You are on page 1of 1

Masa depan bahasa Melayu dalam golongan Muda

Pengenalan

Bahasa ialah indentiti kepada sebuah kerajaan.Dalam pada itu, bahasa juga merupakan
satu alat yang digunakan dalam berkomunikasi untuk seorang individu menyampaikan
maklumat kepada individu lain. Selaras dengan pendapat Asmah Haji Omar (2004), bahasa
yang digunakan merupakan lambang mengaitkan maksud atau fikiran seseorang dengan
perkara yang konkrit ataupun sesuatu yang abstrak (Siti Norashikin Mohd Khalidi dan
Ernawita Atan).Selain itu, menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu (2010) bahasa ialah
sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu
kelompak manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran.

Di Malaysia mempunyai pelbagai bahasa kerana terdapat masyarakat berbilang kaum.


Antara kaum mejor yg terdapat di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina dan India.Sungguhpun
terdapat pelbagai bahasa di Malaysia, namun bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi
dan fungsinya tidak boleh dipertikaikan seperti mana yang termaktub dalam perkara 152
Perlembagaan Persekutuaan (Pindaan 1996). Dalam perlembagaan ini, kita dapat lihat
bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang tinggi dan perlu dimartabatkan oleh semua
kaum. Namun kini, penggunaan bahasa Melayu semakin merosot dalam golongan
muda.Perkara ini seiring dengan pembangunan dunia digital yang semakin pesat. Teo
(2009) ,menyatakan bahawa antara sebab sesuatu bahasa mengalami kemerosotan dan
mungkin musnah adalah kerana perkembangan teknologi maklumat (Mohammad Zakuan
Mohd Fadzil et al., 2018). Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu semakin luntur bukan saja
dalam kalangan kaum lain namun dalam kaum Melayu itu sendiri.

You might also like