You are on page 1of 5

Malaysia merupakan satu negara unik yang terdiri daripada pelbagai

kaum, agama dan budaya. Oleh sebab itu, untuk menjamin keharmonian
masyarakat Malaysia, nilai-nilai murni seperti toleransi, bertolak ansur dan hormat-
menghormati haruslah dipupuk oleh rakyat Malaysia supaya membinakan
masyarakat yang demokratik dan progresif. Selain itu, satu lagi nilai yang tidak dapat
diabaikan ialah kesantunan bahasa. Kesantunan bahasa merupalan kehalusan dan
kesopanan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi melalui lisan ataupun
tulisan. Namun, nilai kesantunan bahasa semakin hari semakin tidak diamalkan oleh
remaja pada masa ini. Hal ini demikian kerana pelbagai isu telah mempengaruhi nilai
tersebut. Pada pendapat saya, dua isu utama yang memberi kesan buruk terhadap
kesantunan bahasa ialah isu media sosial dan isu pendidikan.

Penggunaan
Bahasa Rojak
Penggunaan
Bahasa yang
Tidak Sopan
Kesalahan
tatabahasa

RAJAH 1: 3 unsur yang mempengaruhi kesantunan bahasa daripada media sosial.

Oleh sebab teknologi kian hari kian menjadi lebih canggih dan moden,
kita boleh mendapat banyak informasi dan berita bukan sahaja dalam negara tetapi
juga luar negara. Namun, media elektornik seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan
sebagainya tidak menggunakan bahasa yang betul dan menyebabkan kesantunan
bahasa semakin dilupakan oleh masyarakat. Antara penggunaan bahasa yang salah
ialah kesalahan tatabahasa. Kita boleh melihat status yang telah dimuatnaikkan
tidak mengikut hukum tatabahasa Bahasa Melayu yang betul atau penggunaan
perkataan yang tidak sesuai. Di samping itu, kesalahan ejaan, tanda baca dan

1
singkatan huruf juga merupakan kesalahan tatabahasa yang biasa kita dapat
nampak pada media-media sosial.

Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa atau perkataan yang tidak


sopan juga merupakan salah satu unsur yang memberi implikasi negatif kepada
kesantunan bahasa. Antara bahasa yang tidak sopan termasuklah ‘sakai’, ‘bodoh’,
‘kurang ajar’ dan lain-lain. Penggunaan bahasa yang kurang sopan atau kasar telah
menjadi satu kebiasaan dalam kalangan Facebook Messenger dan WhatsApp. Tidak
dapat dinafikan bahawa, dalam perbualan remaja zaman kini menggunakan banyak
perkataan yang kasar dan mencarut. Perkataan-perkataan tersebut memang
menjejaskan nilai kesantunan bahasa dalam masyarakat Malaysia.

GAMBAR 1: Penggunaan Bahasa Rojak dalam Media Sosial

Gambar 1 di atas telah menunjukkan penggunaan bahasa rojak dalam


perbualan dan status yang dimuatnaikkan pada Twitter. Bahasa Rojak merupakan
bahasa baharu dengan bercampur Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
Penggunaan bahasa rojak akan menyebabkan kecelaruan maklumat serta
memberikan kesan kepada penggunaan bahasa dalam proses belajar. Di samping
itu, penggunaan bahasa yang salah akan menjejaskan kualiti Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Pelajar juga akan mengeliru antara Bahasa Rojak dengan bahasa

2
yang betul. Berdasarkan keadaan-keadaan yang disebut, jelasnya bahawa akan
menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai sesuatu bahasa dengan baik.

Tambahan pula, terdapat banyak lagi implikasi yang negatif akan


datang jika kita masih menggunakan bahasa yang salah. Antaranya termasuklah
penulisan pelajar menjadi tidak berkualiti kerana tidak menggunakan bahasa yang
betul. Penyalahgunaan bahasa juga menyebabkan cara pelajar menulis esei tidak
mantap. Lebih-lebih lagi, penggunaan bahasa yang salah akan mengganggu
komunikasi antara individu kerana perbezaan dialek. Seterusnya, penyalahgunaan
bahasa juga membawa kesan yang besar terhadap kesantunan bahasa kerana
bahasa yang kita gunakan tidak halus dan sopan.

GAMBAR 2: Kesan Bahasa Rojak terhadap Bahasa Melayu

Selain daripada isu media sosial, isu pendidikan juga mempengaruhi


kesantunan bahasa masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana sistem
pendidikan yang sistematik dan berefektif dapat memberi kesan kepada cara berfikir
serta perubahan tingkah laku manusia. Selain itu, pendidikan dikatakan sebagai aset
yang terpenting dan teras kerana dapat melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan, bertanggungjawab serta berakhlak mulia. Bukan itu sahaja, usaha
untuk menerapkan amalan kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar di sekolah
hendaklah diteruskan bagi melahirkan anak murid yang tidak hanya hebat dari segi
akademik tetapi juga memiliki akhlak yang unggul dan budi bahasa yang tinggi. Hal
ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan insan yang
seimbang dari aspek JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah.

3
Namun, gejala negatif seperti tidak menghormati guru dan rakan,
vandalisme, kes buli dan sebagainya kian hari kian serius. Gejala-gejala tersebut
juga menjadi satu cabaran yang amat besar terhadap pihak sekolah dan guru-guru.
Secara umunnya, guru umpama ibu bapa kepada para pelajar di sekolah yang
mendidik anak murid supaya menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.
Tanpa guru, kita tidak dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Justeru, guru wajarlah dihormati dan dikasihi oleh pelajar sebagai insan yang mulia.
Sebaliknya, sangat sedih semasa membaca berita tentang kes yang baru berlaku
pada tahun ini, iaitu seorang pelajar perempuan yang berumur 13 tahun dirotan oleh
cikgu kerana mengeluarkan perkataan yang biadab. Kes ini sepatutnya tidak akan
berlaku di sekolah. Peristiwa tersebut juga menunjukkan remaja generasi baru tidak
mementingkan nilai kesantunan bahasa.

GAMBAR 3: Kes Biadab Terhadap Cikgu

Bukan itu sahaja, beberapa kes yang serupa juga berlaku pada
beberapa tahun yang lalu. Sebagai contohnya, pada tahun 2008, seorang pelajar
perempuan memukul seorang guru wanita kerana enggan menghantar tugasan yang
diberikan. Kes-kes tersebut adalah sangat serius kerana bukan sahaja menjejaskan
nama baik guru dan sekolah tetapi juga menjatuhkan maruah keluarga pelajar.

4
Malah, masalah yang besar ialah guru dicederakan oleh pelajar serta kebiadaban
pelajar yang sukar bercakap kata-kata kasar kepada guru. Kedua-dua keadaan
tersebut merupakan tingkah laku yang tidak bermoral, tidak berdisiplin dan tidak
berakhlak mulia. Tambah lagi, terdapat sesetengah ibu bapa pelajar menyalahkan
guru semasa anak mereka dikena tindakan disiplin. Hakikatnya, ibu bapa
merupakan pihak yang bertangungjawab juga untuk mendidik anak mereka tentang
kesantunan, akhlak mulia dan budi bahasa dan tidak sepatutunya menyerah
tanggungjawab mereka sepenuhnya kepada guru sekolah. Penyerahan
tanggungjawab tersebut dikatakan sebagai satu kegagalan kerana institusi keluarga
juga sanagat penting dalam membentuk kesantunan bahasa anak-anak.

Kesimpulannya, jelasnya bahawa isu media sosial dan pendidikan


betul-betul membawa banyak implikasi yang negatif terhadap amalan kesantunan
bahasa. Oleh sebab itu, pelbagai usaha haruslah dilaksanakan dengan berterusan
dan segera untuk menyelesaikan masalah tersebut. Antaranya termasuklah, pihak
kerajaan wajarlah berkerjasama dengan pihak sekolah bagi menganjurkan program
ataupun kempen untuk menyedarkan para pelajar tentang kepentingan kesantunan
bahasa. Di samping itu, ibu bapa haruslah sentiasa berakhlak mulia, bersopan
santun supaya menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Hal ini dikatakan
kerana anak-anak akan meniru ibu bapa mereka dan menjadi seorang yang berbudi
bahasa dan mengamalkan amalan kesantunan bahasa. Bak kata pepatah: “ anak-
anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Tambah lagi, sosial
media sebagai satu saluran penyebaran informasi yang utama pada era globalisasi
ini hendaklah menggunakan bahasa yang betul supaya semua orang tidak
menyalahgunakan bahasa ataupun perkataan yang tidak sopan. Akhir kata, semua
pihak wajarlah berganding bahu untuk menggalakkan masyarakat Malaysia supaya
mengamalkan amalan kesantunan bahasa. Hal ini merupakan tanggungjawab setiap
individu demi mencapai keharmonian masyarakat dan peradaban negara.

You might also like