You are on page 1of 19

Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

SEMESTER 1 SESI 2018/2019

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


KPF4013
FALSAFAH &
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT 3
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KE ARAH
PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


MUHD FAWWAZ B CHE KAMARUDIN KAMEL L20181011069
MOHAMAD RAFEQ HABIB BIN ROSDI L20181011064
NOR’ ADILAH BINTI ZAINAL ABIDIN L20181010952
SITI NUR HAJAR BINTI YUNUS L20181010936
NUR FATIMAH NADHIRAH BINTI ABDULLAH L20181010929
ZAIHASSNI BINTI MAT YAMAN L20181010950
Siri Modul Aktiviti Pembelajaran Aktif
KUMPULAN: TARIKH SERAHAN:

0
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL LATIHAN


 Pensyarah akan memuat naik unit modul ke Portal Myguru lebih awal sebelum tarikh sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula.
 Pelajar mesti memuat turun unit modul dan melengkapkan semua maklumat.
 Pelajar perlu membawa hardcopy unit modul yang telah lengkap dijawab semasa sesi
bersemuka (kuliah) untuk pembentangan dan perbincangan.
 Pelajar perlu memberi maklumbalas terhadap maklumat yang dibentang.
 Pelajar perlu menyemak dan membetulkan jawapan yang ditulis dalam unit modul.
 Jawapan yang telah sempurna mestilah dimuat naik ke Portal Myguru di laman Assignment.

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


Hasil Pembelajaran
Setelah melengkapkan aktiviti ini, anda dapat:
i. Menerangkan perkembangan pendidikan di Malaysia dalam tempoh 5 era.
ii. Penyata & Laporan Pendidikan: Banding beza Laporan Barnes (1951) dan Laporan
Fenn-Wu (1951).
iii. Membanding bezakan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961.
iv. Menganalisis kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
v. Merumuskan pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kandungan Halaman
3.0 Sinopsis 1
3.1 Ringkasan pemetaan kandungan 2
3.2 Perkembangan pendidikan di Malaysia 3
3.3 Perbandingan laporan pendidikan 5
3.3.1 Laporan Barnes vs Laporan Fenn Wu
3.3.2 Penyata Razak vs Laporan Rahman Talib
3.4 Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 7
3.5 Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 8

3.0 Sinopsis

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN
Menerusi unit ini, apa yang dapat adalah mengenai Perkembangan pendidikan di
Malaysia.Perbandingan laporan pendidikan diantara Laporan Barnes dan Laporan Fenn
Wu.Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib.Selain itu,dapat juga mengetahui Laporan
Jawatankuasa Kabinet dan Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia.

1
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

3.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

3.1 Ringkasan pemetaan kandungan


3.2 Perkembangan pendidikan di Malaysia
3.2.1 Jenis & Kriteria Pendidikan

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


3.2.2 Perluasan Pengaruh Pendidikan &
Kurikulum Di Malaysia

3.3 Perbandingan laporan pendidikan


3.3.1 Laporan Barnes (1951) VS Laporan
Fenn-Wu (1951)
3.3.2 Penyata Razak (1956) dan Laporan
Rahman Talib (1960)

3.4 Laporan Jawatan Kuasa Kabinet


3.4.1 Faktor Penubuhan Jawatankuasa
Kabinet
3.4.2 Syor-syor Laporan Jawatankuasa
Kabinet
3.4.3 Cabaran Dalam Melaksanakan Syor-
Syor Laporan J/K Kabinet

3.5 Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK)

3.6 Glosari

3.7 Latihan
3.7.1 Aktiviti Kreatif
3.7.2 Latihan Esei & Objektif 2
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

3.2 Perkembangan Pendidikan di Malaysia

3.2.1 Jenis & Kriteria Pendidikan


Jenis
Pendidikan
Pend. Formal,
Tidak Formal & Pendidikan global ke arah negara maju

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


Non Formal

Pend. Formal,
Falsafah Pendidikan Negara/
Tidak Formal & Kebangsaan (Tersurat & Tersirat)
Non Formal

Pendidikan untuk kukuh


Pend. Formal
& Tidak Formal perpaduan & nasionalisme.
(Tersirat)

Pend. Formal Pendidikan untuk kukuh


& Tidak Formal Dasar Pecah & Perintah
)
Falsafah Hidup
& Ketuhanan
Pendidikan Kebangsaan
Tidak Formal

Era
Pendidikan
Abad ke-21
1511-1955

1958 - 1999
Sebelum 1511

1956 -1957

Bina kemahiran untuk kehidupan,


jangka masa berterusan.
Ahli masyarakat yang pakar.

Perkembangan kemahiran, jangka masa pendek.


Keluarga & masyarakat.

Perkembangan ilmu & kemahiran, jangka masa yang lama.


Guru terlatih, pedagogi, bilik darjah.

Pendidikan formal adalah jenis pendidikan yang terstruktur dan berorganisasi


yang dilaksanakan di sekolah dengan syarat-syarat tertentu yang telah
ditetapkan oleh pemerintah.
Sekolah merupakan lembaga pendidikan formal yang tumbuh dan
berkembang di masyarakat dengan tujuan memberikan pelayanan pendidikan
kepada generasi muda.

3
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

3.2.2 Perluasan Pengaruh Pendidikan & Kurikulum Di Malaysia


Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan tidak formal
yg berasaskan pada pola kehidupan tradisonal. Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan
Eropah Inggeris Islam
kehidupan semasa dan berkembang kepada pendidikan Islam sebagai asas kehidupan.
Perancis Jerman Inggeris Arab

Rusia Amerika

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


Filipina, India
Taiwan,
Korea
China

Indochina,
Indonesia Jepun MALAYSIA
1. • Mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan selepas Tanah Melayu dijajah oleh pihak British. •
Menurut Friedrich dalam Choong Lean Keow (2008) berpendapat bahawa pendidikan bertujuan untuk mencapai
kehidupan yang lurus, suci dan mulia. • Ilmu pengetahuan adalah aset penting dalam kehidupan bagi orang-
orang barat
2. • Falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Falsafah Pendidikan Tradisional Barat dan
Falsafah Pendidikan Moden Barat. • Falsafah Pendidikan Moden Barat lebih bersifat praktikal di Malaysia untuk
melahirkan individu yang kreatif dan kritis dalam pemikiran. • Tiga aspek yang dilihat dalam falsafah ini ialah
aspek kurikulum, pendidik dan kaedah mengajar. • Terdapat banyak pembahagian mazhab di bawah kedua-
kedua falsafah pendidikan barat
3. Progresivisme
4. KURIKULUM : Menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif dimana pembelajaran tersebut memerlukan
penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa memerlukan teori. Memberi kebebasan kepada murid-murid
untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Kurikulum KBSM (kini KSSM) Malaysia melaksanakan
perkara ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu di sekolah menengah dengan memberi kebebasan memilih
elektif pengkhususan dalam subjek Kemahiran Hidup dengan empat pilihan iaitu ekonomi rumah tangga,
perdagangan, pertanian dan kemahiran teknikal. Selain itu, perlaksanaan kurikulum ini juga diterapkan kepada
pelajar-pelajar Tingkatan Empat dengan memberi pilihan beberapa aliran seperti aliran sains tulen agama,
sastera dan budaya.
5. KURIKULUM : Mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan relatif bergantung kepada
kepercayaan, masa dan tempat. Ia Juga berpegang bahawa pengalaman manusia akan menimbulkan nilai-nilai
asas yang membentuk pegangan kepada diri. Dengan ini, pendidikan kepada masyarakat haruslah memberi
penekanan terhadap pembentukan masyarakat itu sendiri. Kurikulum pendidikan dalam mazhab ini
mengasaskan corak budaya baharu dan menghapuskan gejala sosial. Terdapat beberapa bidang dalam
kurikulum mazhab rekonstruktivisme iaitu : - Sosial (Contoh : Kajian Sosial) - Isu-isu tempatan - Isu-isu
antarabangsa Jelas dilihat dalam perlaksanaan KSSR dimana tunjang kurikulum Kemanusiaan dan Kerohanian,
Sikap dan Nilai menekankan mengenai pendidikan sosial untuk memantapkan sahsiah dan moral pelajar. 4
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

3.3 Perbandingan Laporan Pendidikan

3.3.1 Laporan Barnes (1951) VS Laporan Fenn-Wu (1951)

Laporan Barnes Laporan Fenn-Wu


(1951) (1951)

Persamaan

a) Mengekalkan pendidikan di alam Tanah Melayu

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


b) Membasmi buta huruf dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu
c) Menyediakan skim latihan guru untuk menyelaraskan guru-guru yang
berkemampuan
d) Melebarkan jurang antara kaum di Tanah Melayu

Perbezaan

Sistem sekolah vernacular a) Sistem pendidikan Sekolah kebangsaan dan sekolah


dihapuskan dan digantikan Cina diteruskan secara berasingan
sekolah kebangsaan

b) Kurikulum
Sukatan pelajaran berorentasikan Sukatan pelajaran berorentasikan
tanah melayu negara China serta menerapkan
nilai-nilai masyarakat tempatan

Menghapuskan dua bahasa


Penggunaan dua bahasa c) Bahasa Pengantar pengantar dan mengekalkan
pengantar iaitu bahasa Melayu penggunaan tiga bahasa
dan bahasa Inggeris pengantar iaitu bahasa Melayu,
Cina dan Tamil

5
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

3.3.2 Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960)

Penyata Razak Laporan Rahman Talib


(1956) (1960)
Persamaan

a) Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar


utama.
b) Penggunaan sukatan pelajaran yang sama di semua sekolah

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


c) Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah guru yang berkelayakan
d) Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional dan Jemaah
Nazir Persekutuan
e)Sistem peperiksaan sekolah diselaraskan di semua sekolah

Perbezaan

Wujud peperiksaan a) Syarat Sistem peperiksaan


kemasukan sekolah menengah Kemasukan kemasukan sekolah menengah
dimansuhkan

b) Sekolah
Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah umum dan sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan
jenis umum

c) Yuran
Yuran sekolah diamalkan Pendidikan rendah percuma

Umur berhenti sekolah d) Umur Umur berhenti sekolah


ditetapkan dengan 12 tahun ditetapkan dengan 15 tahun

6
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

3.4 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

3.4.1 Faktor Penubuhan Jawatankuasa Kabinet


1) Mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem
pendidikan yang diamalkan ketika itu
2) Memastikan sistem pendidikan memenuhi matlamat negara untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.
3) Hasil daripada maklum balas daripada Jawatankuasa Kabinet 1974

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


4) Mengkaji semula Kurikulum Lama Sekolah Rendah kerana banyak
kelemahannya

3.4.2 Syor-syor Laporan Jawatankuasa Kabinet

Membentuk Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada 1980 yang memberi penekanan kepada
3M (membaca, mengira, dan menulis)

Memberi penekanan kepada pendidikan kerohanian

Kurikulum sekolah dibina berteraskan identiti Negara berbilang kaum

Pendidikan menengah atas dibahagi 2 jurusan : akademik dan vokasional

Pendidikan percuma dilanjut dari 9 tahun ke 11 tahun (sehingga tingkatan 5)

7
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

3.4.3 Cabaran Dalam Melaksanakan Syor-Syor Laporan J/K Kabinet


Cabaran-cabaran Langkah atasi cabaran

Tiada kemahiran vokasional Melatih dan melahirkan guru yang


berkemahiran vokasional

Mutu pembelajaran yang rendah Memberi tumpuan pada kelemahan


pembelajaran dan perkembangan psikologi
murid

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


Sukatan pembelajaran yang terlalu banyak
Semak sukatan pembelajaran supaya tidak
berulang dan hanya berkait dengan
matapelajaran

Pengajaran dan pembelajaran yang terlalu


Menggunakan teknik dan bahan pengajaran
bergantung kepada buku teks
lain lebih menarik dan berkesan

Kekangan kewangan
Menyediakan peruntukan kewangan untuk
pendidikan percuma

8
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

3.5 Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia

9
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

3.6 GLOSARI

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kea rah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
Falsafah
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari
Pendidikan
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
Kebangsaan (FPK)
kepada Tuhan.

Pendidikan formal adalah jenis pendidikan yang terstruktur dan


berorganisasi yang dilaksanakan di sekolah dengan syarat-syarat
Pendidikan Formal tertentu yang telah ditetapkan oleh pemerintah.

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


Pendidikan yang berasaskan pada pola kehidupan tradisonal.
Pendidikan Tidak Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan kehidupan semasa dan
berkembang kepada pendidikan Islam sebagai asas kehidupan.
Formal

Progressivisme adalah gerakan pendidikan yang mengutamakan


penyelenggaraan pendidikandi sekolah berpusat pada anak didik (child-
centered), sebagai reaksi terhadap pelaksanaanpendidikan yang masih
Progresivisme berpusat pada guru (teacher-centered) atau bahan pelajaran (subject-
centered).

Kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung


segala ilmu pengetahuan, kemahiran,nilai dan norma serta unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadipilihan masyarakat untuk
Kurikulum
diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepadasatu generasi lain.

Vokasional Pendidikan yang berteraskan kemahiran dalam sesuatu pekerjaan.


Vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda
Vernakular sehagai bahasa pengantar.
Pemikiran kritis adalah pemikiran yang berasaskan analisis, mentafsir
dan menilai sesuatu hujah yang mendalam. Kreatif pula bermaksud
Kritis dan Kreatif kebolehan mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama
mampu mengolah idea.

proses melaksanakan (mengusahakan) sesuatu, pelaksanaan;


Implemintasi mengimplementasikan melaksanakan, menjalankan, menunaikan
tugasan atau projek-projek yg telah lama dirancangkan.
Kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran
Pedagogi
merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran
Mazhab
fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri.
Rekonstruktivisme

10
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

3.7 Latihan

3.7.1 Aktiviti Kreatif


Arahan : Lengkapkan teka silan00g kata di bawah berdasarkan pernyataan yang diberi

4.
5.
1.
6.

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


2.

3.

Pernyataan :

Melintang :
1. Pendidikan ___________ adalah jenis pendidikan yang berstruktur dan berorganisasi
yang dilaksanakan di sekolah dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pemerintah
2. Penyata yang menjadi dasar Pelajaran Kebangsaan diimplementasi.
3. Laporan Jawatankuasa __________ mula diperkenal pada tahun 1979.

Menegak :
4. satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan,
kemahiran,nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang
menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi
kepadasatu generasi lain.
5. Laporan yang menjadi asas kepada system persekolahan vernacular dan diganti
dengan sekolah kebangsaan.
6. Laporan yang memperkenalkan pendidikan rendah secara percuma

11
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

3.7.2 Latihan Esei & Objektif

Jadual 1: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


Aras Kognitif
Topik Jumlah
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Penilaian Reka cipta

Perkembangan S1,S2,S3
S1 5
Pendidikan di ,S4
Malaysia

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


Perbandingan
S2 1
Laporan Pendidikan

Laporan
Jawatankuasa
Kabinet 1979

Pembentukan
S5, S3, S4 S5 4
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK)

Jumlah Soalan Objektif 5

Jumlah Soalan Esei 5

Latihan Esei
(Bina 5 soalan esei beserta skema jawapan)

1. Analisiskan hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia ketika era


penjajahan terhadap pembangunan insan & negara.

2. Analisiskan hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia ketika era


masyarakat tradisional dari aspek pembangunan insan dan masyarakat.

3. Analisiskan hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia ketika era


kemerdekaan dan pasca merdeka terhadap pembangunan insan dan negara.

4. Analisiskan hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia era semasa & masa
depan terhadap pembangunan negara.

12
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

5. Akta Pelajaran 1961 telah digubal berdasarkan Penyata Razak 1956 dan
Penyata Rahman Talib 1960. Bincangkan berkenaan Akta Pelajaran 1961.

Skema Jawapan Esei

Soalan 1 :
Semasa penjajahan Inggeris (1786 - 1957), masyarakat di Tanah Melayu adalah
terdiri daripada golongan elit, bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan.
Masyarakat mula bersifat majmuk dengan kedatangan buruh dari Cina dan India secara

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


beramai-ramai untuk bekerja di lombong bijih timah dan di ladang-ladang seperti ladang
kopi, kelapa, tebu dan getah. Inggeris melaksanakan dasar pecah dan perintah dengan
budaya superior penjajah yang begitu ketara. Pengekalan budaya dan warisan
berasaskan kaum berlaku dengan bebas sehingga mewujudkan polarisasi antara kaum.
Tiada usaha penyatuan oleh pemerintah pada masa itu ke arah perpaduan antara
golongan elit, bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan, antara penduduk
bandar dan luar bandar lebih-lebih lagi antara suatu suku kaum dengan suku kaum
yang lain. Dasar pecah dan perintah oleh penjajah pada masa itu telah mempengaruhi
sistem pendidikan yang dilaksanakan pada masa itu. Hala tuju pendidikan pada masa
itu bersifat kabur. Inggeris memperkenalkan sekolah vernakular. Sekolah vernakular
ialah sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar,
kurikulum, buku dan guru masing-masing. Sekolah vernakular yang ditubuhkan ialah
sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil.
Dalam pada itu Inggeris terus mengekalkan kuasa serta pengaruh ketuanan
mereka sebagai penjajah. Walau bagaimanapun, beberapa jawatankuasa juga pernah
dibentuk bagi mengkaji pelaksanaan pendidikan di Tanah Melayu pada masa
penjajahan Inggeris. Jawatankuasa tersebut telah mengeluarkan laporan seperti
Laporan Cheeseman (1946), Laporan Holgate (1949), Laporan Barnes (1950) dan
Laporan Fenn Wu (1951).

Soalan 2 :
Dari sudut sejarahnya iaitu sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan untuk
rakyat jelata di tanah air ini berlangsung secara tradisional dalam institusi keluarga dan
masyarakat. Pendidikan pada masa itu bercorak warisan turun temurun yang diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat berpegang kuat pada adat resam yang
bersifat ketimuran ditambah pula dengan ajaran agama Islam yang teguh. Pendidikan
melibatkan perkara-perkara asas bagi tujuan kelangsungan kehidupan harian
seseorang baik dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat. Pendidikan tradisional
juga melibatkan perkara-perkara berkaitan budaya dan warisan. Ibu bapa sebagai
orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik. Anak-anak tidak kira lelaki

13
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

atau perempuan dididik dengan ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan yang
diterima pakai dalam lingkungan masyarakat pada ketika itu. Bagi anak-anak lelaki,
mereka akan dididik bagi tujuan untuk menjadi ketua keluarga di suatu masa kelak.
Bagi tujuan ini biasanya anak-anak lelaki akan diminta membantu bapanya
menjalankan kegiatan ekonomi keluarga seperti berkebun, bersawah, menangkap ikan,
mengambil upah bertukang membina rumah; dan sebagainya selaras dengan konsep
berbakti kepada tanah dan alam. Asuhan ini berterusan sehingga anak-anak lelaki
tersebut mencapai peringkat umur remaja dan dewasa. Kesinambungan daripada itu,
anak-anak lelaki tersebut akan seterusnya mewarisi aktiviti ekonomi keluarga untuk
membina kehidupan keluarganya sendiri setelah mereka mendirikan rumah tangga.
Bagi anak-anak perempuan pula, mereka akan dididik dan diasuh dengan perkara-

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


perkara berkaitan rumah tangga agar suatu masa nanti mereka menjadi suri rumah
yang baik. Sehubungan itu, anak-anak perempuan biasanya dilatih untuk membantu
ibunya menjaga adik-adik, membasuh pakaian, mengemas rumah, jahit-menjahit serta
melakukan kerja-kerja di dapur. Berkaitan dengan keagamaan, anak-anak lelaki dan
perempuan juga diajar tentang ilmu agama. Tradisi masyarakat adalah menjadikan Al-
Quran sebagai pelajaran dasar di samping pelajaran-pelajaran yang lain. Selain di
rumah Pak Imam, guru atau ustaz pelajaran agama juga berlangsung di surau-surau
dan di masjid-masjid. Selain itu pendidikan bercorak keagamaan di sekolah pondok
juga banyak terdapat di Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu.
Bagi golongan bangsawan, pendidikan secara lebih formal berlaku di istana.
Guru-guru yang khas diundang untuk mengajar anak-anak raja dan anak-anak para
pembesar istana. Jadual belajar, mata pelajaran dan tempat belajar yang lebih khusus
ditetapkan. Pelajaran membaca, menulis dan mengira diajarkan selain pelajaran Jawi,
bahasa Arab, Fiqh, Tauhid, Al-Quran dan lain-lain. Dalam erti kata lain, kedatangan
Islam ketika zaman Kerajaan Melayu Melaka (1403 – 1511) telah memainkan peranan
penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan, pendidikan dan dakwah Islamiah di
Tanah Melayu dan rantau Nusantara

Soalan 3 :
Pembentukan Malayan Union pada 1946 telah meningkatkan lagi semangat para
pejuang kemerdekaan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein
dan lain-lain untuk mendapatkan kemerdekaan. Bagi tujuan sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat, sesuatu perlu difikirkan tentang keseluruhan sistem pendidikan
di tanah air ini. Langkah perlu diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan
kebangsaan yang sesuai untuk negara berdaulat yang mempunyai hala tuju serta
matlamat sendiri. Perkara ini telah disedari oleh para pemimpin tempatan dan rakyat
tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi
mengambil alih sistem pendidikan penjajah sebagai kehendak sebuah negara yang
merdeka kelak. Para pemimpin tempatan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman,
Abdul Razak Hussein dan lain-lain ahli politik lain telah membuat pelbagai persiapan ke

14
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

arah sebuah negara yang merdeka. Sistem pendidikan negara dengan dasar yang
tersendiri adalah antara perkara yang diberi tumpuan secara serius kerana antara lain,
ini adalah agenda bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Sebagai
persediaan ke arah kemerdekaan, satu jawatankuasa dinamakan sebagai
Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah ditubuhkan bagi mengkaji keperluan sistem
pendidikan yang akan dilaksana selepas tanah air mendapat kemerdekaan.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Razak Hussein dan telah mengeluarkan
laporannya yang dikenal sebagai Penyata Razak 1956. Penyata Razak telah dijadikan
asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Walaupun ordinan Pelajaran telah diwartakan
pada 1957, namun ordinan ini tidak dapat dilaksana atau dikuatkuasakan kerana Tanah
Melayu sudah hampir untuk mencapai kemerdekaan.

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


Selepas merdeka, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan
kebangsaan. Pelaksanaan pendidikan negara adalah berasaskan kepada Penyata
Razak 1956. Selepas itu satu jawatankuasa lain dibentuk iaitu Jawatankuasa Rahman
Talib sempena nama pengerusinya Abdul Rahman Talib iaitu Menteri Pelajaran pada
masa itu. Penubuhan jawatankuasa tersebut bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak
1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang diguna pakai dalam sistem pendidikan
walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Jawatankuasa berkenaan
mengeluarkan laporan iaitu Penyata Rahman Talib pada 1960. Akta Pelajaran 1961
telah digubal berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. Soal
perpaduan kaum adalah yang menjadi agenda utama dalam melaksanakan aktiviti
pendidikan pada masa itu. Melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di sekolah, kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama diharap
akan dapat memupuk perpaduan rakyat. Selain itu pendidikan adalah untuk membasmi
buta huruf dalam kalangan rakyat. Sehubungan itu pendidikan percuma diberi untuk
semua pelajar. Pengajaran pula memberi fokus kepada soal literasi dalam kalangan
pelajar. Pendidikan adalah juga bagi membangunkan negara yang baru merdeka dari
aspek infrastruktur seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan
ekonomi berasaskan pertanian dan lain-lain. Dasar pelajaran pada masa itu juga
mengharapkan agar keperluan tenaga rakyat di Malaysia dipenuhi melalui proses
pendidikan.

Soalan 4 :
Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan global dan pada masa yang
sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat local atau biasa disebut sebagai
glokal (global + local). Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia
yang berupaya merancang masa depan mereka; mampu menghadapi cabaran baru;
dan berupaya membuat pilihan dengan bijak, tepat dan sesuai dengan cabaran semasa
yang akan dihadapi. Sehubungan itu pendidikan perlu dikaitkan dengan senario
semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan
kemajuan teknologi semasa khususnya ICT. Perancangan pendidikan umumnya perlu

15
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

bersifat futuristik, fleksibel, dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat
dan profil bangsa dan warganegara Malaysia yang diharapkan. Perkara ini dapat dilihat
Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMKe-9) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-10) berkaitan pendidikan.

Soalan 5 :
Soal perpaduan kaum adalah yang menjadi agenda utama dalam melaksanakan
aktiviti pendidikan pada masa itu. Melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di sekolah; kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama diharap
akan dapat memupuk perpaduan rakyat. Selain itu pendidikan adalah untuk membasmi

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


buta huruf dalam kalangan rakyat. Sehubungan itu pendidikan percuma diberi untuk
semua pelajar. Pengajaran pula memberi fokus kepada soal literasi dalam kalangan
pelajar. Pendidikan adalah juga bagi membangunkan negara yang baru merdeka dari
aspek infrastruktur seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan
ekonomi berasaskan pertanian dan lain-lain. Dasar pelajaran pada masa itu juga
mengharapkan agar keperluan tenaga rakyat di Malaysia dipenuhi melalui proses
pendidikan.

Latihan Objektif
(Bina 5 soalan objektif & skema jawapan yang mencakupi keseluruhan isi kandungan)

1. Antara berikut manakah merupakan criteria pendidikan era masa kini dan masa
depan?

A. Pendidikan untuk kukuh Dasar Pecah & Perintah


B. Pendidikan global ke arah negara maju
C. Falsafah Hidup & Ketuhanan
D. Pendidikan untuk kukuh perpaduan & nasionalisme. (Tersirat)

2. Antara berikut merupakan persamaan antara Laporan Barnes (1951) dan


Laporan Fenn-Wu (1951), kecuali

A. Mengekalkan pendidikan di alam Tanah Melayu


B. Melebarkan jurang antara kaum di Tanah Melayu
C. Membasmi buta huruf dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu
D. Sukatan pelajaran berorentasikan tanah melayu

3.
- Wujud peperiksaan kemasukan sekolah menengah
- Yuran sekolah diamalkan
- Umur berhenti sekolah ditetapkan dengan 12 tahun
16
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan:

A. Penyata Razak (1956)


B. Laporan Rahman Talib (1960)
C. Laporan Barnes (19510
D. Laporan Fenn-Wu (1951)

4. Kenapakah Jawatankuasa Kabinet 1979 ditubuhkan?

A. Menyelarasakan system peperiksaan di Malaysia

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


B. Mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan
yang diamalkan ketika itu
C. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar
utama
D. Menyediakan skim latihan guru untuk menyelaraskan guru-guru yang
berkemampuan

5. Padankan cabaran dan langkah mengatasi dengan betul yang diambil dalam
melaksanakan syor-syor jawatankuasa kabinet?

Cabaran Langkah-langkah
A Tiada kemahiran vokasional Menggunakan teknik dan bahan
pengajaran lain lebih menarik
dan berkesan

B Kekangan kewangan Melatih dan melahirkan guru


yang berkemahiran vokasional
C Mutu pembelajaran yang rendah Memberi tumpuan pada
kelemahan pembelajaran dan
perkembangan psikologi murid

D Sukatan pembelajaran yang terlalu Menyediakan peruntukan


banyak kewangan untuk pendidikan
percuma

Carian Maklumat

17
Perkembangan Pendidikan Kebangsaan ke Arah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia
https://www.moe.gov.my/images/carta/Laluan_Pendidikan_Di_Malaysia.pdf
http://www.sabrizain.org/malaya/library/shorthistoryofmalaysia.pdf
https://pdfs.semanticscholar.org/94df/85c2d0606c35681a4ef6d31c6ab3fa9906c9.pdf

Pendidikan era tradisonal


http://irep.iium.edu.my/35224/5/rh_imam_hatip_paper.pdf
https://www.files.ethz.ch/isn/145828/Monograph18.pdf

Pendidikan Era Penjajah


https://faculty.washington.edu/charles/new%20PUBS/A4.pdf
http://apjee.usm.my/JPP_13_1994/Jilid%2013%20Artikel%2001.pdf
http://eprints.utm.my/14548/1/KassimThukiman2009_HubunganEtnikdiZamanKolonial.pdf

KPF4013 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


Pendidikan era Merdeka
https://kyoto-seas.org/pdf/15/1/150102.pdf

Pendidikan Abad ke-21


http://anyflip.com/anme/lcez/basic
https://www.nst.com.my/news/2016/11/192082/aim-towards-21st-century-learning

18

You might also like