You are on page 1of 1

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG

MALAYSIA
PENGASAS DAN PENCIPTA : ALLAHYARHAM MAHAGURU DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN BIN DAING UDA MD. HASHIM, DPCM
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA NEGERI KELANTAN
CAWANGAN TANAH MERAH
Lot 6323, Kg Pondok Baru Padang Siam,
17500 Tanah Merah, No. Tel : 013-2275178
Kelantan No. Pendaftaran : No.PPM-010-04-09042013

Kepada, Ruj Kami : 03/19/PSSGM/TM/KEL


Tarikh : 18 Oktober 2022

YBhg. Dato’ IR. Shaari bin Hj Hassan,


Penaung Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia,
Negeri Kelantan

Dato’,
MEMOHON PERUNTUKKAN KEWANGAN UNTUK MAJJLIS WATIKAH SANAD ILMU DAN PENERIMAAN
SANDANG PSSGM CAWANGAN TANAH MERAH 2022
Sehubungan dengan perkara di atas adalah dirujuk,

2. Memaklumkan bahawa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Tanah Merah yang
mempunyai tidak kurang daripada 300 ahli pada setiap tahun akan mengadakan Majlis Watikah Sanad
Ilmu dan Penerimaan Sandang PSSGM untuk cawangan Tanah Merah yang akan berlangsung di Pusat
Sains Negara Kuala Lumpur.

3. Para peserta kami sudah dikenakan bayaran sebanyak RM 50 seorang yang akan diadakan pada
12 dan 13 November ini. Sehubungan dengan itu bagi meringankan beban itu Pertubuhan kami
berhasrat untuk memohon sumbangan berbentuk kewangan berjumlah RM 5000 untuk menjayakan
majlis itu nanti.

4. Sumbangan samada berbentuk cek atau tunai boleh disalurkan ke akaun PERTUBUHAN SILAT
SENI GAYONG MALAYSIA CAW TANAH MERAH– 1-00-6671-00004940-8 ( AGRO BANK )

5. Sehubungan itu juga, besarlah harapan kami sekiranya pihak Dato’ dapat mempertimbangkan
permohonan kami. Segala kerjasama dan jasa baik pihak Dato’ didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian, Terima Kasih.

“ GAYONG BERGAYUT, KATA BERSAHUT “

Saya yang menurut perintah,

EN. RUSLI BIN ISMAIL


Pengerusi / Gurulatih PSSGM Daerah Tanah Merah
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Kelantan

s.k - Fail PSSGM Negeri Kelantan


- Fail PSSGM Cawangan Tanah Merah

You might also like