You are on page 1of 14

252

MODUL 12
KESINAMBUNGAN DAN PERUBAHAN

Objektif

1. Mengesan pergerakan dan perjuangan Sultan Mahmud dan zuriat-zuriat


baginda selepas berundur dari Melaka.
2. Menjelaskan kedudukan Johor-Riau sebagai pewaris Kesultanan
Melayu Melaka.
3. Menghuraikan ciri-ciri kesinambungan dan perubahan dalam kerajaan
Johor-Riau.
4. Meninjau kebangkitan Acheh dan kesan serta pengaruhnya ke atas
Johor dan Melaka.

Membuat Kerajaan Di Johor

253

Sebenarnya kekalahan/kejatuhan bandar Melaka ke tangan Portugis pada T.M. 1511,


bukanlah bererti keseluruhan tanah jajahan takluk Empayar Melayu Melaka dapat
pula dikuasainya.

Malah Tun Seri Lanang (Sulalatus Salatin, 1612) tatkala

mencatatkan perbahasan antara pegawai-pegawai Kampar dengan sultan mereka,


iaitu Sultan Abdullah (menantu Sultan Mahmud?)

yang berura-ura hendak

berbaik-baik dan menyebelahi Portugis/Feringgi, menyebut para pegawai itu


sebagai berkata, Pada perasaan patik sekalian, jalan yang mana duli tuanku
hendak mufarik dengan paduka ayahanda? Kerana patik sekalian dengar, sebuah
anak sungai pun tiada terambil oleh Feringgi; sekaliannya mengadap paduka
ayahanda ke Bintan. Kenyataan ini menjelaskan bahawa Sultan Mahmud masih
sultan, atau Yang Dipertuan bagi sebuah empayar Melayu dengan pelbagai jajahan
takluknya, termasuklah Johor-Riau. Kenyataan ini juga melambangkan bahawa
Johor-Riau ataupun beberapa bahagian daerahnya, pernah menjadi sebahagian
daripada Empayar Melayu Melaka yang agung itu. Oleh kerana itu bukanlah
merupakan satu kejanggalan, apabila Melaka alah (1511) raja-raja Melaka dan
pengiring-pengiring telah berundur ke Johor (Batu Hampar, Ulu Muar, Pagoh,
Bentayan), kemudian melalui Penarikan mereka ke Pahang. Selepas itu mereka
ke Kopak (Bentan) dan setelah Kopak diserang, dibakar serta dimusnahkan
Portugis, mereka pindah pula ke Kampar, Sumatera. Setelah Sultan Mahmud
mangkat di Kampar pada T.M. 1528 dan permaisuri baginda lebih awal sedikit dari
tarikh tersebut, putera gahara baginda, iaitu Raja Ali yang telah ditabalkan sebagai
Sultan Alauddin Riayat Syah telah keluar dari Kampar, pergi ke Pahang dan
akhirnya membuat atau membuka kerajaan/negeri di Kuala Johor. Ini berlaku kirakira dua tahun selepas kemangkatan ayahanda baginda, iaitu kira-kira T.M.
1529/1530. Walau bagaimanapun menurut Valentijn menyebut bahawa selepas

254

kekalahan Melaka kepada pihak Portugis Sultan Mahmud telah berundur ke


bahagian timur-laut Ujong Tanah, membuat kota di situ dan menamakannya Johor.
Pandangan ini hampir sama dengan yang diutarakan oleh Raja Ali Haji dalam
Tuhfat al-Nafis yang mengatakan bahawa setelah Melaka alah, Sultan Mahmud
dan rombongan telah berundur ke Hulu Muar, lalu ke Penarikan, berjalan ke Hulu
Pahang dan terus ke Pahang. Maka tiada berapa lama baginda itu di Pahang
pindahlah pula ke Johor lalu membuat negeri di situ. Walau bagaimanapun, Raja
Ali Haji mengatakan bahawa pada zaman Johor pula keturunan raja-raja
Melayu itu iaitu: yang pertama Sultan Alauddin Riayat Syah, iaitu putera Sultan
Mahmud yang tersebut itu. Sulalatus Salatin versi Raffles pula menyebut tentang
adanya Sayong sebelum Sultan Alauddin membuat negeri di Kuala Johor itu dan
baginda hanya kembali ke Ujong Tanah, bersemayam di Pekan Tua dan membuat
kota di tebing sungai Johor ke hulu Sungai Telor, iaitu selepas perkahwinan
baginda dengan puteri Kesuma Dewi di Pahang.

Johor-Riau Sebagai Waris

Apa yang dapat dirumuskan daripada catatan-catatan di atas itu ialah bahawa JohorRiau adalah pewaris Empayar Melayu Melaka. Ia telah didirikan sebagai tampok atau
pusat pemerintahan atau kekuasaan Melayu yang berwibawa sekitar dekad ketiga atau
keempat abad keenam belas Masehi itu. Ini meninggalkan ruang waktu yang sangat
pendek bagi era yang disebut sebagai pra-Kesultanan Johor itu; jikalau pun tempoh ini
wujud, maka perkiraannya bermula dari T.M. 1511 dan berakhir pada T.M. 1530-an
apabila Sultan Alauddin dan zuriat-zuriat baginda menetap di Johor.

Akan

kerajaan/kesultanan Johor itu, mengikut Muhammad Said Sulaiman, pada zaman

255

dahulu suatu kerajaan yang besar dalam Tanah Melayu. Maka bolehlah dikatakan
pemerintahan Johor pada masa itu hingga meliputi separuh Tanah Besar Melayu, ialah
sebelah baratnya sampai ke Melaka dan Selangor, sebelah utaranya sampai ke Pahang
dan Terengganu, sebelah Timur sampai ke Pulau Tioman dan Pulau-pulau tujuh dan
sebelah selatannya hingga ke Pulau Riau.

Sumber tempatan khususnya Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) telah


mencatatkan beberapa peristiwa yang berlalu dalam zaman kerajaan Johor itu. Selain
daripada menceritakan tentang kekalahan Melaka dan pengunduran mereka ke Bentan
melalui hulu Muar, Penarikan, Pahang dan Johor, dimuatkan juga peristiwa
pembunuhan secara senyap-senyapakan Sultan Ahmad atas perintah ayahandanya
sendiri, iaitu Sultan Mahmud. Kemudian baginda mengangkat Raja Muzaffar sebagai
Tengku Mahkota dan seterusnya membuat negeri di Kopak, berpindah dari Bukit Batu
Pelabuhan. Tetapi kedudukan Raja Muzaffar juga kemudiannya telah ditarik balik iaitu
setelah Tun Fatimah, permaisuri baginda melahirkan seorang putera yang diberi nama
Raja Ali timang-timangnya Raja Kecil Besar dan kemudiannya bergelar Sultan Alauddin
Riayat Syah (II). Seterusnya disebut juga langkah-langkah yang diambil oleh Raja
Kampar, iaitu Raja Abdullah menantu Sultan Mahmud yang ingin berbaik-baik dengan
Portugis dengan harapan pihak Portugis akan menyerahkan Melaka dan segala jajahan
takluknya kepadanya.

Tetapi pihak Portugis yang diketuai kaptan Mor telah

menangkapnya dan setelah sampai ke Melaka dihantar pula ke Goa.

Seterusnya dicatatkan juga tentang beberapa pelantikan baru untuk mengisi


jawatan-jawatan yang telah kosong akibat peperangan dengan Portugis dan pergerakan
berundur itu.

Upacara ini dilakukan setelah Sultan Mahmud sewaktu baginda

256

menetapkan pusat negeri/kerajaannya yang baru, iaitu di Kopak, Bentan. Misalnya,


Tun Khoja Ahmad, anak bekas bendahara tepok (Lubuk Batu) telah dilantik menjadi
bendahara, bergelar Paduka Raja. Tun Abu Ishak, dijadikan Perdana Menteri, bergelar
Seri Amar Bangsa. Tun Hamzah, anak Seri Nara Diraja yang selamat daripada terkena
parang dalam tragedi pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, dijadikan
Penghulu Bendahari bergelar Seri Nara Diraja juga. Ialah yang sangat dikasihi sultan
tiada bandingnya zaman itu.

Tun Mai Ulat bulu, tokoh yang terkenal dengan

pertelagahannya dengan gurunya Makhdum Sadar Jahan, berhubung dengan pengajian


dan sebutan perkataan dalam bahasa Melayu oleh gurunya itu, dikekalkan sebagai
Temenggung dengan gelaran Seri Udani. Kemudian setelah Laksamana Khoja Hassan,
yang turut terlibat dalam gerakan fitnah yang mengakibatkan terbunuhnya Bendahari
Tun Mutahir itu, mati dengan percintaannya, Sultan Mahmud telah melantik Hang
Nadim, menantu Hang Tuah, menjadi Laksamana. Beliau itulah yang sangat masyhur
gagah berani dalam peperangan, yang bertimbakan darah tiga puluh dua kali.

Soalan Dalam Teks

Beri jawapan yang sesuai dengan soalan berikut:

1. Benarkah kuasa Portugis hanya berjaya menakluki bandar Melaka sahaja?


2. Apakah yang dilambangkan oleh kenyataan para pegawai Sultan Mahmud,
" kerana patik sekalian, sebuah anak sungai pun tiada diambil oleh
Feringgi ?"
3. Jalan manakah yang dilalui oleh Raja Melaka dan rombongannya tatkala
berundur ke Pahang?

257

4. Apakah nama kerajaan Melayu yang dianggap waris kepada Empayar


Melayu Melaka?
5. Mengikut Tuhfat-al-Nafis, siapakah nama raja Johor-Riau yang pertama?
6. Di manakah Sultan Mahmud melakukan upacara pelantikan
pegawai baru setelah baginda berundur dari Melaka?

pegawai-

Peperangan Orang Melayu Dengan Portugis

Sultan Mahmud bersemayam di Kopak (Bentan) selama kira-kira 13 tahun (T.M. 15131526), iaitu sebelum Kopak itu dapat dikalahkan oleh pihak Portugis selepas empat
kali serangan (T.M. 1521, 1523, 1524 dan 1526). Setelah Kopak (Bentan) alah dan
dibinasakan oleh Portugis, Sultan Mahmud dan pengikut-pengikut berundur dan
bersemayam di Kampar. Di situ, Tun Fatimah telah meninggal dunia, Bendahara Tun
Khoja Ahmad juga meninggal dunia dan kemudian, pada T.M. 1528, Sultan Mahmud
juga telah mangkat.

Sultan Mahmud telah digantikan oleh puteranya yang bertakhta dengan gelaran
Sultan Alauddin Riayat Syah (1528-1564) yang telah keluar dari Kampar dan akhirnya
membuat negeri dan berkerajaan di Johor (Pekan Tua). Ini menampakkan bahawa
bagindalah sultan Johor yang pertama, iaitu seperti yang disebutkan di dalam Tuhfatal-Nafis itu. Bagaimanapun Hj. Buyong Adil, beranggapan bahawa Sultan Mahmud,
Raja Melaka yang terpaksa berundur akibat serangan Portugis itu adalah Sultan Johor
yang pertama kerana baginda telah menjadikan Pagoh sebagai tapak pemerintahannya
selepas Melaka. Namun itu hanyalah kedudukan sementara sebelum baginda berpindah
ke Kapok (Bentan) dan kemudian Kampar.

258

Peperangan juga berlaku antara Sultan Mahmud dan orang-orang Portugis iaitu
selepas kejatuhan Melaka itu. Suasana permusuhan itu memang ada digambarkan di
dalam Sulalatus Salatin itu, malah kekejaman pihak Portugis dalam melakukan
serangan ke atas orang-orang Melayu dan keberanian serta kegagahan orang-orang
Melayu dalam mempertahankan negerinya ataupun melakukan serangan ke atas
Melaka juga ada dinyatakan di sana sini. Misalnya, kekejaman pihak Portugis dalam
serangan mereka terhadap Kopak; mereka menyerang, membakar dan sudah tentulah
membunuh, iaitu bermula dari Bengkalis, kemudian Pulau Bulang, seterusnya kota
kara dan akhir sekali Kopak. Namun jika dihitung, hanya dua peperangan sahaja
disebut iaitu perang Pagoh dan perang Kopak itu. Serangan pihak Sultan Mahmud ke
atas Portugis di Melaka hampir tiada disebutkan kecuali dengan memberi imbasan
bersabit dengan ketokohan dan kehandalan Hang Nadim tadi.

Pada hakikatnya peperangan di antara orang Melayu dan Portugis berlaku terus
menerus.

Di satu pihak, iaitu pihak Melayu, mereka terus menerus memerangi

Portugis kerana ingin merampas semula kotaraya Melaka dari kekuasaan Portugis
lantas dengan itu akan dapat menempatkan semula pusat pemerintahan/pentadbiran
empayar tersebut di situ.

Pihak Portugis pula sentiasa memerangi orang Melayu

kerana ingin mengekal serta mengukuhkan kedudukan mereka di sebuah pelabuhan


yang menurut pandangan mereka sangat mewah dan strategik. Oleh yang demikian
tidaklah hairan jika Sultan Mahmud dan pengikut-pengikut baginda telah melakukan
tidak kurang daripada lima kali serangan ke atas orang-orang Portugis di Melaka (T.M.
1512, 1516, 1519, 1521).

Usaha baginda diteruskan pula oleh puteranya ialah

Alauddin Riayat Syah, antaranya telah melancarkan serangan terbesar ke atas Portugis

259

di Melaka pada T.M. 1551. Dengan bantuan perahu dan askar dari Perak, Pahang dan
Japara, terdiri dari 200 buah perahu dan 5,000 perajurit, baginda telah mengepung
Melaka selama tiga bulan.

Di pihak Portugis pula mereka telah memerangi pihak sultan Mahmud sejumlah
tidak kurang dari sepuluh kali, iaitu Bertam (Sept. 1511), Pagoh (Disember 1511),
Pagoh (Julai/Ogos 1512), Pagoh (1519), Pagoh (1520), Bentan (1521), Bentan (1523),
Bentan (1524), Bengkalis (Okt. 1526), Pulau Bulang (Nov.? 1526), Kota Kara, Bentan
(Nov.1521), Kopak, Bentan (Dis.? 1526); Pekan Tua (Jun 1535), Sayung (1536). Dan
sesungguhnya permusuhan dan peperangan itu berterusan pula hingga ke zaman
pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II (1586-1567, 1589).

Perubahan dan Kesinambangan

Pada

mulanya

orang-orang

Melayu/Melaka

menduga

pihak

Portugis

akan

meninggalkan kota Melaka setelah mereka selesai merampas, merompak, menyamun


dan membunuh di situ terutamanya terhadap orang-orang Melayu dan mereka yang
beragama Islam. Oleh kerana itulah Sultan Mahmud hanya berundur ke Batu Hampar
dan Sultan Ahmad ke Bertam kedua-duanya terletak tidaklah begitu jauh dari bandar
Melaka. Dengan firasat yang demikian, mereka tidak menjangka, malah tidak berhajat,
untuk membuka atau menjadikan Johor sebagai pusat pemerintahan yang baru
menggantikan kota Melaka dan mewarisi semua tradisi empayar itu. Tetapi anggapan
mereka tidak tepat kerana pihak Portugis ingin menetap di Melaka. Oleh itu pihak
Sultan

Mahmud

terpaksa

memikirkan strategi

alternatif bagi mengekalkan

kekuasaannya, keutuhan politik empayarnya dan juga kemasyhuran serta kemewahan

260

perdagangan yang pernah dinikmatinya di Melaka dahulu.

Ertinya meneruskan

tradisi/budaya Melaka. Perpindahan baginda beserta pengikut-pengikut dari Melaka ke


Pahang, Johor, Bentan dan akhirnya ke Kampar, di samping berundur demi
keselamatan dari pihak yang datang menyerang bertubi-tubi, adalah juga mencari tapak
atau negeri bagi menggantikan kota Melaka itu.

Walaupun terpaksa berundur, tetapi hakikatnya baginda masih raja/sultan bagi


empayar yang agung itu. Pengunduran itu, walaupun dijangkakan sementara sahaja,
membawa juga bersamanya segala adat istiadat, cara berkerajaan dan berpolitik, sistem
kemasyarakatan yang terkenal berkelas atau berbangsa-bangsa itu, kegiatan
ekonomi, sikap atau psikologi kepahlawanan, pengorbanan, setiakawan dan sindirmenyindir apatah lagi agama Islam yang telah terbentuk di sepanjang kelangsungan
Empayar Melaka itu. Semua itu adalah khazanah dan warisan yang akan ditempatkan
dan disuburkan semula di sebuah kesultanan baru yang merupakan waris kepada
Melaka. Dari satu segi perubahan tapak kerajaan adalah suatu perubahan lokasi yang
disertai dengan usaha menunju ke arah pemantapan semula kesultanan Melayu di tapak
yang baru itu. Dan salah satu unsur atau faktor yang berupaya serta mewajarkan
pemantapan semula itu ialah raja/sultan itu sendiri. Oleh itu benar dan nampaklah
kebijaksanaan Seri Nara Diraja, Tun Hamzah, apabila beliau meminta Sultan Mahmud
berundur dari Kopak dan mengatakan, hanya pada kali ini tiadalah Duli Yang
Dipertuan patik beri mati dengan negeri Kopak ini. Sedangkan sebelum itu, Sultan
Mahmud sudah bersedia memimpin bala tenteranya dan berkorban untuk
mempertahankan negerinya, kerana istiadat raja-raja itu, negeri alah rajanya mati.

Kemunculan kuasa Acheh

261

Dalam pada itu pada masa pihak pewaris Melaka sedang hebat menjalankan usaha
menentang Portugis. Acheh muncul sebagai pusat perdagangan bagi orang Islam yang
datang dari Gugusan Kepulauan Melayu, Asia Barat, India dan juga negara-negara di
rantau ini. Acheh dan Johor mula bermusuhan. Semasa di bawah pemerintahan Sultan
Alauddin Riayat Syah (lebih kurang 1537-1571) Acheh telah menyerang Johor
beberapa kali.

Portugis juga menjadi musuh Acheh serta Johor. Maka bermulalah perang tiga
penjuru yang merupakan persaingan untuk membolot perdagangan di Selat Melaka.
Tetapi Acheh mempunyai cita-cita yang lebih luas daripada Portugis. Acheh ingin
mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa politik utama di Selat Melaka,
menggantikan Johor.

Pada tahun 1536, Portugis menyerang Johor.

Banyak kapal orang Johor

dibakar. Tetapi kerana bimbang ancaman Acheh, Johor telah berdamai dengan Portugis
selepas serangan itu. Persahabatan itu tidak kekal kerana pada tahun 1551, berlaku
lagi perang di antara Johor dengan orang Portugis. Johor mengepung Melaka tetapi
kemudian terpaksa berundur kerana kekuatan angkatan laut Portugis.

Soalan Dalam Teks

Berikan keterangan ringkas dan tepat mengenai soalan berikut:

1. Siapakah Hang Nadim yang telah dilantik oleh Sultan Mahmud sebagai
Laksamana?

262

2. Berikan satu keterangan ringkas tentang kepentingan kota kopak.


3. Apakah keistimewaan Kampar dalam sejarah Melaka sekitar dekad 1520an?
4. Beberapa kalikah peperangan yang dilancarkan oleh Sultan Mahmud dan
waris-waris terhadap kuasa Portugis di Melaka?
5. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang Portugis terhadap orang-orang
Melayu setelah mereka mengalahkan bandar Melaka?
6. Apakah hasrat Sultan Mahmud dan waris-waris baginda setelah mereka
menegakkan tapak pemerintahan dan pentadbiran yang baru selepas
berundur dari Melaka.
7. Sebutkan khazanah dan warisan yang dibawa bersama oleh baginda dan
rombongan ke tapak "kesultanan" yang baru itu.
8. Mengapakah T.M. 1641 dianggap sebagai satu tarikh yang memberi
keistimewaan kepada Johor?

Selanjutnya, pada tahun 1564, Johor diserang pula oleh Acheh.

Sultan

Alauddin dan keluarganya ditawan dan dibawa ke Acheh. Di sana, baginda mangkat
tetapi puteranya dibenarkan pulang ke Johor dan memerintah kerajaan itu dengan
gelaran Sultan Muzaffar Syah.

Persaingan tiga penjuru itu berterusan. Pihak yang paling lemah ialah Johor.
Pada tahun 1613, semasa Acheh diperintah oleh Sultan Iskandar Muda, sekali lagi
Acheh melanggar Johor. Acheh memusnahkan Batu Sawar di Sungai Johor. Sultan
Alauddin Riayat Syah (1597-1613) yang sedang memerintah kerajaan Johor bersama
keluarganya, termasuk saudaranya Raja Seberang (Raja Abdullah) serta beberapa orang
pembesar, dibawa ke Acheh.

Raja Seberang dikahwinkan dengan puteri Sultan

Iskandar Muda dan seterusnya dihantar balik ke Johor untuk memegang teraju

263

pemerintahan dengan gelaran Sultan Hammat Syah, juga dikenali sebagai Sultan
Abdullah.

Sultan

Hammat

Syah

mengambil

langkah

untuk

memperkuatkan

kedudukannya. Oleh sebab takutkan Acheh, Sultan Hammat Syah juga mewujudkan
persahabatan dengan Portugis di Melaka. Ini membolehkan baginda mengusir orang
Acheh dari Johor. Sementara itu, baginda berpindah ke Bentan kerana Sungai Johor
dianggap kurang selamat. Tidak lama kemudian, baginda berpindah lagi dan pada kali
ini berpindah ke Lingga.

Di Lingga, Sultan Hammat Syah cuba memajukan perdagangan. Johor berjaya


menarik kapal-kapal dari Siam, Patani, Jawa dan Makasar datang ke pelabuhannya.
Beras dan berbagai-bagai barangan dibawa ke pulau itu. Dari sana, barangan itu
dieksport ke Melaka.

Dengan perdagangan yang semakin berkembang,

Sultan

Hammat Syah berjaya meningkatkan kekuatan kerajaannya. Malangnya, pada tahun


1623, Acheh sekali lagi berjaya memusnahkan ibu kota Johor. Sultan Hammat Syah
terpaksa melarikan diri ke Pulau Tambelan, dan baginda mangkat di sana.

Pengganti Sultan Hammat Syah ialah Sultan Abdul Jalil (1623-1766). Pada
masa itu kerajaan Johor muncul kembali sebagai pusat perdagangan yang maju. Satu
faktor yang membantu Johor ialah ketewasan Acheh dalam satu pertempuran besar
dengan Portugis pada tahun 1629.

Ini memberi peluang kepada Johor untuk

memulihkan kekuatannya di alam Melayu. Walaupun ancaman daripada Acheh belum


pudar sama sekali, namun kekuatan Acheh, sebagaimana yang telah disebutkan, mula
merosot selepas Sultan Iskandar Muda mangkat pada tahun 1636.

264

Pada tahun 1641, dua peristiwa berlaku yang memberi keistimewaan kepada
Johor. Sultan Iskandar Thani mangkat dan Acheh selanjutnya, sehingga hujung kurun
ke-17, diperintah oleh raja-raja perempuan. Melaka pula ditawan oleh Belanda yang
telah mendapat bantuan penting daripada Johor. Sehingga tahun 1699, Johor terus
makmur walaupun diserang oleh Jambi pada tahun 1673.
beberapa buah negara berkunjung ke Johor.

Ramai pedagang dari

Pembesar-pembesar Johor seperti

Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indra Bongsu menjadi sangat kaya dan
berpengaruh. Menurut laporan Belanda pada tahun 1687, pelabuhan Riau sentiasa
penuh sesak kerana begitu banyak kapal datang ke sana. Barang-barang yang dapat
dibeli di Riau termasuklah sutera dari China dan benang emas serta candu dari Jepun.
Keadaan ini seolah-olah menampakkan adanya kesinambungan kerana pemerintah yang
berketurunan Melaka telah dapat mengwujudkan semula keadaan kemakmuran seperti
Melaka dahulu seperti mana mereka juga dapat meneruskan suasana sosial dan
politiknya.

Walau bagaimanapun perubahan tetap berlaku, terutamanya dari segi lokasi dan
waktu itu. Begitu juga dari kehadiran kuasa-kuasa Eropah, khususnya Portugis dan
kemudiannya Belanda, serta kemunculan kuasa Acheh yng mengeruhkan serta
menggentingkan lagi suasana politik di Selat Melaka dan perairan Johor-Riau itu.
Sedikit sebanyaknya ini telah melemahkan kuasa dan kekuatan kerajaan Johor.
Keadaan ini membolehkan pula negeri-negeri seperti Perak, Pahang, Terengganu yang
dahulu dapat dikuasai dengan kukuh oleh Melaka, menonjolkan diri masing-masing.
Bagaimanapun negeri-negeri tersebut didapati masih banyak mengekalkan unsur-unsur
sosiopolitik dan agama berupa warisan dari zaman Empayar Melayu Melaka.

265

Soalan Penilaian

1. Kekalahan bandar Melaka ke tangan Portugis pada T.M. 1511, bukanlah


bererti kekalahan keseluruhan Empayar Melayu Melaka. Bincangkan.
2. Huraikan faktor-faktor dan unsur-unsur yang menandakan bahawa
Kerajaan Johor-Riau itu adalah pewaris Empayar Melayu Melaka.
3. Kemunculan Acheh di persada kekuasaan Selat Melaka telah menimbulkan
persengketaan dengan Johor dan Melaka. Jelaskan.

You might also like