You are on page 1of 14

TAJUK

PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH


UMAR AL- KHATTAB

ISI KANDUNGAN
BI
L
1
2
3

4
5

TAJUK
PENGENALAN TENTANG KHALIFAH UMAR ALKHATTAB
PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN
KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
3.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN
3.1.1 MEMBENTUK MAJLIS SYURA
3.1.2 MEMBAHAGIKAN WILAYAH- WILAYAH
ISLAM
3.1.3 MEMPERBAHARUI UNDANG- UNDANG
PENTADBIRAN TANAH
3.2 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI
3.2.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI
3.2.2 MEMAJUKAN SISTEM PERTANIAN
3.3 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL
3.3.1 MELAKUKAN POLISI BARU UNTUK
GOLONGAN DHIMMI
3.3.2 MEMPERBAHARUI TARAF KEDUDUKAN
HAMBA
3.4 MENGGALAKKAN KEGIATAN KEILMUAN DAN
PELAJARAN
3.5 STRUKTUR PENTADBIRAN KETENTERAAN
3.5.1 MEMPERKUKUHKAN PENTADBIRAN
KETENTERAAN
3.6 STRUKTUR PENTADBIRAN KEHAKIMAN
3.6.1 MELICINKAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN
KESIMPULAN
RUJUKAN

MUKA SURAT
2- 3
4

5- 7

10
11

12
13
14

1
PENGENALAN TENTANG KHALIFAH
UMAR AL- KHATTAB
Saidina Umar al-Khattab, kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun
Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan Bani Adi Quraisy. Beliau
menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir
tahun 13 Hijrah dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin.
Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza.
Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau
pernah mengembala kambing dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulangalik ke Syam membawa barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang
berlaku pada masa tersebut, dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan
terkenal kerana kegagahannya.
Saidina Umar bin al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika
berumur 27 tahun. Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuannya membaca
ayat-ayat al-Quran . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa
Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa: Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis
daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad ,
sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina
Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang
yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh
Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau
haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk
Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca al-Quran dari
Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila
melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca
secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat alQuran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah
terakhir.

2
PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR
AL- KHATTAB
1. Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat, orang
Islam menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi
(berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika
Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur).
2. Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang
Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan
tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan
Byzantine di selatan Asia Kecil.
3. Pada tahun 637 M, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera
Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius
menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak
Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja
Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan
solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan
status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah
masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
4. Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam
seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik
panglima-panglima perang yang berkebolehan.
5. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
6. Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana

3
PEMBAHARUAN DALAM SISTEM
PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR
AL- KHATTAB
3.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN
3.1.1 MEMBENTUK MAJLIS SYURA
1. Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau
majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura
Tertinggi dan majlis Syura Am.
2. Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi
Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal.
3. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan
dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut.
4. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal
pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
5. Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan
yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan
yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat
mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, sehingga beliau menggangap semua
manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak
berfaedah.

3.1.2 MEMBAHAGIKAN WILAYAH- WILAYAH ISLAM


1. Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam
yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara.
2. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang
semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam.
3. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka
yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan
haji untuk membuat laporan.
4. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap
bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b.
al-Ash, Mughirah b. Syubah dan Zaid b. Sumyah.
5. Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka
bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah
Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

3.1.3 MEMPERBAHARUI UNDANG- UNDANG PENTADBIRAN


TANAH
1. Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan
pembaharuan terhadap sistem tanah.
2. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik
kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk
membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga.
3. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan
dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
4. Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari
negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan
sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai
peperangan.

3.2 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOM


3.2.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI
1. Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan
kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam.
2. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman
yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan
dihapuskan.
3. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan
Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka.
4. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua
ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah
baik.
5. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan
juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan
Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

3.2.2 MEMAJUKAN SISTEM PERTANIAN


1. Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang
mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan
Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat.
2. Di Iraq pula, beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan
Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.
3. Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu.

4. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil
pertanian.
5. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian
di dalamnya.
6. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan
pendapatan negara.

3.3 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL


3.3.1 MELAKUKAN POLISI BARU UNTUK GOLONGAN
DHIMMI
1. Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini.
2. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka.
3. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10
orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan
keatas mereka tidak membebankan.
4. Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam.
5. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar
negara.
6. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan
seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

3.3.2 MEMPERBAHARUI TARAF KEDUDUKAN HAMBA


1. Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang
baik.
2. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang
biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan.
3. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual
sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang
berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.
4. Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu,
pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan
dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar.

5. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak
menziarahi pekerjanya yang sakit.

3.4 MENGGALAKKAN KEGIATAN KEILMUAN DAN


PELAJARAN

1. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan


pelajaran al-Quran.
2. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan
keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang
lumayan.
3. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi mengajar pelajaran Islam di seluruh
wilayah Islam.
4. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi
menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa,
al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai
satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

3.5 STRUKTUR PENTADBIRAN KETENTERAAN


3.5.1 MEMPERKUKUHKAN PENTADBIRAN KETENTERAAN
1. Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela.
2. Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam
kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap
tugas.
3. Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh- berjalan tanpa pengalas kaki,
menunggang kuda dan memanah.
4. Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran.
5. Pusat ketenteraan ditubuhkan, di bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah,
Basrah, Fustat dan Hims.
6. Membina kubu-kubu pertahananan sebagai langkah berjaga-jaga.

10

3.6 STRUKTUR PENTADBIRAN KEHAKIMAN


3.6.1 MELICINKAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN
1. Menetapkan syarat-syarat perlantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu,
berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat.
2. Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin
keadilan.
3. Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam.
4. Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku
tidak adil.
5. Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau
tempat tumpuan ramai bagi menjamin keadilan perundangan.

11

4
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh
khalifah Umar al- Khattab berkaitan dengan asas yang telah dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W. dan khalifah Abu Bakar as- Siddiq. Khalifah Umar al- Khattab telah memperkenalkan
sistem pemerintahan Islam secara meluas disamping membentuk empayar Islam yang lebih
kukuh.

12

5
RUJUKAN
1.
2.
3.
4.

Buku Rujukan Focus Ace Spm 2009 Sejarah, oleh Akashah Ismail.
Buku Khalifah-khalifah Yang Benar , 2010, oleh Abdul Latip Talib.
Buku Rujukan Focus Ace Spm 2009 Pendidikan Islam, oleh Mustafa Embong.
Laman web, ms.wikipedia.org/wiki/Umar_Al-Khattab
5. Buku Rujukan Mutiara Hikayat (kumpulan kisah- kisah penuh teladan hidup), oleh
Saiful Hadi El- Sutha.

13

You might also like