You are on page 1of 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PERASMIAN PROGRAM ANTA PERMANA

Ke pekan Kuala membeli bingka,

Burung merbah di pohon cemara,

Majlis bermula tirai dibuka,

Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahhirohmanirrahim… Assalamualaikum & Salam muafakat Johor kepada


…………………………………………………………………………………….

Marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan limpah
izinnya dapat kita berkumpul pada petang ini dalam program Anta Permana gabungan
UTHM dan Politeknik Mersing buat julung-julung kalinya. Semoga majlis ini mendapat
keberkatan dari Allah SWT.

Saya ……………………………….. wakil daripada Kelab Khidmat Masyarakat UTHM


mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik Mersing dan penduduk
……………….. kerana sudi memberi kerjasama bagi menjayakan program kami. Untuk
pengetahuan, program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara genarasi
lama dan genarasi muda.
Hadirin yang dimuliakan,

Kalau pergi Tanjung keramat,

Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Demi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang
akan dipimpin oleh saudara …………………………., wakil pelajar dari Kelab Khidmat
Masyarakat UTHM.

Dipersilakan.

***************************************************************************

Amin-amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Majlis merakamkan terima kasih kepada saudara ……………………… atas bacaan doa itu
tadi.

Bagi meneruskan acara majlis, mempersilakan saudara………………………………… ,


Pengarah Kelab Khidmat Masyarakat untuk memberi sepatah dua kata.

Terima kasih atas ucapan saudara ……………………………………….. Itu sebentar tadi.

Bunga melati di luar pagar,

Dibawa gadis ke hujung kota,

Ucapan Pengarah telah didengar,

Dengarkan pula bicara perasmi kita.

Maka dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

Yang berbahagia……………………………………………………………………………
Bagi menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan perasmian Program Anta
Permana . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


berbahagia………………………………….. atas ucapan beliau tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan,

……………………………… bagi menyampaikan cenderahati kepada Yang


berbahagia………. Atas kesudian beliau untuk sama-sama menjayakan program kita pada
hari ini. Dipersilakan….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ……… atas penyampaian cenderahati
sebentar tadi.

Seterusnya, saya menjemput ……………………………………… untuk mengambil gambar


sebagai kenang-kenangan. Sekian, terima kasih.

You might also like