You are on page 1of 1

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA


JABATAN PERDANA MENTERI

UNTUK SIARAN SERTA MERTA


Jumaat, 24 November 2023.

“KERAJAAN TEGAS DALAM USAHA MEMPERKUKUH KESELAMATAN


SIBER NEGARA”

1. Kerajaan amat menitikberatkan aspek keselamatan negara dan tiada kompromi


terhadap perkara ini termasuk dalam domain digital dan eko-sistem siber. Program
Pembangunan Kapasiti dan Sesi Dialog Awam Rang Undang-Undang (RUU)
Keselamatan Siber merupakan antara tindakan pengukuhan eko-sistem keselamatan
siber negara selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber
Negara Bilangan 1/2023 pada 13 Jun 2023. Ia juga melambangkan semangat kolektif
semua pihak untuk melindungi ruang siber dan kedaulatan negara.

2. Jemaah Menteri pada 3 November 2023 secara prinsip telah bersetuju dengan
penggubalan RUU Keselamatan Siber bagi memperuntukkan kuasa kawal selia dan
penguatkuasaan undang-undang berkaitan keselamatan siber. Agensi Keselamatan
Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara (NACSA, MKN) dipertanggungjawabkan
sebagai agensi tonggak untuk menggembleng usaha dan ikhtiar merentas pelbagai
entiti kerajaan serta pihak industri akan diperkukuh selaras dengan peranannya
termasuk sebagai agensi penguatkuasa RUU ini kelak.

3. Justeru, keperluan untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti profesional serta


tenaga kerja mahir bagi melengkapkan eko-sistem siber negara merupakan keutamaan
Kerajaan. Kerjasama strategik bersama Institusi Pengajian Tinggi dan pemain industri
akan terus dilaksanakan bagi menambah baik dan menyegerakan kesediaan, kapasiti
dan keupayaan keselamatan siber di Malaysia. Inisiatif ini akan turut disokong melalui
sumbangan biasiswa bernilai RM 5 Juta oleh EC Council kepada NACSA, MKN.

4. NACSA, MKN selaku agensi peneraju keselamatan siber negara tegas untuk menambah
baik pengurusan keselamatan siber negara dan tidak akan sesekali berkompromi
dengan mana-mana entiti yang menggugat keselamatan siber negara.

KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA


MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI


Bangunan Perdana Putra, Putrajaya

You might also like