You are on page 1of 2

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

KENYATAAN MEDIA

PENGURUSAN KESELAMATAN SIBER NEGARA

Sepanjang tahun 2020, terdapat peningkatan bilangan kes insiden siber yang
dilaporkan oleh organisasi sektor awam. Setakat 30 November 2020, jumlah insiden
siber yang dilaporkan oleh agensi adalah sebanyak 3,836 insiden di mana 31.5% kes
adalah melibatkan pencerobohan dan 53.19% kes melibatkan jangkitan malware.
Insiden siber ini boleh menjejaskan imej dan reputasi agensi yang seterusnya
memberi kesan negatif kepada kepercayaan pemegang taruh (stakeholder) dalam
usaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan.

Serangan Advanced Persistent Threat (APT), ransomware dan pencerobohan sistem


ICT Kerajaan adalah isu serius yang perlu diatasi kerana ianya boleh menyebabkan
berlakunya ketirisan maklumat strategik, menjejaskan operasi dan mencalar imej.
Kesannya, keselamatan dan kedaulatan negara terjejas; ekonomi dan kestabilan
politik tergugat; serta kesejahteraan rakyat terancam.

Untuk mengatasi ancaman dan serangan siber, Kerajaan telah melancarkan Strategi
Keselamatan Siber Malaysia atau Malaysia Cyber Security Strategy (MCSS) pada 12
Oktober 2020 yang lalu. Strategi ini menggariskan tindakan strategik bagi menangani
ancaman siber yang semakin meningkat melalui pendekatan bersepadu meliputi
pelbagai aspek keselamatan siber secara holistik dan terselaras.
`
Lanjutan daripada pelancaran MCSS, Kerajaan telah mewujudkan satu struktur tadbir
urus keselamatan siber. Mesyuarat pertama Jawatankuasa Keselamatan Siber
Negara (JKSN) telah diadakan pada 17 Disember 2020 dengan dipengerusikan oleh
YB Menteri Kanan Pertahanan yang merupakan Menteri yang dipertanggung-
jawabkan ke atas pengurusan keselamatan siber negara. Mesyuarat ini adalah
sebagai satu langkah Kerajaan untuk memulakan pelaksanaan pelan tindakan MCSS.

Antara keputusan-keputusan penting yang telah dipersetujui dalam mesyuarat ini


ialah:

1. Kerajaan akan menubuhkan satu Kumpulan Kerja bagi menyelaras inisiatif


penilaian dan pengukuhan keselamatan siber terhadap agensi-agensi sektor

1
awam kritikal yang terpilih. Bagi fasa pertama, 16 agensi telah dikenal pasti
untuk pelaksanaan inisiatif ini; dan

2. Kerajaan akan menggubal undang-undang mengenai keselamatan siber. Bagi


tujuan itu, satu Pasukan Petugas Khas akan diwujudkan bagi mengenal pasti
dan mengkaji isu-isu berkaitan keselamatan siber.

Pelaksanaan MCSS juga merangkumi tindakan perlindungan ke atas sistem-sistem


kritikal pihak swasta dan persendirian.

You might also like