You are on page 1of 1

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA


JABATAN PERDANA MENTERI

UNTUK SIARAN SERTA MERTA


Selasa, 14 Jun 2022

MKN, JPM GESA AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA PERTINGKAT


PERLINDUNGAN DATA

1. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) melalui


Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menggesa supaya agensi
kerajaan dan swasta mempertingkatkan keselamatan dan perlindungan data
peribadi yang dimiliki agensi masing-masing.

2. Arahan ini adalah selaras dengan Arahan MKN No. 26: Pengurusan
Keselamatan Siber Negara, yang mengarahkan semua agensi dan organisasi
Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (Critical National Information
Infrastructure, CNII) memastikan perlindungan optimum terhadap aset-aset
maklumat kritikal yang telah dikenal pasti, daripada sebarang bentuk ancaman.

3. Sehubungan dengan itu, Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara


(National Cyber Coordination and Command Centre, NC4) NACSA, MKN, JPM
telah mengeluarkan Notis Peringatan Keselamatan Siber bertarikh 13 Jun 2022
berkenaan amalan terbaik pencegahan ketirisan data, untuk tindakan semua
agensi dan organisasi CNII.

4. Semua agensi Kerajaan, terutamanya NACSA, MKN, JPM bersama-sama


Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (Chief
Government Security Office, CGSO) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi
(JPDP) sentiasa berganding bahu untuk memastikan keselamatan siber dan
keselamatan data peribadi awam berada pada kedudukan yang terbaik, demi
kesejahteraan seluruh Keluarga Malaysia.

5. Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana entiti yang menggugat


keselamatan siber negara, termasuk keselamatan data peribadi awam dan
akan terus memastikan kawalan di tahap yang maksima. Orang ramai juga
digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan amalan terbaik
keselamatan siber bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber.
Laporkan segera sebarang maklumat berkaitan pelakuan jenayah siber kepada
pihak berkuasa untuk tindakan penguatkuasaan segera.

KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA


MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI


Aras G & LG Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya

You might also like