You are on page 1of 1

Tarikh : 03/03/2023

Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd


Lot 111, Kawasan
Industri Gebeng,
26080 Kuantan,
Pahang

Tuan,

Memohon Untuk Membuka Kaunter Penerangan Takaful

Perkara di atas dirujuk.

Kami dari MUQMEEN GROUP adalah salah satu ejensi di bawah syarikat pengendali Takaful yang
terbaik di Malaysia iaitu Prudential BSN Takaful Berhad. Pihak kami menawarkan perkhidmatan
rundingan secara percuma memberi khidmat nasihat kepada masyarakat mengenai takaful serta
perancangan harta dan penyelesaian berkaitan harta Muslim.

Oleh itu, pihak kami berminat dan bercadang untuk mengadakan satu kaunter penerangan
(booth) di Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd untuk memberi kesedaran berkenaan takaful
kepada warga kerja di sana.

Cadangan Sesi Penerangan Khas adalah seperti berikut :

Hari : Selasa
Tarikh : 14 Mac 2023
Masa : 9:00pagi-4:00petang

Semoga mendapat persetujuan daripada pihak Tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Azhari
Mohd Azhari Bin Sahar
Agency Manager
Prudential BSN Takaful Berhad
013-7378284

You might also like