You are on page 1of 3

TEKS MODERATOR

……………….………………………………………..……PANEL PERTAMA……………………………………………………………….

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,

Kini tibalah masanya untuk kita bersama-sama mendengar perkongsian

pertama pada hari ini yang akan disampaikan oleh En Muhamad Zudaidy bin Jaapar

iaitu Pengurusan Ternakan Ikan Patin

Sebelum itu, izinkan saya untuk membacakan biodata penceramah

terlebih dahulu.

Nama diberi Muhamad Zudadiy bin Jaapar.

Beliau merupakan Penyelidik Kanan di Jabatan Perikanan

Tanpa membuang masa mari kita bersama-sama mendengar

perkongsian daripada beliau.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*Habis perkongsian Panel Satu

……………….………………………………………..………….PANEL KEDUA……………………………………………………………….

Terima kasih diucapkan kepada En Muhamad Zudaidy Jaapar atas perkongsian

Pengurusan Ternakan Ikan Patin sebentar tadi. Semoga semua peserta boleh mendapat

sedikit sebanyak dalam menguruskan Ikan Patin

Mana-mana peserta yang ingin mengajukan persoalan bolehlah menulis soalan di ruangan chat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan lagi program kita pada hari ini,

dengan mendengar perkongsian kedua yang akan disampaikan oleh En See Quar Har

iaitu Perkongsian Pembiakan Ikan Patin.


Sebelum itu, izinkan saya untuk membacakan biodata penceramah

terlebih dahulu.

Nama diberi See Quar Har

Beliau merupakan Pengarah Syarikat Three Ocean Sdn Bhd

Tuan-tuan dan puan-puan marilah kita sama-sama

mendengar perkongsian daripada En See Quar Har,

Dipersilakan.

*Habis Perkongsian Panel 2

……………….………………………………………..………….PANEL KETIGA……………………………………………………………….

Terima kasih diucapkan kepada En See Quar Har atas perkongsian

sebentar tadi. Diharapkan dengan pelbagai input daripada penceramah, peserta dapat memperoleh

idea dalam pembiakan Ikan Patin.

Hadirin sekalian,

Saya harap para hadirin masih kekal semangat dalam memperoleh ilmu dalam program kita pada
petang ini.

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan lagi program kita pada hari ini,

dengan mendengar perkongsian ketiga yang akan disampaikan oleh

Dr. Annie Christianus iaitu Khidmat Komuniti Ternakan Ikan Patin

Sebelum itu, izinkan saya untuk membacakan biodata penceramah

terlebih dahulu.

Nama diberi Annie Christianus

Beliau merupakan pensyarah kanan di Jabatan Akuakultur, Universiti Putra Malaysia

Tanpa membuang masa lagi, marilah kita mendengar perkongsian beliau,

Dipersilakan
*Habis Perkongsian Panel 3

……………….………………………………………..……SESI SOAL JAWAB……………………………………………………………….

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Kita telah tiba di sesi soal jawab di mana para peserta boleh mengajukan soalan kepada ahli panel

dengan menulis soalan anda di ruangan komen.

*Tamat sesi soal jawab – Moderator memberikan kepada Emcee semula bagi Penutupan

You might also like