You are on page 1of 44

1/02/2021

TERHAD

ARAHAN KESELAMATAN
(SEMAKAN DAN PINDAAN 2017)
OLEH :
PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI
1
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

SKOP CERAMAH
1) PENGENALAN
2) KESELAMATAN FIZIKAL
3) KESELAMATAN RAHSIA RASMI
4) KESELAMATAN RAHSIA RASMI DALAM PERSEKITARAN
ICT
5) KESELAMATAN PERIBADI

2
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

1
1/02/2021

TERHAD

PENGENALAN

3
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

ARAHAN KESELAMATAN
(SEMAKAN DAN PINDAAN 2017)
❖ Dikuatkuasakan penggunaannya pada 2 Januari 2020;

❖ Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2020 – PEMAKLUMAN PEMAKAIAN DAN


PENGUATKUASAAN ARAHAN KESELAMATAN (SEMAKAN DAN PINDAAN
2017);

❖ Membatalkan Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1985 – BUKU ARAHAN


KESELAMATAN

4
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

2
1/02/2021

TERHAD

ARAHAN KESELAMATAN
(SEMAKAN DAN PINDAAN 2017)
❖ Dikeluarkan oleh Jemah Menteri.

❖ Menetapkan darjah keselamatan untuk dilaksanakan oleh semua


Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan, Agensi
Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri serta mana-mana orang,
tribunal, badan, institusi atau pihak berkuasa yang diisyitiharkan sebagai
perkhidmatan awam mengikut peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta
88).

5
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

ARAHAN KESELAMATAN
(SEMAKAN DAN PINDAAN 2017)
❖ Pindaan Arahan Keselamatan yang baharu digubal dengan mengambil kira
aspek keselamatan perlindungan secara lebih holistik dengan
menumpukan kepada sistem keselamatan perlindungan fizikal, dokumen,
peribadi dan keselamatan ICT.

❖ Kebergantungan terhadap penggunaan ICT semakin bertambah maka


cabaran keselamatan berkaitan dengannya juga turut meningkat dan
bertambah kompleks. Proses kerja dalam perkhidmatan Kerajaan juga
bergantung kepada kaedah elektronik.
6
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

3
1/02/2021

TERHAD

KESELAMATAN PERLINDUNGAN
Meliputi aspek-aspek berikut :

➢ Keselamatan fizikal
➢ Keselamatan rahsia rasmi
➢ Keselamatan rahsia rasmi dalam persekitaran ICT; dan
➢ Keselamatan peribadi

7
perenggan 3 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN


❖ Bertanggungjawab sepenuhnya mengenai keselamatan di jabatannya.
Beliau hendaklah mengambil langkah keselamatan perlindungan menurut
peruntukan-peruntukan dalam Arahan ini supaya rahsia rasmi dan perkara
rasmi yang ada di jabatan dikawal dengan sempurna pada setiap masa.

❖ Beliau juga bertanggungjawab menentukan supaya laporan keselamatan


disediakan dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Keselamatan
Kerajaan apabila dikehendaki.

8
perenggan 31 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

4
1/02/2021

TERHAD

TANGGUNGJAWAB
PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN
❖ Ketua Jabatan boleh melantik seorang pegawai kanan yang terdiri daripada
Timbalan Ketua Jabatan sebagai Pegawai Keselamatan Jabatan yang
bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan keselamatan Kerajaan
dengan mendapat khidmat nasihat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan.

❖ Tugas Pegawai Keselamatan Jabatan adalah sebagai tambahan kepada


tugas-tugas rasminya. Untuk keberkesanan pelaksanaan tugas-tugas
keselamatan perlindungan di jabatan berkenaan, satu Jawatankuasa
Keselamatan Perlindungan yang dipengerusikan oleh Pegawai
Keselamatan Jabatan hendaklah dibentuk.
9
perenggan 32 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

SISTEM PEGAWAI BERTUGAS


❖ Semua perkhidmatan awam yang menguruskan rahsia rasmi dan perkara rasmi
dikehendaki mewujudkan Sistem Pegawai Bertugas.

❖ Sistem ini memerlukan pelantikan pegawai di jabatan masing-masing untuk


menjalankan tugas keselamatan secara harian, mingguan atau bulanan mengikut
kesesuaian.

❖ Pegawai Bertugas adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan kepada


Pegawai Keselamatan Jabatan dan Ketua Jabatan.

❖ Rujukan kepada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat untuk


penerangan lanjut.
10
perenggan 33 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

5
1/02/2021

TERHAD

ESPIONAJ SUBVERSIF

KEGANASAN SABOTAJ
ANCAMAN
KESELAMATAN

KELEMAHAN SERANGAN
MANUSIA SIBER
11
perenggan 6 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

SUBVERSIF
Kegiatan yang dijalankan oleh pertubuhan atau orang perseorangan di dalam
atau di luar Malaysia yang tidak sampai kepada perbuatan peperangan yang
bermaksud menghancur dan membinasakan ketenteraman yang ada dengan
cara yang salah di sisi undang-undang atau yang bertentangan dengan
perlembagaan.

12
perenggan 7 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

6
1/02/2021

TERHAD

ESPIONAJ
Kegiatan untuk memperoleh rahsia rasmi dengan cara tersembunyi atau salah
di sisi undang-undang bagi tujuan yang memudaratkan keselamatan atau
kepentingan Malaysia.

13
perenggan 8 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

SABOTAJ
❖ Satu perbuatan yang bertujuan menyebabkan kerosakan fizikal untuk kepentingan
-kepentingan sesebuah kuasa asing atau sesuatu tujuan politik yang subversif.
Sabotaj mungkin boleh dilakukan pada masa aman atau perang.

❖ Pada masa aman, sabotaj mungkin boleh dilakukan oleh orang perseorangan yang
bersimpati dengan tujuan kuasa yang tidak berbaik dengan Malaysia dan ia
mungkin merupakan atau tidak merupakan suatu kempen yang teratur.

❖ Pada masa peperangan, sabotaj berkemungkinan besar dilakukan mengikut suatu


rancangan yang teratur dan rancangan ini mungkin pula sebagai sebahagian atau
permulaan daripada suatu rancangan yang lebih besar untuk melumpuhkan
pertahanan Negara.
14
perenggan 9 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

7
1/02/2021

TERHAD

KEGANASAN
Suatu perbuatan atau ancaman di dalam atau di luar Malaysia yang
menyebabkan atau boleh menyebabkan kecederaan serius, membahayakan
nyawa, menyebabkan kematian, berisiko tinggi terhadap keselamatan awam,
kerosakan harta benda dan alam sekitar, sama ada dengan tujuan politik,
agama atau ideologi yang boleh menjadi suatu intimidasi kepada orang
awam, dan termasuklah aktiviti jenayah terancang.

World Trade Centre 15


perenggan 10 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

SERANGAN ATAU ANCAMAN SIBER


Serangan atau ancaman siber ialah suatu perbuatan di dalam atau di luar
Malaysia terhadap maklumat, sistem komputer dan komunikasi, program
komputer dan data yang dirancang atau bertujuan untuk mengendalakan,
mengganggu secara serius, merosakkan atau memusnahkan apa-apa sistem
komputer atau perkhidmatan komunikasi, perbankan atau kewangan, utiliti,
pengangkutan atau infrastruktur penting yang lain dan termasuklah aktiviti
jenayah terancang.

16
perenggan 11 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

8
1/02/2021

TERHAD

KELEMAHAN-KELEMAHAN MANUSIA
Kelemahan-kelemahan manusia kerap kali mengakibatkan berlakunya
pelanggaran keselamatan dan mungkin menyebabkan rahsia rasmi dan
perkara rasmi diketahui oleh pihak yang tidak diberikan kebenaran.
Kelemahan-kelemahan ini termasuklah:

a) Keinginan hendak “menunjuk-nunjuk” dan menarik perhatian saudara-


mara, sahabat handai dan rakan taulan, terutamanya kepada kumpulan
jantina lain mengenai pengetahuan sesuatu rahsia rasmi dan perkara
rasmi yang pada amnya tidak diketahui oleh orang lain;

17
perenggan 12 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

KELEMAHAN-KELEMAHAN MANUSIA
b) Kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan;

c) Tidak cermat ketika bercakap mengenai rahsia rasmi dan perkara rasmi
melalui telefon atau di tempat-tempat awam; dan

d) Kecuaian kerana berlebih-lebihan ketagih minuman keras atau dadah.

18
perenggan 12 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

9
1/02/2021

TERHAD

PEMERASAN
Pelanggaran keselamatan mungkin juga berlaku apabila seseorang yang
terdesak membiarkan dirinya menjadi sasaran pemerasan kerana berhutang,
salah laku seks, rasuah atau kelakuan dan latar belakang yang tidak
sempurna.

19
perenggan 13 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN RAHSIA RASMI


❖ Prinsip “Perlu Mengetahui”

❖ Prinsip “Perlu Menyimpan”

❖ Prinsip “Lihat dan Kembalikan”.

20
perenggan 18, 19 & 20 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

10
1/02/2021

TERHAD

KESELAMATAN FIZIKAL

21
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

KESELAMATAN FIZIKAL
Keselamatan fizikal bertujuan untuk menghalang pergerakan akses di premis
jabatan tanpa kebenaran berasaskan kepada prinsip-prinsip keselamatan
perlindungan bagi :

i) mencegah;
ii) melengahkan;
iii) mengesan; dan
iv) mengambil tindakan.

22
perenggan 38 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

11
1/02/2021

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN FIZIKAL

bawah undang-undang dan dilengkapi dengan alat-


alat keselamatan;
23
perenggan 41

TERHAD

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN FIZIKAL


c) memasang papan kenyataan atau papan tanda di
tempat-tempat yang sesuai bagi menunjukkan
kawasan atau tempat itu adalah Kawasan Larangan
atau Tempat Larangan atau Kawasan Terperingkat;

d) mewujudkan sistem Pas Keselamatan atau Kad


Pengenalan Jabatan; dan

e) memasang televisyen litar tertutup (CCTV), sistem


atau alat penggera atau lain-lain alat teknik, mekanik,
elektrik atau elektronik.
24
perenggan 41 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

12
1/02/2021

TERHAD

KESELAMATAN BANGUNAN
❖ Pembinaan bangunan-bangunan jabatan hendaklah
mengutamakan aspek sistem keselamatan perlindungan
yang bermutu, kondusif dan selamat dengan memasukkan
ciri-ciri keselamatan fizikal dan persekitaran semasa
peringkat cadangan reka bentuk pembinaan bangunan
tersebut.

❖ Semua cadangan termasuk reka bentuk pembinaan,


pengubahsuaian, penyewaan, pembelian bangunan,
penempatan dan pemindahan pejabat-pejabat Kerajaan di
bangunan Kerajaan dan swasta di dalam dan luar negeri
hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Ketua Pengarah
Keselamatan Kerajaan.
25
perenggan 42 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PENGAWALAN KESELAMATAN
❖ Semua cadangan pewujudan jawatan, pengambilan dan latihan pegawai-
pegawai awam yang menjalankan tugas pengawalan keselamatan
hendaklah mendapat kelulusan dan pengesahan daripada Ketua Pengarah
Keselamatan Kerajaan.

❖ Semua cadangan penggunaan perkhidmatan pengawalan keselamatan


swasta di jabatan hendaklah dirujuk kepada Ketua Pengarah Keselamatan
Kerajaan bagi mendapatkan khidmat nasihat.

26
perenggan 46 & 47 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

13
1/02/2021

TERHAD

KUASA PUSAT PAS KESELAMATAN DAN KAD


Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan adalah kuasa pusat bagi dasar dan
pengeluaran Pas Keselamatan, Kad Pengenalan Jabatan, Kad Kuasa dan Kad
Pelantikan

PENENTUAN BENTUK PAS KESELAMATAN


Bentuk Pas Keselamatan ditentukan oleh Ketua Pengarah Keselamatan
Kerajaan mengikut Perintah Tempat Larangan yang diisytiharkan di bawah
Akta 298
27
perenggan 50 & 51 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

JENIS-JENIS PAS KESELAMATAN


Pas Keselamatan terbahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu:

a) Pas Keselamatan Tetap;

b) Pas Keselamatan Sementara; dan

c) Pas Keselamatan Pelawat.

28
perenggan 54 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

14
1/02/2021

TERHAD

CADANGAN PEMBELIAN, KEGUNAAN, KAWALAN


DAN KESELAMATAN BAHAN RASMI
Semua cadangan pembelian, kegunaan, kawalan dan keselamatan bahan
rasmi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk kegunaan semua jabatan
hendaklah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan hendaklah mendapat
perakuan daripada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan.

29
perenggan 58 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

KAWALAN KUNCI KESELAMATAN


❖ Kunci keselamatan adalah antara perkara yang menjadi benteng pertama
dalam pertahanan keselamatan perlindungan untuk kawalan akses.

❖ Ketua-ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk membuat pemilihan


dan memberikan kawalan yang rapi terhadap kunci keselamatan serta
mengeluarkan arahan keselamatan berkaitan dengannya.

30
perenggan 61 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

15
1/02/2021

TERHAD

PERATURAN KAWALAN KUNCI KESELAMATAN


Semua jabatan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan berikut untuk
menentukan kunci keselamatan dalam keadaan terkawal pada setiap masa:

a) Pegawai Keselamatan Jabatan hendaklah dipertanggungjawabkan atas


semua perkara berkaitan dengan kunci dan anak kunci termasuk kunci
keselamatan. Beliau juga dikehendaki menyelenggarakan serta mengemas
kini sebuah Buku Daftar Kunci dan membuat audit secara berkala atas kunci-
kunci tersebut;

31
perenggan 62 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PERATURAN KAWALAN KUNCI KESELAMATAN


b) setiap pegawai awam yang diamanahkan dengan kunci-kunci jabatan ataupun
kunci keselamatan adalah juga bertanggungjawab atas keselamatan kunci
tersebut;

c) sebuah peti keselamatan hendaklah digunakan untuk menyimpan semua anak


kunci yang tidak dipakai termasuk anak kunci pendua;

d) anak kunci keselamatan tidak boleh dilabelkan atau ditandakan dengan nama
dan alamat penggunanya atau alamat tempat di mana peti keselamatan
disimpan. Ia boleh ditandakan dengan menggunakan sistem kod. Anak kunci
keselamatan juga tidak boleh dirangkaikan dengan anak kunci lain seperti
anak kunci persendirian;
32
perenggan 62 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

16
1/02/2021

TERHAD

PERATURAN KAWALAN KUNCI KESELAMATAN


e) anak kunci pendua tambahan tidak boleh dibuat tanpa kebenaran daripada
Ketua Jabatan atau Pegawai Keselamatan Jabatan;
f) satu sistem kunci induk atau kunci induk kecil boleh juga diwujudkan di
jabatan yang tertentu. Penerangan lanjut berkenaan perkara ini boleh didapati
daripada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan;

33
perenggan 62 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PERATURAN KAWALAN KUNCI KESELAMATAN


g) Pegawai awam yang menggunakan peti-peti keselamatan yang dipasang
dengan kunci tatakira hendaklah mengambil tindakan-tindakan yang berikut:

i. menukarkan nombor tatakira setahun sekali atau apabila seseorang yang


mengetahuinya telah bertukar atau meninggalkan perkhidmatan atau apabila
disyaki nombornya telah dikompromikan; dan

ii. nombor tatakira hendaklah ditulis pada sekeping kertas dan dimasukkan ke
dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditandai dengan “Rahsia Besar” .
Nama dan jabatan pengguna serta tarikh kertas itu dimasukkan ke dalam
sampul surat hendaklah ditulis di luar sampul surat tersebut dan dimasukkan
ke dalam sehelai sampul surat lagi.
34
perenggan 62 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

17
1/02/2021

TERHAD

PERATURAN KAWALAN KUNCI KESELAMATAN


iii. Nombor tatakira itu hendaklah dihantarkan kepada Ketua Pengarah
Keselamatan Kerajaan atau Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri
untuk disimpan kecuali jika peraturan lain telah dibuat mengenainya.
Rekod-rekod lain berkenaan dengan nombor tatakira tidak sekali-kali
boleh dibuat.

h) semua pegawai awam yang bertukar atau meninggalkan perkhidmatan


hendaklah menyerah balik semua anak kunci di dalam simpanannya.

35
perenggan 62 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

KEHILANGAN ANAK KUNCI KESELAMATAN


❖ Kehilangan anak kunci keselamatan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada
Pegawai Keselamatan Jabatan atau Ketua Jabatan yang akan menyiasat dan
mengemukakan laporannya kepada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan atau
Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri dalam tempoh 24 jam.

❖ Laporan tersebut hendaklah mengandung pandangan dan taksiran bahayanya


terhadap keselamatan.

❖ Kehilangan kunci pejabat atau peti keselamatan ini hendaklah dianggap sebagai
tidak selamat selagi kuncinya tidak digantikan kecuali dalam keadaan tertentu
sahaja apabila dibuktikan bahawa anak kunci yang hilang itu tidak mungkin jatuh
ke tangan orang yang tidak dibenarkan.
36
perenggan 63 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

18
1/02/2021

TERHAD

KESELAMATAN RAHSIA RASMI

37
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PENDAFTARAN RAHSIA
❖ Rahsia rasmi hendaklah diuruskan dengan mewujudkan satu sistem bagi
menerima, memproses, menyimpan dan menghantar rahsia rasmi tersebut
secara berasingan daripada dokumen bukan rahsia rasmi.

❖ Sistem itu hendaklah dilaksanakan oleh satu bahagian terasing yang


dinamakan Pendaftaran Rahsia.

38
perenggan 79 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

19
1/02/2021

TERHAD

PENDAFTARAN KECIL RAHSIA


❖ Di pejabat-pejabat kecil mungkin tidak boleh ditubuhkan Pendaftaran
Rahsia yang berasingan, prinsip bahawa rahsia rasmi diterima, diproses,
disimpan dan dihantar berasingan daripada dokumen bukan rahsia rasmi
hendaklah dipatuhi dan hanya boleh diuruskan oleh pegawai-pegawai
awam yang dibenarkan sahaja.

❖ Dalam keadaan tertentu, selain daripada menubuhkan Pendaftaran Rahsia,


satu atau lebih Pendaftaran Kecil Rahsia boleh diwujudkan di jabatan.

❖ Rujukan kepada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat


dalam perkara ini.
39
perenggan 80 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PERINGKAT KESELAMATAN
Rahsia rasmi hendaklah dikelaskan kepada salah satu daripada peringkat
keselamatan yang berikut:

a) Rahsia Besar
b) Rahsia
c) Sulit
d) Terhad

40
perenggan 84 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

20
1/02/2021

TERHAD

RAHSIA BESAR

Dokumen, maklumat dan bahan rasmi jika didedahkan tanpa kebenaran akan
menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia.

RAHSIA
Dokumen, maklumat dan bahan rasmi jika didedahkan tanpa kebenaran akan
membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada
kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada
sesebuah kuasa asing.
41
tafsiran “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

SULIT

Dokumen, maklumat dan bahan rasmi, jika didedahkan tanpa kebenaran


walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan
kepentingan Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau individu atau akan
menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau
menguntungkan kuasa asing.
TERHAD

Dokumen, maklumat dan bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan


Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi berkehendakan juga diberi satu tahap
perlindungan keselamatan.
42
tafsiran “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

21
1/02/2021

TERHAD

TANDA KESELAMATAN
RAHSIA RASMI YANG KEKAL TERJILID:

❖ Peringkat keselamatan hendaklah ditandakan sebagai rahsia rasmi yang


kekal terjilid dengan huruf cerai atau dicap huruf besar tidak kurang
daripada 7 mm di sebelah luar kulit hadapan dan belakang, di muka tajuk,
di muka surat pertama dan penghabisan.

❖ Peringkat keselamatan hendaklah juga ditanda dengan huruf cerai atau


dicap dengan huruf besar di penjuru kiri sebelah atas dan di penjuru kanan
sebelah bawah di setiap muka yang mengandung perkara bertulis, bercetak
atau bercap.
43
perenggan 90 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

TANDA KESELAMATAN
RAHSIA RASMI YANG TIDAK KEKAL TERJILID:

Peringkat keselamatan hendaklah ditandakan sebagai rahsia rasmi yang tidak


kekal terjilid dengan dicap, ditaip atau ditulis dengan huruf besar di penjuru
kiri sebelah atas dan di penjuru kanan sebelah bawah tiap-tiap muka surat
yang mengandungi perkara bertulis, bercetak atau bercap.

44
perenggan 91 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

22
1/02/2021

TERHAD

SULIT
KPKK (SULIT) 700/10 Klt.1 (20)
17 Feb 1999
Ketua Setiausaha Negara
Jabatan Perdana Menteri Jalan Dato’ Onn
Kuala Lumpur.

Y.Bhg TanSri,

Status Keselamatan Perlindungan Jabatan-Jabatan Kerajaan Seluruh Negara

Dengan segala hormatnya dibawa ke pengetahuan Y.Bhg Tan Sri bahawa status
keselamatan perlindungan seluruh negara di akhir-akhir ini adalah didapati kurang
memuaskan. Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri jua terdapat pelanggaran
keselamatan sepertimana berlakunya kes pecah masuk dan pencerobohan serta
kebocoran rahsia seperti di laporkan dalam media masa tempatan.

2. Pejabat ini telah menjalankan siasatan dan naziran keselamatan dan mendapati
bahawa Ketua Jabatan dan Penjawat Awam terlibat telah tidak mematuhi
peraturan-peraturan yang di tetapkan dalam Arahan Keselamatan Kerajaan.

3. Pejabat ini akan terus membuat pemantauan sebelum tindakan mengikut


peruntukan Akta Rahsia Rasmi atau tatatertib diambil seterusnya.

Sekian dimaklumkan, terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

(Wan Mohd. Safian Hj. Wan Hasan)


Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
SULIT

45
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

NOMBOR RUJUKAN DAN TAJUK FAIL TERPERINGKAT

❖ Peringkat keselamatan fail terperingkat hendaklah ditandakan di sebelah


luar kulit hadapan dan belakang.

❖ Nombor rujukan fail hendaklah ditulis di sebelah luar kulit hadapan dan
tajuknya dicatatkan di sebelah dalam kulit hadapan.

❖ Hanya tajuk fail “Terhad” sahaja boleh dicatatkan di sebelah luar kulit
hadapan.

46
perenggan 93 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

23
1/02/2021

TERHAD

WARNA KULIT FAIL RAHSIA BESAR


Berwarna kuning dengan
berpalang merah di sebelah
luar kulit hadapan dan
belakang.

Muka Hadapan Muka Belakang


47
perenggan 94 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

WARNA KULIT FAIL RAHSIA


Berwarna merah jambu
dengan berpalang merah di
sebelah luar kulit hadapan
dan belakang.

Muka Hadapan Muka Belakang


48
perenggan 94 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

24
1/02/2021

TERHAD

WARNA KULIT FAIL SULIT


Berwarna hijau.

Muka Hadapan Muka Belakang


49
perenggan 94 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

WARNA KULIT FAIL TERHAD


Berwarna putih.

Muka Hadapan Muka Belakang


50
perenggan 94 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

25
1/02/2021

TERHAD

PENYIMPANAN RAHSIA RASMI


RAHSIA RASMI HENDAKLAH DISIMPAN DALAM PETI-PETI KESELAMATAN
MENGIKUT PERINGKAT SEPERTI YANG BERIKUT :

a) Rahsia Besar - di dalam bilik kebal atau peti besi dipasang dengan
kunci tatakira.
- untuk simpanan sementara di dalam kabinet / almari
fail keluli yang dipasang dengan palang besi
berkunci.
- TETAPI jika bangunan yang diduduki itu tidak
mempunyai kawalan keselamatan rapi, dikembalikan
untuk disimpan dalam bilik kebal atau peti besi.
51
perenggan 100 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PENYIMPANAN RAHSIA RASMI


b) Rahsia - disimpan sama seperti rahsia rasmi yang
dikelaskan sebagai “Rahsia Besar” atau
dalam kabinet / almari fail keluli yang
dipasang dengan palang besi dan berkunci

b) Sulit dan Terhad - disimpan dalam kabinet / almari fail keluli dan
berkunci

52
perenggan 100 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

26
1/02/2021

TERHAD

PENGHANTARAN RAHSIA RASMI


BORANG JADUAL (Lampiran G) :

❖ Borang itu hendaklah diisi dalam dua salinan dan salinan


yang asal hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan
rahsia rasmi dan dimasukkan di dalam sampul surat yang
pertama.

❖ Resit akuan yang telah diterima balik hendaklah


dilekatkan kepada salinan Borang Jadual berkenaan dan
boleh dibinasakan selepas tempoh enam bulan.

53
perenggan 103 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PENGHANTARAN RAHSIA RASMI


SISTEM SATU LAPIS SAMPUL SURAT :

❖ Rahsia rasmi yang dihantar melalui “Sistem Peti atau Beg Berkunci”
dikehendaki menggunakan satu sampul surat sahaja.

❖ Sampul tersebut hendaklah ditandakan dengan peringkat keselamatan dan


nombor rujukan dokumen berkenaan serta nama dan alamat penerimanya
dan dimeterikan dengan meteri atau pelekat keselamatan pejabat yang
menghantar.

54
perenggan 105 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

27
1/02/2021

TERHAD

PENGHANTARAN SURAT TERPERINGKAT


Menggunakan peti/beg berkunci
RAHSIA KPKK (R) 600-1/1 (1)
URUSAN SERI PADUKA BAGINDA
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Bangunan Dato' Jaafar Muhammad
Kota Iskandar
79503 Iskandar Puteri
Johor Darul Ta’zim
RAHSIA

Sistem Satu Lapis Sampul Surat


55
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PENGHANTARAN RAHSIA RASMI


SISTEM DUA LAPIS SAMPUL SURAT :

❖ Rahsia rasmi yang tidak dihantar melalui “Sistem Peti atau Beg Berkunci” hendaklah
menggunakan dua lapis sampul surat.

❖ Sampul surat sebelah dalam hendaklah ditandakan dengan peringkat keselamatan dan
nombor rujukan dokumen berkenaan serta nama dan alamat penerimanya dan dimeterikan
dengan meteri atau pelekat keselamatan pejabat yang menghantar.

❖ Sampul surat tersebut kemudiannya hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat lain
yang bertulis nama dan alamat penerimanya sahaja dan dilekatkan dengan gam.

56
perenggan 106 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

28
1/02/2021

TERHAD

PENGHANTARAN MELALUI POS


Sistem Dua Lapis Sampul Surat
Sampul Luar Sampul Dalam
KPKK (S) 600-2/1 (2)
SULIT
URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor


Bangunan Dato' Jaafar Muhammad
URUSAN SERI PADUKA BAGINDA Kota Iskandar
79503 Iskandar Puteri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Johor Darul Ta’zim
SULIT
Bangunan Dato' Jaafar Muhammad
Kota Iskandar
79503 Iskandar Puteri
Johor Darul Ta’zim

57
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PENGHANTARAN RAHSIA RASMI


❖ Penghantaran rahsia rasmi dalam sesebuah pejabat

❖ Penghantaran ke lain jabatan dalam bangunan atau kawasan atau bandar


yang sama

❖ Penghantaran ke lain-lain tempat dalam Malaysia

❖ Penghantaran kepada penerima di luar Malaysia

58
perenggan 107 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

29
1/02/2021

TERHAD

MEMBAWA RAHSIA RASMI KE LUAR PEJABAT


❖ Rahsia rasmi tidak boleh dibawa keluar dari pejabat melainkan jika
dikehendaki untuk rujukan rasmi di tempat-tempat lain.

❖ Rahsia rasmi tidak boleh dibawa balik ke rumah melainkan dengan


kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan yang berkenaan.

59
perenggan 109 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PELEPASAN RAHSIA RASMI


❖ Pelepasan ke negara lain sama sekali tidak boleh disampaikan tanpa kebenaran
Kerajaan Malaysia.

❖ Pelepasan kepada mereka yang bukan dalam perkhidmatan kerajaan secara lisan
atau atas prinsip “Lihat dan Kembalikan” melalui kaedah seperti berikut :

a) rahsia rasmi yang minimum sahaja disampaikan.

b) penerima rahsia rasmi boleh dipercayai dan diberi kesedaran di atas keadaan rahsia
rasmi itu dan kepentingan menjaganya

c) penerima mempunyai persediaan yang cukup untuk menyimpannya dengan selamat.


60
perenggan 110 & 111 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

30
1/02/2021

TERHAD

PELEPASAN RAHSIA RASMI


❖ Apa-apa rahsia rasmi termasuk bagi tujuan siaran kepada orang ramai
hanya boleh disampaikan kepada pihak media massa dengan kebenaran
Ketua Jabatan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

❖ Sebelum sesuatu rahsia rasmi disampaikan kepada pihak media massa


untuk tujuan siaran kepada orang ramai, ia hendaklah dikelaskan semula
terlebih dahulu.

61
perenggan 112 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PEMUSNAHAN RAHSIA RASMI


❖ tidak boleh dimusnahkan melainkan mengikut arahan-arahan Kerajaan atau
arahan khas

❖ merujuk kepada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan dan Ketua


Pengarah Arkib Negara

62
perenggan 113 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

31
1/02/2021

TERHAD

PEMUSNAHAN RAHSIA BESAR


❖ Satu sijil pemusnahan “Rahsia Besar” hendaklah dikeluarkan dan dihantar
kepada pemula “Rahsia Besar”

❖ Dalam keadaan terkecuali iaitu peraturan ini tidak dapat dipatuhi misalnya
kerana pemula tidak wujud lagi, rujukan kepada Ketua Pengarah
Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat sebelum “Rahsia Besar” tersebut
dimusnahkan.

63
perenggan 114 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

CARA-CARA PEMUSNAHAN

Dikoyak kecil-kecil atau dirincih dengan


menggunakan mesin perincih

Dibakar mengikut peraturan-peraturan yang


selamat

Rujukan kepada Ketua Pengarah Keselamatan


Kerajaan untuk lain-lain cara pemusnahan

64
perenggan 115 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

32
1/02/2021

TERHAD

KEHILANGAN RAHSIA RASMI


❖ dicari dengan segera.
❖ dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan Jabatan atau Ketua Jabatan.
❖ menyiasat dan mengemukakan laporannya yang mengandung pandangan dan taksiran
bahaya terhadap keselamatan kepada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan dalam
tempoh 24 jam.
❖ Pemula rahsia rasmi tersebut hendaklah diberi maklum.
❖ Ketua Jabatan hendaklah mempertimbangkan sama ada tindakan tatatertib di bawah
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) yang sedang berkuat kuasa
atau penyiasatan di bawah Akta 88 perlu diambil.
❖ sekiranya disyaki sesuatu kesalahan jenayah telah berlaku, laporkan kepada balai polis
yang terdekat
65
perenggan 116 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

KESELAMATAN RAHSIA RASMI


DALAM PERSEKITARAN ICT

66
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

33
1/02/2021

TERHAD

PENGENDALIAN MAKLUMAT DALAM PERSEKITARAN ICT


Penyimpanan Rahsia Rasmi

Penyimpanan rahsia rasmi dalam persekitaran ICT hendaklah dilindungi


secara fizikal dan logikal mengikut perkembangan teknologi dan arahan-
arahan Kerajaan dari semasa ke semasa.

67
perenggan 129 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PENGENDALIAN MAKLUMAT DALAM PERSEKITARAN ICT


Perlindungan Mobile Computing

❖ Pengguna kemudahan pengkomputeran bergerak (mobile computing) dalam


memproses rahsia rasmi di luar pejabat hendaklah memastikan supaya ia sentiasa
dilindungi daripada kehilangan dan kerosakan serta maklumat yang terkandung di
dalamnya tidak dikompromi.

❖ Pengguna kemudahan pengkomputeran bergerak juga perlu memastikan


pelaksanaan langkah kawalan keselamatan bagi perlindungan fizikal, kawalan
akses, capaian, sandaran data (back up data) dan perlindungan daripada
serangan perisian hasad (malware).
68
perenggan 132 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

34
1/02/2021

TERHAD

PENGENDALIAN MAKLUMAT DALAM PERSEKITARAN ICT


Penghantaran Maklumat Rahsia Rasmi Melalui E-mel Dan Saluran Komunikasi Lain
❖ Semua hubungan komunikasi jabatan seperti e-mel rasmi, pesanan segera
(instant messaging), persidangan web (web conferencing), perkongsian sumber
(shared resources), rangkaian tanpa-wayar (wireless) dan seumpamanya perlu
dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan.

❖ Maklumat rahsia rasmi hendaklah disediakan dalam bentuk fail kepilan


(attachment) dan disulitkan (encrypted) sebelum dihantar kepada penerima.

❖ Penggunaan e-mel peribadi untuk urusan rahsia rasmi adalah dilarang sama
sekali.
69
perenggan 134 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PENGENDALIAN MAKLUMAT DALAM PERSEKITARAN ICT


Siaran Rahsia Rasmi Dalam Media Elektronik

Rahsia rasmi tidak boleh disiarkan dalam mana-mana media elektronik


kecuali dengan tujuan siaran kepada orang ramai dengan kebenaran Ketua
Jabatan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

70
perenggan 136 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

35
1/02/2021

TERHAD

PENGENDALIAN MAKLUMAT DALAM PERSEKITARAN ICT


Peraturan membawa keluar maklumat rahsia rasmi dalam media storan elektronik

Media storan elektronik yang mengandung maklumat-maklumat rahsia rasmi


tidak boleh dibawa keluar dari pejabat melainkan peraturan-peraturan berikut
dipatuhi:

a) mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan;


b) semua maklumat perlu melalui proses enkripsi; dan
c) peralatan-peralatan tersebut hendaklah disimpan mengikut tatacara
penyimpanan dokumen rahsia rasmi.
71
perenggan 138 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PENGENDALIAN MAKLUMAT DALAM PERSEKITARAN ICT


Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
• Penyimpanan maklumat Rahsia Rasmi dalam pengkomputeran awan (cloud computing)
tertakluk kepada perenggan 139, Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017) :
✓ hanya yang dibangunkan dan dibenarkan oleh Kerajaan; dan
✓ tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

• Penggunaan cloud computing yang


disediakan oleh perkhidmatan luar adalah
tidak dibenarkan bagi penyimpanan
maklumat rahsia rasmi.
72
perenggan 139 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

36
1/02/2021

TERHAD

KEHILANGAN DAN KEBOCORAN RAHSIA RASMI DALAM


PERSEKITARAN ICT
❖ Kehilangan peralatan yang mengandung rahsia rasmi dalam persekitaran
ICT, termasuklah yang disimpan di dalam peralatan komunikasi dan peranti
elektronik, merupakan insiden keselamatan dan perlu dilaporkan
sebagaimana kehilangan dokumen rahsia rasmi.

73
perenggan 140 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

PEMUSNAHAN RAHSIA RASMI DALAM PERSEKITARAN ICT


❖ Jabatan hendaklah mendapatkan khidmat nasihat daripada Ketua Pengarah
Keselamatan Kerajaan dan Ketua Pengarah Arkib Negara.

❖ Peralatan yang mengandung rahsia rasmi hendaklah dimusnahkan


mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan dan dilakukan di bawah
penyeliaan pegawai awam yang dibenarkan untuk mengendalikan rahsia
rasmi tersebut.

❖ Semua pemusnahan rahsia rasmi dan peralatannya hendaklah direkodkan.

74
perenggan 143 & 144 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

37
1/02/2021

TERHAD

KESELAMATAN PERIBADI

75
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

AKUAN PEGAWAI AWAM


❖ Semua pegawai awam dalam perkhidmatan tetap, sementara atau kontrak
yang perlu mengetahui rahsia rasmi dikehendaki menandatangani satu
borang akuan sebagaimana borang pada Lampiran ‘C’ sebelum mereka
dibenarkan mengakses rahsia rasmi.

❖ Borang yang sama dikehendaki ditandatangani setiap tahun sebagai


peringatan. Akuan-akuan yang telah ditandatangani dan disaksikan
hendaklah disimpan di dalam fail peribadi pegawai berkenaan. Semua
pegawai awam yang meninggalkan perkhidmatan awam juga dikehendaki
menandatangani satu akuan sebagaimana borang pada Lampiran ‘D’.
76
perenggan 150 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

38
1/02/2021

TERHAD

PERANAN KETUA JABATAN MELINDUNGI RAHSIA RASMI


❖ Ketua Jabatan hendaklah memastikan mana-mana komuniti keselamatan
dan mana-mana pihak lain yang berurusan dengan perkhidmatan awam
dan yang berkhidmat di kediaman rasmi Kerajaan dimaklumi mengenai
tanggungjawab untuk melindungi rahsia rasmi mengikut peruntukan
berkaitan di bawah Akta 88.

❖ Komuniti keselamatan berkenaan dan pihak-pihak lain tersebut hendaklah


menandatangani Perakuan Rahsia Rasmi sebagaimana borang pada
Lampiran ‘E’ dan Lampiran ‘F’ apabila tamat kontrak perkhidmatan dengan
Kerajaan.
77
perenggan 151 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

TAPISAN KESELAMATAN
❖ Satu proses yang dapat membantu menentang kegiatan-kegiatan subversif,
espionaj, sabotaj dan keganasan sama ada dari dalam atau luar negara.

❖ Proses ini mampu mengenal pasti kelemahan keperibadian pegawai awam,


komuniti keselamatan termasuklah mereka yang berurusan dengan mana-
mana pihak yang mempunyai kepentingan kepada Kerajaan.

❖ Proses ini juga bagi mengenal pasti pendedahan tanpa kebenaran terhadap
rahsia rasmi kepada pihak negara asing atau ejen-ejen mereka dan pihak-
pihak yang tidak diberikan kebenaran.

78
perenggan 152 & 153 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

39
1/02/2021

TERHAD

JENIS TAPISAN KESELAMATAN


Terdapat dua (2) jenis tapisan keselamatan iaitu:

a) Tapisan Keselamatan Halus


b) Tapisan Keselamatan Kasar

79
perenggan 154 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

TAPISAN KESELAMATAN HALUS


Tapisan Keselamatan Halus ialah proses teliti yang digunakan bagi menapis
pegawai awam, komuniti keselamatan dan pihak-pihak lain yang berurusan
dengan perkhidmatan awam atau yang berkhidmat di kediaman rasmi
Kerajaan sama ada dari dalam atau luar negara yang dikehendaki melihat
rahsia rasmi pada peringkat “Rahsia” atau “Rahsia Besar” atau perkara-
perkara yang boleh memudaratkan keselamatan perlindungan.

80
perenggan 155 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

40
1/02/2021

TERHAD

TAPISAN KESELAMATAN KASAR


Tapisan Keselamatan Kasar ialah proses asas yang digunakan bagi menapis
pegawai awam, komuniti keselamatan termasuklah mereka yang berurusan
dengan mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan kepada Kerajaan di
pepasangan Sasaran Penting, Kawasan Larangan dan Tempat Larangan dan
pihak-pihak lain yang berurusan dengan perkhidmatan awam atau yang
berkhidmat di kediaman rasmi Kerajaan sama ada dari dalam atau luar negara
yang dikehendaki melihat rahsia rasmi setakat peringkat “Sulit” atau perkara-
perkara yang boleh menjejaskan keselamatan perlindungan.

81
perenggan 156 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

TAPISAN KESELAMATAN SEMULA


❖ Tapisan Keselamatan Semula ialah proses tapisan keselamatan yang
dilaksanakan bagi menapis semula pegawai awam, komuniti keselamatan
dan pihak-pihak lain yang berurusan dengan perkhidmatan awam atau
yang berkhidmat di kediaman rasmi Kerajaan sama ada dari dalam atau
luar negara bagi memastikan impak keselamatan perlindungan sepanjang
masa yang optimum dan berterusan.

❖ Oleh sebab faktor kelemahan peribadi dan sifat manusia, Tapisan


Keselamatan Semula dilaksanakan selepas lima (5) tahun atau mengikut
keperluan keselamatan bagi menjamin kesetiaan, keutuhan dan integriti
seseorang sepanjang perkhidmatannya.
82
perenggan 157 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

41
1/02/2021

TERHAD

KUASA PUSAT URUSAN TAPISAN KESELAMATAN


❖ Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan adalah menjadi kuasa pusat mengenai
dasar dan pengurusan tapisan keselamatan.

❖ Semua urusan tapisan keselamatan hendaklah dirujuk kepada Ketua Pengarah


Keselamatan Kerajaan.

❖ Keputusan tapisan keselamatan boleh juga dikeluarkan oleh jabatan-jabatan lain


dengan kebenaran kuasa pusat.

❖ Tapisan keselamatan dijalankan melalui kerjasama strategik bersama Polis Diraja


Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
83
perenggan 159 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

REKOD KEPUTUSAN TAPISAN KESELAMATAN


❖ Ketua-ketua Jabatan hendaklah menentukan semua keputusan tapisan
keselamatan dicatatkan ke dalam Buku Perkhidmatan semua pegawai awam.

❖ Keputusan terhadap pegawai awam yang tidak mempunyai catatan buruk


hendaklah direkodkan “Tiada apa-apa yang buruk diketahui setakat ini” dan
keputusan terhadap mereka yang mempunyai catatan buruk hendaklah
direkodkan “Rujukan kepada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan hendaklah
dibuat untuk penerangan lanjut”.

❖ Semua rekod keputusan hendaklah mengandung rujukan serta tarikh surat


keputusan tapisan keselamatan yang diperoleh dari Ketua Pengarah Keselamatan
Kerajaan.
84
perenggan 161 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

42
1/02/2021

TERHAD

TIDAK BERHAK MELIHAT SECARA AUTOMATIK SELEPAS


TAPISAN KESELAMATAN

Seseorang yang telah lulus tapisan keselamatan tidak berhak


melihat semua rahsia rasmi secara automatik tetapi hanya setakat
yang perlu untuk membolehkannya menjalankan kewajipan-
kewajipannya.

85
perenggan 162 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

JAWATAN KESELAMATAN BERJADUAL


❖ Ketua-ketua Jabatan bertanggungjawab untuk melantik pegawai atau kakitangan
sebagai pemegang Jawatan Keselamatan Berjadual.
❖ Ketua Jabatan perlu menyelenggara dan mengemas kini fail mengandung satu
senarai yang lengkap mengenai semua Jawatan Keselamatan Berjadual dan
pemegang jawatan tersebut dalam jabatan masing-masing.
❖ Salinan senarai serta apa-apa cadangan perubahan mengenai Jawatan
Keselamatan Berjadual itu sendiri ataupun pemegangnya hendaklah dihantar
kepada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan.
❖ Semua pemegang Jawatan Keselamatan Berjadual mestilah menjalani tapisan
keselamatan.
86
perenggan 163 “LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

43
1/02/2021

TERHAD

SOALAN ?

87
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

TERHAD

SEKIAN, TERIMA KASIH.

88
“LINDUNGI ASET NEGARA” TERHAD

44

You might also like