You are on page 1of 50

KAWALAN RAHSIA

KERAJAAN

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA


MAKTAB PERGURUAN PERLIS, PERLIS
RAHSIA RASMI
Apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual
dan apa-apa maklumat dan bahan
berhubungan dengannya dan termasuklah apa-
apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain
sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai
“Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”,
mengikut mana yang berkenaan, oleh seorang
Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri
sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai
awam yang dilantik di bawah seksyen 2B Akta
Rahsia Rasmi 1972.
PERKARA DALAM JADUAL
 Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan
Jemaah Menteri termasuklah juga suratan,
rekod keputusan dan pertimbangan jawatan-
jawatankuasa Jemaah Menteri;
 Suratan rekod keputusan dan pertimbangan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
termasuklah juga suratan, rekod keputusan
dan pertimbangan jawatankuasa-
jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri;
 Suratan berkenaan dengan
keselamatan negara, pertahanan dan
perhubungan antarabangsa.
RAHSIA BESAR

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan


bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa
kebenaran akan menyebabkan kerosakan
yang amat besar kepada Malaysia.
RAHSIA
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan
bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa
kebenaran akan membahayakan
keselamatan negara, menyebabkan
kerosakan besar kepada kepentingan dan
martabat Malaysia atau memberi
keuntungan besar kepada sesebuah
kuasa asing.
SULIT
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan
bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa
kebenaran walaupun tidak
membahayakan keselamatan negara
tetapi memudaratkan kepentingan atau
martabat Malaysia atau kegiatan
Kerajaan atau orang perseorangan atau
akan menyebabkan keadaan memalukan
atau kesusahan kepada pentadbiran atau
akan menguntungkan sesebuah kuasa
asing.
TERHAD
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan
bahan rasmi selain daripada yang
diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau
Sulit tetapi berkehendakkan juga diberi
satu tahap perlindungan keselamatan.
ANCAMAN
ESPIONAJ / SPY
 Kegiatan untuk memperolehi perkara
terperingkat dengan cara tersembunyi
atau salah di sisi undang-undang bagi
tujuan untuk memudaratkan
keselamatan atau kepentingan-
kepentingan Malaysia, kegiatan
subversif atau kegiatan sabotaj.
KELEMAHAN-KELEMAHAN MANUSIA
 Kelemahan-kelemahan manusia kerapkali
menyebabkan berlakunya pelanggaran
keselamatan. Kelemahan ini termasuklah:

1. Sikap suka menunjuk-nunjuk atau bangga diri


2. Kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan
3. Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau tempat-
tempat awam mengenai perkara terperingkat
4. Ketagih minuman keras atau dadah.
Selain dari itu, ancaman juga mungkin
berlaku ketika seseorang itu terdesak
kerana berhutang, rasuah dan
sebagainya.
KAWALAN
 Akta Rahsia Rasmi 1972
 Arahan Keselamatan
 Pekeliling-Pekeliling Keselamatan
 Kursus-kursus dan ceramah-ceramah
keselamatan
AKTA RAHSIA RASMI 1972
(AKTA 88)
Berhubungan dengan perlindungan rahsia
rasmi iaitu untuk memelihara perkara
rasmi daripada jatuh ke tangan orang
yang tidak dibenarkan. Akta ini juga
bertujuan untuk mencegah kelalaian dan
juga untuk menghalang apa-apa bantuan
haram yang sengaja diberikan kepada
agensi negara asing atau subversif.
Seksyen 8: Menyampaikan, dsb.,
rahsia rasmi dengan salah.
(1) Jika seseorang yang ada dalam miliknya
atau kawalannya rahsia rasmi atau sesuatu
perkataan kod, isyarat timbal atau kata jodoh
rasmi yang rahsia melakukan mana-mana
daripada yang berikut-
(i) menyampaikan secara langsung atau
secara tidak langsung sesuatu maklumat
atau benda tersebut kepada sesuatu negeri
asing atau kepada seseorang lain secara
salah;
(ii) menggunakan sesuatu rahsia rasmi atau
benda seperti tersebut di atas untuk faedah
sesuatu negeri asing;
(iii) menyimpan dalam milik atau kawalannya
mana-mana benda seperti tersebut diatas
manakala dia tidak berhak menyimpannya,
atau berlawanan dengan kewajipannya bagi
menyimpannya, atau tidak mematuhi segala
arahan yang sah yang dikeluarkan oleh
pihak berkuasa yang sah berkenaan dengan
pemulangan atau pelupusan benda itu; atau
(iv) tidak menjaga dengan cara yang berpatutan,
atau bertingkahlaku sehingga membahayakan
keselamatan atau kerahsiaan, sesuatu rahsia rasmi
atau benda seperti tersebut di atas,

maka orang itu adalah melakukan suatu


kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara
selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun
tetapi tidak melebihi tujuh tahun.
ARAHAN KESELAMATAN
 Arahan yang dikeluarkan oleh Jemaah
Menteri mengenai peraturan-peraturan
kawalan keselamatan perlindungan.
 Tiga bentuk keselamatan:
 Keselamatan Fizikal
 Keselamatan Dokumen
 Keselamatan Peribadi
KESELAMATAN FIZIKAL
Langkah-langkah keselamatan terhadap
sesebuah bangunan hendaklah diambil
bagi menghalang orang yang tidak
dibenarkan daripada dapat melihat,
mendengar dan memperolehi perkara-
perkara terperingkat dari luar atau dalam
dengan cara memasuki pejabat/bangunan
secara haram.
Langkah-langkah tersebut termasuklah:
a) mengadakan pagar dan lampu
keselamatan;
b) menghadkan jalan keluar masuk dan
mengadakan kaunter-kaunter;
c) memperkukuhkan tingkap-tingkap dan
pintu-pintu serta dilengkapi dengan kunci
keselamatan yang bermutu;
d) memperkukuhkan dinding dan siling;
e) mengawal kunci-kunci keselamatan;
f) mengawal mesin-mesin penyalin;
g) menyediakan tempat atau bilik khas
untuk pelawat
h) memasang alat-alat pengalisan bunyi,
kad ekses, CCTV, penggera ceroboh
dan lain-lain alat
i) mewujudkan perkhidmatan
pengawalan keselamatan;
j) mewujudkan penggunaan sistem pas
keselamatan.
KESELAMATAN DOKUMEN

Memastikan keselamatan dokumen


termasuk bahan dan maklumat
terperingkat / sensitif / bernilai.
PENGURUSAN DOKUMEN
TERPERINGKAT
 satu sistem bagi menerima,
memproses, menyimpan dan
menghantar dokumen terperingkat perlu
diwujudkan (Pendaftaran Rahsia)
 diselia oleh seorang penjawat awam
yang berjawatan tetap (Pendaftar
Rahsia)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB
PENDAFTAR RAHSIA
 menyimpan satu rekod yang peringkat tidak rendah
daripada “SULIT”;
 menerima dan memproses dokumen terperingkat dan
mengedar kepada pegawai;
 menghantar dokumen terperingkat dengan selamat dan
diterima;
 menyelengara satu sistem pergerakan fail terperingkat
dan membuat audit fail berkala;
 bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua Jabatan
tentang keselamatan Pendaftaran Rahsia termasuk
penyimpanan.
PERINGKAT KESELAMATAN
 Peraturan bagi melindungi keselamatan
maklumat adalah ditetapkan mengikut
tafsiran semua perkara terperingkat
 Peraturan memperingkatkan dokumen:
a) peringkat dokumen bergantung kepada
kandungan dan tidak kepada peringkat
fail. Dokumen di atas perkara yang sama
tidak semestinya diberi peringkat yang
sama dengan peringkat dokumen yang
terdahulu;
b) peringkat bagi dokumen tidak bergantung
kepada perkara utama. Sesuatu
dokumen yang tidak terperingkat
mungkin mengandungi maklumat yang
perlu diperingkatkan;
c) maklumat terkumpul yang diperolehi
daripada beberapa dokumen
memerlukan peringkat yang lebih tinggi
daripada peringkat sesuatu dokumen;
d) peringkat dokumen yang mempunyai
lampiran mestilah diperingkatkan dengan
peringkat dengan peringkat lampiran
yang tertinggi;
e) pemula dokumen hendaklah menentukan
kesan sekiranya dokumen dikompromi,
sebelum memberi sesuatu peringkat
kepada sesuatu dokumen;
f) penggunaan peringkat keselamatan yang
betul amat penting agar semua
peraturan-peraturan dalam
penyelenggaraan dan penggunaannya
tidak membebankan setiap orang yang
terlibat;
g) peringkat bagi sesuatu fail tidak boleh
rendah daripada peringkat dokumen yang
tertinggi sekali yang terkandung dalam
sesuatu fail. Peringkat fail perlu lebih
tinggi daripada peringkat dokumen jika
maklumat di dalamnya memerlukan
peringkat yang lebih tinggi.
PENYIMPANAN PERKARA
TERPERINGKAT
Perkara terperingkat hendaklah disimpan
di dalam peti-peti keselamatan yang
sewajar dengan peringkatnya iaitu:
1. Rahsia Besar
 disimpan didalam bilik kebal atau peti
besi yang seelok-eloknya dipasang
dengan kunci tatakira.
2. Rahsia
 disimpan sama seperti peringkat Rahsia
Besar atau dalam kabinet keluli atau
almari keluli yang dipasang dengan
palang besi berkunci.
3. Sulit & Terhad
 disimpan dalam kabinet keluli atau almari
keluli.
PENGHANTARAN
 sedia slip akuan terima dan rekod
 sampul surat dilakri dengan meteri
pejabat
 kaedah penghantaran - dengan
tangan/pos
PENGHANTARAN SURAT
TERPERINGKAT
Menggunakan Peti/beg
berkunci
•guna borang akuan
ter
terimima
SULIT
•sa
sattuu sampul surat
•di
dittaannddaa dengan
nombor rujukan,nama
SULIT
dan ala alam mat penerima
ma
•di krrii dengan meteri
dillaak
pejabat

Satu lapis sampul surat


PENGHANTARAN MELALUI POS
SISTEM DUA LAPIS SAMPUL SURAT
SAMPUL DALAM
URUSAN SERI PADUKA BAGINDA
RAHSIA

PKK SL 512/I2 (99)


SAMPUL LUAR
Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN
URUSAN SERI PADUKA BAGINDA PEJABAT SUK SELANGOR
TINGKAT 19 BANGUNAN SSAAS,
40000 SHAH ALAM
SELANGOR

RAHSIA
Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN
PEJABAT SUK SELANGOR
TINGKAT 19 BANGUNAN SSAAS,
40000 SHAH ALAM
SELANGOR

Bahagian Belakang
LANGKAH KESELAMATAN
DOKUMEN
 Ditanda peringkatnya
 Diperingkat mengikut kandungan
 Hak melihat terhad kepada yang wajib
 Direkod setiap masa
 Diproses mengikut peraturan
 Dihantar secara selamat
 Disimpan dalam peti-peti keselamatan
mengikut peringkatnya
 Buangan dimusnahkan secara koyak kecil-
kecil atau diricih dan dibakar
 Kehilangan dilaporkan dengan segera.
EKSES
guna prinsip ‘Perlu Mengetahui’
hadkan hanya kepada yang dibenarkan
sahaja

KEHILANGAN
dicari dengan segera dan dilapor
pemula dimaklum supaya taksiran risiko
dibuat
KESELAMATAN PERIBADI
Memastikan bahawa seseorang yang
disyaki tidak setia dan
kepercayaannya meragukan tidak
akan diterima menjawat sebarang
pekerjaan atau dilanjutkan dalam
perkhidmatan yang membolehkan ia
melibatkan diri dalam urusan rahsia
rasmi.
LANGKAH-LANGKAH
MENCEGAH
1. Tapisan Keselamatan (Security
Vetting)
2. Menandatangani Borang Perakuan
Akta Rahsia Rasmi 1972
3. Pendidikan
4. Prinsip Perlu Mengetahui
TAPISAN KESELAMATAN
Satu proses memeriksa latarbelakang
penjawat awam untuk menentang
kegiatan subversif, espionaj dan sabotaj.
Proses ini mengandungi 2 jenis iaitu:
1. Tapisan Keselamatan Kasar
 Proses yang asas digunakan bagi
menapis penjawat-penjawat awam yang
dikehendaki melihat perkara
terperingkat setakat peringkat “Sulit”;
2. Tapisan Keselamatan Halus
 Proses yang teliti digunakan bagi
menapis penjawat awam yang sentiasa
dikehendaki melihat perkara terperingkat
“Rahsia” atau “Rahsia Besar”.
BORANG PERAKUAN ARR 1972

Tiap-tiap penjawat awam dalam perkhidmatan


sementara atau tetap yang memerlukannya
mengetahui perkara terperingkat adalah
dikehendaki menandatangani satu borang
akuan sebelum mereka dibenarkan
mengetahuinya. Borang ini dikehendaki
ditandatangani setiap tahun sebagai
peringatan. Apabila berhenti dari perkhidmatan
kerajaan, penjawat tersebut juga dikehendakai
menandatangani satu akuan yang akhir.
PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan asas bagi
keselamatan yang baik. Satu cara yang
paling berkesan ialah dengan
memasukkan syarahan-syarahan
keselamatan perlindungan ke dalam
kurikulum kursus-kursus di semua pusat
latihan Kerajaan.
PRINSIP PERLU MENGETAHUI
Perkata terperingkat terutama sekali
Rahsia Besar dan Rahsia tidak boleh
disampaikan kepada sesiapa selain
mereka yang betul-betul memerlukannya
untuk menjalankan tugas. Prinsip “Perlu
Mengetahui” hendaklah digunakan dalam
apa keadaan sekalipun apabila
menimbang soal penyampaian perkara
terperingkat kepada orang lain.
PELANGGARAN
Pelanggaran keselamatan berlaku apabila
ekses kepada perkara terperingkat
menjadi terdedah kepada orang-orang
yang tidak dibenarkan.
Kecuaian dan kelalaian yang kerapkali
membawa kepada pelanggaran
keselamatan adalah termasuk:
bercakap mengenai perkara terperingkat
melaui telefon dan tempat awam atau
menyampaikan maklumat terperingkat
kepada sahabat atau saudara mara
yang tidak dibenar mengetahuinya;
 mengurus perkara terperingkat dengan cara
yang tidak dibenarkan seperti gagal
mematuhi sistem yang betul;
 membenarkan orang yang tidak dibenar
ekses menguruskan perkara terperingkat
atau mendedahkan perkara terperingkat
kepada orang yang tidak dibenarkan seperti
meninggalkan perkara terperingkat di pejabat
yang tidak dikunci;
 menyimpan perkara terperingkat dalam laci
meja atau peti-peti yang tidak dibenarkan
atau gagal mengunci peti-peti keselamatan
yang mengandungi perkara terperingkat
apabila meninggalkan pejabat;
 gagal menggunakan prinsip Perlu
Mengetahui;
 memusnahkan buangan terperingkat dengan
cara-cara yang tidak dibenarkan atau cuai
mengendalikannya;
 kecuaian pengawal keselamatan
menjalankan kewajipan mereka.
PENDAKWAAN

Pendakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi


1972 atau tindakan tatatertib boleh diambil
di dalam semua kecuaian, kelalaian dan
pelanggaran keselamatan.
“Keselamatan Perlindungan
merupakan satu daripada
komponen penting dalam
pengurusan organisasi yang perlu
diberikan penekanan oleh
setiap anggota Perkhidmatan
Awam tidak kira peringkat mana
mereka berada dalam sesebuah
organisasi”
BOCOR RAHSIA KERAJAAN
SATU ANCAMAN - PM
“Kakitangan Kerajaan yang
didapati membocorkan rahsia
kerajaan merupakan satu
ancaman kepada keselamatan
dan kestabilan negara.”
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like