You are on page 1of 11

KENYATAAN MEDIA

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN


DAN
MENTERI KEWANGAN II
NEGERI SABAH

16 NOVEMBER 2021

A LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19

1 Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 487 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak
226,347 kes. Sebanyak lima (5) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing
satu (1) kes di Penampang, Sipitang, Tawau, Tenom dan Tuaran. Bilangan kematian ini
tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa
untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan
kepada keluarga yang terlibat.

2 Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 529 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC)
menjadikan jumlah kumulatif 215,655 orang. Manakala 1,676 pesakit sedang menerima
rawatan iaitu 678 orang di hospital, 982 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko
Rendah (PKRC) Awam dan 22 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 78 orang merangkumi 72 di
ICU/repurposed kritikal care serta enam (6) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 24
orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit
stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 71 (34.63%).
3 Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

Daerah Kunak berubah dari zon jingga ke zon kuning manakala Tongod berubah dari zon jingga
ke zon merah.

4 Pecahan daerah mengikut zon:

 Zon Kuning dua (2) daerah.

 Zon Jingga dua (2) daerah.

 Zon Merah 23 daerah.


5 Analisa Harian COVID-19 Negeri Sabah

i. Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah mencatatkan penurunan sebanyak -13 kes hari ini berbanding semalam,
menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu 487 kes.

b. Sungguhpun berlaku penurunan angka secara keseluruhan, bilangan daerah yang


mencatatkan peningkatan melebihi jumlah daerah yang mencatatkan penurunan.
Sebanyak 15 daerah mencatatkan peningkatan kes dan 10 daerah mencatatkan
penurunan, manakala dua (2) daerah lagi mencatatkan jumlah kes yang sama
sebagaimana semalam.

c. Daerah-daerah yang mencatatkan penurunan ketara ialah Kota Kinabalu -43 kes,
Ranau -23 kes, Kota Belud -14 kes, Kuala Penyu -12 kes, Tuaran -11 kes dan
Tenom -11 kes. Daerah yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Kota Marudu
+18 kes, Beaufort +16 kes, Putatan +11 kes, Beluran +10 kes dan Pitas +10 kes.

d. Sebanyak 320 kes atau 65.71% daripada kes yang direkodkan pada hari ini adalah
kes-kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam. Selebihnya adalah kes-kes yang
berlaku lebih awal tetapi didaftar lewat antara 2 hingga 5 hari selepas keptutusan
diketahui. Terdapat dua (2) kes lewat-daftar 6 hari dan satu (1) kes melebihi 12
hari.

e. Kes-kes yang berpunca daripada Saringan Bergejala atau kes-kes sporadik adalah
tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 195 kes atau 40.04%. Kes-kes ini biasanya
berpunca daripada kegagalan individu mematuhi SOP.

f. Sebanyak 98.2% daripada kes-kes hari ini adalah kes-kes yang dianggap ringan,
iaitu dalam kategori 1 dan kategori 2. Pesakit-pesakit dalam kategori ini tidak
memerlukan rawatan di hospital. Pesakit dalam kategori 3 cuma dua (2) orang,
satu (1) orang dalam kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam kategori 5. Enam (6)
kes lagi masih dalam siasatan lanjut JKNS.
g. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-
19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (260) kes daripada Saringan
Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya
aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan
dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

ii. Perincian Kes COVID-19 Hari Ini

a. Bilangan kes positif COVID-19 hari ini diperolehi melalui saringan pelbagai kategori
seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:

Kategori Bilangan
Bil. Saringan Kes Peratusan
1 Kluster 0 0.00%
2 Bergejala 195 40.04%
3 Kontak 260 53.39%
4 Bersasar 0 0.00%
5 Lain-lain Saringan 32 6.57%
JUMLAH 487 100%
b. Kes Positif COVID-19 hari ini dengan perbandingan kes semalam (15 November
2021) adalah seperti jadual yang ditunjukkan di bawah:

Catatan Catatan
Bil. Daerah Kes Kes Perbandingan
15/11/2021 16/11/2021
1 Kota Marudu 19 37 +18
2 Beaufort 21 37 +16
3 Putatan 5 16 +11
4 Beluran 3 13 +10
5 Pitas 2 12 +10
6 Keningau 14 23 +9
7 Tongod 0 9 +9
8 Kinabatangan 6 14 +8
9 Lahad Datu 0 8 +8
10 Tambunan 9 15 +6
11 Sipitang 7 12 +5
12 Kudat 10 12 +2
13 Telupid 0 2 +2
14 Nabawan 2 3 +1
15 Kalabakan 0 1 +1
16 Papar 28 28 Mendatar
17 Semporna 1 1 Mendatar
18 Kota Kinabalu 99 56 -43
19 Ranau 48 25 -23
20 Kota Belud 53 39 -14
21 Kuala Penyu 14 2 -12
22 Tuaran 70 59 -11
23 Tenom 33 22 -11
24 Sandakan 15 8 -7
25 Tawau 15 10 -5
26 Kunak 2 0 -2
27 Penampang 24 23 -1
JUMLAH 500 487 -13
c. Punca mempengaruhi kes positif COVID-19 hari ini mengikut daerah dan kategori kes adalah
seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:

Kategori Kes Kes


Bilangan Terkumpul 14
Daerah Saringan Saringan Saringan Saringan Lain-lain Kes Hari (02
Kluster Kontak Bergejala Bersasar Saringan Baharu November – 15
November)
Tuaran 0 30 23 0 6 59 675
Kota Kinabalu 0 27 22 0 7 56 933
Kota Belud 0 20 19 0 0 39 635
Beaufort 0 21 15 0 1 37 503
Kota Marudu 0 13 23 0 1 37 498
Papar 0 18 9 0 1 28 310
Ranau 0 16 9 0 0 25 620
Penampang 0 12 11 0 0 23 401
Keningau 0 11 12 0 0 23 272
Tenom 0 10 8 0 4 22 329
Putatan 0 5 9 0 2 16 212
Tambunan 0 9 5 0 1 15 270
Kinabatangan 0 11 1 0 2 14 172
Beluran 0 10 3 0 0 13 117
Kudat 0 2 7 0 3 12 229
Sipitang 0 9 3 0 0 12 141
Pitas 0 6 6 0 0 12 179
Tawau 0 10 0 0 0 10 191
Tongod 0 9 0 0 0 9 41
Sandakan 0 1 6 0 1 8 180
Lahad Datu 0 6 1 0 1 8 163
Nabawan 0 2 1 0 0 3 32
Kuala Penyu 0 2 0 0 0 2 92
Telupid 0 0 2 0 0 2 102
Semporna 0 0 0 0 1 1 22
Kalabakan 0 0 0 0 1 1 8
Kunak 0 0 0 0 0 0 20
JUMLAH 0 260 195 0 32 487 7,347
6 Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

7 Jumlah kapasiti katil 5,700 unit


 Hospital 1,656 unit.
 Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 3,554 unit.
 Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 462 unit.
 Hospital Swasta 28 Unit

Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 29.40%.

B KOMPOSISI KES POSITIF COVID-19 PADA 16 NOVEMBER 2021

i. Tempatan/Import/Tahanan

Import/Tempatan
Tempatan 484
Import A (Jangkitan Luar Malaysia) 0
Import B (Jangkitan Luar Sabah) 0
Orang Dalam Tahanan /Banduan 3
Jumlah 487

ii. Kewarganegaraan

Kewarganegaraan
Malaysia 478
Bukan Malaysia 9
Jumlah 487

iii. Status Vaksinasi

Status Vaksinasi
Belum Layak Vaksin (Bawah 12) 95
Belum Menerima Vaksin 67
Menerima 1 Dos 5
Lengkap 2 Dos 320
Jumlah 487
iv. Umur

Umur (Tahun)
<1 8
1 to 5 40
6 to 11 47
12 to 17 33
18 to 25 63
26 to 59 239
>60 57
Jumlah 487

C STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH

1 Penduduk Sabah yang menerima vaksin pada 15 November 2021 (menurut data daripada
PICK Sabah) adalah seramai 5,800 orang. Daripada jumlah ini, seramai 4,988 orang
adalah penduduk dewasa dan 812 orang adalah penduduk remaja.

2 Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 15 November 2021
adalah seramai 2,435,012 orang. Ini meliputi 2,102,800 orang penduduk dewasa
bersamaan dengan 76.23% jumlah penduduk dewasa. Manakala bagi penduduk Sabah
yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,377,620 orang. Daripada jumlah ini,
seramai 2,076,006 orang atau 75.26% adalah penduduk dewasa.

3 Seramai 332,212 orang atau 76.55% penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin,
manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 301,614 atau
69.50% orang setakat ini.
D BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

Setakat hari ini, sejumlah 676,638 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang
terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 3.0.

E LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN SABAH,


PBT, SANITASI DAN HEBAHAN AWAM INFO ON WHEELS

1 Sejumlah 11 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 7,404 buah
kenderaan. Daripada jumlah tersebut, tiada kenderaan diarah berpatah balik. Pada hari
ini, PDRM melaksanakan 61 hebahan melalui kereta peronda dan tiada tangkapan dibuat.

2 Sebanyak satu (1) kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah.
 Satu (1) Orang : Individu Gagal Memakai Pelitup Muka.

3 Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin
dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 148 pemeriksaan
di kawasan Pantai Timur dan 30 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.
Hasil pemeriksaan satu (1) tangkapan dibuat di bawah Enakmen Pelabuhan Dan
Dermaga Sabah 2002.

4 Laporan Pihak Berkuasa Tempatan

i Sebanyak 1,071 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Sebanyak
satu (1) notis/amaran dikeluarkan oleh PBT iaitu di Penampang. Tiada kompaun
dikeluarkan oleh PBT.

ii DBKK telah menjalankan pematuhan SOP ke atas 336 premis perniagaan dan 321
individu di 18 kawasan. Dua (2) kompaun dikenakan ke atas individu dengan
kesalahan individu gagal mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi
MySejahtera atau Buku Pendaftaran di Tonito Sdn. Bhd., Lido dan New D Style Salon,
Lido. Satu (1) kompaun dikenakan ke atas premis dengan kesalahan lain-lain di
Sunlight Pharmacy, Lido.
5 Rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP
Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dilaksanakan
di 410 Premis Perniagaan melibatkan 208 anggota APM. Sebanyak 12 Notis Amaran
dikeluarkan kepada premis perniagaan hari ini.

6 Sementara, rondaan sama oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilaksanakan


melibatkan 144 anggota di 222 lokasi.

7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah melaksanakan sanitasi
awam di enam (6) premis, melibatkan empat (4) buah BBP pada hari ini.

8 Sejumlah 59 hebahan awam di bawah program Info On Wheels Jabatan Penerangan


Malaysia Sabah dilaksanakan di lima (5) daerah pada hari ini.

9 Hebahan umum turut dilaksanakan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan
Negeri Sabah sebanyak 83 hebahan di seluruh Sabah.
F KADAR PEMATUHAN PENDUDUK TERHADAP SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 4

1 Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 pada hari
ini ialah 98.5 %Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:

BIL DAERAH PERATUS


1 Beaufort 98.8%
2 Kudat 98.7%
3 Papar 98.7%
4 Beluran 98.7%
5 Sipitang 98.6%
6 Keningau 98.6%
7 Penampang 98.6%
8 Kinabatangan 98.5%
9 Kunak 98.5%
10 Tawau 98.5%
11 Kota Marudu 98.5%
12 Semporna 98.5%
13 Sandakan 98.4%
14 Lahad Datu 98.4%
15 Tenom 98.3%
16 Kota Belud 98.2%
17 Kota Kinabalu 98.1%
18 Tuaran 98%
19 Ranau 98%

2 Semangat perpaduan dan kesatuan rakyat merupakan kunci utama untuk keluar dari
kemelut pandemik COVID-19.

Sekian.

#SabahMajuJaya
#MalaysiaPrihatin
#LindungDiriLindungSemua

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN


DAN
MENTERI KEWANGAN II

You might also like