You are on page 1of 25

Topik 3:

PENGUKURAN
❑ Kuliah akan membincangkan:
➢ Konsep pengukuran dan pemboleh ubah
➢ Konstruk, konsep dan definisi konsep
➢ Tahap pengukuran
❑ Konsep Pengukuran (Measurement)
✓ Dalam sesuatu penyelidikan, penekanan diberikan kepada
pengukuran dan pemboleh ubahnya.
❖Pengukuran – melibatkan penilaian atau cara kita menilai,
menganggar sesuatu pemboleh ubah dan tingkah laku
subjek (Aiken, 1997).
✓ Persoalan-persoalan yang wujud dalam diri penyelidik
dalam menjalankan penyelidikan:
i. Apakah perbezaan antara konstruk dan definisi konsep?
ii. Apakah konsep pengukuran dalam konteks sains sosial?
iii. Apakah bentuk skala dalam sesuatu pengukuran?
iv. Apakah kaedah yang boleh digunakan dalam sesuatu
pengukuran?
v. Apakah perbezaan antara kesahan dan
kebolehpercayaan?
✓ Pembolehubah adalah ciri-ciri yang boleh digunakan untuk
mengukur Konsep secara kolektif.
Contoh: Rajin (Konsep)
Kerajinan (Pemboleh ubah)

Tahap Kerajinan pekerja anda:


1. Kerja lebih masa
2. Datang awal
3. Balik lewat
4. Membuat kerja di luar bidangnya
5. Menghasilkan kuantiti output yang
melebihi jangkaan

Oleh itu, Definisi Konsep dan Operasi sangat penting!


❑ Konsep Pengukuran (Measurement)
✓ Dalam konsep pengukuran, ELEMEN penting yang perlu difahami
adalah seperti konsep, bentuk, kaedah, dan isunya.
✓ ELEMEN penentu utama kualiti pengukuran adalah
Kebolehpercayaan, Kesahan dan kesilapan (error) (jika berlaku
kesilapan ia boleh diperbetulkan).
✓ Pemboleh ubah kajian pula menitikberatkan kepada elemen iaitu
konsep, bentuk dan kategori pemboleh ubah kajian yang
dilakukan.

Jadual 1: Perbezaan antara pengukuran dengan pemboleh ubah

PENGUKURAN PEMBOLEH UBAH


Konsep, bentuk, kaedah dan isu-isu Konsep, bentuk dan kategori umum
pengukuran pemboleh ubah
Kesahan (validity) dan Kaedah pengukuran pemboleh
kebolehpercayaan (reliability) ubah yang digunakan
Kesilapan dalam pengukuran
Pengukuran adalah satu
proses yang berterusan…..
(Monette et al., 2014, p. 103),
Theoretical Level Revised
(Most abstract) Nominal Definition Nominal Definition

Measurement Reconceptualization Remeasurement

Research Level Operational Definition Modified Operational


(Most Concrete) Definition
❑ Konstruk, konsep dan definisi konsep
✓ Konstruk merupakan satu bentuk kenyataan yang bersifat
hipotetikal atau mekanisme yang membantu menjelaskan
sesuatu konsep berdasarkan teori.
❖Contoh:
Agresif berlaku sekiranya ada provokasi. Apabila seseorang itu
selalu diprovokasikan, orang itu akan menjadi agresif dan
bertingkah laku di luar jangkaan.
✓ Dalam contoh di atas, agresif adalah satu konstruk yang
merujuk sebagai satu konsep.
✓ Definisi konsep – suatu bentuk penghuraian dan penjelasan
berdasarkan terma yang mudah difahami dan diterima
secara umum.
❖Contoh: kecerdikan didefinisikan sebagai keupayaan untuk
mempelajari sesuatu dengan cepat dan cekap.
✓ Definisi konsep dalam kajian menjadi tunggak utama
kepada kajian yang dijalankan.
❑ Tahap/Jenis Pengukuran

• Selanjar (Continous)
• Ordinal, Selang, Nisbah
• Diskrit (Descrete)
• Nominal
Metric Scale

• Pembolehubah Selanjar (Continous)


• Sebarang bahagian antara “dua titik nilai
yang diperolehi (Sabitha, 2005, 72) adalah
logik dan bermakna
• Contoh: Berat Badan

0 kg 200 kg
108.195911kg
Nonmetric Scale

• Pembolehubah Diskrit (Descrete)


• Mana-mana bahagian di antara dua
kumpulan/kategori adalah tidak
bermakna.
• Contoh, Jenama Kereta: Honda, Toyota,
BMW, Proton
• Tidak ada ‘nilai tengah’ di antara mana-
mana jenama
• Jika (Honda+Toyota+BMW+Proton) lepas
itu Bahagi dengan 4 = ?
EMPAT tahap pengukuran:

Yang paling tinggi: Ratio (Nisbah)


Interval
Ordinal
Yang paling rendah: Nominal
• Kerana Ratio boleh diubahsuai jadi
Nominal, tetapi Norminal tidak boleh
diubahsuai kepada Ratio
Contoh
• Ratio: Umur- 16, 17, 18, 19 tahun
• Boleh diubah kepada Norminal: Kumpulan
Bawah Umur (16-17 tahun) , Kumpulan
Dewasa (18-19 tahun)
• Banyak pilihan ujian statistik boleh
dilakukan ke atasnya.
Jenis Pengukuran (Skala Pengukuran)

Skala Nominal

Kategori

Skala Ordinal
Jenis Pengukuran
(Skala
Pengukuran)
Skala Sela

Bernombor

Skala Nisbah
Nominal
✓Dalam bentuk kumpulan atau kategori
✓Antara dan dikalangan kumpulan, tidak ada nilai
jarak.
✓Jantina: Lelaki, Perempuan
✓Kereta: Kereta Jenama A, B dan C
Tidak ada nilai jarak di kalangan jenama kereta ini.
✓ Skala nominal kebiasaannya digunakan kepada
pemboleh ubah kualitatif (Jadual 2)
Jadual 2: contoh skala nominal bagi pemboleh ubah
nominal
Nombor Kod Jantina
01 Lelaki
02 Perempuan
Ordinal
✓ Gambarkan kualiti sesuatu atribut tetapi tidak memberikan
maklumat kuantiti (Sabitha, 2005, p.66)
✓ Susun/Pilih ikut keutamaan dan tahap perbezaan, jarak antara
satu sama lain tidak diketahui
✓ Pilih keutamaan anda dalam pembelian kereta (Jadual 3)

Jadual 3: Contoh skala ordinal dalam pembelian kereta

Ciri-ciri Pilihan Anda


Penjimatan Minyak ( )
Reka bentuk ( )
Harga ( )
Keselesaan ( )
Kuasa ( )
Ordinal
✓ Menggambarkan maklumat asaal pemboleh ubah yang
menunjukkan sususan daripada yang kecil kepada yang besar
(Jadual 3)

Kualiti makanan Skala


Sangat sedap 1
sedap 2
Biasa 3
Tidak sedap 4
Sangat tidak sedap 5
Interval/Sela
✓ Mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam skala nominal dan
ordinal.
✓ Tahap ukuran… bersifat aturan atau pengkadaran dan
mempunyai jarak yang sama serta bersebelahan (Sabitha,
2005, p.69)
✓ Membenarkan operasi purata (mean) dilakukan (Sabitha,
2005, p. 72)
✓ Pandangan anda terhadap Kereta Jenama A
Sangat Buruk Sederhana Baik Sangat
Buruk Baik
Penjimatan 1 2 3 4 5
Minyak
Reka bentuk 1 2 3 4 5
Harga 1 2 3 4 5
Keselesaan 1 2 3 4 5
Kuasa 1 2 3 4 5

✓ Markah Penuh: 25, Markah Paling rendah: 5


✓Skala likert biasanya dalam bentuk ganjil
✓Contohnya:

3: Tidak Baik, Neutral, Baik


5: Sangat Tidak Baik, Tidak Baik,
Sederhana, Baik, Sangat Baik
7. Tidak pernah, Sangat Jarang, Jarang,
Kadangkala, agak kerap, Kerap, Sangat
Kerap
Ratio/Nisbah
• Dalam bentuk ‘angka’
• Setiap nombor yang dinyatakan dalam skala
itu mempunyai perbezaan yang sama
(Sabitha, 2005, p. 69).
• Merangkumi semua ciri-ciri nominal, ordinal
dan selang (Sabitha, 2005, p.70).
• Sifar adalah nilai yang bermakna
• Berapa jumlah wang yang anda sanggup
belanja untuk membeli sebuah kereta?
RM_________
1. Anda berminat untuk mengkaji
pandangan orang ramai tentang kereta
nasional…
2. Maka anda mencari artikel jurnal untuk
membaca….
Ulasan Karya
1. Kereta nasional adalah isu utama yang anda
nak kaji.
2. Cari artikel-artikel jurnal berhubung isu
berkenaan
3. Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, anda
dapati Jantina, Keutamaan Pilihan dan
Budget Perbelanjaan adalah tiga KONSEP
yang sering dikaitkan dengan gelagat
pembelian kereta.
4. Kenalpasti pembolehubah-pembolehubah
untuk mengukur Konsep-konsep tersebut.
Tajuk Kajian: Jantina, keutamaan pilihan
dan budget perbelanjaan dengan
pandangan pelajar UUM mengenai kereta
nasional.
Objektif:
1. Mengenalpasti pandangan pelajar UUM terhadap
kereta nasional.
2. Mengenalpasti pandangan pelajar berdasarkan
jantina.
3. Mengenalpasti pandangan pelajar berdasarkan
keutamaan pilihan.
4. Mengenalpasti hubungan di antara budget
perbelanjaan dengan pandangan pelajar mengenai
kereta nasional.
IV DV
Pembolehubah Bebas Pembolehubah Tidak Bebas

Jantina

Keutamaan Pilihan

Budget Perbelanjaan

Kerangka Konsep
Hipotesis:
✓H1Terdapat perbezaan pandangan
mengenai kereta nasional yang signifikan di
antara pelajar lelaki dengan pelajar
perempuan.
✓H2Terdapat perbezaan pandangan
mengenai kereta nasional yang signifikan
berdasarkan keutamaan pilihan pelajar.
✓H3Terdapat hubungan yang signifikan di
antara budget perbelanjaan dengan
pandangan mengenai kereta nasional.
Skala Pengukuran yang Diperlukan:
1. Skala Nominal untuk Soalan Jantina
2. Skala Ordinal untuk Soalan Keutamaan
Pilihan: Harga, Jimat Minyak, Kuasa, Reka
Bentuk, Keselesaan.
3. Skala Interval untuk mengukur
Pandangan
4. Skala Ratio untuk Soalan Budget
Perbelanjaan.
• Bincangkan tajuk
penyelidikan pilihan
kumpulan anda
berdasarkan LIMA
langkah berkenaan.

You might also like