You are on page 1of 2

LAPORAN TAKLIMAT FROG VLE & PROGRAM SARANA

IBU BAPA
BERSAMA PIBG SK PADANG LUMAT

TARIKH

: 11.11.2013

TEMPAT

: KANTIN

HARI

: ISNIN

MASA

: 8.30 PAGI

FASILITATOR

: PN SHOLEHAH OSMAN

OBJEKTIF FROG VLE


Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai
fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE
ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai
pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan
konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat
memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara
pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog
VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting
yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan
sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada
bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini,
pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di
rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh
mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui
Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya
capaian Internet.

OBJEKTIF SARANA IBU BAPA


Sarana ini ditujukan khas kepada IB dan boleh dikongsikan bersamasama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk membantu IB
melaksanakan tugas pertama dan paling penting, mendidik anak-anak
mereka. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk IB dan boleh dianalisis
sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak.
Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada IB
menambahbaik dalam bidangbidang tertentu. Sebenarnya IB telah
melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing supaya
anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan
memberi kesan yang lebih besar. Amalan-amalan terbaik daripada IB, PIBG
dan sekolah dalam dan luar negara dipaparkan untuk memberi gambaran
bagaimana mereka mengatasi cabaran masa kini.
Disediakan Oleh :

...............................................
Pn Noormawati Bt Che Azmi

You might also like