You are on page 1of 28

Garis Panduan

PENGUATKUASAAN
AKTA PENAPISAN

FILEM
2002 (Akta 620)
Teks / Text
Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan
Kementerian Dalam Negeri

Rekaletak / Layout
Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Diterbitkan oleh / Published by


Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok D2, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 W.P. Putrajaya.

Cetakan Pertama 2011


Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
iii

KANDUNGAN
GARIS PANDUAN PENGUATKUASAAN AKTA
PENAPISAN FILEM 2002 (AKTA 620)

PRAKATA KSU v
VISI, MISI & OBJEKTIF KEMENTERIAN vi
VISI, MISI, OBJEKTIF & STRATEGI BAHAGIAN viii
PENDAHULUAN 1
ADUAN 2
PEMERIKSAAN 4
OPERASI 6
TANGKAPAN 8
SIASATAN 9
KOMPAUN 10
PENDAKWAAN 11
KESALAHAN DAN HUKUMAN DI BAWAH AKTA 11
PENAPISAN FILEM 2002
ALAMAT-ALAMAT BKF CAWANGAN 17
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
v

Prakata
vi
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI


VISI

PENERAJU KESELAMATAN DALAM NEGERI


MISI

MENTADBIR URUS KESELAMATAN DALAM NEGERI UNTUK


MENJAMIN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

• INTEGRITI
TERAS

• KUALITI
• INOVASI
• PROFESIONALISME
• ESPRIT de CORPS

1. Memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam


sentiasa terjamin dan terpelihara melalui kemantapan
OBJEKTIF

tindakan penguatkuasaan undang-undang dan kecekapan


pelaksanaan dasar-dasar bagi program-program yang
berorientasikan perkhidmatan teras KDN. Pengukuran
atau penilaian ini perlu berdasarkan indeks jenayah,
penyalahgunaan dadah, penerbitan, filem, pertubuhan,
kewarganegaraan, pekerja asing dan pendatang asing
tanpa izin (PATI).

2. Memastikan rakyat melibatkan diri dalam program-


program kesedaran dan pencegahan untuk meningkatkan
tahap pengetahuan, kesedaran dan penglibatan orang
awam tentang kepentingan keselamatan negara dan
ketenteraman awam.
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
vii
OBJEKTIF
3. Meningkatkan keberkesanan program-program rawatan dan
pemulihan bagi penagihan dadah dan pesalah undang-
undang. Tindakan-tindakan pencegahan juga dilaksanakan
untuk mempastikan apa jua niat jahat, ancaman musuh
dan kacau bilau dapat dibendung.

4. Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti


secara cekap dan berkesan kepada pelanggan yang
melibatkan urusan-urusan penting seperti pendaftaran
pengenalan diri, pasport, pendaftaran pertubuhan,
penerbitan, mesin cetak, agensi persendirian, senjata
api, filem dan teks Al-Quran.

5. Menjalin kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan


agensi-agensi Kerajaan yang lain dan Badan-badan Bukan
Kerajaan (NGO) serta Badan-badan Antarabangsa yang
terlibat untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman
awam.

6. Memantapkan hubungan kerjasama dan kolaborasi


dalaman antara Bahagian-Bahagian dan Jabatan / Agensi
di bawah KDN.

7. Memantapkan mekanisme pentadbiran, sistem pengurusan


kewangan, pembangunan sumber manusia, penggunaan
ICT, perolehan dan pembangunan infrastruktur dalam
menyumbang kepada usaha KDN seiring dengan kemajuan
teknologi, pertumbuhan sosioekonomi dan keperluan negara
semasa serta pencapaian matlamat Pelan Strategik Tujuh
(7) Tahun KDN (2009 – 2015).
viii
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

BAHAGIAN KAWALAN PENAPISAN


FILEM DAN PENGUATKUASAAN
PENGENALAN

Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan


adalah satu bahagian di Kementerian Dalam Negeri
yang dipertanggungjawabkan untuk menapis filem dan
menguatkuasakan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

Menguruskan Penapisan Filem dan Bahan Publisiti Filem


VISI

serta melaksanakan penguatkuasaan dengan cekap dan


berkesan

Memartabatkan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan


MISI

Penguatkuasaan sebagai badan penapisan filem dan


penguatkuasaan yang berwibawa
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
ix
OBJEKTIF

Berusaha mencegah segala bentuk aktiviti mengedar, menjual,


mempamer, menyewa, menyalin atau memiliki filem-filem
lucah atau filem-filem tanpa Perakuan ‘B’ atau memiliki
bahan-bahan Publisiti Filem yang tidak diluluskan oleh
Lembaga Penapisan Filem.

Menjalankan pendakwaan dengan membawa individu,


pertubuhan, badan-badan serta syarikat yang melanggar
peruntukan di bawah Akta Penapisan 2002 (Akta 620) ke
muka pengadilan.

Memberi kesedaran kepada masyarakat, pengusaha industri


filem, pengedar, penjual dan yang lain berkepentingan
mengenai peruntukan-peruntukan dan peraturan yang perlu
dipatuhi dari masa ke semasa.
STRATEGI

Misi, Visi dan Objektif Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan


Penguatkuasaan ini dapat dicapai melalui beberapa strategi yang
telah dirancang seperti pendidikan pencegahan, penguatkuasaan,
kajian dan penyelidikan serta penapisan filem
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
1

PENDAHULUAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada orang


awam berkaitan tugas tugas yang dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa
Bahagian Kawalan Penapisan Filem dalam menguatkuasakan Akta
Penapisan Filem 2002.

Diharapkan dengan adanya garis panduan ini, orang awam dapat


didedahkan dengan tatacara dan prosedur yang dijalankan oleh
pegawai- pegawai penguatkuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem
serta membantu pegawai-pegawai penguatkuasa agar menjalankan
tugas berdasarkan arahan Tetap Penguatkuasa (S.O.P)

Melalui Kuasa khas Menteri seperti yang diperuntukan di dalam


Seksyen 29, Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620), Pegawai-
Pegawai Penguatkuasa yang dilantik bertujuan menguatkuasakan
akta tersebut. Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) membolehkan
Pegawai Penguatkuasa menyiasat, menggeledah, menyita, memeriksa
dan menangkap orang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah
akta ini dan mendakwanya di Mahkamah.

TAHUKAH ANDA

• Memiliki, menyebar, menayang, mengedar, mempamerkan, membuat,


mengeluarkan, menjual atau menyewa filem-filem lucah atau filem yang tidak
diluluskan serta filem yang tiada perakuan ‘B’ adalah merupakan kesalahan
di bawah Akta Penapisan 2002.

• Muat turun filem lucah atau filem yang bertentangan dengan kesopanan awam
atau filem yang belum diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem merupakan
kesalahan di bawah Akta Penapisan 2002.
2
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

ADUAN

1. Orang awam boleh memberi maklumat atau membuat aduan


kepada Bahagian Kawalan Filem.

Aduan*
Lisan
Telefon (Hadir ke Pejabat)

SMS Email
Pos
* Rujuk mukasurat 27-28 untuk aduan

PROSES ADUAN

Terima Aduan

Rekod Dalam Borang Aduan

Serah Kepada Pegawai Atasan/Ketua


Cawangan/Timbalan Ketua Cawangan

Arahan Untuk Risikan/Operasi

Lapor Maklumbalas Kepada


Pemberi Maklumat
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
3

BUTIR-BUTIR ADUAN

Nama dan
alamat
pengadu

Butiran
Tempat/lokasi pemilik
kejadian premis
Butir-Butir
Aduan

Kesalahan Masa aktiviti


beroperasi

“MAKLUMAT ANDA ADALAH RAHSIA”


4
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

PEMERIKSAAN

1. Semasa menjalankan tugas pemeriksaan pegawai penguatkuasa


terikat dengan Arahan Tetap Penguatkuasa (SOP), Akta Penapisan
Filem 2002, Kanun Acara Jenayah dan Perlembagaan Malaysia.
Pemeriksaan boleh dibuat dengan waran geledah atau tanpa
waran jika dikhuatiri permohonan waran boleh melengahkan
perlaksanaan pemeriksaan.

Perkara yang perlu dibuat oleh Pegawai penguatkuasa


semasa menjalankan tugas pemeriksaan:
• Memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa.
• Pemunya boleh meminta Pegawai Penguatkuasa menunjukkan Kad
Kuasa dan bertanya soalan adakah pemeriksaan dengan waran atau
tanpa waran.
• Pemunya (tuan punya) / wakil tuan punya / pekerja / agen perlu hadir
bersama semasa aktiviti pemeriksaan dibuat.
• Memeriksa dokumen yang berkaitan dengan maklumat perniagaan
seperti lesen Finas, lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
dan lesen dari Pendaftar Pertubuhan berkaitan dengan premis seperti
bil air, bil TNB, Cukai Tanah dan Cukai Pintu.
• Memeriksa dokumen yang berkaitan dengan pengenalan diri seperti
Kad Pengenalan, Surat Beranak, Passport dan sebagainya.
• Memeriksa bahan publisiti filem serta tanda kelulusan bahan publisiti
filem berkenaan.
• Memeriksa filem serta tanda kelulusan filem seperti Perakuan A,
Perakuan B.
• Memeriksa pengelasan sesuatu filem.
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
5

• Memeriksa ruangan premis, kaunter, beg, kenderaan, dan mana-


mana tempat yang disyaki terdapat maklumat atau bahan yang
melanggar Akta Penapisan Filem 2002.
• Merekodkan semua butiran berhubung pemeriksaan seperti
maklumat pemunya, maklumat perniagaan, maklumat premis dan
hasil pemeriksaan di dalam borang senarai semak.

CONTOH PERAKUAN ‘B’

TANDA KELULUSAN (KETULENAN)

TULEN KPDNKK ORIGINAL


6
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

TANDA KELULUSAN (BAHAN PUBLISITI)

OPERASI
OPERASI
Jenis-Jenis Operasi Ulasan
1. Operasi berdasar Dijalankan berdasarkan maklumat serta aduan dari
aduan orang awam atau arahan dari pihak atasan.
2. Operasi berkala Dijalankan secara rutin mengikut pengelasan
kawasan
3. Operasi flying squad Dijalankan atau digerakkan diperingkat ibu pejabat
ke mana-mana sasaran di seluruh Malaysia.
4. Operasi cross border. Dijalankan oleh sesebuah negeri ke atas negeri
lain dan digerakkan oleh pihak ibupejabat atau
pihak negeri.
5. Operasi bersepadu. Dijalankan bersama dengan agensi kerajaan yang
lain seperti PDRM, JPJ, KPDN, Pihak Berkuasa
Tempatan dan RELA .
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
7

tatacara operasi

1. Caranya adalah sama dengan aktiviti pemeriksaan, tetapi ia akan


berubah sekiranya pihak penguat kuasa membuat rampasan
terhadap dokumen, peralatan, bahan publisiti filem dan filem
yang melanggar Akta Penapisan Filem 2002.
2. Rampasan hanya dibuat keatas DVD/VCD, bahan publisiti filem,
barang-barang bukti yang lain, dokumen keatas pengenalan diri,
dokumen premis yang menyalahi akta sahaja untuk dijadikan
sebagai bukti di mahkamah.
3. Sebelum rampasan dibuat, pemunya, wakil pemunya, pekerja
atau agen akan dimaklumkan diatas kesalahan apa yang telah
dilakukan.
4. Borang pengakuan rampasan (Search List) dan senarai tajuk
filem yang dirampas dan satu salinan akan diberikan kepada
pemunya.
5. Membuat laporan polis selepas operasi dibuat.

BAGI PREMIS YANG TIDAK BERPENGHUNI

1. Dapatkan maklumat awal atau risikan mengenai kedudukan


penghuni premis tersebut.
2. Boleh memecah masuk dengan waran atau tanpa waran jika
penghuni tidak dapat dikesan.
3. Pegawai penguatkuasa perlu mengambil gambar dan melukis
plan lakar tempat kejadian.
4. Merampas barang-barang yang relevan dengan kes boleh
dirampas.
8
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

5. Pengakuan rampasan hendaklah dikeluarkan dan ditampal di


tempat yang senang dilihat di permis tersebut.
6. Membuat laporan polis atas tindakan operasi tersebut.

TANGKAPAN

1. Menangkap orang yang di syaki melakukan kesalahan di bawah


akta.
2. Memaklumkan sebab-sebab tangkapan di buat kepada orang
yang ditangkap.
3. Membuat pemeriksaan badan bagi memastikan tiada benda yang
merbahaya mengikut Kanun Prosedur Jenayah.
4. Tangkapan terhadap pesalah wanita boleh dibuat oleh pegawai
lelaki tetapi pemeriksaan badan bagi pesalah wanita hanya boleh
dibuat oleh pegawai wanita sahaja.
5. Orang kena tangkap boleh digari.

HAK-HAK ORANG YANG DITANGKAP

Terkandung dalam perkara 5 (3)


Perlembagaan Malaysia

Hak untuk Hak untuk Hak untuk Hak untuk


mendapat
diberitahu sebab berhubung mendapat
perbicaraan
beliau ditangkap. dengan keluarga. khidmat peguam. yang adil.
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
9

SIASATAN

Setelah tindakan rampasan dan tangkapan dibuat barang-barang


serta Orang Kena Tahan (OKT) akan dibawa ke pejabat untuk
siasatan lanjut.
1. Orang yang ditangkap akan diminta menandatangani
1.1 Senarai Tajuk
1.2 Senarai Rampasan
1.3 Rakaman percakapan beramaran
2. Orang yang ditangkap akan dirakam percakapan beramaran
dibawah Seksyen 39 Kanun Acara Jenayah didalam bentuk
karangan atau secara soal jawab.
3. Setelah selesai proses siasatan Orang kena Tahan (OKT) boleh di
lepaskan dengan jaminan polis atau terus dituduh dimahkamah
atau boleh ditawarkan kompaun atau boleh ditahan reman.
4. Orang yang ditangkap akan dibawa ke mahkamah bagi kes
pertuduhan segera atau boleh dibebaskan dengan jaminan
mahkamah
10
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

KOMPAUN
KOMPAUN
1. Bagi kes dimana Orang Kena Tahan (OKT) bersetuju untuk di kompaun,
pegawai penyiasat (I.O) hendaklah mengeluarkan notis surat tawaran
kompaun dalam masa dua minggu jika diluluskan.
2. Kertas Siasatan (IP) akan dikemukakan kehadapan yang Arif Timbalan
Pendakwaraya (TPR) untuk persetujuan kompaun yang ditawarkan dan
jika Timbalan Pendakwaraya (TPR) tidak bersetuju maka pendakwaan
akan diteruskan.
3. Jika izin kompaun diperolehi, pegawai penyiasat (I.O) akan menyediakan
memo cadangan tawaran kompaun. Setelah mendapat persetujuan
Ketua Cawangan, kompaun akan disyorkan kepada Setiausaha Lembaga
Penapisan Filem (LPF) di ibu pejabat.
4. Setelah selesai Orang Kena Tahan (OKT) akan dibawa ke Balai Polis untuk
dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kelulusan jumlah
kompaun.
5. Jika tawaran dipersetujui oleh Setiausaha Lembaga Penapisan Filem
(LPF), pegawai kompaun akan menghantar notis tawaran kompaun kepada
pengawai penyiasat (I.O).
6. Pegawai penyiasat (I.O) akan memaklumkan kepada Orang Kena Tahan
(OKT) dan perlu membuat bayaran dalam tempoh 14 hari tawaran
kompaun di luluskan.
7. Bayaran perlu dibuat kepada Bahagian Kewangan, Cawangan secara tunai,
Bank Draft,Wang Pos di negeri dan resit rasmi kerajaan akan dikeluarkan.
8. Jika tiada bayaran dibuat oleh Orang Kena Tahan (OKT) pendakwaan akan
diteruskan di mahkamah
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
11

PENDAKWAAN

Mendapat izin dari TPR

Gagal bayar kompaun


Pendakwaan
akan dibuat jika
Tamat tempoh jaminan polis

Tamat tempoh reman

KESALAHAN DAN HUKUMAN DI BAWAH AKTA PENAPISAN


FILEM 2002.

FILEM LUCAH
Seksyen 5 (1). Tiada seorang pun boleh:
a) ada atau menyebabkan dirinya berada dalam milikan, jagaan,
kawalan dan pemunya atau
b) menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan,
membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan apa-
apa filem, atau;
c) bahan publisiti filem lucah atau selainnya bertentangan
dengan kesopanan awam.
12
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

Hukuman
Seksyen 5(2)
1. Denda tidak kurang RM 10,000.00 dan tidak lebih
RM 50,000.00 atau;
2. Dipenjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-
duanya sekali.

FILEM ATAU BAHAN PUBLISITI FILEM YANG BELUM DILULUSKAN

1. Seksyen 6 (1) Tiada seorang pun boleh:


a) ada dalam milikan atau dalam jagaannya atau di bawah
kawalannya atau;
b) menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan,
membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan apa-apa
filem atau bahan publisiti filem yang belum di luluskan oleh
ahli Lembaga Penapisan Filem (LPF)

2. Hukuman – Seksyen 6(2)(a) – Filem


a) Denda tidak kurang RM 5,000.00 dan tidak lebih
RM 30,000.00 atau;
b) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau
kedua-duanya sekali.

3. Hukuman – Seksyen 6(2)(b) – Bahan Publisiti Filem


a) Denda tidak kurang RM 1,000.00 dan tidak lebih
RM 10,000.00
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
13

PENAHANAN FILEM DAN BAHAN PUBLISITI FILEM YANG DIIMPORT

1. Seksyen 7(2)
Mana-mana filem atau bahan publisiti filem diimport yang di
tahan oleh pihak Kastam tidak boleh di lepaskan melainkan satu
permit atau perakuan pengecualian yang dikeluarkan berkenaan
dengan filem atau bahan publisiti filem di kemukakan kepada
seorang pegawai kastam yang hak yang mempunyai kawalan
ke atas filem atau bahan itu.

2. Hukuman – Seksyen 7 (3)


a) Denda tidak kurang RM 5,000.00 dan tidak lebih
RM 30, 000.00 atau
b) Di penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau
kedua-duanya sekali.

PENGEMUKAAAN FILEM UNTUK PENAPISAN

1. Seksyen 9 (1)
Pemunya filem hendaklah mengemukakan filem kepada Lembaga
untuk penapisan mengikut cara yang telah di tetapkan tanpa
apa-apa pengubahan atau pemotongan dan ke atas risiko dan
perbelanjaan sendiri.

2. Hukuman – Seksyen 9
a) Denda tidak kurang RM 5,000.00 dan tidak lebih dari
RM 30,000.00
14
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

b) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau


kedua-duanya sekali

PENGUBAHAN

Seksyen 11(1)
1. Pengubahan yang di kehendaki oleh lembaga boleh dibuat:
a) Oleh lembaga atau
b) Dengan keizinan bertulis dan tertakluk kepada apa-apa
syarat lembaga, oleh pemunya filem
i) Dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga dan
ii) mana-mana bahagian yang dipotong, jika pengubahan
secara kedua-dua

Seksyen 11 (2)
Jika apa-apa filem dihantarserahkan kepada pemunya filem itu
bagi maksud membolehkan pemunya itu membuat pengubahan
kepada filem itu, pemunya itu hendaklah memulangkan filem itu
kepada Lembaga:
a) Dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga dan
b) Dengan mana-mana bahagian yang dipotong, jika pengubahan
secara pengeluaran telah dibuat

Hukuman – Seksyen 11(3)


1. Denda tidak kurang RM 5000.00 dan tidak melebih RM 30 000.00
atau
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
15

2. Dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua


dua sekali.

PEMBUATAN PENDUA FILEM


Seksyen 16 (2)
Tiada seorang pun boleh membuat salinan pendua keseluruhan atau
mana-mana bahagian filem yang belum diluluskan dan diperakui
oleh Lembaga di bawah seksyen 10 dan 14.

Hukuman – Seksyen 11(3)


1. Denda tidak kurang RM 5000.00 dan tidak lebih RM 30 000.00
2. Kedua-duanya sekali

PEMPAMERAN TANDA KELULUSAN, PERAKUAN DAN PENGELASAN


Seksyen 18 (1)
Pemunya sesuatu filem yang diluluskan oleh Lembaga untuk tayangan
hendaklah mengecapkan pada filem itu tanda kelulusan Lembaga.

Seksyen 18 (2)
Hendaklah dipamerkan mengikut cara yang di tetapkan berkenaan dengan
tiap-tiap filem yang diluluskan oleh lembaga untuk tayangan
a) Perakuan berkenaan dengan filem itu
b) Pengelasan filem itu dan
c) Nama dan alamat orang yang menayangkan, mengedarkan,
mempamerkan atau menjual, mengikut mana-mana yang
berkenaan filem itu.
16
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

Hukuman – Seksyen 18 (5)


1. Denda tidak kurang RM 5000.00 dan tidak lebih RM30 000.00
atau
2. Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-
duanya sekali.

PENGEMUKAAN BAHAN PUBLISITI FILEM

Seksyen 19 (1)
Tiap-tiap bahan publisiti filem hendaklah di kemukakan kepada
Lembaga mengikut cara yang ditetapkan bagi kelulusannya.

Hukuman – Seksyen 19 (4)


Denda tidak kurang RM 1000.00 dan tidak lebih RM 10 000.00

TANDA KELULUSAN PADA BAHAN PUBLISITI FILEM

Seksyen 20 (1)
Lembaga hendaklah mengecapkan tanda kelulusannya pada mana-
mana bahan publisiti filem yang telah diluluskan oleh lembaga atau
yang telah diubah sebagaimana yang dikehendaki oleh lembaga.

Hukuman – Seksyen 20 (3)


Denda tidak kurang RM 1 000.00 dan tidak lebih RM 10 000.00
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)
17

ALAMAT PEJABAT-PEJABAT CAWANGAN BAHAGIAN KAWALAN


PENAPISAN FILEM DAN PENGUATKUASAAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Bahagian Kawalan Penapisan Ketua Cawangan, Ketua Cawangan,
Filem Dan Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Penapisan Bahagian Kawalan Penapisan
Kementerian Dalam Negeri, Filem Dan Penguatkuasaan, Filem Dan Penguatkuasaan ,
Aras 2,Blok D2,Kompleks D, Cawangan Kelantan, Cawangan Terengganu,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri,
Persekutuan, Tingkat 5, Menara Perbadanan, Lot 4656, Tingkat 1, 2, 3, 4
62546 Putrajaya, W.P Jalan Tengku Petra Semerak, Jalan Sultan Zainal Abidin,
No Telefon: 03-88863204/3262 15000 Kota Bharu, Kelantan. 20000 Kuala Terengganu,
No Fax: 03-88861609 No Telefon: 09-7413220/3222 Terengganu.
No Fax: 09-7413221 No Telefon: 09-6301111
No Fax: 09-6301110

Ketua Cawangan, Ketua Cawangan, Ketua Cawangan,


Bahagian Kawalan Penapisan Bahagian Kawalan Penapisan Bahagian Kawalan Penapisan
Filem Dan Penguatkuasaan, Filem Dan Penguatkuasaan, Filem Dan Penguatkuasaan,
Cawangan Pahang, Cawangan Pulau Pinang, Cawangan Johor,
Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri,
Aras 2, Kompleks KDN, Tingkat 7-04, 7-05, 7-06, Tingkat 1& 4, Blok 1,
Bandar Indera Mahkota, Tingkat 7, Wisma Pantai, Kompleks KDN
25200 Kuantan, Pahang. Jalan Wisma Pantai, Taman Setia Tropika,
No Telefon: 09-5735745 12000 Butterworth, 81200 Johor Bharu,
No Fax: 09-5739659 Pulau Pinang. Johor Darul Takzim.
No Telefon: 04-3322751/2751 No Telefon: 07-2344667
No Fax: 04-2232740 No Fax: 07-2344662

Ketua Cawangan, Ketua Cawangan, Ketua Cawangan


Bahagian Kawalan Penapisan Bahagian Kawalan Penapisan Bahagian Kawalan Penapisan
Filem Dan Penguatkuasaan, Filem Dan Penguatkuasaan, Filem Dan Penguatkuasaan,
Cawangan Perak, Cawangan Kedah / Perlis, Negeri Sembilan,
Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri,
Aras 3, Kompleks Pejabat KDN, Tingkat 2, Wisma PNKN, Tingkat 4 dan 5,
Persiaran Meru Utama, Jalan Sultan Badlishah, Bangunan Tabung Haji,
30020 Ipoh, Peti Surat 140, Kompleks 1, Jalan Lintang,
Perak. 05710 Alor Setar, 70000 Seremban,
No Telefon: 05-5279002 Kedah. Negeri Sembilan.
No Fax: 05-5739659 No Telefon: 04-7355994 No Telefon: 06-7611152
No Fax: 04-7351005 No Fax: 06-7620402
18
Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

Ketua Cawangan, Ketua Cawangan, Ketua Cawangan,


Bahagian Kawalan Penapisan Bahagian Kawalan Penapisan Bahagian Kawalan Penapisan
Filem Dan Penguatkuasaan, Filem Dan Penguatkuasaan, Filem Dan Penguatkuasaan,
Cawangan KLIA, Cawangan Melaka, Cawangan Sarawak,
Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri,
Aras 2, Kompleks Kastam FCZ, Kompleks Kementerian Dalam Tingkat 1 & 2, Wisma AM
Jalan KLIA S3, Negeri, Finance,
64000 Sepang. Aras 3, Kompleks KDN, Jalan Haji Taha,
No Telefon: 03-87871063 Jalan Gapam, 93400 Kuching,
No Fax: 03-87871072 75450 Ayer Keroh, Melaka. Sarawak.
No Telefon: 06-2326069/6068 No Telefon: 082-259831
No Fax: 06-2326070 No Fax: 082-255326

Ketua Cawangan, Ketua Cawangan Ketua Cawangan,


Bahagian Kawalan Penapisan Bahagian Kawalan Penapisan Bahagian Kawalan Penapisan
Filem Dan Penguatkuasaan, Filem Dan Penguatkuasaan Filem Dan Penguatkuasaan
Cawangan Selangor, Cawangan Sabah Cawangan Wilayah,
Kementerian Dalam Negeri, Aras 3, Blok A, Aras 2, Wisma Rampai,
No. P3.4 Tingkat 3, Kompleks Pentadbiran Jalan 34/26, Taman Sri
Bangunan Affin Bank Shah Alam, Kerajaan Persekutuan Sabah Rampai, Setapak,
Persiaran Perbandaran, Jalan UMS 53300 Kuala Lumpur.
Seksyen 14, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. No Telefon: 03-41421794
40000 Shah Alam, Selangor. No Telefon: 088-488188/187/ No Fax: 03-41421791
No Telefon: 03-55103259/3284/ 190
3288 No Fax: 088-488189
No Fax: 03-55103291

You might also like