You are on page 1of 8

CoRT (Cognitive Research Trust).

Terdapat enam program CoRT (Cognitive Research Trust) yang telah dicipta oleh Dr. Edward de
Bono. CoRT
direkacipta supaya mudah dan praktikal. Terbahagi kepada 6 bahagian yang setiap satu
mempunyai 10 pelajaran :
CoRT 1 Keluasan (memperluaskan persepsi).
CoRT 2 - Organisasi.
CoRT 3 - Interaksi.
CoRT 4 Kreativiti (memperluas pemikiran lateral dan kreatif).
CoRT 5 Maklumat dan rasa.
CoRT 6 Tindakan.
Pembahagian CoRT.
CoRT 1 terbahagi kepada 3 bahagian :
1. logik dan persepsi
- CAF
- APC
2. nilai
- OPV
- C&S
- PMI
3. fokus dan punca
- AGO
- FIP

CoRT 1 (Cognitive Research Trust).
Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat
CoRT1 diberi nama berasaskan singkatan frasa. Ia
mempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan persepsi dan mudah dipelajari /
digunakan.
1. Plus, Minus, Interesting (Baik, tidak baik, menarik).
2. Consider all factors (Mengambil kira semua faktor).
3. Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat).
4. Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif).
5. First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting).
6. Other Peoples View (Pandangan orang lain).
7. Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan, kemungkinan).

CoRT 1 & kognitif.
Fokus : akademik.
CoRT1 Kegunaan Contoh kognitif
PMI Untuk menangani idea dari segi kelebihan,
kekurangan dan keistimewaan
Membantu ibu di rumah. Bincangkan
CAF Mengambil kira semua faktor yang terlibat Apakah faktor-faktor yang menyebabkan
pekerja asing datang ke Malaysia ?
C&S
Meramalkan kesan dan akibat yang
berturutan
Apakah kesan yang timbul jika siaran televisyen
24 jam dilaksanakan ?
AGO Tujuan, matlamat dan objektif Apakah tujuan dan matlamat maharaja Hirohito
menjadikan sebuah negara moden ?
FIP
Memberi keutamaan kepada yang
terpenting
Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan
oleh Raja Mongkut dalam pemodenan kerajaan
Siam ?
OPV Mendapatkan pandangan orang lain Pak Sako dilabel sebagai penghasut rakyat oleh
Kerajaan British di Malaya. Apakah pandangan
anda ?
APS
Pilihan-pilihan dan kemungkinan
Senaraikan kemungkinan kekangan dalam
pembinaan industri otomobil di Malaysia dan
pilihan-pilihan yang ada dalam mengatasi
kekangan kekangan itu
CoRT 1 & meta kognitif.
Fokus : Penyelesaian masalah kendiri.
CoRT1 Kegunaan Contoh kognitif
PMI
Untuk menangani idea dari segi kelebihan,
kekurangan dan keistimewaan
Pilih lembaran pengurusan grafik yang sesuai
untuk melihat masalah itu dari pelbagai
perspektif.
CAF Mengambil kira semua faktor yang terlibat Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita
tidak bermotivasi untuk mencapai
kecemerlangan akademik ?
C&S Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan Apakah kesan yang timbul jika saya memilih
untuk menghafal berbanding dengan
memahamkan fakta- fakta penting dalam tajuk
hakisan dan luluhawa ?
AGO Tujuan, matlamat dan objektif Apakah objektif saya semasa belajar teknik-
teknik belajar yang betul ?
FIP Memberi keutamaan kepada yang terpenting Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan
dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di
rumah ?
OPV Mendapatkan pandangan orang lain Apakah pendapat anda cara penyelesaian
masalah saya ini berkesan selepas
dilaksanakan ?
APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki
kelemahan saya dalam pelajaran ?
CoRT 1 & meta kognitif.
Fokus : Persekitaran.
CoRT1 Kegunaan Contoh kognitif
PMI Untuk menangani idea dari segi kelebihan,
kekurangan dan keistimewaan Malaysia
melaksana program gunasama basikal secara
percuma dan dimiliki kerajaan.
Malaysia melaksana program gunasama basikal
secara percuma dan dimiliki kerajaan. Anda
mengguna basikal dan meninggalkannya untuk
digunakan oleh orang lain pula.
CAF Mengambil kira semua faktor yang terlibat Keluarga anda meilih satu tempat untuk
berkelah. Apakah faktor-faktor yang perlu
diambil kira untuk pergi ke percutian tersebut ?
C&S Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan Beberapa negara menggunakan tol untuk
lebuhraya. Apakah alternatif lain kepada
pengguna untuk menjelaskan bayaran selain
dari tol yang digunakan ?
AGO Tujuan, matlamat dan objektif Apakah objektif saya semasa belajar teknik-
teknik belajar yang betul ?
FIP Memberi keutamaan kepada yang terpenting Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan
dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di
rumah ?
OPV Mendapatkan pandangan orang lain Apakah pendapat anda cara penyelesaian
masalah saya ini berkesan selepas
dilaksanakan ?
APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki
kelemahan saya dalam pelajaran ?

Penggunaan CoRT1 dalam proses P&P.
OPV.
Contoh penggunaan OPV dalam proses P&P.
Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan
Kaedah : Lakonan
Isu : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu dugong itu
tidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencari
makan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Tenang.
Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang - undang negara.
Pelakon : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan, pelancong,
penduduk
kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang lain.

PMI.
Contoh penggunaan PMI dalam proses P&P.
Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains Sosial / SRT
Kaedah : Sumbangsaran
Isu : Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang terkenal dengan sampah-sarapnya. Ramai
penduduk, kakitangan wam dan terutamanya penduduk kawasan setinggan membuang sampah ke dalam
sungai.
Panduan : Murid / pelajar akan membincangkannya dalam kumpulan masing-masing. Mereka mencari ikhtiar
bagaimana
untuk menangani isu ini. Satu kaedah yang ditemui akan disumbangsarankan . Cari perkara baik, buruk dan
menarik daripada kaedah yang dipilih tadi.

CAF
Contoh penggunaan CAF dalam proses P&P.
Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains
Kaedah : Permainan kecil
Isu : Sebuah kemalangan telah berlaku. Saksi tunggal dalam kemalangan itu adalah seorang muda yang cuma
tahu
menggunakan dua perkataan iaitu ya dan tidak . Maklumat lanjut terpaksa dicari sendiri oleh murid /
pelajar lain. Murid / pelajar lain perlulah bertanya dan menyiasat daripada saksi tadi.
Panduan : Seorang murid / pelajar (juga dibantu oleh guru) akan mencatat semua pertanyaan yang diajukan.
Semua soalan berkaitan dengan faktor-faktor kemalangan yang diterbitkan oleh setiap murid / pelajar yang
bertanya tadi adalah faktor-faktor penting dalam mana-mana kemalangan lain di seluruh negara. Soalan -
soalan yang dikumpulkan dan dicatatkan ini akan dibentangkan semula kepada murid / pelajar selepas
permainan ini selesai.

APC.
Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.
Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Kemahiran Hidup
Kaedah : Lakonan
Isu : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu dugong itu
tidak
ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencari makan
sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Tenang.
Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang - undang negara.
Pelakon : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan, pelancong,
penduduk
kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang lain.

FIP.
Contoh penggunaan FIP dalam proses P&P.
Matapelajaran : Ekonomi Rumah Tangga / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
Kaedah : Amali / simulasi
Isu : Sebuah keluarga ingin memasak sejenis makanan yang tidak pernah mereka masak sendiri. Mereka
ingin mencuba memasaknya sendiri. Mereka menggunakan resepi yang ada dalam simpanan mereka sebagai
rujukan bagi menyediakan makanan tersebut.
Bahan : buku masakan / resepi masakan
Panduan : FIP disebatikan dalam pengajaran mengikut kesesuaian kaedah dan kebolehan murid / pelajar -
pelajar.

APC.
Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.
Matapelajaran : Geografi / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Kajian Tempatan
Kaedah : Mencari maklumat / inkuiri penemuan / kemahiran belajar
Isu : Malaysia yang terlalu maju dalam perindustrian tidak mencukupi sumber tenaga. Bagi mendapatkan
sumber
tenaga yang mampu menggerakkan industri dan tanggung jawab sosialnya, kerajaan terpaksa mencari dan
mendapatkan sumber tenaga bagi tujuan tersebut.
Pendekatan : Penggunaan perpustakaan, bahan buku rujukan dan bukan buku, borang Lembaran Pengurusan
Grafik dll.
Kaedah : Murid - murid dan pelajar diberi peluang untuk mencari maklumat dari perpustakaan, menggunakan
kemahiran penggunaan perpustakaan, kemahiran mencari dan mengendali maklumat, kemahiran belajar ;
juga inkuiri penemuan .

C&S.
Contoh penggunaan C&S dalam proses P&P.
Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
Kaedah : Konsentrasi
Bahan : Radio perakam, pita rakaman (muzik lembut, instrumental)
Isu : Suatu kebakaran telah berlaku. Banyak insiden / episod dapat diperhatikan.
Pendekatan : Murid-murid / pelajar akan melalui proses konsentrasi, membuat catatan atau pelbagai
pendekatan lain yang
difikirkan lebih sesuai.

Senerio hari ini.
.perlu segera habis sukatan.
peperiksaan lebih penting.
.. .semua pihak bertanya tentang kejayaan dalam peperiksaan.
....pelajar terpaksa disuapkan ( diberikan ) sebanyak mungkin maklumat.
.pelajar kurang persediaan.
.cukuplah sekadar yang ada.
.terlalu banyak kekangan / masalah.
.......malas nak berfikir bagaimana nak rancang KBKK.
Ke mana tuju hala kita ?
Sebilangan orang belajar seumur hidupnya dan bila mereka meninggal mereka telah belajar semua perkara
kecuali untuk
memikir
- Domerque -
Pemikiran tidak boleh mengganti-kan maklumat (ilmu), dan maklu-mat tidak boleh menggantikan pemikiran.
Kedua - duanya
diperlukan untuk perkembangan intelek.
- Edward de Bono -
Mengapa kemahiran berfikir ?
..mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, .
- Falsafah Pendidikan Negara -
..mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif .
- Objektif KBSM -
..untuk mencapai hasrat Wawasan ..
- Wawasan 2020 -
Prinsip mengajar berintegrasikan KBKK Merentasi Kurikulum.
1. Gunakan pendekatan yang mudah dan menarik
2. Gunakan pelabagai kaedah. Ini termasuk :
- permainan,
- simulasi
- lakonan
- mimik
- monolog
- dialog
- nyanyian.
Apakah strategi dan kesepaduan Penyebatian KBKK dalam P&P ?
1. Pendekatan bersepadu penggunaan *Menu PSS
2. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
3. Aktiviti seronok & menarik
4. Kaedah yang mengembangkan intelek
5. Persediaan murid dan guru
Apakah peranan KBKK dalam P&P ?
1. Mengembangkan isi pelajaran
2. Merangsang aktiviti guru dan murid
Bahan Bantu Mengajar yang baik untuk KBKK.
- mudah dibina, mudah diguna, mudah disimpan, mudah alih.
- maklumatnya jelas
- kesepaduan BBM dan alat KBKK
- menjurus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran
- murah, tahan dan menarik
- selamat BBM, selamat pengguna

Kemahiran berfikir dan perpustakaan.
Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibantu dengan penggunaan perpustakaan untuk:
- menentukan maklumat, skop, jenis dan sumber
- mencari maklumat
- menggunakan maklumat, kemahiran dan teknik belajar, kaedah, teknologi
- mencatat maklumat
- melapor maklumat, berkomunikasi
- menilai stategi, kemahiran, pengalaman dan kepuasan.
Stail mengajar dengan integrasi KBKK.
1. Patut dilakukan :
- Mudah dan seronok
- Jelas dengan apa yang sedang dilakukan
2. Elakkan :
- Kekaburan
- Menggunakan masa latihan yang terlalu panjang
- Kaitan dengan fokus yang sedang dibuat
3. Galakkan :
- Beralih ke Kem. Berfikir yang lain walaupun yang sedang dijalankan itu menarik dan memberangsangkan
- Bebas, fikiran dibuka dan terbuka
4. Disiplin :
- Masa tepat dan cepat
- Fokus tajuk sahaja supaya tidak terbias.
Contoh kaedah permainan (Permainan Berfikir 10 Minit).
Dua orang pemain A dan B.
A : Kucing.
B : Keluarga kucing di dalam hutan.
A : Keluarga kucing di dalam hutan adalah harimau. Harimau semakin pupus. Bagaimana untuk mengekalkan
spesis ini ?
B : Harimau diburu oleh pemburu. Bagaimana kalau memburu harimau diharamkan. Taman Rimba Rimau
diwujudkan.
A : Menariknya, tiada lagi pembunuhan harimau. Buruknya, harimau dari Taman Rimba Rimau mungkin
mengancam manusia
dan ternakan. Menariknya, pastikah semua harimau tidak akan keluar dari Taman Rimba Rimau ?
B : Terdapat harimau dari Taman Rimba Rimau membunuh manusia.
A : Kalau ingin tambahan populasi harimau, kita perlu menternak harimau dan kemudian melepaskannya ke
dalam hutan.
B : Menariknya, kita boleh menternak harimau yang bermutu sahaja. Buruknya, bilangan populasinya membiak
perlahan.
Menariknya, harimau ternakan boleh dilatih supaya menjauhi manusia sebelum dilepaskan semula ke dalam
hutan.
A : Harimau betina boleh ditangkap, diberi suntikan hormon penyubur dan kemudian dilepaskan semula. Ini
menambahkan
pesat populasi pembiakannya.
Dalam sesi 4 jam itu Jais sempat memperkenalkan kesemua 10 alat pemikiran yang
terkandung dalam CoRT, yang diperkenalkan oleh Edward de Bono dan menambah
dua alat pemikiran yang lain, iaitu:
1. PMI Plus, Minus, Interesting: setiap perkara dapat difikirkan dari segi
aspek kekuatan dan positif di samping aspek negatif dan kelemahannya,
begitu juga aspek yang menarik tentangnya.
2. CAF consider all factors: sebelum membuat keputusan atau sebelum
faham akan sesuatu, pertimbangkan semua factor yang berkaitan
dengannya.
3. C&S Consequence and Sequel: sesuatu berlaku dengan ada sebab
dan akibatnya, justeru apabila memikirkannya sebagai fenomena,
hendaklah dicari kemungkinan ini.
4. AGO Aims, Goals, Objectives: perkara yang difikirkan lazimnya ada
matlamat, objektif, maka perkara ini hendaklah dipekai dalam pencarian
proses kognitif.
5. FIP First Important Priorities: Apabila membuat pengasingan atau
pengkelasan, malah pengkategorian, ada satu susunan yang menurut
peraturan, maka dalam proses berfikir, perkara ini hendaklah diamalkan.
6. APC Alternatives, Possibilities, Choices: fenomena di sekeliling
seseorang insan lazimnya wujud dalam banyak kemungkinan, justeru
apabila memikirkannya hendaklah mempertimbangkan alternative,
kemungkinan-kemungkinan dan pilihan yang lumayan.
7. OPV Other Peoples View: ketika sedang berfikir, pendapat orang yang
diperoleh hendaklah dipertimbangkan dan digunakan juga.
8. Rules seseorang yang sedang berfikir hendaklah mengatur fikiran kita
supaya patuh kepada peraturan-peraturan tertentu seperti formula
matematik. Dia hendaklah patuh kepada sikuen dan proses berlakunya
sesuatu dalam peraturan itu.
9. Planning ketika berfikir dengan menggunakan alat perancangan,
seseorang hendaklah melibatkan alat-alat yang lain seperti AGO, C&S,
CAF, dan PMI. Alat-alat ini akan meningkatkan kemahiran pemikir
membuat perancangan
10. Decision apabila berfikir untuk memnbuat kesimpulan atau keputusan,
kesemua alat berfikir yang lain hendaklah digunakan, iaitu:
Ketika membuat keputusan, ambil kira semua fakta (CAF)
Anda hendaklah jelas tentang matlamat dan objektif (AGO)
Mengenal pasti keutamaan (FIP)
Kenal akan kesan dan akibat (C & S)
Ada alternatif (APC)
Menilai semua alternatif yang dipertimbangkan (PMI)
Pandangan orang lain juyga sudah diambil kira (OPV)

You might also like