You are on page 1of 2

Nama: Sharonlly Toumas @ Thomas

No Kad Matrik: 2019627934


Kelas: HBU111-39

Sejarah Kesatria Negara

Bermula pada tahun 1946, semasa era penjajahan British di Malaysia (pada ketika itu di kenali
sebagai Malaya), Kesatuan Sekerja telah mula ditubuhkan oleh golongan yang berjawatan
rendah dan Buruh Kasar. Berasaskan kepada perjuangan Hak dan kebajikan pekerja maka
Kesatuan Sekerja telah pun diaktifkan dengan nama MALAY REGIMENT CIVILLIAN
UNIONatau nama singkatannya MRCU. Kesatuan ini mula berpusat di Port Dickson, Negeri
Sembilan. Dengan berasaskan penubuhan MRCU maka mengikut keperluan dan kehendak
semasa, KESATRIA telah ditubuhkan.

KESATRIA telah didaftarkan dibawah Pendaftar Kesatuan Sekerja pada 12 hb April 1960
dengan bilangan Pendaftarannya No.15. Ketika itu dikenali sebagai FEDERATION ARMED
FORCES CIVILLIAN STAFF UNION (FAFCSU). (KESATUAN PEKERJA AWAM
ANGKATAN TENTERA PERSEKUTUAN) (KPAATP).

Sejarah Kesatria Negara UiTM

Peristiwa dua demonstrasi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi termasuk ITM pada
akhir tahun 1975 dan awal tahun 1976 adalah merupakan titik permulaan penubuhan Unit
Kesatria kerana peristiwa itu, lebih kurang 200 pelajar telah disingkirkan dari ITM.

Pada bulan Jun 1976, wujudlah Unit Kesatria ini dan berikutnya di kampus-kampus
cawangan. Oleh kerana penubuhannya secara tergesa-gesa, maka wujudlah berlaku tanpa
perjawatan. Pengurusan pentadbiran, logistik dan latihan diserahkan kepada warden-warden
secara sambilan, kakitangan pejabat dipinjam dari Bahagian HEP, jurulatih-jurulatihnya
dipinjam dari Bahagian Keselamatan dan juga dewan makan. Pada tahun 1982, barulah
diwujudkan perjawatan Unit Kesatria Shah Alam dan kemudiannya di kampus cawangan.
Fungsi Kesatria Negara

1. Melaksanakan program latihan kokurikulum ke arah pembentukan peribadi pelajar secara


pembangunan yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambahan (value added)
bagi mewujudkan graduan yang bersifat holistik dan menepati ciri-ciri Model Graduan UiTM.
2. Menyelaras dan menyelia kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan.
3. Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan dan menyeluruh serta sempurna bagi
membina jatidiri pelajar.
4. Menyediakan latihan – latihan berdasarkan silibus.

Objektif

1. Memenuhi hasrat Universiti dalam mewujudkan pendidikan yang seimbang dan


menyeluruh supaya menjadi siswazah yang lebih matang.
2. Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aspek teori dan amalan terutamanya
dari segi kepimpinan agar dapat melengkapkan pelajar menjadi pemimpin serba boleh
dan berwawasan. Menggalakan pelajar agar sentiasa memiliki nilai-nilai murni seperti
berdisiplin, dedikasi, berdikari, bermoral, bersyukur, bertanggungjawab bagi
membentuk generasi masyarakat yang teguh dan bersatupadu.
3. Menerapkan nilai-nilai kerohanian, patriotik dan keusahawan agar pelajar mampu
menjadi pemangkin kepada kemajuan Negara.
4. Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan
masa lapang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan masyarakat.

You might also like