You are on page 1of 4

Rujukan:

Tarikh:

Jawatankuasa Media, Promosi & Tajaan Program Festival Riuh


Pertima Trengganu Sdn Bhd
Kawasan Perindustrian Chendering
21080 Kuala Terengganu.

Syarikat Pengangkutan Bumi Pantai Timur Sdn. Bhd.


3039 A, Pejabat,
Jln Pulau Musang, Kampung Kubang Terap,
20050 Kuala Terengganu

Tuan/Puan,

PERMOHONAN TAJAAN BAGI PROGRAM FESTIVAL RIUH KUMPULAN PMINT


ANJURAN KUMPULAN SYARIKAT PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI
TERENGGANU (PMINT).

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan Syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri


Terengganu (PMINT) bakal mengadakan satu program seperti ketetapan berikut:

Nama Program: Festival Riuh Kumpulan PMINT


Tarikh Program: 21,22,23 Disember 2023 (Khamis – Sabtu)
Lokasi Program: PMINT Square
Perasmian Oleh: Yg Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar; Menteri
Besar Terengganu

3. Untuk makluman Tuan/Puan, Festival Riuh Kumpulan PMINT ini merupakan satu program
kerjasama kesemua sembilan (9) Anak Syarikat Kumpulan PMINT. Pelbagai program dan aktiviti
menarik telah direncanakan yang pastinya menarik seluruh warga Terengganu untuk hadir.

4. Berhubung perkara di atas, pihak kami ingin memohon penajaan dari Syarikat Pengangkutan Bumi
Pantai Timur Sdn. Bhd untuk program Festival Riuh Kumpulan PMINT kali ini. Tajaan boleh
disalurkan ke akaun: xxxxxxxxxxxxx

5. Besarlah harapan kami terhadap syarikat Tuan/Puan yang merupakan salah satu antara
syarikat/perniagaan terkemuka di Terengganu sekiranya pihak Tuan/Puan sudi untuk menjadi salah
satu dari penaja dalam bersama-sama menjayakan Festival Riuh Kumpulan PMINT ini.

6. Dilampirkan bersama-sama surat ini Borang Maklumbalas Penajaan Program dan Senarai Acara
dan Program sepanjang program Festival Riuh Kumpulan PMINT nanti.
7. Jika terdapat sebarang pertanyaan, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Hazwan Afiq di
talian 016-3023306.

Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Tuan/Puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

………………………………..

(Pengerusi Program)
Kepada:

Jawatankuasa Media, Promosi & Tajaan

Daripada:

…………………………………………

…………………………………………

…………………………………………

BORANG MAKLUMBALAS PENAJAAN PROGRAM FESTIVAL RIUH KUMPULAN


PMINT 2023.

Adalah dimaklumkan bahawa saya BERSETUJU / TIDAK SETUJU untuk menjadi Penaja bagi
program yang dinyatakan seperti di atas.

1. Saya bersetuju untuk memberi penajaan dalam bentuk …………………………………


……………………………… sebanyak (kuantiti) ………………………………………………..
Atau;

2. Bersama-sama surat ini disertakan cek bernilai RM:


………………………………………………….

(Ringgit Malaysia:
………………………………………………………………………………………)

yang bernombor: …………………………………………. Bank:


………………………………………

di atas nama: Jawatankuasa Media, Promosi dan Tajaan Festival Riuh Kumpulan PMINT Atau;
3. Bersama-sama surat ini disertakan Voucher Bayaran dan Salinan Slip Pembayaran
bertarikh………………………………………….. di atas nama: Jawatankuasa Media, Promosi dan
Tajaan Festival Riuh Kumpulan PMINT.

Sekian, terima kasih.

You might also like