkirah dan ceramah khas.

CADANGAN: Program diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.


maklumat yang disampaikan dapat disampaikan secara
menyeluruh.
Laporan bergambar program

1 Pelancaran Ramadhan Program Ramadhan Dekat Di Hati 11 Ogos 2010 /


Dekat Di Hati akan dilancarkan secara rasminya 1 Ramadhan 1431
oleh Puan Pengetua. Ia bertujuan
bagi menerangkan matlamat dan
objektif program ini dijalankan.
Pelbagai aktiviti yang akan
dilaksanakan juga boleh
dimaklumkan kepada seluruh warga
sekolah.

2 Risalah Ramadhan Ia merupakan edaran bercetak Keluaran 1:


pelbagai maklumat tentang ibadah 13 Ogos 2010
puasa dan aktiviti sepanjang
Ramadhan Dekat Di Hati . Risalah Keluaran 2:
akan diedarkan sebanyak 2 kali 20 Ogos 2010
sepanjang Ramadhan dengan
pengisian mengikut fasa iaitu di
awal Ramadhan dan di akhir
Ramadhan yang lebih memfokuskan
kepada persiapan menyambut Hari
Raya Aidilfitri.

3 Saham Waqaf at-Taqwa Program ini memberi peluang 11 Ogos – 1 Sep 2010
kepada guru , staf dan pelajar
membuat sedekah jariah dengan
memberi sumbangan al-Quran untuk
keperluan jemaah Surau at-Taqwa.

4 Tabung Ramadhan Program ini memberi peluang 11 Ogos – 1 Sep 2010


kepada pelajar dan guru untuk
membuat sedekah jariah dalam
bentuk wang ringgit. Tabung ini
akan dibuka sepanjang Ramadhan.
Pelancaran tabung ramadhan

5 Tadarus Al-Quran Melalui program ini pelajar dan 11 Ogos – 1 Sep 2010
guru akan dibahagikan kepada
kumpulan kecil . Pelajar dan guru
akan bertadarus membaca al-Quran.
Pelajar akan datang ke sekolah jam
7.30 am dan tadarus akan berakhir
pada jam 8.00 am setiap hari
persekolahan.
Majlis tadarus al-Quran

6 Majlis Khatam Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran diadakan 1 Sep 2010


pada akhir Ramadhan setelah pelajar
selesai khatam al-Quran melalui
program tadarus harian.

7 Kuiz Ramadhan Bagi menggalakkan pelajar 23 - 26 Ogos 2010


membaca pelbagai maklumat
tentang Ramadhan, aktiviti kuiz
akan diadakan dengan
mengemukakan pelbagai soalan
berkaitan Ramadhan. Pelajar
dikehendaki mencari jawapan kuiz
melalui pelbagai sumber seperti
risalah bercetak, info, tazkirah dan
internet.

8 Info Ramadhan Satu tip atau petua untuk 11 Ogos – 1 Sep 2010
menjadikan ibadah puasa
Ramadhan lebih berkesan akan
dipaparkan pada setiap pagi iaitu
semasa perhimpunan pagi
dijalankan. Maklumat tersebut juga
akan dijadikan soalan bagi aktiviti
kuiz Ramadhan.

9 Nur Pagi Bacaan ayat suci al-Quran atau zikir 11 Ogos – 1 Sep 2010
munajat akan dipasang selama 10
minit sebelum perhimpunan pagi
dimulakan. Ia sebagai satu kaedah
bagi mendidik jiwa agar mencintai
al-Quran dan sentiasa mengingati
Allah

10 Iftar Kubra / Iftar Majlis berbuka puasa akan diadakan 1 Sep 2010
Ramadhan di sekolah melibatkan pelajar-
pelajar tadarus al-Quran. Program
ini dirancang bagi menghargai
penglibatan pelajar dalam aktiviti
bertadarus sepanjang ramadhan.

11 Ceramah Khas / Liga Ceramah khas akan diadakan pada 30 Ogos 2010
Ilmu 30 Ogos 2010, penceramah luar
akan diundang bagi menjayakan
program ini

You might also like