You are on page 1of 3

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK DARUL

RIDZUAN

CPR2011 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


KUMPULAN B
REFLEKSI INDIVIDU
Topik
1. Kemahiran Menangani Stress
2. Kemahiran Komunikasi Berkesan

Pensyarah : Cik Nurul Huda Binti Mat Amin


Nama Pelajar : Muhammad Aidil bin Said
No. Matrik : D20162075865
REFLEKSI AKTIVITI MINGGUAN (M6)

Aktiviti Pertama : Kemahiran Mengurus Stress

Aktiviti pertama yang dijalankan pada pada hari Khamis bertarikh 17 Oktober 2019
ialah aktiviti berkenaan dengan Kemahiran Menangani Stress. Seperti aktiviti pada minggu-
minggu yang lepas, sebelum melaksanakan aktiviti Kemahiran Menangani Stress satu energizer
telah dijadikan sebagai pembuka aktiviti yang diketuai oleh ketua kumpulan yang ditugaskan
melaksanakan aktiviti. Aktiviti selanjutnya telah diteruskan dengan Kemahiran Menangani
Stress. Berdasarkan aktiviti tersebut saya dapat menyelesaikan masalah stress yang saya hadapi.
Malahan, saya juga turut berkongsi permasalahan ini bersama rakan kumpulan. Saya juga dapat
mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakan saya secara tidak langsung saya dapat
mengurangkan beban rakan dan saya sendiri dengan menyumbangkan pendapat dan idea untuk
menangani permasalahan stress yang melanda rakana kumpulan saya. Begitu juga dengan
rakan-rakan kumpulan saya yang membantu saya dalam menyelesaikan masalah yang
membuatkan saya stress.

Kekuatan Diri

Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kekuatan
saya berdasarkan aktiviti Kemahiran Menangani Stress yang telah dilaksanakan. Sebagai
contoh, kekuatan yang boleh saya lihat tentang diri saya ialah saya merupakan seorang
pendengar yang baik dimana saya mendengar setiap keluhan dan permasalahan yang
menyebabkan rakan sekumpulan saya mengalami kemurungan dan stress. Oleh yang demikian,
menyebabkan saya telah memberi pendapat dan idea yang dapat membantu rakan kumpulan
saya mengurangkan beban mereka.

Kelemahan Diri

Berdasarkan aktiviti Kemahiran menangani stress tersebut saya dapat mengenal pasti
kelemahan diri saya iaitu saya sememangnya sukar menanangi permasalahan saya secara
bersendirian dan saya perlukan sesorang untuk membantu saya keluar daripada masalah yang
membuatkan saya stress.
Aktiviti Kedua : Kemahiran Komunikasi Berkesan

Aktiviti kedua yang dijalankan pada pada hari Khamis bertarikh 17 Oktober 2019 ialah
aktiviti berkenaan dengan Kemahiran Komunikasi Berkesan. Aktiviti energizer telah diadakan
sebagai permulaan program yang diketuai oleh ahli kumpulan yang mengendalikan aktiviti
pada hari tersebut. Saya dan semua peserta telah menglibatkan diri untuk melakukan energizer
tersebut dengan mengikut rentak dan langkah yang dilakukan. Aktiviti selanjutnya telah
diteruskan dengan aktiviti berkumpulan di mana setiap kumpulan telah berkongsi maklumat
berkenaan dengan kemahiran berkomunikasi mengikut arahan daripada seorang fasilitator.
Melalui pendedahan tersebut saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya bersama
orang sekililing. Namun begitu, aktiviti ini dilarang berkomunikasi atau bercakap hanya
diperbolehkan berkomunikasi menggunakan gaya atau bahasa tubuh. Berdasarkan aktiviti
melakukan gaya atau bahasa tubuh ini, saya dapat meningkatkan nilai kepekaan dalam diri saya
terhadap apa yang kami bahasakan melalui gaya tersebut. Aktiviti ini memberikan kesan positif
di mana memperlihatkan saya untuk saling bekerjasama antara ahli kumpulan tanpa
menimbulkan perbalahan sesama ahli kumpulan.

Kekuatan Diri

Melalui aktiviti ini, saya dapat mengenali kekuatan diri saya iaitu saya dapat mencipta
segala gerakan gaya dan bahasa tubuh kerana saya merupakan orang paling hadapan yang
ditugaskan untuk menyampaikan segala mesej kepada rakan lain. Di samping itu, saya juga
turut memberikan kerjasama dalam aktiviti untuk memudahkan segala urusan kumpulan saya
dalam aktiviti ini.

Kelemahan

Berdasarkan aktiviti tersebut, kelemahan yang dapat saya kenali tentang diri saya ialah saya
sukar mengingat gerakan gaya atau bahasa tubuh yang susah dan sulit daripada kawan saya.
Oleh yang demikian, telah menyebabkan mesej yang saya sampaikan kepada ahli kumpulan
saya yang lain akan berbeza.

You might also like