You are on page 1of 2

Assalamualaikum w.b.

t / Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Merujuk kepada sebutharga yang telah dilakukan pada bulan Mac yang lalu,
kurangnya penyertaan dari pihak pembekal di samping harga yang ditawarkan
melebihi anggaran telah menyebabkan pembukaan semula sebutharga perlu
dilakukan bagi meneruskan perkhidmatan ini.

2. Oleh yang demikian, dilampirkan senarai syarikat dari KL/Selangor yang telah
pihak kami hubungi dan mereka bersetuju untuk hadir bagi taklimat nanti. Mohon
pihak tuan untuk menambah sekurangnya 5 lagi syarikat tempatan untuk
dipanggil sebagai tambahan. Turut dilampirkan spesifikasi terkini yang telah
ditambahbaik.

3. Cadangan tarikh pembukaan sebutharga adalah pada 26 April 2022 (Selasa)


jam 10 pagi. Memandangkan minggu berkenaan adalah minggu terakhir sebelum
sambutan Aidilfitri, pihak kami turut mencadangkan tarikh tutup sebutharga
dipanjangkan sehingga 16 Mei 2022 (Isnin).

4. Mohon pihak tuan memberi maklum balas kepada email ini sebagai
makluman persetujuan bagi tujuan pergerakan pihak kami kelak. Sekiranya
memerlukan maklumat lanjut boleh berhubung semula melalui email ini atau no
telefon saya seperti yang tertera.

Sekian, Terima Kasih

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya Yang Menjalankan Amanah,

SHAHRUL AFANDI BIN SHAHARUDIN


Pegawai Teknologi Maklumat
Program Perkhidmatan Teknologi ICT(IM3)
Pusat Pengurusan ICT (IM)
MARDI, Serdang

E-mel : shahrulafandi@mardi.gov.my
Website : http://www.mardi.gov.my

Tel: 03-8953 7137


Fax: 03-8953 7180

Think Green - don't print this email unless you really need to

Peringatan
Pengguna Perkhidmatan MyGovUC 2.0 adalah bertanggungjawab melindungi
kerahsiaan data/maklumat Rahsia Rasmi Kerajaan. Adalah diingatkan agar pengguna
sentiasa peka dengan SEMUA peraturan, arahan keselamatan dan pekeliling semasa
yang berkuatkuasa bagi semua pengendalian data/maklumat Rahsia Rasmi Kerajaan
yang berkaitan.

Pembekal N…Kluang.doc PERKHIDMA…4.2.22.docx


40 KB 60 KB

You might also like