You are on page 1of 4

SOALAN 1

ISU KONFLIK MORAL – PENCEMARAN AIR

Pencemaran ialah kemasukan bahan pencemaran seperti bahan kimia , hingar


, haba , cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang
memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia , mengancam sumber
alam dan ekosistem serta mengganggu imuniti dan pengguna halal alam
sekitar.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang
perubahan sama ada secara langsung atau secara tidak langsung kepada sifat – sifat
fizikal , kimia , biologi atau mana – mana bahagian alam sekitar dan ianya membawa
kepada masalah kesihatan , keselamatan yang akan dialami oleh masyarakat. Atau
dengan kata lain , pencemaran bermaksud mencemarkan kebersihan alam sekeliling
kesan daripada segala aspek. Selain itu , pencemaran juga ialah perbuatan yang
mencemarkan atau mengotorkan serta membawa pengotoran kepada alam semula
jadi. Antara pencemaran yang akan berlaku ialah pencemaran udara ,air ,bunyi, bau
dan lain- lain lagi.

Seterusnya ,alam bermaksud dunia , bumi atau segala yang terdapat di langit
dan bumi. Sekitar pula bermaksud tempat atau kawasan disekelilingi. Perkataan alam
sekitar atau bahasa Inggeris disebut “environment” yang membawa maksud sekeliling
dan lingkungan .Oleh itu , alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang
melingkungi manusia termasuk iklim dan cuaca.

Pencemaran alam sekitar terbahagi kepada empat iaitu pencemaran darat,


pencemaran udara , pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran ialah
pengotoran alam , perbuatan yang mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan
sampah sarap.Pencemaran juga ialah perbuatan yang mencemarkan dan
mengotorkan . Alam sekitar ialah keadaan sekeliling atau lingkungan , keadaan
persekitaran termasuk iklim dan cuaca .Fenomena fizikal yang melingkungi suatu
organisma di muka bumi Allah. Alam sekitar juga apa sahaja yang melingkungi suatu
manusia di muka bumi ini. Pengertian air dari sudut islam pula ialah untuk
bersuci.Sesuatu perkara yang pentinng dalam kehidupan makhluk dalam muka bumi
ini.

1
Contoh – contoh pencemaran air ialah tumpahan miyak daripada kapal laut. Ini
boleh menyebabkan hidupan laut akan mati. Pembuangan sisa – sisa toksik daripada
kilang juga menyebabkan pencemaran air. Selain itu, pembuangan sampah sarap di
dalam longkang , sungai dan laut . Pembinaan hotel di tengah laut untuk
pembangunan negara . Sisa pembinaan yang besar mengakibatkan ekosistem laut
dan hidupan laut terjejas.

Punca –punca pencemaran boleh berlaku dari pelbagai faktor iaitu


pembuangan sampah secara tidak terkawal ,pembuangan sisa kimia dan toksid
secara haram dan pembalakan hutan secara haram. Ia juga merujuk kepada
pencemaran jasad air iaitu sungai ,laut dan tasik. Terdapat dua punca pencemaran
air berlaku di negara kita iaitu tindakan individu dan tindakan masyarakat.

Punca pencemaran atas perbuatan individu ialah membuang sampah di sungai


atau pun parit. Perbuatan ini selalu berlaku di tempat peranginan . membuang sisa
makanan berlaku atas dasar makanan yang berlebihan. Punca pencemaran atas
perbuatan masyarakat pula ialah pembuangan sisa toksid dan kimia secara haram
dan bukan tempat yang ditetapkan oleh kerajaan. Pembalakan haram yang
berhampiran dengan sungai. Cara pengukuran pencemaran air ialah dengan
menganalisa contoh air dengan ujian fizikal ,kimia dan biologi. Kawalan pencemaran
air juga dicapai dengan rawatan sisa kumbahan.

Kesan pencemaran air terhadap kesihatan manusia ialah manusia boleh


mendapat penyakit atau masalah kesihatan jika terminum air menggunakan air yang
tercemar.Air yang digunakan tidak selamat dan merbahaya. Contohnya takungan air
yang mempunyai sampah sarap memberi tarikan kepada tikus dan menyebabkan
penyakit kencing tikus maka menjejaskan kesihatan manusia . Kesan pencemaran
juga menjejaskan keindahan alam. Tiada lagi pemandangan yang indah , cantik dan
menarik yang menjadi tarikan umum. Pelancong kecewa kerana tujuan untuk melihat
keindahan tetapi telah dicemari dengan sampah sarap. Kemusnahan hidupan akuatik
di mana menjejaskan ekosistem laut dan sungai. Hidupan laut dan sungai akan mati.
Banjir juga boleh berlaku kerana air tersumbat disebabkan longgokan sampah sarap
menyekat laluan saluran air. Hasil buangan sisa toksik oleh kilang akan
mengakibatkan sisa ini terkeluar apabila hujan lebat atau loji pecah.

2
Langkah – langkah mengatasi masalah ini ialah dengan menggubal undang –
undang yang melarang sesiapa daripada melakukan kegiatan yang boleh
mencemarkan sungai. Terlalu banyak pencemaran yang berlaku di kawasan bandar ,
perumahan dan perindustrian . Aktiviti pengilangan mesti meningkatkan pemantauan
untuk mencegah pencemaran sungai. Undang – undang yang berkaitan dengan
pemuliharaan harus diperketatkan mengurangkan benda – benda asing yang
mencemari sungai. Penubuhan Yayasan atau kelab pencipta sungai perlu dimulakan
dengan mengambil kira pakar dan perunding dalam alam sekitar yang berminat
memberi sumbangan secara sukarela. Tidak banyak usaha dilakukan oleh pihak
berkuasa untuk menggembleng tenaga dan sumber yang ada untuk tujuan berkenaan
. Yayasan ini juga boleh memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat
tentang pemuliharaan dan pemulihan sungai . Melalui program pendidikan ,latihan
dan maklumat pencemaran alam sekitar bagi tujuan untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat sama ada golongan pengilang ataupun pengguna supaya mereka
sentiasa sedar akan tanggungjawab masing –masing dalam masyarakat. Setiap
aktiviti yang dilakukan oleh individu akan memberi kesan yang menyeluruh terhadap
diri sendiri dan masyarakat. Menerapkan ilmu yang telah dipelajari semasa program
untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Mewajibkan sistem pembentungan air
buangan dan loji pelepasan bahan sisa – sisa bersepadu. Melalui sistem tersebut , air
akan dirawat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan alam sekitar
sebelum disalurkan ke dalam sungai .Mengenakan hukuman penjara dan
menanggung kos pembersihan dan pemuliharaan sungai tersebut. Mengadakan
langkah – langkah bersepadu untuk membanteras aktiviti yang mencemarkan sungai.
Kesimpulannya , pencemaran air telah menyebabkan kualiti air tidak memenuhi
piawai yang ditetapkan. Maka,pelbagai langkah perlu diambil supaya kualiti air
terpelihara . Tindakan undang – undang yang keras perlu demi menjaga warisan ini
untuk generasi akan datang .Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini ,
pencemaran air berlaku akibat proses semula jadi namun kebanyakkan pencemaran
yang berlaku adalah berpunca daripada kegiatan manusia. Walaupun tidak dapat
dinafikan bahawa penerokaan terhadap sumber alam amat penting untuk kemajuan ,
namun sikap tamak manusia telah memburukkan keadaan . Ancaman yang terjadi
akibat pencemaran air tidak hanya menjejaskan tanaman dan ekosistem semula jadi
malahan ia juga turut mengancam kesihatan manusia dan mengundang maut.

3
Dalam penulisan ini , jelaslah bahawa pencemaran air sememangnya menjadi
isu penting dari tahun ke tahun dan penyelesaiannya memerlukan kesedaran bersama
oleh semua pihak.Justeru itu , adalah penting pembangunan mapan atau
pembangunan yang seimbang diwujudkan , dikekalkan dan seterusnya diteruskan
agar sumber alam yang ada pada masa kini dapat dinikmati oleh generasi akan
datang. Di samping itu , memastikan agar industri pengeluaran tidak merosakkan alam
sekitar dengan pencemaran yang berlaku seperti pencemaran air. Oleh itu , keidahan
dan sumber alam semula jadi hendaklah dijaga dengan baik untuk memastikan
generasi akan datang .Oleh itu , keindahan dan sumber alam semula jadi hendaklah
dijaga dengan baik untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmati
bersama.

You might also like