You are on page 1of 15

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T.


Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah, syukur kami kehadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya
kami telah berjaya menyelesaikan tugasan ini. Kami amat berterima kasih
kepada orang perseorangan dan pihak-pihak tertentu yang banyak membantu
dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Pertama, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khas buat
pensyarah kami iaitu En. Hamizan yang terlalu banyak memberi
bantuan, nasihat, galakan dan bimbingan yang berkesan sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar dan bimbingan beliau terutamanya
berkenaan kaedah penulisan ilmiah yang sistematik amat besar maknanya
kepada kami dalam memantapkan penulisan ini. Sesungguhnya, jasa beliau
tidak ternilai dan tidak dilupakan.
Dirakamkan juga penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan yang
memberi idea dan khidmat nasihat dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali,
kami juga amat terhutang budi kepada ahli-ahli keluarga kami, terutama suami
dan anak-anak. Sesungguhnya mereka semua banyak memberi sokongan dan
galakan kepada kami.

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KEMAHIRAN


HIDUP SEKOLAH RENDAH (KHSR)

PENDAHULUAN
Kurikulum merupakan isi kandungan atau skop sesuatu mata pelajaran di
institusi pendidikan atau sekolah. Lazimnya ia ditentukan oleh Kementerian
Pendidikan negara masing-masing tetapi guru juga memainkan peranan dalam
menentukan kurikulum mata pelajaran yang diajarinya. Di Malaysia, beberapa
perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor
yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah
dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah
menengah mulai tahun 1989.
Mulai tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
dilaksanakan di semua sekolah rendah mengantikan KBSR . Kurikulum
kebangsaan ini dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan
sentiasa releven untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani
cabaran semasa dan masa hadapan. Dalam konteks transformasi kurikulum,
transformasi membawa maksud proses melakukan perubahan yang holistik
berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira
keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum seperti struktur
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum
dan pengurusan sekolah.
Dalam Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Semakan) yang
dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia pada Mei 2002, Kemahiran Hidup sekolah Rendah (KHSR) adalah satu
pelajaran dalam KBSR yang digubal dan diajar pada tahap ll untuk menanam

kesedaran

celik

teknologi

melalui

penguasaan

kemahiran

praktis

dan

pengetahuan serta memupuk sikap yang positif berasaskan teknologi dan


keusahawanan. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang
cenderung kearah ini, kemahiran berasaskan reka bentuk dan teknologi serta
keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Usaha ini
dibuat

bagi pembentukan sebuah masyarakat yang berorentasikan teknologi

dan keusahawanan selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan


perkembangan teknologi dan keusahawanan melalui pendidikan.
Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid
memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan,
bahan dan mesin yang ada disekeliling mereka. Ini meberi peluang kepada murid
ingin mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai
hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga
berpeluang menjalankan aktiviti jual beli.

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN


Menurut Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum
Kebangsaan) Pendidikan 1997], Kurikulum Kebangsaan merupakan
... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan

Kurikulum bererti kurikulum yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran. Di dalam


pendidikan formal, satu kurikulum adalah merupakan satu set kursus, dan isi
kandungannya,

yang

ditawarkan

di

sebuah sekolah

atau universiti.

Kurikulum berasal dari perkataan Latin bermaksud laluan dari satu peringkat ke
satu peringkat, yang merujuk kepada kursus-kursus

dan pengalaman

bagaimana kanak-kanak membesar dan baligh menjadi dewasa.


Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 pula, Kurikulum Kebangsaan merupakan
rancangan teratur yang disusun rapi untuk mencapai matlamat atau kejayaan
sesuatu dasar kerajaan dalam tempoh tertentu. Strategi ini digubal untuk
menangani masalah utama negara seperti ketidak seimbangan ekonomi,
kemiskinan, penyalahgunaan dadah dan keruntuhan akhlak. Perancangan rapi
dibuat berlandaskan tinjauan awal yang komprehensif terhadap masalah
tersebut dan kemudian merancang pelaksanaan sesuatu strategi dasar dengan
mengambil kira pelbagai faktor, risiko dan cabaran yang perlu ditangani. Strategi
ini menjelaskan tentang misi dan visi yang ingin dicapai. Sebagai contoh, strategi
bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Pendapat lain mengatakan kurikulum sebagai:

Perancangan
pembelajaran

yang
di

dibuat

untuk

sekolah-sekolah,

mengarah

dan

ia

atau

biasanya

membantu

diwakili

oleh

dokumen-dokumen umum (Husen & Lethwaite, 1987)

Kursus pembelajaran yang terancang yang dilalui oleh pelajar dibawah


kawalan kolej, sekolah, universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain
(Page & Thomas, 1978)

Paduan makna kedua-dua bahasa ini menghasilkan makan

perkataan

kurikulum ialah laluan dari satu peringkat ke satu peringkat


Perluasan makna ini memberikan pengertian kurikulum
perbendaharaan kata pendidikan bahasa inggeris
pengajian yang diikuti di sekolah. ( Kliebard, 1982 )

dalam
sebagai jurusan

kurikulum bermaksud satu dokumentasi mengenai hasil pembelajaran,


silibus , kerangka kursus , buku teks , keseluruhan kursus atau program
dan pengalaman terancang . (Posner 1995 )
Di negara kita ,kurikulum adalah core; kepada business pendidikan. Ia

merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu


pengetahuan,kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli
dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini
bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara. Dalam Laporan
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan
dihuraikan seperti berikut :
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina
perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan
emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang
diingini, di samping

menyampaikan ilmu

pengetahuan. Dalam konteks

negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat


yang mendukung cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang
terlatih untuk keperluan negara.

KONSEP KURIKULUM
Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu
rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan
norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Konsep umum
kurikulum ialah rancangan yang dibuat untuk membimbing pembelajaran di
sekolah, lazimnya termaktub dalam sesuatu dokumen dimana pelaksanaannya di

dalam bilik darjah seperti yang dialami oleh murid. Pengalaman pembelajaran yang
dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang diinginkan dibentuk secara
sistematik bagi pertumbuhan murid dari segi kecekapan sosial peribadi secara
berterusan dan bersungguh-sungguh. Segala pengalaman pembelajaran yang
dirancang dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.
Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit
beruniform (Abdullah Sani, 2005:145-146). Semua sekolah yang terdapat dalam
Sistem

Pendidikan

Kebangsaan

adalah

wajib

menggunakan

Kurikulum

Kebangsaan tersebut. Bagi sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam


Kurikulum Kebangsaan handaklah diajar di sekolah tersebut. Kurikulum
Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas
menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak
melakukan penambahan, pegubahan atau pindaan ke atas Kurikulum Kebangsaan
dari semasa ke semasa apabila merasakan perlu melakukan demikian. Setiap
sekolah

dikehendaki

menyediakan

murid-muridnya

untuk

menduduki

peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.


Pendapat lain konsep kurikulum :

Kurikulum sebagai kandungan untuk dipelajari dan diperluaskan untuk


memasuki kaedah atau metodologi

pengajaran. (Egan , 1978 )

Sebagai laluan dari satu peringkat ke satu peringkat atau jurusan


pengajian yang diikuti di sekolah ( Kliebard, 1982 )

Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajarpelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan . ( Abdullah
Mohd. Nor dan Ahmad Jaffni Hassan , 1992 )

Sebagai satu siri unit atau isi kandungan yang disusun sedemikian rupa
supaya pembelajaran setiap satu unit dapat

dicapai satu perakuan,

sekiranya kebolehan ditentukan dalam unit sebelumnya telah dikuasai.


( Gagne, 1974)

Sebagai satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran yang


disusun oleh

guru membolehkan murid mencapai objektif yang

dirancangkan. ( Hirst, 1975 )

Merupakan rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi


memperolehi pelbagai tujuan menyeluruh

dan objektif spesifik yang

berkaitan dengannya.

Rancangan ini dibina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi


murid sekolah. (Saylor dan Alexender, 1974 )
Dalam kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) , ia digubal

untuk menanam kesedaran dikalangan murid-murid tentang celik teknologi


melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta memupuk sikap
yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah
masyarakat yang berorentasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras
dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan
keusahawanan yang pesat.

JENIS-JENIS KURIKULUM
Warwick menerangkan bahawa terdapat tiga dimensi atau aspek
kurikulum yang jelas iaitu kurikulum formal, kurikulum ideal dan kurikulum
tersembunyi.

Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran


dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia
merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar
yang berlaku dibilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap
sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan
kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan
rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan
mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan
jelas. (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983)
Kurikulum ideal ialah prinsip-prinsip yang terlibat dalam pembentukan
sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Prinsip-prinsip inilah yang terkandung
dalam kurikulum ideal di mana ia sepatutnya mengandungi pandanganpandangan daripada semua pihak yang terlibat dalam sistem persekolahan iaitu
guru besar, pengetua, nazir sekolah, kakitangan sumber, pensyarah-pensyarah,
ahli-ahli politik, ibu bapa dan sebagainya. Tanpa kurikulum ideal, kurikulum
formal tidak mempunyai asas serta kekurangan arah yang tertentu. Kurikulum
ideal merupakan batu induk bagi kurikulum formal.
Kurikulum tersembunyi ialah adalah sesuatu yang tidak terancang dan
tidak formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum tak rasmi atau terlindung
atau tak formal. Kurikulum ini adalah sesuatu yang dipelajari secara tidak
langsung oleh murid-murid. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran
rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa kedalam bilik darjah dan
sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia
terdiri dari peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia
dibentuk oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang
pengalaman guru dan murid. Kurikulum tersembunyi ialah hasil sampingan
kurikulum formal dan kurikulum ideal. Contohnya, sekiranya seorang guru yang
autokratik yang selalu menekankan kepada hukuman akan mendatangkan kesan

yang negatif kepada murid. Murid-murid dalam kelas ini mungkin juga belajar
sifat-sifat autokratik, tidak mudah menerima pendapat orang lain dan suka
menentukan sesuatu tanpa berunding dengan orang lain.

Cara-cara lain mengkategorikan kurikulum :


Dari segi penyusunan, kurikulum boleh digolongkan kepada beberapa jenis
seperti berikut :

Kurikulum mata pelajaran terpisah


kurikulum ini terbentuk dengan menyusun mata pelajaran yang terdiri

daripada aspek-aspek berlainan seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains,


Kajian Hidup, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral.
-

Kurikulum seperti ini kurang menekankan kesepaduan antara mata

pelajaran yang berlainan. Oleh itu, murid-murid kurang berupaya untuk melihat
saling kaitan antara disiplin-disiplin yang berbeza seperti Matematik dan Fizik,
Kemahiran Hidup dengan Perdagangan.

Kurikulum teras
Kurikulum teras sentiasa merujuk kepada mata pelajaran yang wajib dikuti

oleh murid. Ia dibentuk berasaskan keperluan-keperluan murid serta mengaitkan


pembelajaran dengan cabaran-cabaran kehidupan.

Kurikulum Aktiviti
Kurikulum aktiviti merupakan satu-satunya kurikulum yang menekankan

pada pembelajaran melalui aktiviti. Ini bermakna penglibatan atau penyertaan


murid-murid dalam pembelajaran sudah tentu terjamin. Contoh aktiviti ialah
menjahit, berkebun, menulis, mengira, menjalankan projek, main peranan dan
menyediakan buku skrap.

Kurikulum gabungan
Kurikulum

gabungan

merupakan

satu-satunya

kurikulum

yang

menggabungkan beberapa mata pelajaran untuk menjadi satu program kajian


yang bersepadu. Contoh penggabungan seperti ini terdapat dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup di mana murid-murid didedahkan dengan konsep
reka bentu dan teknologi dan perniagan dan keusahawanan.

Kurikulum berbidang luas


Di dalam kurikulum ini, mata pelajaran dikategorikan mengikut satu bidang

yang luas. Contohnya, Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah akademik


yang memperkenalkan 22 mata pelajaran. Contohnya, mata pelajaran Membuat
Perabot, Lanskap dan Nurseri, Pembinaan Domestik, Jahitan Pakaian, Seni
Reka Tanda, Produksi Multimedia, Tanaman Makanan, Hiasan dalaman Asas
dan lain-lain

KURIKULUM DAN PENDIDIKAN


Kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan berlandaskan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang
bertitik tolak daripada Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk
mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada tuhan. Namun demikian, adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya kita
mempunyai kehendak-kehendak kurikulum yang baik tetapi tidak mampu
dilaksanakan dengan jayanya dan bertentangan dengan objektif sebenar.

Untuk

memantapkan

lagi

sistem

perlaksanaan

kehendak-kehendak

kurikulum di sekolah, panitia mata pelajaran juga ditubuhkan. Mesyuarat dan,

perkembangan ikhtisas panitia diadakan sekurang-kurangnya diadakan empat kali


setahun dan mereka bertanggungjawab dalam memperoleh sukatan pelajaran baru
yang telah dikemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia, memilih dan mencadangkan
buku rujukan dan bahan bacaan tambahan untuk para guru, menyelaras soalansoalan ujian, mengkaji dan menyelaras keputusan peperiksaan pelajar dan
sebagainya. Penentu pelaksanaan kurikulum seterusnya ialah iklim kelas kerana ia
banyak mempengaruhi kesungguhan guru dan pelajar menjalankan tanggungjawab
masing-masing. Penyeliaan Latihan Dalam Pengajaran juga dilaksanakan terutamanya
pemeriksaan dan penyemakan kerja-kerja bertulis perlu dilakukan sama ada
penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan penyelaras tingkatan. Biodata dan
maklumat lengkap murid juga perlu diambil kira bagi memudahkan pelaksanaan
pengurusan organisasi sekolah.

Menurut Abdullah Sani (2005), KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap
satu yang mencakupi murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula meliputi
murid tahun empat hingga enam. Dalam bidang perkembangan diri individu yang
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan
rekreasi terdiri daripada dua komponen. Salah satu komponen itu ialah komponen
Kemahiran Hidup yang mengandungi

mata pelajaran

Kemahiran Hidup yang

dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba.

Mata pelajaran kemahiran Hidup Sekolah rendah (KHSR), membekalkan


kepada semua murid kemahiran-kemahiran asas praktik untuk membolehkan
mereka mengendalikan dengan berkesan pelbagai urusan hidup seharian. Mata
pelajaran KHSR menekankan pembelajaran melalui pengalaman murid melakukan
aktiviti kerja buat-sendiri, berusaha niaga dan mereka cipta, yang berkaitan dengan
aktiviti

harian

mereka.

Dalam

KHSR,

murid-murid

digalakkan

mencuba,

mengendalikan dan meneliti pelbagai hasil teknologi melalui aktiviti dan kerja amali
melibatkan penggunaan alatan tangan dan mesin. Kerja praktis ini meliputi tiga
aspek iaitu menyenggara, membaiki kerosakan dan menghasilkan barang;

mengusaha niaga barang dan mengurus diri dan kerja.

Matlamat KHSR berhasrat membantu murid memperkembangkan keupayaan


diri mereka melalui penguasaan kemahiran dan pemerolehan pengetahuan yang
berasaskan teknologi, keusahawanan dan pengetahuan diri serta kerja mata
pelajaran ini diajar pada Tahap ll (tahun empat, lima dan enam) .

LATAR BELAKANG FALSAFAH DAN LIPUTAN


KURIKULUM

Falsafah berasal daripada perkataan Yunani iaitu Phileosopic yang


bermaksud mencintai hikmah. Hikmah ini mempunyai unsur - unsur nilai,
pengetahuan, kematangan dan pandangan jauh. Ada tiga bidang falsafah iaitu
Ontologi (teori kewujudan ) yang meliputi aspek kewujudan tuhan, manusia dan
alam ; Epistemologi( teori ilmu) yang meliputi aspek apakah ilmu, sumber ilmu,
pembahagian ilmu dan peranan ilmu ; dan Aksiologi (teori nilai ) yang meliputi
aspek nilai, sumber nilai, pembahagian nilai dan peranan nilai.

Falsafah KBSR di peringkat sekolah rendah memerlukan murid-murid


mendapat kemahiran dan pengertahuan melalui pengalaman secara langsung.
Pengalaman ini meliputi aspek intelek, rohani dan jasmani yang patut dilalui oleh
murid-murid bersesuaian dan berkaitan dengan matlamat yang hendak dicapai.
Oleh itu, murid-murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Murid-murid hendaklah diberi peluang melahirkan perasaan dan
pandangan secara lisan, lukisan, tarian dan gerakan, juga lakonan. Murid-murid
juga perlu disediakan pengalaman hidup seperti menjalankan kerja-kerja sendiri,
mereka cipta dan cenderung berurusniaga, mengamalkan sikap dan budaya
kerja yang baik, bertukar-tukar pendapat serta membina persefahaman. Secara
ringkas, pendidikan peringkat rendah hendaklah menekankan pada

perkembangan menyeluruh, iaitu murid-murid hendaklah mengalami


perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan
Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum
sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa
pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada
tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk
mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa
Kabinet ditubuhkan pada tahun1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan
dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi membangunkan negara dapat tercapai.
Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
Sejarah Pendidikan Vokasional telah dicadangkan lebih awal lagi, ini boleh
dilihat dalam Laporan Cheeseman, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1964.
Dalam sistem persekolahan, pendidikan vokasional diintegrasikan di dalam kurikulum
melalui penerapan beberapa mata pelajaran di peringkat sekolah rendah, menengah
rendah dan menengah atas di sekolah-sekolah aliran akademik.
Antara perubahan yang ketara dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)
ialah pengenalan kepada elemen teknik dan Vokasional dalam kurikulum pendidikan
sekolah rendah pada tahun 1989 iaitu memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Pentadbiran PTV dalam sistem persekolahan
adalah dibawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid didedahkan kepada elemen
pendidikan vokasional melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
(KHSR). Mata pelajaran ini diajar semasa murid-murid berapa dalam tahap ll (tahun
empat hingga enam). Mata pelajaran ini bertujuan menjadikan murid-murid lebih
berpengetahuan tentang teknologi dan pengenalan kepada keusahawanan. Mata

pelajaran ini diteruskan dan diperkembangkan ke peringkat menengah rendah


(tingkatan satu, dua dan tiga). Tujuan mata pelajaran pra-vokasional yang
diperkenalkan pada peringkat ini adalah kesinambungan daripada daripada
kemahiran yang diperoleh pada peringkat sekolah rendah dan juga merangsang
perkembangan kebolehan, kreativiti dan minat terhadap bidang teknik dan vokasional
terutama bidang keusahawanan.

PENUTUP
Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.
Matlamat
adalah

mata

untuk

pelajaran

Kemahiran

membolehkan

murid

Hidup

Sekolah

memperoleh

Rendah

kemahiran

(KHSR)

asas

dan

pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat


menjalankan kerja-kerja sendiri, mereka cipta dan cenderung berurusniaga serta
mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Kesemua ini akan menyumbang
kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, kerjasama pelbagai
pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang timbul, harmonis dari
segi intelek, rohani, jasmani, sosial dan emosi.

BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang .(2003). Penilaian Tahap Kecekapan Skim


PerkhidmatanGuru : Kompetensi Fungsi/ Khusus (Pengurusan Pengajaran
dan Pembelajaran). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya,Selangor.
Ee Ah Meng .(1996). Pendidikan di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, guru
dan Sekolah. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor

Abdullah Sani Yahaya. (2005) . Mengurus Sekolah.PTS Professional Publishing


Sdn.Bhd
Ee Ah Meng .( 2003) . Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas
(semester 1 ) , S e l a n g o r , P e n e r b i t a n F a j a r B a k t i S d n .
Bhd.
Ibrahim Mamat. (2001) . Pengetua Sekolah Menangani lsu dan Cabaran
Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Laporan Jawatankuasa Kabinet. 1979. Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala


Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Daud Hamzah. (1994) . Reka Bentuk Kurikulum Sekolah .Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls. (1987). Perkembangan Kurikulum: Satu
Panduan Praktis (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.

http// www.moe.gov.my
http://www.btpnjl.edu.my/index.php

You might also like