You are on page 1of 9

2.

4 Tindakan

Bagi menjalankan kajian ini, model penyelidikan yang saya adaptasikan kedalam

kajian saya ialah Model Kajian Penyelidikan Lewin, 1996 dan Laidlaw, 1992. Bagi

mengadaptasikan model kajian ini, pengkaji haruslah mengenal pasti masalah atau isu

kajian. Bagi memulakan satu-satu kajian, pengkaji harus mempunyai isu yang perlu

dikaji dan diselesaikan. Rajah berikut merujuk kepada ringkasan langkah yang ada dalam

melaksanakan kajian menurut model kitaran Kajian Kurt Lewin.

1. Plan
(Merancang)

4. Reflect 2. Act
(Mereflek) (Bertindak)

3. Observe
(Memerhati)

Rajah 1. Kitaran Model Kajian Kurt Lewin

Berdasarkan kepada kitaran Model Kajian Kurt Lewin, terdapat empat fasa utama

dalam melaksanakan sesebuah kajian. Dalam model ini, langkah pertama yang perlu
dilakukan oleh seorang pengkaji ialah merancang. Merancang disini merujuk kepada

pengkaji merancang bagaimana kajian akan dilaksanakan. Seterusnya ialah bertindak.

Dalam fasa ini, saya akan menggunakan kaedah atau teknik yang dirancang kepada

kumpulan sasaran. Seterusnya ialah memerhati. Pada fasa ini, saya akan memerhati

perubahan yang berlaku terhadap kumpulan sasaran dan mengumpul data seterusnya

melakukan analisis terhadap data yang telah dikumpul. Fasa yang terakhir merujuk

kepada fasa mereflek. Dalam fasa ini, saya akan melakukan penilaian terhadap kaedah

yang diaplikasikan bagi mengatasi masalah yang dinyatakan sama ada kaedah tersebut

sesuai atau tidak untuk digunakan dan beberapa aspek lain yang perlu dilihat bagi

memperbaiki hasil kajian. Jika merujuk kepada model ini, kitaran ini akan berulang

sehingga mendapat hasil yang sesuai. Untuk kajian tindakan saya, saya hanya

menggunakan satu kitaran sahaja memandangkan masa untuk kajian hanyalah empat

minggu. Rajah berikut merupakan langkah yang saya akan jalankan bagi penyelidikan

tindakan yang akan dijalankan.

Kenal Pasti Isu/ Fokus

Tinjauan Awal

Merancang Tindakan

Membuat Refleksi Melaksanakan Tindakan

Memerhati

(Kutip & Analisis Data)

Rajah 2 Proses Penyelidikan Tindakan


Bagi tindakan yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah murid dalam

menjawab soalan KBAT, kaedah yang saya akan gunakan ialah kaedah “Jigsaw Think

Aloud”. Kaedah “Jigsaw Think Aloud” ini diambil dengan menggabungkan dua kaedah

pengajaran iaitu teknik pembelajaran koperatif Jigsaw dan juga kaedah Think Aloud.

Kaedah pembelajaran Think Aloud merupakan satu kaedah yang meminta orang ramai

untuk berfikir dengan kritikal sambil menyelesaikan satu masalah dan menganalisis

protokol lisan yang dihasilkan (Someran, Barnard, & Sandberg, 1994). Dalam sebuah

tinjauan literatur yang dikeluarkan oleh Jabatan Teknologi Pendidikan Universiti San

Diego (1999), mereka ada merumuskan beberapa maklumat berkenaan kaedah Think

Aloud ini.

Bagi penggunaan kaedah ini, ia dinyatakan bahawa kaedah ini digunakan bagi

mendapatkan data verbal berkenaan proses-proses kognitif, untuk melihat kepada

masalah dan juga mencari punca satu-satu masalah itu berlaku. Secara ringkasnya,

kaedah ini digunakan bagi mendalami masalah yang dihadapi untuk dibincang bersama

dan memastikan setiap orang yang berada pada lingkungan perbincangan memiliki idea

dan pemikiran yang sama bagi masalah yang dihadapi. Pemikiran berkenaan

penyelesaian masalah selalunya hanya difikirkan secara sendirian. Melalui kaedah ini,

satu-satu individu mampu menyuarakan buah fikiran yang ada dan dapat difikirkan

secara bersama dengan orang lain. Melalui kaedah ini, murid akan menyatakan buah

fikiran terhadap soalan yang diterima. Buah fikiran ini akan dinyatakan secara verbal dan

murid-murid lain akan mengambil perhatian terhadap buah fikiran tersebut. Menurut

Vygotsky (1987), dalam satu-satu situasi yang secara kognitifnya kompleks atau

mendesak, suara dalaman boleh digunakan sebagai ucapan yang boleh didengari.

Melalui verbalisasi atau menyuarakan suara dalaman secara nyata, pengetahuan baharu
boleh diperolehi, dan kawalan terhadap perancangan, kehadiran dan mengingat

maklumat boleh tercapai. Kaedah Think Aloud membolehkan murid-murid untuk cuba

merungkai pengetahuan yang dimiliki dan menyatakan secara jelas pandangan terhadap

masalah yang dihadapi. Soalan KBAT memerlukan murid-murid untuk memproses

pengetahuan yang mereka miliki bagi merungkai permasalahan yang dihadapi. Kaedah

ini akan membantu mereka untuk menyatakan dengan jelas pandangan murid-murid bagi

soalan yang dijawab dan membolehkan murid-murid lain menyatakan pandangan

mereka terhadap maklumat yang telah dinyatakan oleh murid-murid lain. Pengetahuan

ini akan dicantumkan bersama dan membolehkan mereka dapat merungkai soalan

dengan lebih baik.

Bagi kaedah pengajaran Jigsaw pula, ia diambil daripada salah satu teknik

pembelajaran koperatif. Strother (1990) mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai

satu bentuk kaedah pengajaran, yang memerlukan murid-murid untuk bekerja secara

kolaboratif dalam satu kumpulan kecil dan pelbagai dengan menolong satu sama lain

untuk mempelajari tugasan yang diberikan. Secara ringkasnya, Kagan (1994)

menerangkan bahawa pembelajaran koperatif adalah satu pembelajaran berpusatkan

murid di mana satu kumpulan murid yang pelbagai bekerjasama untuk mencapai satu

tujuan yang sama. Kajian menemui bahawa pembelajaran koperatif menjadi salah satu

kaedah pengajaran yang boleh meningkatkan prestasi murid-murid jika dibandingkan

dengan kaedah pembelajaran secara individu (Johnson & Johnson , 1999) . Berdasarkan

kepada maklumat ini, pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah pengajaran yang

mana memerlukan guru untuk merancang dengan teliti serta mempunyai satu garis

panduan yang lengkap supaya boleh difahami oleh murid-murid. Slavin (1988)

melaporkan bahawa ada dua syarat yang perlu dipatuhi bagi memastikan pembelajaran
koperatif ini berjaya dan berkesan : (1) matlamat kumpulan; dan (2) tanggungjawab

individu dalam kumpulan tersebut.

Menurut Aronson dan Panoe (1997), mereka menyatakan bahawa pembelajaran

Jigsaw ini merupakan salah satu strategi di bawah pembelajaran koperatif di mana, ia

seperti sebuah kepingan puzzle, dimana isi pelajaran akan dipecahkan kepada

bahagian-bahagian maklumat yang berbeza dan kemudian diagihkan kepada kumpulan

murid yang mana akan menerangkan kepada satu sama lain bahagian masing-masing

dan hasil seluruh kepingan puzzle akan bercantum. Secara ringkasnya, pengajaran

kaedah Jigsaw memerlukan guru untuk memecahkan murid kepada kumpulan yang

berbeza untuk membincangkan satu isu atau masalah. Murid-murid ini akan berbincang

bagi mendapatkan hasil yang sama untuk isu yang dibincangkan. Seterusnya, murid-

murid yang sudah dipecahkan kepada kumpulan yang berbeza ini akan kembali kepada

kumpulan asal masing untuk membentangkan hasil dapatan perbincangan dalam

kumpulan sebentar tadi. Bagi isu pula, murid-murid akan diberikan isu yang berbeza

untuk dibincangkan dan isu-isu berkait antara satu sama lain. Apabila penyelesaian

daripada isu-isu ini telah terhasil, murid-murid mampu melihat perkaitan antara satu isu-

dengan isu yang lain melalui pembentangan yang dibuat dalam kumpulan asal.

Berdasarkan kepada kedua-dua kaedah ini, saya telah menggabungkan Think

Aloud dan pengajaran Jigsaw dalam kajian saya. Secara ringkasnya, kaedah ‘Jigsaw

Think Aloud’ merupakan satu kaedah yang inovasikan bagi tujuan kajian ini. Bagi kaedah

ini, murid akan dipecahkan ke dalam kumpulan. Murid-murid ini akan diberikan soalan

matematik. Secara individu, murid-murid ini akan berpecah kepada kumpulan murid lain

yang memiliki soalan yang sama seperti yang diterima. Seterusnya dalam kumpulan

yang baharu tersebut, murid akan melakukan perbincangan terhadap soalan yang
diterima. Semasa perbincangan, kaedah Think Aloud pula akan diaplikasikan. Mereka

akan berbincang bagaimana penyelesaian dapat dilaksanakan.

Murid Murid
berbincang membentangkan
Murid berpecah
tentang Murid kembali soalan yang
Murid terima kepada
penyelesaian kepada sudah
soalan KBAT kumpulan soalan
soalan kumpulan asal diselesaikan
yang sama
menggunakan kepada ahli
Think Aloud kumpulan

Rajah 3 Proses Tindakan Kaedah Jigsaw Think Aloud

Seterusnya murid-murid akan kembali kepada kumpulan asal. Dalam kumpulan

asal, murid-murid akan membentangkan dengan ahli kumpulan lain berkenaan

penyelesaian yang diperoleh bagi soalan yang dibincangkan. Matlamat utama dalam

proses ini adalah bagi membolehkan murid-murid menyatakan secara verbal

pengetahuan yang berkait dengan soalan yang di jawab. Pengetahuan ini akan

dicantumkan bersama pengetahuan rakan-rakan yang lain bagi membolehkan murid

melihat secara jelas strategi menjawab soalan tersebut. Ini membolehkan murid-murid

untuk menerima penyelesaian terhadap pelbagai jenis soalan pada masa yang sama.

Untuk kaedah Think Aloud yang saya aplikasikan dalam kaedah ini, terdapat beberapa

kriteria penting yang perlu murid lakukan dahulu ketika mendapat soalan. Secara

ringkasnya, murid-murid perlu melaksanakan empat langkah untuk menyelesaikan


soalan. Langkah penyelesaian soalan menggunakan empat langkah ini diringkaskan

dalam rajah berikut.

Langkah 1

Menentukan pemboleh ubah dan jenis permasalahan

Langkah 2

Menentukan operasi yang terlibat dalam penyelesaian soalan

Langkah 3
Menentukan nombor apa yang terlibat dalam penyelesaian soalan dan mengapa nombor
tersebut digunakan

Langkah 4
Melaksanakan operasi terhadap maklumat yang diperoleh

Rajah 4 Langkah Think Aloud dalam menyelesaikan soalan KBAT

Empat langkah ini akan diaplikasikan semasa murid-murid berada pada

kumpulan yang telah diasingkan mengikut soalan yang sama. Ini membolehkan murid-

murid dalam kumpulan ini berbincang tentang soalan yang sama dan memikirkan

penyelesaian secara kerjasama. Dalam melaksanakan kaedah Think Aloud ini, saya

perlu mengambil kira beberapa aspek penting. Murid-murid perlu diajar untuk bertanya

pada diri sendiri soalan dengan kuat dan nyata dan terus berfikir dengan kuat dan nyata

semasa menjawab soalan tersebut. Murid-murid boleh digalakkan untuk melibatkan diri
dengan menyatakan pemikiran secara verbal, menerangkan soalan yang mereka

kemukakan kepada diri mereka sendiri, penyelesaian-penyelesaian yang mungkin

diperoleh, dan cabaran yang mungkin mereka hadapi. Untuk permulaan, guru

memodelkan penggunaan langkah-langkah dan mengaplikasikan langkah-langkah

kedalam masalah yang dihadapi. Secara beransur-ansur, guru memindahkan

tanggungjawab untuk menggunakan strategi tersebut kepada murid. Dari masa ke masa,

murid-murid akan menyemai arahan dan arahan kendiri supaya mereka tidak lagi

mengungkapkan dengan kuat dan murid-murid bebas menggunakan langkah-langkah

yang diajar untuk menyelesaikan masalah.

Kaedah Jigsaw Think Aloud ini diaplikasikan dalam kajian ini mempunyai

beberapa motif sampingan. Antara tujuan sampingan yang saya ingin murid-murid saya

miliki ialah kemahiran mereka berkomunikasi secara matematik dengan rakan-rakan

yang lain. Selain itu juga, saya menginginkan murid-murid tidak berasa gentar terhadap

istilah KBAT dalam sebuah soalan. Murid-murid pada masa kini sering dimomokkan

dengan susahnya penyelesaian soalan KBAT. Maka ini secara tidak langsung

menjatuhkan moral murid-murid untuk mempelajari satu-satu subjek. Saya

mengharapkan kajian ini mampu membuka ruang kepada murid-murid untuk berusaha

secara tidak langsung menyelesaikan soalan berbentuk KBAT yang menjadi unsur

utama dalam pendidikan masa kini.


3.2 Soalan Kajian

Dalam mengumpul data bagi kajian ini, beberapa soalan yang berkaitan

telah diutarakan seperti berikut:

i) Sejauh mana penggunaan kaedah Jigsaw Think Aloud dapat membantu

murid dalam menyelesaikan soalan KBAT subjek matematik sekolah

rendah?

ii) Bagaimana Kaedah Jigsaw Think Aloud dapat membantu murid dalam

menyelesaikan permasalahan yang melibatkan KBAT dalam soalan?

You might also like