You are on page 1of 5

ANCAMAN PENCEROBOHAN DALAM

PERSEKITARAN ICT
October 29, 2015 Nury MY Keselamatan ICT

Kepesatan Kemajuan ICT yang sangat drastik dewasa ini memberi cabaran yang besar
kepada industri Keselamatan ICT dunia. Hampir kesemua bidang seperti ekonomi ,
politik , pendidikan , sosial , pertahanan , perubatan serta sains dan teknologi
bergantung kepada perkembangan dan kemajuan ICT dunia. Sejajar dengan
permintaan yang tinggi dan kemajuan tersebut , ancaman pencerobohan dalam
persekitaran ICT turut sama meningkat menjadikan bidang keselamatan ICT sebagai
satu keperluan dasar dalam semua pesekitaran ICT.

Mengikut takrifan yang didefinisikan oleh Government Computer Emergency Response


Team (GCERT) Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama, Infrastruktur dan
Keselamatan ICT (MAMPU) , terdapat beberapa jenis ancaman pencerobohan seperti
berikut:-

Pelanggaran Dasar (Violation of Policy)

Penggunaan aset ICT bagi tujuan kebocoran maklumat dan/atau mencapai maklumat
yang melanggar Dasar Keselamatan ICT

Penghalangan Penyampaian Perkhidmatan (Denial of Services)


Ancaman ke atas keselamatan sistem komputer di mana perkhidmatan pemprosesan
maklumat sengaja dinafikan terhadap pengguna sistem. Ia melibatkan sebarang
tindakan yang menghalang sistem daripada berfungsi secara normal. Termasuk Denial
of Services (DoS), Distributed Denial of Service (DDoS) dan sabotage.
Pencerobohan (Intrusion)

Menggu na dan mengubahsuai ciri-ciri perkakasan, perisian


atau mana-mana komponen sesebuah sistem tanpa pengetahuan, arahan atau
persetujuan mana-mana pihak. Ia termasuk capaian tanpa kebenaran, pencerobohan
laman web, melakukan kerosakan kepada sistem (system tampering), pindaan data
(modification of data) dan pindaan kepada konfigurasi sistem.

Pemalsuan (Forgery)
Pemalsuan dan penyamaran identiti yang banyak dilakukan dalam penghantaran mesej
melalui emel termasuk penyalahgunaan dan pencurian identiti, pencurian maklumat
(information theft/ espionage) dan penipuan (hoaxes).

Spam
Spam adalah emel yang dihantar ke akaun emel orang laiin yang tidak dikenali
penghantar dalam satu masa dan secara berulang-kali (kandungan emel yang sama).
Ini menyebabkan kesesakan rangkaian dan tindak balas menjadi perlahan.

Maliciou s Code

Perkakasan atau perisian yang dimasukkan ke dalam sistem tanpa kebenaran bagi
tujuan pencerobohan. ia malibatkan serangan virus, trojan horse, worm, spyware dan
sebagainya.
Harrasment/ Threats

Gangguan dan ancaman melalui pelbagai cara iaitu emel dan surat yang bermotif
personal dan atas sebab tertentu.

Attempt s/Hacks Threats/Information Gathering


Percubaan (samada gagal atau berjaya) untuk mencapai sistem atau data tanpa
kebenaran. Termasuk spoofing, phishing, probing, war driving dan scanning.

Kehilangan Fizikal (Physical Loss)

Kehilangan capaian dan kegunaan disebabkan kerosakan, kecurian dan kebakaran ke


atas aset ICT berpunca dari ancaman pencerobohan.

Bagi mengawal ancaman pencerobohon yang dinyatakan di atas, dalam Mesyuarat


Jemaah Menteri pada 24 Februari 2010, MAMPU telah mengarahkan semua agensi
Kerajaan melaksanakan Standard ISO/IEC 27001:2013 atau Information Security
Management System (ISMS). Objektif perlaksanaan ISMS ialah untuk mengawal
keselamatan maklumat dari segi kerahsiaan, integrity dan kebolehsediaan,
mengenalpasti ancaman atau risiko dalam persekitaran ICT dan meningkatkan
keyakinan pelanggan kepada tahap keselamatan maklumat. Maklumat yang selamat
mempunyai ciri-ciri yang berikut :-
1. Kerahsiaan – maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau
dibiarkan diakses tanpa kebenaran
2. Integriti – data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan kemaskini. Ia hanya
boleh diubah dengan cara yang dibenarkan.
3. Tidak boleh disangkal – punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah
dan tidak boleh disangkal.
4. Kesahihan – data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya
5. Kebolehsediaan – data dan maklumat hendaklah boleh diakses pada bila –bila
masa

Sehubungan dengan itu , penguatkuasaaan pelaksanaan ISMS di UKM telah dilakukan


pada 1 Mei 2014 dengan skop yang memberi fokus kepada sumber ICT utama di PTM .
Aktiviti penilaian risiko keselamatan maklumat dilakukan berpandukan kepada
standards, garis panduan , prosedur dan langkah-langkah keselamatan ICT yang
ditetapkan. Malah, ISMS UKM juga telah berjaya mendapat Pensijilan ISO/IEC
27001:2013 ISMS oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada April 2015.

Terdapat beberapa langkah keselamatan yang lain telah dilakukan oleh Pusat Teknologi
Maklumat (PTM) selari dengan motto “Perintis dan Peneraju Teknologi Maklumat” bagi
mengurangkan risiko ancaman pencerobohan ini.

Rajah : Kawalan keselamatan pada perimeter UKM menapis dan menghalang ancaman
pencerobohan dari luar ke dalam dan sebaliknya

Kawalan keselamatan pada perimeter rangkaian UKM diwujudkan sebagai langkah


pencegahan dan kawalan kepada semua trafik rangkaian yang keluar dan masuk ke
atau daripada UKM seolah-olah seperti ‘Pengawal’ di pintu utama universiti. Kawalan
perimeter ini menapis dan menepis ancaman pencerobohan dari dunia luar yang ingin
masuk ke dalam rangkaian UKM dan juga sebaliknya, ancaman pencerobohan dari
rangkaian dalaman UKM ke hos-hos di luar rangkaian UKM.
Keselamatan pada setiap hos atau pc di dalam rangkaian dalaman UKM juga perlu
dilakukan dengan memasang antivirus dan ‘personal firewall’ untuk melindungi pc warga
UKM daripada sebarang ancaman pencerobohan. Semua pc windows hendaklah
sentiasa dikemaskini dengan perisian windows yang terkemaskini (windows patches) . Pc
yang tiada ciri-ciri keselamatan akan mudah diceroboh dan seterusnya berkemungkinan
menjadi penceroboh di dalam rangkaian setempat. PTM telah menyediakan servis
installasi antivirus dan kemasikini windows updatemelalui rangkaian dalaman UKM seperti
yang berikut:-

1. Kemasikini windows update secara automatik melalui rangkaian dalaman dengan


memuat turun dari: http://ictso.ukm.my/tapak/
2. Installasi antivirus untuk ketahanan PC individu dengan memuat turun
aplikasi Symantec Endpoint di laman
http://ictso.ukm.my/tapak/index.php/pemberitahuan.html.

Proses kawalan keselamatan merupakan amalan yang berterusan dan sangat penting.
Tanggungjawab menjaga keselamatan ini melibatkan semua pihak yang menggunakan
sebarang aset ICT dalam persekitaran UKM. Kesedaran dan tindakan yang disarankan
di atas perlu dilakukan untuk mengelakkan dan memastikan persekitaran ICT UKM
selamat daripada sebarang ancaman pencerobohan.

You might also like