You are on page 1of 35

Bab I

Pengenalan

1.0 Pengenalan Sistem keselamatan bangunan merupakan satu aspek yang terkandung dalam perkhidmatan bangunan. Ianya boleh terdiri dengan pelbagai bentuk antaranya sistem penggera, sistem CCTV, Pengawal keselamatan dan lain-lain lagi. Kesemua sistem ini haruslah mengikut piawaian yang telah ditetapkan melalui satu peraturan iaitu undangundang kecil bangunan seragam 1984. Piawaian ini adalah penting bagi memastikan sesebuah bangunan itu selamat untuk dihuni atau diduduki. Melindungi keselamatan bangunan secara umum boleh didefinisikan sebagai perlindungan bangunan berserta isinya iaitu harta benda dan hidupan daripada kehilangan, kerosakan dan kemusnahan. Bidang keselamatan bangunan mempunyai skop yang luas. Walaupun luas ia adalah berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penghuni rumah atau kediaman. Bidang-bidang keselamatan ini boleh di kategorikan menurut ancaman yang diterima. Antara jenis-jenis ancaman adalah seperti rompak dan curi, kebakaran, vandalisme, penahan petir dan bencana alam. Keselamatan dari ancaman rompak dan curi dipilih sebagai tajuk kerana bukanlah semata-mata kerana kekerapan berlakunya kejadian rompak atau curi. Sebab yang lebih penting adalah kerana akibat daripada kejadian curi tersebut. Kerana seperti yang kita

http://tangkapgambar.blogspot.com/

sedia maklum akibat daripada kegiatan curi ini mengakibatkan kehilangan dan kerugian harta benda kepada mangsa. 1.1 Latar Belakang Kajian

Di Malaysia kegiatan rompak dan curi merupakan bentuk ancaman yang ketara. Dari hari ke hari banyak berita yang melibatkan kejadian curi dan rompak. Kejadian rompak dan curi ini juga telah merebak masuk ke dalam Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berdasarkan maklumat yang didapati dari Bahagian Keselamatan UTM, didapati pada tahun 2006 sahaja didapati sebanyak 133 kes dilaporkan berlakunya kecurian pada tahun 2007 pula, sehingga kini terdapat 48 kes yang dilaporkan. Angka-angka ini menunjukkan bahawa kejadian curi di UTM ini merupakan satu masalah yang serius. Ini kerana, sebagai salah satu tempat yang ulung untuk menuntut ilmu, kejadian rompak atau curi ini sepatutnya tidak boleh berlaku. Mengikut laporan itu juga, antara benda atau barang yang menjadi sasaran pencuri adalah seperti komputer riba, set komputer, hawa dingin, over head projector, kipas angin, External Hardisk, kamera video dan kamera digital. Manakala kenderaan yang dilaporkan kehilangan atau dicuri adalah motosikal dan kereta. Oleh itu, satu kajian mengenai, permasalahan in perlu dikaji bagi memastikan punca sebenar atau sebab mengapa berlakunya kejadian kecurian yang berleluasa di UTM.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

1.2

Penyataan masalah Sistem keselamatan bangunan merupakan aspek yang penting bagi menjaga keselamatan penduduk atau barangan yang terdapat dalam bangunan tersebut. Pihak yang dipertanggungjawabkan perlu menyelia keadaan kawasan tersebut dan menyediakan sistem keselamatan yang bersesuaian dan efektif agar bangunan berada dalam keadaan baik dan teratur dan selamat. Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji sistem keselamatan yang dipraktikkan oleh Unit Keselamatan UTM dalam mengawal kecurian dan cadangan memasang sistem kamera litar tertutup di Teknologi Malaysia. bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti

1.3

Objektif kajian Untuk mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan perlindungan keselamatan bangunan dari ancaman rompak dan curi serta cadangan memasang sistem kamera litar tertutup. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk : 1. Sistem keselamatan yang digunakan oleh Unit keselamatan UTM untuk mencegah kecurian di Universiti Teknologi Malaysia. 2. Kes kes kecurian yang berlaku di Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia. 3. Cadangan memasang sistem kamera litar tertutup di Fakulti Kejuruteraan Elektrik,Universiti Teknologi Malaysia. bangunan Fakulti Kejuruteraan

1.4

Persoalan kajian Soalan kajian bagi kajian ini ialah : 1. Apakah sistem keselamatan yang digunakan oleh Unit keselamatan UTM untuk mencegah kecurian di Universiti Teknologi Malaysia? 2. Apakah kes-kes kecurian yang berlaku di bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia? 3. Apakah Kebaikan menggunakan sistem kamera tertutup di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia?

http://tangkapgambar.blogspot.com/

1.5

Kepentingan kajian 1. Pelajar pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (Pengajian Kejuruteraan Awam dan pendidikan tahun 3 ) Universiti Teknologi Malaysia i. ii. Memberikan Kesedaran kepada pelajar akan kepentingan sistem keselamatan bangunan dalam mengurangkan kecurian. Memberikan informasi tentang sistem keselamatan bangunan yang terdapat di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia.

2.

Unit Keselamatan UTM i. ii Membantu Unit Keselamatan UTM untuk mengkaji kaedah yang baru bagi menangani masalah kecurian. Membantu Unit Keselamatan UTM mengetahui kekurangan yang ada dalam sistem keselamatan mereka dan seterusnya meningkatkan lagi sistem keselamatan mereka. 3. Fakulti Kejuruteraan Elektrik i. Membantu Fakulti Kejuruteraan Elektrik mengetahui kekurangan yang ada dalam sistem keselamatan mereka dan seterusnya meningkatkan lagi sistem keselamatan mereka. ii. Membantu Fakulti kejuruteraan Elektrik dalam mengkaji kaedah yang baru bagi menangani masalah kecurian.

1.6

Skop dan batasan kajian Kajian ini dibuat di bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Unit Keselamatan , Universiti Teknologi Malaysia.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

1.7

Metodologi Kajian ini dilaksanakan dengan cara-cara yang berikut supaya objektif kajian kes ini dapat dicapai :i. ii. iii. Mengumpul dan menganalisis hasil-hasil kajian dari buku. Membuat rujukan pada lawan web tentang kajian yang dibuat. Wawancara ahli-ahli Unit keselamatan UTM

1.8 1.7.1

Definisi dan istilah Sistem keselamatan bangunan Sistem yang digunakan untuk melindungi bangunan berserta isinya iaitu seperti harta benda dan hidupan atau penghuni daripada kehilangan, kerosakan dan kemusnahan.

1.7.2

Curi Curi didefinisikan sebagai perbuatan mengambil sebarang harta yang boleh dipindahkan atau menggerakkannya supaya dapat diambil daripada orang lain tanpa persetujuannya dan berserta dengan niat jahat.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Bab II

Unit Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia

2.0

Pengenalan Unit keselamatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), merupakan satu unit

yang ditubuhkan untuk menjaga dan memberikan perkhidmatan dari segi kawalan tentang perkara yang berkaitan dengan keselamatan Universiti Teknologi Malaysia. Bidang kawalan Unit keselamatan UTM ini adalah meliputi bukan sahaja berkaitan keselamatan universiti tetapi juga melibatkan etika dan disiplin para penuntut universiti. Disebabkan kawasan keselamatan ini besar maka kami telah memfokuskan kajian kami ke Fakulti kejuruteraan Elektrik. Hal ini disebabkan kejadian kecurian yang kerap terjadi di bangunan fakulti tersebut. 2.1 Organisasi Unit Keselamatan UTM Unit keselamatan UTM secara umumnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Unit Trafik dan Lalu Lintas dan satu lagi adalah Unit Tugas Khas dan Soal Siasat. Secara. Kedua-dua unit ini mempunyai tugas dan peranan yang berbeza. Unit Trafik dan Lalu lintas bertanggungjawab terhadap lalu lintas atau penguat kuasa bagi jalan raya yang terdapat di UTM. Contoh tugas yang dibuat oleh Unit Trafik dan Lalu Lintas adalah seperti memastikan pelajar mengikut peraturan jalan raya yang terdapat di UTM, memastikan trafik di UTM berjalan lancar terutamanya semasa Hari

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Konvokesyen UTM atau pendaftaran pelajar baru di UTM dan mengawal kenderaan yang keluar masuk dalam UTM. Manakala Unit Tugas Khas dan Soal Siasat pula, lebih kepada bahagian kecurian . disebabkan kajian ini hanya tertumpu pada kejadian kecurian maka fokusnya hanya tertumpu kepada Unit Tugas Khas dan Soal Siasat.

Ketua Unit Keselamatan UTM

Unit Trafik dan Lalu Lintas

Unit Tugas Khas dan Soal Siasat

Organisasi Unit Keselamatan UTM 2.2 2.2.1 Unit Tugas Khas dan Soal Siasat Pengenalan Unit Tugas Khas dan Soal Siasat merupakan salah satu unit yang terdapat di dalam Unit keselamatan UTM. Unit ini merupakan satu unit yang penting kerana apabila berlakunya kes-kes kecurian maka unit ini akan bertindak dalam mendapatkan maklumat tentang kes tersebut sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

2.2.2

Organisasi Unit Tugas Khas dan Soal Siasat Organisasi Unit Tugas Khas dan Soal Siasat adalah sangat ringkas di mana ianya

diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil ketua pengawal dan diikuti oleh ahli-ahli Unit Tugas Khas dan Soal Siasat. Berikut merupakan carta organisasi Unit Tugas Khas dan Soal Siasat :-

Ketua Pengawal En Zainalabidin bin Hassan

Ahli-ahli Unit Tugas Khas dan Soal Siasat En Zainal bin Nadzri En Norsaharie bin sahadi En Shahwalludin bin Ghazali En Mohd Isa bin Mohamad En Musa bin urif En Rashid bin Musa

Organisasi Unit Tugas Khas dan Soal Siasat

http://tangkapgambar.blogspot.com/

2.2.3

Tugas dan tanggungjawab Unit Tugas Khas dan Soal Siasat Antara tugas dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Unit Tugas Khas dan Soal

Siasat adalah :i. ii. iii. Mengadakan rondaan keselamatan bagi setiap bahagian yang meliputi hak milik atau harta Universiti Teknologi Malaysia. Mengambil atau mencatat aduan tentang sebarang kejadian kecurian atau rompakan yang berlaku di Universiti Teknologi Malaysia. Melaporkan kes kejadian kecurian yang besar serta melibatkan jumlah kehilangan yang besar di Universiti Teknologi Malaysia kepada pihak polis. iv. Mengadakan soalan siasat terhadap orang yang disyaki atau terlibat dengan kes kecurian atau rompak yang berlaku di dalam Universiti Teknologi Malaysia. 2.2.4 Sistem Rondaan Pengawal Guard Tour System (GTS) Bagi mencegah kejadian kecurian atau mengawal keselamatan bangunan di Universiti Teknologi Malaysia, Unit Tugas Khas dan Soal Siasat telah melaksanakan satu sistem rondaan . Sistem rondaan yang digunakan oleh Unit Tugas Khas dan Soal Siasat di kenali sebagai Guard Tour System (GTS). Terlebih Unit Tugas Khas dan Soal Siasat membahagikan UTM kepada beberapa bahagian. Selepas kawasan UTM di bahagikan maka barulah kerja rondaan dilakukan. Pembahagian kawasan ini bertujuan untuk memudahkan para pengawal mengadakan rondaan keselamatan kepada bahagian yang telah ditentukan. Bahagian-bahagian ini dikenali dengan nama kod yang telah ditetapkan. Berikut kod-kod nama bagi kawasan UTM yang telah dibahagikan :i. ii. iii. Alpha Bravo Charlie

http://tangkapgambar.blogspot.com/

iv. v. vi. vii.

Delta Space VIP Rumah naib canselor

Bahagian Alpha, Bravo, Charlie dan Delta adalah terdiri daripada semua kolej dan bangunan fakulti yang terdapat dalam kawasan UTM. Space pula adalah di luar kawasan yang UTM yang terletak di Taman Universiti. VIP pula adalah kawasan biro inovasi pusat dan akhir sekali adalah rumah naib canselor iaitu di sekitar rumah naib canselor. Bagi memastikan para pengawal yang ditugaskan menjalankan tugas rondaan mereka satu alat yang dikenali sebagai props digunakan. Pada permulaan setiap ahli pengawal yang ditugaskan untuk membuat rondaan akan diberi alat props ini. Terlebih dahulu pada alat props tersebut sudah diisi data mengenai pengawal tersebut. Apabila pengawal membuat rondaan di kawasan yang telah ditentukan, mereka hendaklah menyentuh props tersebut pada tempat yang telah ditetapkan. Selepas alat props ini disentuhkan maka satu data akan keluar pada skrin komputer di unit keselamatan UTM yang menunjukkan bahawa pengawal tersebut sudah meronda di kawasan tersebut berserta masa.

Props

http://tangkapgambar.blogspot.com/

2.3

Sistem keselamatan yang terdapat di Bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Secara keseluruhannya, di bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik tidak terdapat

satu sistem keselamatan yang boleh mencegah kejadian kecurian daripada berlaku. Hal ini dapat dilihat tiadanya kamera litar tertutup yang terdapat di bangunan fakulti tersebut. Satu-satunya ciri keselamatan yang ada hanyalah dengan rondaan pengawal iaitu dengan Guard Tour System (GTS) oleh Unit Tugas Khas dan Soal Siasat di bawah Unit Keselamatan UTM. Ini menunjukkan dengan rondaan pengawal sahaja tidak mencukupi untuk mencegah kejadian kecurian daripada berlaku. Di sini perlulah ada satu sistem keselamatan bangunan yang dapat membantu pengawalan keselamatan dan kecurian di bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Rajah 1

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 2

Rajah 3

Rajah 4 Rajah 1,2,3 dan 4 menunjukkan tiadanya sistem kamera litar tertutup yang dapat membantu tugas Unit keselamatan UTM dalam mencegah kejadian kecurian berlaku di bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik. http://tangkapgambar.blogspot.com/

2.4

Kes-kes Kehilangan harta benda di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Menurut sumber yang didapati daripada Unit Keselamatan UTM Fakulti

Kejuruteraan Elektrik mencatatkan kes kecurian yang tertinggi sepanjang tahun 2006. Jenis barang LCD CPU( komputer) Monitor Flat Screen Kompresor Penghawa Dingin Jumlah Bilangan kecurian 1 1 4 2 4 12

Kes-kes kecurian di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Jadual menunjukkan kes-kes kecurian yang berlaku di Bangunan Fakulti

Kejuruteraan elektrik yang dilaporkan pada tahun 2006. melalui jadual di atas kebanyakkan barang yang dilaporkan hilang adalah barang-barang yang berkaitan dengan komputer dan penghawa dingin. Jadual di bawah menunjukkan kes-kes kecurian yang berlaku mengikut Fakulti. Fakulti Kejuruteraan Elektrik merupakan fakulti yang banyak berlakunya kes-kes kecurian berbanding dengan fakulti lain.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Jadual kehilangan harta benda mengikut fakulti pada tahun 2006

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Bab III

Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV)

3.1 3.1.1

Penggunaan sistem litar tertutup(CCTV) Pengenalan Penggunaan sistem kamera litar tertutup di kawasan awam seperti tempat letak

kereta, kawasan perumahan dan pusat bandar dapat memberi pengawasan yang lebih selamat dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah.

3.1.2

Bagaimana sistem kamera litar tertutup digunakan

1. Mengawal kawasan awam dapat mengenalpasti insiden dan menghubungkan dengan tindakan pihak berkuasa seperti polis ataupun pengawal. CCTV http://tangkapgambar.blogspot.com/

2. Merakam kejadian boleh dijadikan bukti dan memberi maklumat penyiasatan. Sebagai contoh, pengawal yang bertugas dapat menjalankan tugasnya dengan lebih efisien sekiranya dihubungkan dengan CCTV menggunakan operator pengawal yang menjaga sistem keseluruhan kawalan CCTV.

3. Pengawasan terus Dapat mengenalpasti suspek berdasarkan sistem kamera 24jam.

4. Pencegahan kegiatan jenayah sesuatu kawasan tersebut dapat dihubungkan terus dengan sistem kamera litar tertutup. 3.2 3.2.1 Jenis-jenis sistem kamera litar tertutup Monochrome Cameras

3.2.1.1 Jenis LTC 0330/xI Series LTC 0330 series adalah padat dan mempunyai imej berformat 1/3 inci monochrome CCD kamera. Mempunyai daya kesensitifan yang tinggi serta mempunyai kefungsian yang tinggi yang sesuai dalam keadaan persekitaran. Menggunakan voltan ac/dc yang rendah. Kamera ini telah disetkan dengan kontras gambar secara automatik. Kamera ini sesuai digunakan di kawasan yang terang seperti laluan pintu, stor barang, tingkap dan mesin ATM (automatic teller machines).

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 3a: kamera monochrome

3.2.1.2 Jenis LTC 0350/xI Series Spesifikasi Format paparan 1/3 inci Kepekaan tinggi Resolusi tinggi Kawalan video dan cakera digital Kekunci dengan kawalan luaran Model untuk punca tenaga AC/DC bervoltan rendah

3.2.1.3 Jenis-jenis lain: 1. 2. LTC 0351/xI Series LTC 0352/xI Series

3.2.2

Digital Monochrome Cameras

3.2.2.1 LTC 0500 Series LTC 0500 series merupakan digital CCD Monochrome Kamera yang berkuasa tinggi. Rekabentuknya direka khas untuk keadaan yang mempunyai cahaya yang kurang. Daya sensitiviti dan kedinamikannya yang tinggi membolehkan ia digunakan dalam http://tangkapgambar.blogspot.com/

pelbagai keadaan dan kadar pemasangannya yang tidak rumit. Satu punat informasi terdapat pada paparan monitor dengan tujuan kawalan apabila diperlukan. Pemasangannya agak rumit kerana kamera disambungkan dengan komputer dan dihubungkan dengan sistem kawalan jauh. Kawalannya disimpan dalam kamera melalui sistem memori non-volatile. Sehingga tiga konfigurasi boleh disimpan dan boleh dilihat semula oleh operator dengan menggunakan kefungsian suis automatik. Sistem ini boleh dikawal dari bilik kawalan. Untuk membolehkan sistem kamera ini berfungsi pada kadar optimum, sistem kamera ini dilengkapkan dengan ciri-ciri khas seperti paparan yang ditayangkan pada kamera selaras dinamik dengan hubungan objek yang diambil. Monitor kamera ini adalah tajam. Jika imejnya kabur, kamera akan memfokuskan objek secara automatik. Kontras gambar akan dikawal secara automatik jika kamera tersebut dihalang oleh asap ataupun debu. Kamera ini boleh diprogramkan dengan tiga jenis kawalan berlainan (berdasarkan perisian yang dibekalkan). Sebagai contoh perisian RS232 input pada kamera. Perisian ini diprogramkan dari kamera terus kepada komputer dan dikawal melalui alat kawalan jauh.

Rajah 3b: kamera digital monochrome

3.2.3

Kamera CCD, Berwarna.

3.2.3.1 Kamera berwarna digital LTC 0430/xI Series http://tangkapgambar.blogspot.com/

LTC 0430 series adalah kompak dan berimej 1/3 inci imej format digital berwarna CCD kamera. Mempunyai daya sensitiviti yang tinggi serta daya kuasa tinggi dalam pelbagai keadaan persekitaran. Didatangkan dengan dua versi iaitu PAL dan NTSC yang ada untuk kawalan voltan masukkan ac/dc. Paparan yang bagus dihasilkan dan dibantu dengan kawalan white balance dan back-light. Dengan kefungsian khas ini, imej yang dihasilkan seperti dalam keadaan sebenar, sama ada aplikasi dalam bangunan ataupun luar bangunan. Berdasarkan kualiti warna yang dihasilkan, ia sesuai dipilih untuk tujuan profesional, komersial dan perindustrian dalam sistem kawalan litar tertutup.

Rajah 3c: Kamera CCD berwarna

3.2.3.2 Jenis-jenis kamera LTC 0450/xI Series LTC 0600 Series

http://tangkapgambar.blogspot.com/

3.2.4

Jenis Dome

Rajah 3d: ukuran kamera

Semua versi kamera jenis ini, litarnya dilitarkan pada atas rumah. Ini dapat mengemaskan lagi pemasangan kamera jenis ini. UnityDomes didatangkan dalam tiga jenis iaitu ruang dalaman, permukaan siling dan ruang dalaman pendant. Terdapat versi monochrome& warna, warna biasa& resolusi tinggi serta untuk tujuan dalaman ataupun luaran. Kamera ini dilitupi dengan lens supaya dapat mengurangkan silauan cahaya serta membolehkan kamera beroperasi pada kadar optima. Kotak kamera ini dibuat daripada aluminium dan kabel yang selamat. Untuk versi luaran, lensanya dilitupi dengan penghalang cahaya, kepanasan dan keretakan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 3e: ukuran kamera jenis dome

3.2.4.1 Kamera Monochrome dan

Rajah 3f: ukuran kamera jenis dome

Dome kekal jenis warna

Rajah 3g: jenis dome berwarna

http://tangkapgambar.blogspot.com/

3.2.4.2 LTC 1251 Series Color

Rajah 3h: ukuran

VariDomes

Rajah 3i: kamera jenis dome

3.2.4.3 Corner Dome

Rajah 3j: jenis kamera di penjuru

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 3k: jarak penglihatan kamera jenis dome

3.2.5

Jaringan Kamera Digital

3.2.5.1 NetCam-4 Series Jaringan kamera yang mempunyai resolusi kamera warna tinggi, pemampatan video, perakam 6GB video digital, pengawalan gerakan video dan network server. NetCAm-DVR dirakam dalam keadaan local dan boleh dilihat semula imej rakaman melalui jaringan internet. Imej yang dihasilkan memberikan informasi yang realiti. Jaringan yang digunakan ialah 10baseT Ethernet dan disokong oleh TCP/IP protocol

http://tangkapgambar.blogspot.com/

komunikasi pada jaringan persendiria, Intranets dan Internet. DVR

ini mempunyai

system pencarian tarikh serta masa dan fungsi kekunci masa pemain rakaman.

Rajah 3l: kamera jaringan digital

http://tangkapgambar.blogspot.com/

3.2.6

Sistem keselamatan video dalam kenderaan ( VSS- 512) VSS-512 merupakan sistem keselamatan video dalam kenderaan yang kompak,

dengan tujuan keselamatan bagi pemandu dan keselamatan kenderaan. Sesuai digunakan bagi kenderaan seperti teksi, kenderaan polis, dan jenis-jenis pengangkutan yang lain. Sistem ini mampu mengawal aktiviti penumpang dan pencegahan daripada vandalisme serta menjamin keselamatan pemandu kenderaan tersebut. Sistem VSS-512 mengandungi unit kamera siang atau malam, alat perakam dan sistem kawalan pusat rakaman. Visual kameranya hitam putih yang membolehkan kamera tersebut berfungsi efektif pada waktu siang mahupun pada waktu malam. Alat perakam disimpan dan disorok di dalam peti, dengan tujuan untuk mengurangkan risiko daripada dikesan ataupun dirosakkan. Alat perakam juga diletakkan di dalam peti yang boleh dialihkan, dengan tujuan dapat memudahkan ia dipindahkan dari kenderaan kepada unit pemain rakaman. (Jika berlaku kemalangan ataupun bekalan tenaga mengalami masalah)Rakaman juga dapat disimpan selama dua jam kerana ia telah dibina bersama built-in backup power.

Rajah 3m: contoh perakam 3.3 3.3.1 Lensa Pengenalan Kamera litar tertutup tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi, tetapi memerlukan lensa yang berkualiti tinggi serta bersesuaian.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

3.3.2

Ciri- ciri lensa yang digunakan:

1. Kualiti optic yang tinggi 2. lensa yang boleh dicantumkan 3. lensa manual 4. lensa DC 5. lensa video 6. mekanisma lensa automatic yang tahan lasak 7. Format 1/3 dan

Rajah 3m: contoh lensa

3.3.3

Bagaimana memilih lensa yang betul?

1. mengukur kadar maksimum kelebaran W pada pandangan. 2. kenalpasti dan mengukur jarak D di antara kamera dan objek yang dilihat. 3. gunakan jenis kamera yang sesuai seperti ataupun 1/3.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 3m: jarak lensa 3.4 Operasi Sistem Kamera Litar Tertutup Kamera video akan merakam imej yang dilihat dan akan terus menghantar isyarat video ataupun input kepada unit pemprosesan maklumat (processor). Unit pemprosesan maklumat akan memproses maklumat yang diterima daripada isyarat video dan akan menghantarnya kepada perakam (recorder). Fungsi perakam ini adalah bertujuan untuk menyimpan data dan menukarkan isyarat video yang dihantar oleh unit pemprosesan maklumat. Isyarat video yang diterima dari unit pemprosesan maklumat (processor) akan ditukar kepada isyarat audio dan dihantar kepada mikrofon dan skrin paparan. Untuk skrin paparan, ia menerima dua isyarat iaitu isyarat video dan isyarat audio. Perakam juga menghantar isyarat video kepada cerakin (analyzer).

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Rajah 3n: diagram pemprosesan

3.5 3.5.1

Faktor pemilihan Pengenalan Terdapat pelbagai faktor yang boleh dipertimbangkan mengapa sistem CCTV

harus digunakan di bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Faktor kewangan, faktor kekangan tenaga, faktor keberkesanan dan faktor kecanggihan sistem maklumat merupakan salah satu aspek yang perlu diambil kira mengapa sistem CCTV harus dipasang di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia. http://tangkapgambar.blogspot.com/

3.5.1.1 Faktor Kos Kos pemasangan sistem litar tertutup adalah berpatutan dan tidak terlalu mahal. Sebagai contoh, harga untuk pemasangan empat kamera CCTV tidak melebihi empat ribu ringgit( bergantung pada jenis). Kos pemasangan kos operasi pada permulaan projek adalah agak membebankan Unit keselamatan, namun keberkesanan sistem ini harus diambil kira. Sebagai contoh, sistem ini mampu mengawal sesuatu kawasan 24jam sehari dan mampu menambahkan kecekapan sistem keselamatan Unit Keselamatan UTM. Selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dan moden. Unit keselamatan tidak harus bergantung 100% kepada kaedah konservatif dalam menjalankan tugas. 3.5.1.2 Faktor undang-undang Sebagai langkah keselamatan, penggunaan CCTV pada sesuatu bangunan adalah tidak melanggar undang-undang. Walau bagaimanapun, penggunaan CCTV adalah terhad kepada kawasan awam. Penggunaan CCTV dalam kawasan peribadi seperti bilik pensyarah, tandas dan bilik kuliah adalah tidak dibenarkan kerana mengganggu hak peribadi individu. 3.5.1.3 Faktor Teknologi Teknologi sistem litar tertutup adalah canggih dan terkini. Hasil video dan kejituan gambar imej boleh dilihat dengan jelas. Sebagai contoh dahulunya sistem litar tertutup dalah hitam putih, namun kini boleh diperolehi dalam keadaan paparan imej berwarna.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

3.5.1.4 Faktor liputan dan aras kawalan Kekangan tenaga manusia dapat diatasi dengan penggunaan sistem kamera litar tertutup. Hal ini kerana, CCTV dapat menolong Unit Keselamatan untuk menjalankan tugas dengan lebih efektif dengan ruang liputan dan aras kawalan yang lebih besar. Sebagai contoh, Unit Keselamatan tidak perlu menaiki tangga untuk memeriksa setiap tingkat bangunan, kerana sistem CCTV dapat membantu Unit Keselamatan memantau keadaan pada setiap tingkat bangunan tersebut. 3.5.1.5 Faktor pengurusan dan sistem operasi Sistem operasi CCTV tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Selain itu, pengurusan operasi CCTV adalah tidak begitu rumit. Hal ini kerana, Unit Keselamatan boleh menubuhkan Unit CCTV bagi memantau sistem operasi dan mengawal CCTV dari dalam bilik kawalan sahaja dengan wujudnya unit CCTV, kecekapan Uit Keselamatan UTM dapat dipertingkatkan lagi dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kecurian dan kadar jenayah lain di Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

3.6

Perbandingan sistem operasi kawalan litar tertutup dengan operasi tenaga

manusia Unit Keselamatan UTM Sistem operasi CCTV Pemantauan dapat dilakukan 24jam. Kos pemasangan yang tinggi. Memerlukan penyelenggaraan jika berlaku kerosakan. Hanya memantau sesuatu kawasan. Memerlukan mempunyai tenaga yang mahir Tenaga manusia Unit Keselamatan UTM Kekangan tenaga manusia. Tidak memerlukan kos pemasangan. Kos penyelenggaraan bertumpu pada pengangkutan yang digunakan. Boleh memantau sesuatu kawasan dan mengambil tindakan jika berlaku sesuatu. dan Perlu memiliki kelayakan tertentu untuk untuk menganggotai pegawai keselamatan. pegawai Mengambil masa yang lama jika ingin memantau keseluruhan kawasan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Liputan dan aras kawalan tidak terhad. Lebih efektif dari segi tindakan. Tidak begitu efektif dari segi pemantauan.

pengalaman

mengendalikan sistem CCTV. Jimatkan masa pemantauan keselamatan. Liputan dan aras kawalan terhad. Tidak efektif dari segi tindakan. Lebih efektif dari segi pemantauan.

Bab IV

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Kesimpulan daripada dapatan kajian

4.0

Kesimpulan dan cadangan Berdasarkan kajian kes yang dilakukan, kecuaian dari pihak pentadbiran

juga menyebabkan kes kecurian meningkat di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Sebagai contoh, pintu bilik kuliah tidak dikunci setelah digunakan. Ini membolehkan pihak yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan dengan mencuri LCD projektor ataupun komputer dari bilik kuliah. Kekangan tenaga manusia juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya kes kecurian di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Adalah mustahil untuk pegawai keselamatan yang bertugas untuk melakukan rondaan pada setiap jam di seluruh kawasan UTM. Selaras dengan kemajuan komunikasi dan teknologi, pihak Unit

Keselamatan UTM harus mewujudkan Unit CCTV bagi mengawal keseluruhan UTM dengan pemantauan menggunakan CCTV. Ini sekali gus, dapat menambahkan kecekapan Unit Keselamatan dalam menjalankan tugas. Hal ini kerana, Unit CCTV dapat memantau keadaan selama 24jam. Jika berlaku kes jenayah, Unit CCTV dapat menghubungi pegawai keselamatan yang sedang bertugas untuk membuat tindakan di kawasan tersebut. Pemantauan dengan menggunakan CCTV diyakini dapat mengurangkan kadar kes jenayah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Selain itu, pemasangan CCTV ini haruslah menyeluruh di seluruh kawasan UTM dan dihubungkan pada Unit Kawalan CCTV. Untuk memastikan sesuatu kes dapat diselesaikan dengan mudah, pihak Unit Keselamatan haruslah menggunakan sistem CCTV yang bermutu tinggi dari segi paparan imej dan bukannya jenis hitam putih. Dari segi kos, tidak dinafikan bahawa pemasangan CCTV yang berwarna dan bermutu tinggi adalah mahal. Tetapi jika dilihat dari aspek yang lain, penggunaan sistem CCTV ini adalah untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Maka, tidak rugi jika menggunakan sistem CCTV yang bermutu dan berwarna, http://tangkapgambar.blogspot.com/

demi keselamatan warga UTM dan harta benda. Selain itu, penggunaan CCTV yang bermutu tinggi dapat membantu pihak keselamatan untuk menangkap suspek kerana dapat mengenal pasti wajah dan ciri-ciri suspek dengan lebih jelas. Sikap peka sesama warga UTM juga harus dipupuk. Sebagai contoh, pihak keselamatan UTM boleh mempraktikkan kaedah RAKANCOP seperti yang dilakukan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia. Mustahil bagi pihak Unit Keselamatan untuk menjalankan tugas dengan lebih efisien tanpa bantuan dan sokongan dari warga UTM. Mata-mata ini dapat menyampaikan maklumat kepada pihak keselamatan secara terus. Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Prestasi dan kecekapan Unit Keselamatan UTM pastinya meningkat jika kekuatan yang sedia ada kini ditambah dengan penggunaan teknologi canggih seperti sistem CCTV. Gabungan tenaga manusia dan teknologi pastinya mampu menambahkan kecekapan sesuatu produk. Kelemahan tenaga manusia seperti tidak mampu membuat pemantauan selama 24jam setiap hari, pastinya dapat diatasi dengan menggunakan sistem CCTV dengan lebih menyeluruh. Sekali gus dapat mengurangkan kadar jenayah yang menghantui warga UTM seperti kehilangan harta benda di dalam bilik, kes kecurian motosikal, kes kecurian kereta dan vandalisme yang semakin berleluasa. Sudah tiba masanya, Unit Keselamatan mempraktikkan penggunaan teknologi yang canggih di samping dengan bantuan serta sokongan dari seluruh warga UTM untuk membanteras kegiatan jenayah yang semakin berleluasa.

Rujukan 1. ________. 7 Ogos 2006. PJ to have more CCTV cameras. New Straits Times. Malaysia. http://tangkapgambar.blogspot.com/

2. ________. 2005. Use of Closed Circuit Television Cameras on UNLs Lincoln Campus; For the purposes of Safety, Security, Facilities Management University. University of Nebraska, Lincoln. 3. Carnegie Community. July 1999. Closed Circuit Television Surveillance of Public Space in Vancouver. Vancouver. 4. Gill, M& Spriggs. 2005. A 2005 Assessing the Impact of CCTV. Home Office Research Study 292. London, Home Office. 5. www.bockoptronics.ca 6. www.telegraph.co.uk 7. www.philipscsi.com 8. www.bsi-global.com/Security/Electronic/ BS 7958: 1999. xalter 9. www.aic.gov.au/publications/tandi2

http://tangkapgambar.blogspot.com/

LAMPIRAN

http://tangkapgambar.blogspot.com/

You might also like