You are on page 1of 2

1.

Anand A/L Sarvesvaran 259811


2. Fatin Azzarina bt Mahazan 259860
3. Muhammad Shazwan bin Abd. Halim 260072
4. Nor ain Binti Zainal Abidin 260093
5. Ridzuan Bin Indam 260195

DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 2019

Dasar ini dilancarkan pada Oktober 2008 yang dikenali sebagai Polisi Dasar Keselamatan ICT JANM.
Dasar ini telah melalui banyak proses pindaan dimana, pindaan terkini adalah pada 25 Januari 2019
dikenali sebagai Dasar Keselamatan ICT JANM. Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(DKICT) JANM mempunyai peraturan-peraturan yang harus dibaca, difahami dan dipatuhi dalam
menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Matlamat Dasar

Kandungan yang merangkumi dasar ini adalah Pendidikan, Perlindungan Keselamatan data penting
Kerajaan, Penyiaran, maklumat peribadi rakyat Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk langkah
keselamatan untuk Negara kerana teknologi maklumat sudah maju. Untuk menghindari kebocoran
maklumat penting dalam negara kepada luar kerajaan membuat pindaang yang baru seperti
keselamatan dalam pengunaan media sosial.

Dasar Keselamatan ICT JANM diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan JANM dengan
meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan
perkongsian maklumat sesuai dengan keperluanvoperasi JANM. Ini hanya boleh dicapai dengan
memastikan semua aset ICT dilindungi. Manakala, objektif utama Keselamatan ICT JANM ialah seperti
berikut:

(a) Memastikan kelancaran operasi JANM dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan;

(b) Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari kesan kegagalan
atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi;
dan

(c) Mencegah salah guna atau kecurian aset ICT Kerajaan.


 Pengurusan Keselamatan Sistem Aplikasi Teras
 Pengurusan Pentadbir Laman Web/Portal
 Pengurusan dan Penggunaan E-Mel
 Pengurusan Keselamatan Sistem Aplikasi Sokongan
 Pengurusan Pangkalan Data
 Pengurusan dan Pengendalian Perkakasan/Perisian ICT dan Pusat Data
 Pengurusan Rangkaian dan Keselamatan

You might also like