You are on page 1of 3

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) mendefinisikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai dalam


membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Mengikut teori Bloom (1956), KBAT
melambangkan pemikiran yang kritikal, logikal, reflektif, serta metakognitif dan pemikiran
kreatif yang dirangsangkan apabila berdepan dengan masalah dan soalan yang bukan menjadi
kebiasaan. Dengan berpegang kepada konsep kemahiran berfikir aras rendah yang dikaitkan
dengan pengetahuan dan strategi kognitif sedia ada. KBAT adalah lebih canggih dan kaya
ilmu daripada kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) kerana ia memerlukan seseorang
pelajar itu memanipulasi maklumat dan idea yang mentransformasikan maksud dan implikasi
maklumat dan idea asal tersebut.

Sumber Manusia dan Persekitaran PdP merujuk kepada:


Infostruktur/ teknologi pendidikan seperti sistem pengurusan maklumat, portal,
e_Pembelajaran, e_Perpustakaan
Infrastruktur merujuk kepada makmal; bilik/ dewan kuliah, peralatan/ sumber PdP selain
TMK
Alat-Alat Berfikir seperti peta pemikiran i-Think; Model HOMS; CoRT, INTEL dan lain-lain
Buku Rujukan; Modul; Jurnal dan bahan dalam bentuk media yang lain
Strategi PdP meliputi persediaan pensyarah/tenaga akademik untuk kuliah yang meliputi
kaedah dan teknik dalam penyampaian kuliah samada secara bersemuka atau tidak, dalam
atau luar bilik kuliah untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam
proforma kursus. Strategi boleh dikategorikan samada berpusatkan pensyarah; berpusatkan
pelajar atau berpusatkan bahan.
Kaedah mengajar ialah cara mencapai sesuatu hasil pembelajaran dengan langkah
penyampaian yang tersusun. Teknik mengajar pula diertikan sebagai kemahiran pensyarah/
tenaga akademik dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti
PdP.
Produk/Perkhidmatan merujuk kepada hasil atau output daripada penghasilan produk yang
memenuhi kehendak pelanggan. Ia merujuk kepada rekod atau hasil kerja yang
disempurnakan dan menjadi bukti objektif kepatuhan kepada sesuatu proses. Hasil
produk/perkhidmatan boleh dikategorikan kepada dua iaitu hasil/output setiap aktiviti dalam
proses PdP dan juga hasil terakhir keseluruhan proses PdP yang memenuhi keperluan dan
mencapai kepuasan pelanggan.
Ia meliputi petunjuk prestasi seperti hasil kerja pelajar/guru pelatih dan bukti pelaksanaan
PdP pensyarah seperti:
Hasil kerja pelajar/guru pelatih: peta minda, persembahan, kerja kursus dll

Folio kursus dan folio pensyarah akademik: khususnya rancangan pengajaran dan
pembelajaran semester, rancangan pengajaran dan pembelajaran mingguan, rekod kehadiran
pelajar, rekod penilaian pelajar
Rekod bimbingan/penyeliaan dan penilaian praktikum
Hasil pengurusan pentaksiran dan peperiksaan pelajar/ guru pelatih
Laporan maklum balas pelanggan dan lain-lain laporan yang berkaitan

Kemahiran berfikir dapat meninggikan lagi keupayaan belajar. Dengan menggunakan


kemahiran berfikir, pelajar dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran mereka.
Selain itu, pelajar dapat mengukur pengetahuan yang telah diperolehi dengan lebih produktif
juga. Maka, secara langsung penguasaan pengetahuan yang dipelajari dapat ditingkatkan.
Pelajar- pelajar yang mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding, menganalisa
dan membuat inferens berupaya meningkatkan kefahaman dan memperkukuhkan
pembelajaran.
Pemikiran peringkat tinggi seperti menilai idea dan maklumat, memahami rajah, membina
dan mempertahankan hujah sering digunakan di kolej dan universiti. Penerbitan idea-idea
baru juga diberi keutamaan pada peringkat kolej atau

150
universiti. Pelajar-pelajar diberi pelbagai jenis projek akademik dan bukan akademik yang
memerlukan mereka menyelesaikan masalah secara kreatif
Justeru, pengetahuan tentang kemahiran berfikir amat penting bagi membantu seseorang
pelajar, lebih-lebih lagi kepada bakal pendidik untuk memahami hubungan dan kaitannya
dengan pengajaran dan pembelajaran. Kefahaman tentang kemahiran berfikir ini akan dapat
membantu untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dan permasalahan serta melaksanakan
tugasnya dengan lebih berkesan dalam bilik darjah apabila telah menjadi guru kelak. Tanpa
kefahaman yang baik tentang kemahiran-kemahiran berfikir banyak kelemahan khususnya
dari segi pengetahuan dan pengajaran guru di bilik darjah akan timbul. Menurut Philip
(1997), ramai guru tidak begitu yakin tentang kaedah mengajar kemahiran berfikir. Hal ini
berlaku kerana kurangnya penekanan kemahiran berfikir pada peringkat latihan perguruan.
Dalam tempoh tiga dekad yang lepas, pelbagai penyelidikan menunjukkan bahawa cara guru

bertindak mempengaruhi pencapaian akademik dan peringkat pemikiran pelajar (Philips,


1997).
Justeru, KBAT amat penting di alam pekerjaan. Bagi graduan-graduan yang memburu
pekerjaan, kemahiran berfikir tidak boleh lagi dianggap sebagai satu kelebihan tetapi satu
kemestian (Shuib & Azmawati, 2001). Majikan tidak lagi memilih individu yang memiliki
kemahiran kerjaya yang sangat spesifik sebagai pekerja mereka, memandangkan kemahiran
itu boleh dipelajari di tempat kerja. Sebaliknya, majikan mahukan pekerja yang memiliki
kemahiran berfikir dan komunikasi yang baik dan yang mahir menyelesaikan masalah,
berfikir secara kreatif, mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat kesimpulan
yang sesuai daripada data untuk menerbitkan idea-idea mereka dengan jelas dan berkesan.
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, penyelidik mendapati bahawa
KBAT adalah aspek yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran berfikir adalah asas kepada proses pendidikan. Keupayaan seseorang berfikir
boleh mempengaruhi cara pembelajaran, kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya.
Dapatan kajian-kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa kemahiran berfikir berkait rapat
dengan pembelajaran. Kajian tersebut menunjukkan bahawa pelajar- pelajar yang dilatih
berfikir mempamerkan kesan yang positif terhadap perkembangan pelajaran mereka.
Hal ini dipersetujui oleh Resnick (1987) di mana dapatan kajiannya telah melaporkan
peningkatan pada pemahaman bacaan dan purata gred serta peningkatan dalam penyelesaian
masalah-masalah Matematik dan Sains setelah mengikuti program latihan berfikir.
Sehubungan ini, penyelidik ingin mengenal pasti pola KBAT Marzano berdasarkan Dimensi
Menggunakan Pengetahuan Bermakna dalam kalangan pelajar FPTek, iaitu bakal pendidik di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

You might also like