You are on page 1of 5

No rujukan : SRSAAB /03/04 -15

Tarikh : 5 Januari 2015 bersamaan 14 Rabiulawal 1436H

Guru Besar,
Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi,
PT39519, Lot 8796,
Batu 18 jalan Reko, 43000 Kajang

Puan,

PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN KELAB BOLA JARING

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, Nik Siti Lailawati binti Nik Mat dengan
ini memohon untuk menubuhkan Kelab Bola Jaring Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi.

3. Bersama-sama ini disertakan :

1.2 Draf Perlembagaan.


1.3 Draf Aktiviti Asas.
1.4 Senarai Nama Jawatankuasa

4. Kerjasama daripada pihak puan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

....................................................
(NIK SITI LAILAWATI BINTI NIK MAT)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi
2015
No rujukan : SRSAAB /01/05 -17
Tarikh : 7 Januari 2017 bersamaan 10 Jamadil Awwal 1438H

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,


Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi,
PT39519, Lot 8796,
Batu 18 jalan Reko, 43000 Kajang

Puan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB ROBOTIK

Dengan hormatnya surat tuan SRSAAB /03/04 -15 bertarikh 2 Januari 2017 bersamaan
1 Jamadil Awwal 1438H adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb.
Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Kelab Tarannum Sekolah
Rendah Sri Al-Amin Bangi .

3. Diharap penubuhan Kelab/ Persatuan ini dapat membantu pelajar untuk lebih cemerlang

dalam aktiviti kokurikulum.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………………….
( PUAN HAIRUN AINI BINTI ZAKARIA)
Guru Besar,
Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi
2017
DRAF PERLEMBAGAAN UNIT PAKAIAN SERAGAM, ,PERSATUAN / KELAB DAN KELAB
SUKAN/PERMAINAN

PERLEMBAGAAN UNIT PAKAIAN SERAGAM, KELAB / PERSATUAN DAN


KELAB SUKAN/ PERMAINAN ……………………………………………………………….

1. MATLAMAT
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

2. OBJEKTIF

2.1 ……………………………………………………………………………………

2.2 ……………………………………………………………………………………

2.3 ……………………………………………………………………………………

3. KEAHLIAN

1.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.


1.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
1.3 ……………………………………………………………………………………………

4. GURU PENASIHAT

2.4 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


2.5 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang,melaksana atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
2.6 ……………………………………………………………………………………
………

5. AHLI JAWATANKUASA

5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak
dicalonkan sebagai AJK.
5.3 Pemilihan AJK secara undian.
5.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
5.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri:-
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK KELAS
PEMERIKSA KIRA-KIRA

5.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.
5.8
…………………………………………………………………………………………

6 DERMA

6.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang


ditetapkan.
6.2 Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan
derma khas bagi membiayai projek tersebut.
6.4
…………………………………………………………………………………………
……

7. KEHADIRAN/PENYERTAAN

7.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang


dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.
7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan
kehilangan hak-hak keahlian persatuan/kelab.
7.3 ……………………………………………………………………………………
………

8. AKTIVITI

3.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau


mesyuarat ahli jawatankuasa.
3.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.
3.3 ……………………………………………………………………………………
……

9. PERATURAN-PERATURAN

1.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


1.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
9.2 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
9.3 ……………………………………………………………………………………
……

10. TINDAKAN DISIPLIN

10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab


dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
10.2.1 Amaran lisan
10.2.2 Amaran bertulis
10.2.3 Gantung keahlian
10.2.4 Pecat keahlian
10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian.
10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada guru penasihat unit pakaaian seragam,
persatuan / kelab dan kelab sukan / permainan secara bertulis dan
keputusan guru penasihat adalah muktamad.
10.5 ……………………………………………………………………………………
………

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN

1.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


1.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
1.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli
jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
1.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan
oleh pengetua/guru besar.
1.5 ……………………………………………………………………………………
………

2. HAL-HAL LAIN

12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.
12.3 …………………………………………………………………………………………….

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab Sekolah

…………………………………………………………….
Pengetua/Guru Besar
Tarikh:
………………………….
Cop

You might also like