You are on page 1of 3

PERANAN

TANGGUNGJAWAB KETUA POLIS DAERAH

Ketua Polis Daerah adalah sebagai Pegawai Pemerintah di peringkat


daerah berkenaan dan bertanggungjawab atas perkara-perkara berikut:

1. Menentukan semua anggota-anggota PKP dilengkapi dengan


pakaian seragam mangikut skala yang diluluskan.
2. Memberikan latihan secukupnya kepada anggota PKP seperti yang
dinyatakan di Para 16.
3. Menghadiri aktiviti latihan/perkhemahan peringkat daerahnya.
4. Mewujudkan jawatan penyelaras/jururulatih PKP di daerah-daerah
atas nisbah 1 platun 1 Anggota Pangkat Rendah (APR).
5. Mewujudkan Komander Kompeni yang berpangkat ASP Kadet di
kalangan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan
Negeri.

TANGGUNGJAWAB PENGETUA SEKOLAH


Pengetua Sekolah bertanggungjawab atas perkara-perkara berikut:

1. Memilih guru yang berminat dan mempunyai ketokohan dan


kewibawaan sebagai Pegawai Kanan Kadet Polis.
2. Menentukan perjawatan/keanggotaan Kadet Polis dipenuhi setiap
masa.
3. Berhubung dengan KPD bersabit latihan dan aktiviti Kadet Polis.
4. Mengadakan tempat/kawasan untuk menjalankan aktiviti dengan
sempurna.
5. Menyediakan senarai semak peralatan yang dibekalkan oleh PDRM.
6. MenghubungiKPD mengenai pertukaran/persaraan/perletakan
jawatan Pegawai kanan dan menentukan penggantinya.

PENTADBIRAN
Penaung : Pengetua
Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM )
Penasihat : Platun Komander Pembantu Platun Komander / Guru
pembantu yang dilantik oleh Pengetua.

AJK; Pemilihan AJK dibuat dalam Mesyuarat Tahunan yang diadakan pada
awal sesi persekolahan.

1. Pengurusi
2. Naib Pengerusi
3. Setiausaha
4. Penolong Setiausaha
5. Bendahari
6. Ahli Jawatankuasa Kecil Sekurang-kurangnya 5 orang.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK

Pengerusi

Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan


Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa
Meneliti catatan mesyauarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan dalam mesyuarat telah diambil tindakan.
Membincang dan merancang aktiviti tahunan dengan Platun
Komander
Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar dan menepati
sasaran.

Naib Pengerusi

Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan


tanggungjawabnya.
Menggantikan Pengerusi dalam mengendalikan mana - mana
mesyuarat jika Pengerusi tidak hadir.

Setiausaha
Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan kepada anggota kadet.
Menyediakan laporan kepada guru penasihat/Platun Komander.
Menjemput anggota kadet untuk menghadiri mesyuarat.
Bertanggungjawab terhadap pengerusi dan Platun Komander.

Penolong Setiausaha
Membantu setiausaha menjalankan tugas.

Bendahari

Mengutip yuran dengan pengetahuan dan persetujuan Platun


Komander dan pentadbir sekolah.
Mengutip sebarang kutipan yuran yang dikenakan untuk sebarang
aktiviti pasukan dengan persetujuan pihak pentadbiran sekolah.
Kutipan hendaklah dibuat selepas menerima mandat daripada
Platun Komander dan pihak sekolah.

Juru Audit

Dua orang juruaudit hendaklah dilantik sekiranya ada jawatan


Bendahari atau pungutan wang dijalankan.

You might also like