You are on page 1of 2

Elemen kemahiran belajar yang pertama ialah pengurusan pembelajaran.

Pengurusan
pembelajaran ialah cara diri untuk mengurus pembelajaran. Contohnya boleh tulis semua tugasan
di dalam buku perancangan,dan menetapkan senarai "To Do List" supaya dapat memastikan setiap
tugasan akan disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan.

Elemen kemahiran belajar yang kedua ialah pengurusan masa. Untuk menguruskan masa
agar sentiasa teratur,pelajar perlu membuat senarai yang singkat untuk setiap tugasan. Pelajar juga
boleh memberikan ganjaran kepada diri dengan aktiviti kegemaran setelah tugasan diselesaikan.

Elemen kemahiran belajar ketiga ialah gaya belajar.Setiap individu mempunyai gaya
pembelajaran sendiri.Melalui gaya belajar, mereka dapat mudah menerima, memproses,
memahami dan menyimpan maklumat.Secara umumnya, gaya belajar terbahagi kepada tiga ,iaitu
pelajar gaya kinestetik, pelajar gaya visual, dan pelajar gaya auditori.Pelajar yang gaya kinestetik
lebih berminat kepada projek, kuiz dan ujian. Pelajar gaya visual lebih berminat menggunakan
pengurusan grafik dalam pembelajaran, manakala pelajar gaya auditori lebih berminat memilih
buku teks dan novel audio sebagai bahan pembelajaran.

Elemen kemahiran belajar keempat ialah membaca dan berfikir.Sewaktu belajar, pelajar
perlu banyak membaca bahan rujukan sambil berfikir untuk mendapatkan informasi,pengetahuan
dan fakta mengenai sesuatu perkara. Pelajar juga boleh memjalankan pembacaan dengan tujuan
seperti membuat ulang kaji tugasan.

Elemen kemahiran belajar kelima ialah penyertaan aktif di dalam kelas. Pelajar harus
sentiasa bersedia untuk belajar dari aspek fizikal dan mental, dan juga sentiasa melibatkan diri
dalam semua projek kumpulan dan aktiviti pasukan.

Elemen kemahiran belajar keenam ialah mengambil nota.Pelajar digalakkan untuk


mengambil nota dalam pembelajaran supaya pelajar dapat mengingati apa-apa yang telah dibaca
dan didengar ketika pembelajaran.

Elemen kemahiran belajar ketujuh ialah refleksi. Bagi komponen ini, pelajar hendak
mengenal pasti bahagian proses kemahiran belajar yang berfungsi dengan baik serta bahagian
yang masih memerlukan kerja tambahan.

Elemen kemahiran belajar kelapan ialah Kemahiran Abad ke-21.Komponen ini adalah satu
kebolehan yang perlu diperkenalkan kepada para pelajar bagi menjamin keupayaan mereka dari
segi ilmu pengetahuan dan kemahiran selari dengan perkembangan teknologi maklumat pada
masa ini.Dalam komponen ini, terdapat juga tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pelajar,
iaitu kemahiran 4C’s , keterampilan literasi digital, dan juga kemahiran kerjaya dan kehidupan.
Kemahiran 4C’s terbahagi kepada empat kemahiran ,iaitu pemikiran kritikal, kreativiti, kolaboratif
, dan komunikasi. Keterampilan literasi digital adalah memberi tumpuan kepada literasi
maklumat ,literasi media, literasi teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar perlu mengetahui
cara untuk menentukan sumber yang boleh dipercayai. Justeru, kemahiran kerjaya dan kehidupan
lebih focus kepada sifat peribadi dan professional dalam kehidupan seharian pelajar dengan
memberi tumpuan kepada hala tuju kendiri, interaksi social, produktiviti dan akauntabiliti.

You might also like