You are on page 1of 7

TEKS MAJLIS ANUGERAH NILAM DAERAH HULU PERAK (2014) 1

Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia

……………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………….
Semua hadirin dipersilakan berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku dan
Negeri Perak

Terima kasih diucapkan kepada hadirin di atas nyanyian Lagu Negaraku


sebentar tadi.

Semua hadirin dipersilakan duduk.

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG


SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG.
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

BATU KECUBUNG WARNANYA UNGU


DITATAH BERLIAN BATU BERMUTU,
ADAT MELAYU MENYAMBUT TETAMU,
HAMPARKAN TIKAR LEBARKAN PINTU.

YANG JAUH BERPANGGILAN


YANG DEKAT BERIMBAUAN
YANG JAUH SUDAH DATANG
YANG DEKAT SUDAH TIBA.

Majlis mengalu-alu dan meraikan ketibaan

Yang Berbahagia…

……………………………………………………
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak
Mewakili Tuan Hj Mohamad Zahari Bin Mohamad Ramli
Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak

Yang Dihormati,
EN.MOHAMED DAMIAT BIN ABDUL KADIR
……………………………………………………………………………
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
Mewakili EN. MOKTAR BIN WAHID Ketua Penolong Pengarah
TEKS MAJLIS ANUGERAH NILAM DAERAH HULU PERAK (2014) 2

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

Yang Berusaha

……………………………………………………………………………
Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Hulu Perak

………………………………………………………………………………
…………………
Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Daerah Hulu Perak

Pengetua-pengetua sekolah / Guru besar-guru besar.

Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Hulu Perak

Pengerusi-pengerusi JKPA PKG

Guru-guru

Barisan Penerima Anugerah NILAM

Barisan para pelajar

Barisan hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian

Bersyukur ke hadrat ILLAHI dengan limpah kurniaNYA dapat kita CATATAN


menjayakan Majlis Anugerah NILAM Daerah Hulu Perak bagi tahun
2016

Bagi memulakan dan memberkati majlis kita pada petang yang mulia ini,
majlis dengan penuh hormat mempersilakan Al Fadil
…………………………………………………………. untuk
memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
TEKS MAJLIS ANUGERAH NILAM DAERAH HULU PERAK (2014) 3

Amin…amin Ya Rabulalamin, moga majlis kita pada petang


ini diberkati olehNya.

KUNING EMAS MASAKNYA PADI


MAWAR MERAH DALAM JAMBANGAN,
TERIMA KASIH DAUN KELADI,
MOGA DOA DIBERKATI TUHAN.

Sebelum acara dimulakan, molek kiranya, kita dengarkan ucapan


daripada Ketua Unit, Unit Pengurusan Strategik Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Perak

Yang Berusaha,
EN.MOHAMED DAMIAT BIN ABDUL KADIR
………………………………………………………………………..
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

EN.MOHAMED DAMIAT BIN ABDUL KADIR


………………………………………………………………………..
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

di atas ucapan sebentar tadi.

Kini,
Ucapan yang dinanti-nantikan oleh kita, ucapan perasmian daripada
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak
En. Rosli bin Hashim,AMP,PPT
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak,
TEKS MAJLIS ANUGERAH NILAM DAERAH HULU PERAK (2014) 4

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak
diatas ucapan perasmian sebentar tadi.

( ubah Rostrum selepas ucapan PPD )

Baiklah masa yang dinanti-nantikan telah tiba, bagi menyempurnakan


majlis penyampaian Anugerah NILAM pada ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan

……………………………………………………………………………
…………….
……………………………………………………………………………
…………….

untuk mengiringi

……………………………………………………………………………
………………
……………………………………………………………………………
…………… (bergantung kpd
naik ke pentas. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. perubahan)

( muzik iringan dibunyikan )……


Kita mulakan dengan penyampaian

(1) Penyampaian Sijil dan Cendera hati kepada Hakim Pemilihan


Tokoh NILAM 2016 Daerah Hulu Perak para hakim kita
dipersilakan
TEKS MAJLIS ANUGERAH NILAM DAERAH HULU PERAK (2014) 5

LAMPIRAN 1

(2) Seterusnyapenyampaian Sijil Bagi Anugerah Pusat


Sumber Cemerlang tahun 2016

LAMPIRAN 2

Kita terus kepada penyampaian seterusnya.

(3) Anugerah Penglibatan NILAM Guru dalam program


nilam 2016

LAMPIRAN 3

Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

………………………………………………………………diatas
kesudian menyampaikan hadian sebentar tadi.

Pihak majlis Mempersilakan


……………………………………………………………………………
…………………………..
……………………………………………………………………………
………………..
Mengiringi

……………………………………………………………………………
……………………………
……………………………………………………………………………
………………………….
Naik ke pentas untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah-
hadiah dan sijil.

Majlis dengan segala hormatnya memepersilakan


TEKS MAJLIS ANUGERAH NILAM DAERAH HULU PERAK (2014) 6

Seterusnya penyampaian Sijil dan Plug bagi…..

(4) Anugerah Penglibatan sekolah Dalam Program


NILAM bagi tahun 2016

LAMPIRAN 4

(5) Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Calon


Pemilihan Tokoh NILAM Tahun 2016

LAMPIRAN 5
Hadirin yang dihormati sekalian......

Kita telah sampai ke kemuncak Majlis Anugerah NILAM yang


ditunggu-tunggu untuk tahun 2016 ini…. Sebentar lagi akan
diumumkan TOKOH NILAM Daerah Hulu Perak 2016 bagi
kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah yang juga
merupakan TOKOH PEMBACA Daerah Hulu Perak 2016. Untuk
makluman hadirin dan hadirat, tempat ke 3 dan Naib Johan
menerima sijil dan plug manakala Johan akan menerima Sijil , Plug
Dan Wang Inisiatif Tokoh Nilam Sebanyak RM 100.00 setiap
Seorang.

LAMPIRAN 6

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

...........................................................................................
.........................................................................................
di atas kesudian menyempurnakan majlis penyampaian
sijil dan Plak sebentar tadi.
TEKS MAJLIS ANUGERAH NILAM DAERAH HULU PERAK (2014) 7

Dengan pemberian hadiah sebentar tadi maka


berakhirlah MAJLIS ANUGERAH NILAM DAERAH
HULU PERAK TAHUN 2016 pada hari ini.

Air pasang di Pulau Serendah,


Air laut tenang-tenangan,
Majlis Anugerah berakhirlah sudah,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Banyak kelok pergi ke penarik


Kelok muatan buah kuini,
Nan elok bawaklah balik
Nan buruk tinggal disini.

Kalau ada sumur diladang


Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bersua lagi.

Saya selaku perantara Majlis Anugerah NILAM Daerah Hulu Perak bagi
tahun 2016, memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya tersalah bicara
tersilap kata kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah
dan segala kekilafan itu datangnya dari kekurangan serta
ketidaksempurnaan saya sendiri.

Akhir kalam wabilahitaufiq…

Dijemput para tetamu menikmati jamuan yang disediakan di


Luar Dewan ini.

# Tuntutan Wang Tunai Wang Inisiatif Tokoh Nilam Daerah Hulu Perak
2016 sila berurusan dengan En. Muhammad Tajul Azhar Bin Tajuddin
PKG Gerik.

You might also like